Sunday, April 27, 2008

Analisa Kejatuhan Abbasiyah : Pedoman Umat Islam

Menganalisa Kejatuhan Khilafah Abbasiyah dan Kaitan dengan Politik umat Islam kini

Oleh:
Abu ‘Amrullah Muhammad ADIS El-Merbawiy

1. Pendahuluan

Memilih dan menganalisa kejatuhan Khilafah Abbasiyah adalah suatu studi yang sangat penting, kerana ianya menjelaskan kejatuhan dari the Rennaisance of Muslim Nations, yang sudah barang pasti menyentuh beberapa sudut yang terbaik dan urusan kritikal serta dasar di dalam peradaban umat ini telah pun diabaikan. Sesuai dengan fikrah Jamaah yang mengunjurkan RJ 2 – RJ 4 dengan mengkaji pengalaman dahulu dan terkini, maka pengalaman keruntuhan umat terdahulu wajib ditela’ah agar umat Islam tidak jatuh di dalam satu lubang dua kali.

Suka juga ditarik perhatian bahawa piawaian kemajuan dan keruntuhan yang manakah ingin kita ketengahkan sebagai buah bicara kita pada hari ini. Teringat saya kepada kata-kata al-Imam Malik r.ah., seperti :

لا يصلح هذه الأمة إلا بما صلح به أولها

Maksudnya : “Tidak akan dapat dipulihkan lagi keadaan umat ini, melainkan dengan cara gaya bagaimanakah umat terdahulu (Generasi Rasulullah saw dan para sahabat) itu dipulihkan.”

Maka dalam mengkaji kelemahan umat Islam, mereka akan bakal menemukan muhasabah yang sangat berharga guna untuk membangunkan kembali umat ini di masa hadapan. Justru fasa di zaman kegemilangan Rasulullah saw dan khulfa’ ar-Raasyidin itu disentuh sebagai permbayang kepada kegemilnagan Umat Islam yang telah hilang dari umat ini mengakibatkan mereka tidak berdaya lagi mereka mebangunkannya semula.

2. Pencapaian Kenabian di dalam Tamadun Manusia

Piawaian Pemerintahan Kenabian – qiyadatu an-nabawiyyah dan Khulafa’ur-Raasyidin dan ciri-ciri kecemerlangan

Bentuk Kekuasaan di zaman Nabi saw dapat dilihat di dalam unjuran-unjuran berikut;

2.1 Mandat politik yang datang dari bai‘at ‘Aqabah satu dan dua adalah tapak terdirinya PENGERTIAN Politik yang BESAR dan inay menjadi teras kepada penubuhan “NEGARA ISLAM PERTAMA”. Kita lihat kandungan Bai‘ah kedua : “Pengakuan perwakilan Madinah untuk beriman kepada Allah swt, Rasul saw, taat setia kepada baginda, bersedia mempertahankan Islam dan Rasul saw, serta sedia berperang memeprtahankan marwah dan kesucian Islam” (Seerah, Ibn Hisham, Syarh raudh al-unuf, Jil.1/274-8:1914; karya Dr. Marzuki Mahmud, DBP: hal.3/1994)

Penerusan mandat politik ini diteruskan di kalangan ketua negara terdiri dari sahabat Rasulillah saw iaitu para Khulafaa’ ar-Raasyideen yang dikenali sebagai “bai‘ah”. Ianya masih berjalan di kalangan kerajaan Umayyah seperti contoh Yazid menghantar utusan kepada sayyidina Hussain untuk mendapatkan ba‘ah, lalu gagal. Kesannya Sayyidina Hussain dibunuh oleh panglima Yazid.

Di dalam Sistem Demokrasi mandat diperolehi dari “peti undi” atau “mandat presiden” seperti yang dibuat oleh Amerika Syarikat. Hakikatnya mandat sangat perlu di dalam kestabilan politik dan penerusan kerajaan samada di dalam Islam atau Demokrasi. Bezanya di dalam Islam mandat dari manusia adalah AMANAH agar dilaksanakan ketentuan Allah swt dan SyariatNya yang adil kepada semua manusia. (Dalam hadis al-Qudsi Allah swt menjelaskan: “Sesungguhnya Aku mengaharamkan sebarang kezaliman ke atas diriKu” – Arb.(إني حرمت الظلم على نفسي ). Manakla Demokrasi pula mendapat mandat manusia untuk dilaksanakan terhadap manusia juga. Tidak ada bentuk kaitan dengan keagamaan seperti yang terdapat di dalam perlembagaan Amerika Syarikat.

Bukti Amerika Syarikat bukan sebuah negara Demokrasi Kristian ialah :
George Washington, the Father of our country, and John Adams (Second President of the USA) CLEARLY stated in the 1796 Treaty of Tripoli: "The Government of the United States of America is not, in any sense, founded on the Christian Religion.”

G.W. rarely attended church and instead followed a popular 18th century philosophy called Deism—a Star Wars-esque philosophy that believed in a cosmic energy or big-ass universal "Force." The dictionary says that Deism is "a system of thought advocating natural religion based on human reason rather than revelation," that had nothing to do with Christian principles.

In fact, it was President Jefferson himself who first wrote (to a Baptist church group in 1802), "The First Amendment has erected a wall of separation between Church and State." Therefore, when Jefferson talked about “Nature’s God,” the “Creator” and “divine Providence ” in the Declaration that he wrote, he was being a hippie and referring to a general cosmic energy - not the Christian God.

America is not a Christian nation. Period. Our Constitution derived from the post-Christian Enlightenment values of reason and truth...never from the paranoid yammerings of that otherwise compassionate cult leader who fucking died in the Middle Eastern desert 3000 years ago.

Sehingga Amerika Syarikat itu pun mengambil cara bai ‘ah Umat Islam untuk memilih presiden mereka. Kemudian setelah mendapat mandat penuh, beliau akan melantik barisan kabinet mereka dari parti pemerintah.

2.2 Masyarakat Kuasa Politik adalah ahlu Yathrib terhadap masa depan Islam dan bertanggung jawab untuk menghadapi sebarang kemungkinan dilancarkan ke atas Muhammad saw dan Islam. Menerima tawaran Perwakilan Yathrib ini adalah menjelaskan abjektif dan misi Rsulullah saw bersedia terhadap sebarang perseteruan musuh ke atas Islam yang di bawanya dan keutuhan masyarakat yang bakal dibina baginda saw, sekali pun terpaksa mengahdapi PEPERANGAN. Kerja-kerja ini sering dilakukan oleh mana-mana masyarakat yang bersistematik untuk mencapai hasrat Islam dan penegakkan Masyarakat serta Ummah Islam yang juga boleh dikenali sebagai Masyarakat berpolitik. (Dr. Muhammad Taha Badawi, furudh ilmiyyah fi tafsir ‘alaqat al-harb wa as-salaam, Universiti Beirut, hal.9/1974 ) (Arb., al-khilafah huwa iaqaamutu al-deen wa siyaasatu al-dunya bihi – kekhalifahan itu bahawa engkau menegakkan agama Islam – al-deen, dan pengurusan umat dan kerja-kerja duniawi dengan berpandukan agama tersebut).

2.3 Perlembagaan dan Perundangan Ilahi seperti yang terdapat di dalam sahifah madaniyyah – the first written constitution in the world – pandangan Muhammad Hamidullah. Inilah menjadi undang-undang tubuh negara Umat Islam di zaman baginda saw dan di semua zaman umat Islam sehinga hari kiamat. Ketetapan ini hampir ijmak (sepakat), walau pun ada pandangan yang mengatakan tidak mesti Perundangan Islam (Islamic Constitution) dilaksanakan asalkan kebanyakan objektif amalan Islam dapat berkuatkuasa dan berjalan di negara-negara umat Islam akan diterima sebagai sebuah Negara Islam. (Inilah pandangan yang tidak dapat didamaikan antara umat Islam). Demi langkah perpaduan, umat Islam WAJIB berusaha untuk menerima dan merealisasikan takrif yang hampir Ijmak tersebut - kerana ianya adalah Dasar Penting bagi sesebuah Negara Islam pastilah Perundangan Islam itu menjadi undang-undang tubuh Negara – heretherto that the Islamic Constitution ought to be the supreme law of Muslim Lands. Other provisions are accordingly have to be meaningfully based on the universal approaches which were suited to all human kind from Islamic perspectives..

Perkara inilah tidak boleh menjadi pertikaian di dalam sesebuah negara Umat Islam, samada aliran mazhab apa pun mereka Syiah, Sunnah, Salafiah, Wahabiah, Sufiah dan sebagainya jika wujud kelompok-kelompok Islam yang masih menjaga Syariat dan dua kalimah syahadat serta tidak melakukan perkara-perkara yang mengeluarkan mereka dari Islam secara terang dan nyata. (adis’s review)

2.4 Rasulullah saw andalah Institusi Pemerintahan Tertinggi, bagindalah menguasai “seluruh bidang kuasa Perundangan (Constitutional), Kehakiman (Judiciary) dan Perlaksanaan (Executive)” (Anuar Rifaie, al-Islaam fi hadharathihi wa nudzumihi, cet.11. hal. 70/1982; Dr. Marzuki Mahmud, DBP, hal.4/1994). Inilah kekuatan nubuwwah yang pada manusia biasa tidak boleh dilakukan kerana ketiadaan sifat SIDQU, AMANAH dan FATONAH baginda. Justru sejarah mengajar kita, bila ketiga-ketiga ini dipegang serentak oleh Presiden atau ketua Negara ia akan cenderung menjadi DIKTATOR. Sekalipun demikian Rasulullah saw paling banyak melakukan “SYURAA” dan memberikan kebebasan penuh mengikut keadilan ilmu pengetahuan kehakiman serta perundangan. Lihatlah kes pengadilan sayyidina ‘Ali karramallahu wajhah terhadap kecurian baju besinya oleh seorang Yahudi kepada Qaadhi Syurayk dan juga kebebasan Muadz ibn Jabal memutuskan hukum hakam Islam dengan Ijtihadnya diakui dan diterima baik oleh Rasulullah saw.

2.5 Negara di Zaman Rasulullah saw adalah sebuah Institusi dan Sistem yang rapi gabungan daripada wahyu dan perlaksanaan pengurusan manusia oleh Kenabian Muhammad saw. Perlaksanaannya adalah merupakan terjemahan “Ksempurnaan Sistem Islam yang terdiri dari Aqidah, Syariat, Ibadah dan Sistem pengurusan serta pentadbiran bernegara (Nizam al-Idaariy li al-hukuumah).” Maka kepada kita umat Islam Rasulullah saw begitu jelas telah mengasaskan kaedah-kaedah bagi sebuiah negara yang bersistem dan cukup sempurna. Kesemuanya berdasrkan keperluan masyarakat manusia dan perlaksanaan wahyu Ilahi yang diturunkan, serta mencukupi kepentingan umum yang difikirkan oleh Rasulullah saw. (Zafir al-Qaasimiy, Nidzaam al-hukmi fi al-syariat wa at-tarikh, Jil.1: hal. 46-7/1974; Dr. Marzuki Mahmud, ibid., hal.5/1994)

2. Mengapakah Khilafah Abbasiyah?

3. Zaman Pemerintahan Abbasiyah;

3.1 Ciri-ciri Kegemilangan Abbasiyah
3.2 Ciri-ciri Keruntuhnan Abbasiyyah**

1. Suasana politik dan sosial yang tidak stabil di dunia Islam ketika itu. Pemerintah sibuk dengan peperangan dan hal-ehwal politik dan tidak mengambil berat dengan keilmuan dan para ulamak. Kegemilangan Khilafah ’Abbasiyah dengan fokus kepada keilmuan di zaman al-Mansur, Harun al-Rashid, al-Makmun dan al-Mutawakkil. Selepas mereka fokus kepada penjagaan kuasa dan pemerintahan serta proksi dari kalangan Buwayhid syiah dan Seljuk dan Barmakiy Turkey. Begitu juga dengan kerajaan Idris al-Aghlabiy dan Ibrahim al-Aghlabiy yang memohon dari khlifah Harun ar-Rashid untuk mentadbir utara Afrika. Begitu juga dengan Kerajaan Fatimiyah di Mesir melaksanakan polisi Syiah sehingga menyumbangkan keunggulan Madinah az-Zahra dan Universiti al-Azhar.

2. Negara-negara Islam telah menjadi lemah kerana cenderung untuk memerdekakan diri dari Khalifah Abbasiyah di Pusat dan mereka menghadapai masalah tersendiri- di negara masing-masing ( Muluk at-tawa‘if) dari sudut politik pemerintahan. Fitnah kekuasaan diuji Allah swt agar menyaringkan manusia yang menggunakan kuasa untuk Islam dan kepentigan Allah swt dan RasulNya sahaja. Jika gagal menggunakan kuasa ini, gagallah empayer Islam dan umatnya dan jika berjaya dengan ujian ini berjayalah serumpun umat Islam dan bukan Islam berkat mengikuti ajaran Allah swt sebenar.

3. Semangat kemerdekaan diri dan boleh bercanggahan dengan para alim ulamak, kerana hal ini telah mekunturkan hurmat dan pegangan hujjah di kalangan ulamak. Ulamak pun terpaksa mengikut Ideologi negara dan tidak lagi mengikuti prinsip-prinsip Islam hakiki kerana tekanan, kuasa politik dan kerjaya dan sebagainya. (Fadilah Sarnap, Perundangan Islam: Sejarah Perkembangan, sumber dan mazhabnya, hal.319-20/1998)

4. Sistem pemerintahan Abbasiyah tidak mengambil bentuk Syura yang asal seperti yang dilaksanakan oleh Rasulullah saw dan khulafak ar-Raasyidin. Mengutamakan keluarga Bani Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay. Mereka ini moyang kepada baginda saw, ‘Abbas bin Abdul Mutalib dan Ali bin Abi Talib. Sekalipun atas nama keluarga Nabi saw Abbas atau Alawiyin, namun sistem memperthankan kaum dan puak adalah suatu bentuk “kembali balik kepada ‘Asabiyyah” yang telah diperangi oleh Rasulullah saw dan Islam. – Asas fanatik puak yang munkar itu ialah bahawa kamu membantu kaum kamu di atas prinsip kebatilan bukan berdasarkan keadilan dan persamaan Islam. (Mohd Rashad Shamsuddin, Khulafaa’ Raasyidun dan Daulah Islamiah, hal.432-3/2000)

Bagaimana pun jika ada justifikasinya kekeluargaan (nepotisma) di dalam politik, namun prinsip kesejagatan dan keadilan Islam, tanpa melihat terhadap ras dan keturunan adalah DASAR PERKAUMAN ISLAM yang unggul iaitu kemuliaan berdasarkan ketaqwaan, bukan keturunan. Inilah pertikaian antara Sunni dan Syiah yang tak pernah selesai. Kembalilah kepada prinsip keagamaan Islam dan prinsip bernegara yang asal di dalam Islam serta berpandukan keilmuan dan ketinggian ketaqwaan menjadi piawaian unggul di daam Islam.

5. Akar umbi kewujudan Khilafah ’Abbasiyah adalah dengan rampasan kuasa kerajaan Umawiyah dari tangan Marwan bin Muhammad di Kufah pada129 Hijrah/ Jun 747 Masihi oleh Abu ’Abbas as-Saffah dan Abu Jaafar al-Mansur. Pada tahun 132 Hijrah/750 masihi Abu Abbas mengisytiharkan diri sebagai khalifah Abbasiyyah pertama. Kesan dari itu, akan ada kerajaan yang tidak mengiktiraf khilafah Abbasiyah dari kalangan keluarga Umawiyah yang menubuhkan kerajaan di Utara Afrika dan memasuki Sepanyol oleh Abdul Rahman bin Muawiyah al-Dakhiliy yang dibantu oleh Tariq bin Ziyad dan Musa bin Nusayr. Sepanyol dan Andalusia dikuasai oleh kerajaan Umawiyah yang terpencil. Keleamahamnya adalah kedua-dua kerajaan ini bukanlah bersatu dengan kekuasaan dan kenegaraan Islam, malah wujud suatu persaingan kuasa yang tidak dapat dipandang ringan.

6. Kerajaan Turkey al-Seljuk berasal dari seorang panglima Saljuk bin Duqaq suku kaum Oghuz* lahir di Turkistan berhampiran dengan Laut Kaspian pada 282 Hijrah. Mengambil alih kuasa dari al-Malik ar-Rahim al-Buwaihid oleh panglima tentera Abbasiyah Torghul Beg pada 447Hijrah/1055 Masihi dan menawan Anatolia pada tahun 504 Hijrah/1071 Masihi. Kerajaan ini bertahan selama 150 tahun kerana sangat kuat berpegang kepada iktikad Ahli sunnah wal jama’ah.

Turkey seljuk sempat membangunkan semula kegemilangan kerajaan Abbasiyah dengan menigkatkan kemajuan ilmu di bidang sains, kaji selidik prubatan, filosofi dan kesusateraan yang diadunkan dengan tradisi budaya Farsi menjadikan Baghdad sekali lagi menjadi tumpuan.

Akibat pelanggaran Tartar oleh Hulagu pada 656 Hijrah/1258 Masihi maka khalifah Abbasiyyah Abdullah al-Musta’sim tumbang dan sekaligus kerjaan kesultanan Seljuk berakhir dengan kemusnahan dahsyat seluruh tinggalan khazanah ilmu dan perpustakaan warisan di zaman kegemilangan Abbasiyah.

4. Kaitan Perbandingan ciri-ciri keruntuhan Tamadun Umat Islam moden – al- inhiyar wa al-istihlaak qiyaadati al-ummah al-ma ‘aasirah.

4.1 Rumusan al- Banna merumuskan beberapa faktor jatuh bangun kerajaan dan kekuasaan Islam. Faktor-faktor ini sangat relevan dengan kelemahan dan kejatuhan umat Islam. Antaranya ;

a. Percakaran politik dan sikap fanatik selain perebutan kuasa dan pagkat. Firman Allah swt bermaksud: ”..jangalah kamu berbantah bantahan jika tidak nescaya kamu menjadi lemah.” (al-Anfal, 46)

b. Perselisihan di dalam asas agama dan mazhab serta salah faham dan peyimpangan yang berlaku di dalam agama Islam. Rasulullah saw bersbda yang bermaksud :”Sesuatu bangsa tidak akan sesat setelah mereka menrima hidayah yang mereka amalkan melainkan apabilamereka mula berdebat.” (al-hadith)

c. Tenggelam di dalam bentuk kemewahan dan kesenangan dunia dan mereka gagal di dalam ujian tersebut. Firman Allah swt bermaksud: ” dan apabila kamu ingin membinasakan sesuatu penduduk di sesebuah negeri, kami perintahkan kepada mereka (terlebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (agar mereka kembali taat).” (al-Israa’, 16)

d. Kepimpinan yang bersikap buruk, dan kausa yang diberikan kepada yang tidak berkemampuan. Firman Allah swt :” wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu – menjadi orang dalam (orang kepercayaan).” (Aali-’Imran, 118)

e. Mengabaikan ilmu-ilmu yang berbentuk praktikal dan ilmu-ilmu mengurus keduniaan sebagai faktor mengimarahkannya dengan amanah Allah swt. Friman Allah swt: ”Katakanlah (wahai Muhammad) perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi..” (Yunus, 101)

f. Kelekaan pemerintah dengan kuasa yang dimiliki, terpdaya dengan kuasa yang ada serta lupa melihat perkembangan masyarakat lain. Firman Allah swt : ” Dan segungghnya kami jadikan untuk neraka jahanam itu banyak dari kalangan jin dan manusia yang mereka memiliki hati, tetapi tidak memahami dengannya...” (al-A ’raaf, 179)

g. Tertipu dengan helah musuh yang bijak memujuk dan memperdayakan umat Islam. Terpesona dengan usaha-usaha musuh Allah swt. Firman Allah swt :”Wahai orang-orang beriman jika kanu taat akan sesuatu puak dari kalangan orng-orang (Yahudi dan Nasarani), yang diberikan kitab itu, nescaya merek akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman,” (Aali-’Imraan, 100)

h. Kelemahan faktor Aqidah yang akan membawa kepada kepincangan akhlak yang teruk. Firman Allah swt bermaksud:” Wahai orang-orang beriman jika kamu taat kepada orang-orang kafir, nescaya mereka kan menolak kamu kembali kepada kekufuran, dan menjadilah kamu orang-orang yang rugi.” (Aali- ’Imraan, 149)

5. Membentuk langkah kebangkitan ummah masakini.

Al-Imam al-Banna mencadangkan tiga fasa utama yang perlu dilakukan oleh penggerak Dakwah di dalam mengislahkan negara umat Islam:

5.1 Fasa penerangan (marhalat ta‘rif)
Memberikan penerangan tentang kandungan gagasan penglibatan politik Dakwah ini kepada masyarakat. Antara ciri-ciri fasa ini ialah:

a. Menjelaskan fikrah Islamiah yang benar kepada
masyarakat
b. Penerangan yang giat mengenai Jamaah
c. Meransang peranan ulamak di dalam penglibatan politik
d. Meletakkan beberapa polisi yang mengawal segala tindakan di dalam fasa ini

5.2 Fasa Pembentukan (takwin)
Dalam fasa ini berlaku proses pemilihan anggota yang aktif dan penubuhan beberapa institusi. Antara ciri-ciri fasa ini ialah:

a. Menubuhkan unit-unit yang memberikan tumpuan
kepada aspek perlembagaan
b. Menubuhkan unit-unit yang memberikan tumpuan
kepada aspek undang-undang
c. Menyediakan program pemulihan (pengislahan) yang
bersepadu.
d. Memebrikan kritikan yangbernas kepada isu-isu semasa dan mencadangkan yang lebih relevan kepada ketuanan Islam

5.3 Fasa Perlaksanaan (tanfeez)
Fasa ini adalah gerakan Dakwah berjuang untuk meletakkan agendanya di dalam bentuk perlaksanaan penglibatan politik yang berkesan kepada pembentukan pandangan dan penghayatan umum – public oppinion and practices:

a. Penglibatan dengan Majlis Perwakilan Rakyat
b. Terlibat di dalan gerakan-gerakan massa
c. Desakan perlaksanaan reformasi dan pembaharuan ke
arah menangkan Islam dioertingkatkan dari masa ke
semasa.

Sekian dari:

Abu Amrullah Muhammad ADIS el-Merbawiy
Majlis Dauroh Siyasiah JIM Pulau Pinang
Budi Penyayang
Kepala Batas PP

No comments: