Tuesday, April 15, 2008

Harapan PR menumbangkan BN di Parlimen?

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Salam Dato' AKJ dan sahabat-sahabat pembahas sekelian.,

Impak politik mengundang serba kemungkinan. Namun di sana mesti ada premis kemunasabahan dan realistik di dalam kondisi politik tanah air kita, Malaysia.

Analisa gelombang rakyat.

1. Rakyat melihat gelombang dari media resmi dan insiden-insiden semasa serta kelancaran projek-projek kerajaan yang berjalan dengan baik, bagi rakyat kebanyakan, negara telah berada pada landasan betul. Tak ramai hendak menjengah ke media-media alternatif, tambahan pula jika polemiknya sangat panjang. Mereka cepat penat dengan polemik tanpa hujung.

2. Senario di dalam UMNO/BN telah di pulihkan dengan perjumpaan komponen parti BN untuk meneruskan pelan tindakan mengembalikan imej BN yang tercalar tanpa mempedulikan momokan PR dan sekutu-sekutunya tak kiralah dari kalangan ahli-ahli politik, ahli-ahli akademik, media-media alternatif, para bloggers, golongan koporat dan individu persendirian. Dalam perjalanan itu mereka sempat mempertikai dan menggambar hodohkan wajah-wajah kerajaan PR dengan "psy-war" yang sangat kemas agar masyarakat pertikai dan ragui pilihan mereka pada PRU 12 sebagai silap seperti isu-isu perkauman DAP dan kandang khinzir! di Sepang.

3. Harapan yang digantungkan oleh Penasihat agung PKR DSAI untuk menguasai kerajaan, memerlukan "lompatan kijang" antara 30 - 40 meter panjang, liat juga untuk mendapatkannya...bergantung kepada para pelompat-pelomapatlah. Jika pelompat upahan sahaja, tanpa ada jutaan dolars MUSTAHIL boleh dilaksanakan. Pun jika masih ada pelompat-pelompat "patriotik klasik tulin" yang berjuang, mereka akan MENCARI JAMINAN KESELAMATAN penerusan agenda politik dan periuk nasi di dalam PR juga.

4. Dua JURANG ini akan menjadi perhitungan rakyat yang kritikal dan celik politik sahaja berjaya membuat perkiraan mereka. Perlu diingat masih ramai sudah tidak menghiraukannya (Melayu ke Cina ke India ke mudah lupa). Kerana itu media alternatif perlu mendedahkannya, jika tidak ia akan "going back to square".

5. Harapan masih berbaki kepada situasi permusuhan politik dalam UMNO dan Parti komponen BN yang diketepikan secara tidak adil di dalam PRU 12 dan ketika "cabinet line-up" bakal membarah di dalam UMNO/BN. Persengketaan blok Tun Mahathir dan Pak Lah serta percaturannya akan menambah parah jika berlanjutan. Tukarlah siapa pun, jatuhkanlah siapa pun budaya "chah-keting" dan "struggle for the fittest" berterusan di dalam UMNO merosakkan strukturnya yang reput itu jika tidak dibuat "re-structuring". Perasaan anti-Islam Hadhari dan pro ultra sekularis sangat serius di dalam UMNO secara ideologinya dan membentuk percaturan tanpa hujung. Keretakan ini akan membawa belah bukan sahaja di dalam parti tetapi di dalam menguruskan kerajaan juga.

6. Akhir kalam, sahabat-sahabat sekelian yang berjiwa perihatin. Pantaulah perjalanan politik negara kita dengan cermat dan kemas serta strategik. JANGAN LETIH. Tegurlah pihak-pihak yang tidak berada di landasan kebenaran, Ilmu Pengetahuan dan keadilan tanpa mengira "bulu". Negara ini akan selamat di tangan golongan yang hanya mahu melihat negara ini berada dalam situasi yang BERTAMADUN DENGAN CITRA KEAGAMAAN (MELAYU ISLAM), SEMANGAT MUHIBBAH ANTARA KAUM, RASA TANGGUNG JAWAB DAN KEMANUSIAAN YANG TINGGI SERTA KEMAJUAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.

Terima kasih Dato' AKJ dan sahabat-sahabat sekelian.

Wassalam

Arau

PERLIS DARUS SUNNAH

2:10 PM

Reference:
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=22873867&postID=5632518602850538240

No comments: