Wednesday, October 7, 2009

Solat and a Theraphy for the Acute Deseases

PENEMUAN ILMUAN : SOLAT ADALAH SATU KAEDAH MERAWAT PENYAKIT-PENYAKIT KRITIKAL

Marilah sama-sama kita menelaah dan meneladaninya...

Sabtu 28 Februari 2009 | 3 Rabi'ul Awal 1430 Hijrah

Kajian sains: Solat rawat penyakit kritikal

Harakahdaily
Wed | Feb 25, 09 | 12:56:45 pm MYT

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG(Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,
katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.-end-

Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )
Segala kritikan dan pandangan, sila majukan kepada saya di azaminamin@yahoo.com ) _


Reference:
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19572&Itemid=1

The Secret of Solat in Prime Time

RAHSIA BERSOLAT DI AWAL WAKTU : KAITAN DENGAN PEMBANGUNAN ORGAN MANUSIA DAN PENCERAPAN TENAGA ALAM RAYA.

Renungan bersama.............

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Saya rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichi / aerobic / yoga / masakan dan sebagainya..."

Tuesday, July 14, 2009

Kekaguman Barat/Bukan Islam Terhadap Undang-Undang Islam

SYARI'AH ISLAMIAH WAJAR DIKAGUMI..

Syari'ah Islamiah adalah perundangan untuk manusia sejagat. Manusia telah berbai'at setia - Igr Great Covenant (mengambil perjanjian taatsetia untuk mengesa dan mengabdikan diri kepada Allah swt di Alam Arwah lagi)untuk mengikuti ajaran Ilahi secara FITRAH. Hadirnya mereka di muka bumi, maka Allah swt menyediakan Kitab-Kitab suci, suhuf-suhuf dan perundangan papan bertulis - Tablate written Archaic of Islamic Laws sepanjang sejarah kewujudan manusia sepanjang zaman. Tegasnya ISLAM bermula sejak Adam a.s. sehinggalah Muhammad saw. Syariah Islamiah bertukar ganti dalam proses "Pindaan Perundagan" - Igr. Ammendment Process, dari nabi ke nabi Allah swt agar mampu menelusuri dan menyelesaikan permasalahan manusia semasa.

Maka jika perudangan Islam itu dibentangkan kepada para cendikiawan moden hari ini, mereka dengan senang hati mengakui dan menerimanya kerana ianya mengandungi khazanah perundangan klasik tetapi kontemporari dalam melayani permasalahn manusia dahulu, sekarang dan akan datang. Itulah sebabnya Syariah Islamiah akan tetap dikagumi oleh akal fikiran manusia dan dengan IRADAH ILAHI, ianya berjaya MENUNDUKKAN KEEGOAN INSAN YANG TERLALU BANGGA DENGAN KEGAGALAN PERUNDANGAN INSAN, seterusnyahati dan jiwanya akan menerima ISLAM dan Perundangan SYARIAH ISLAMIAH sebagai perlembagaan dirinya SEKALI PUN MANUSIA LAIN MENOLAKNYA...Allahu AKBAR WaliLLAHI al-HAMDU..

- ABU MUHAMMAD ADIS EL-MERBAWIY
Dungun, Terengganu
MALAYSIA
___________________________________________

Sila amati Tulisan Mohamed Hanipa Maidin berikut ini;

Rabu 15 Julai 2009 | 22 Rajab 1430 Hijrah

Kehebatan Islam dari kacamata bukan Islam

Oleh
Mohamed Hanipa Maidin

Mon | Jul 13, 09 | 1:49:16 pm MYT

Apabila mendengar ucapan dari sahabat Kelab Penyokong PAS di Muktamar PAS yang baru berlalu, saya merasa gembira bercampur cemas. Gembira kerana golongan bukan Islam tidak takut dan kekok bersama-sama dengan PAS. Cemas kerana harapan yang tinggi mereka letakkan pada PAS takut-takut diambil ringan oleh pemimpin PAS di segenap peringkat. Iklan

Atas kesedaran itu saya bercadang untuk menulis di ruangan ini berkaitan kehebatan undang-undang Islam berbanding undang-undang buatan manusia (man made law) sebagai satu renungan para sahabat bukan Islam atau orang Islam (baca Umno) yang masih tidak yakin dengan undang-undang Islam.

Di dalam buku yang ditulis Dr Ali Akbar Velayati (mantan Menteri Luar Iran) bertajuk "The Encyclopedia of Islam and Iran", penulis memberitahu bagaimana ketika beliau menjadi Menteri Luar Iran dan berjumpa dengan Menteri Luar Jerman, Hans Detrisch Ganscher, pemimpin Jerman itu telah meminta Iran menggunakan pengaruhnya untuk meyakinkan pemerintah Sudan agar meninggalkan hasrat menegakkan undang-undang Islam (syariah) di negara tersebut.

Dr Velayati mengatakan bahawa daripada apa yang dikatakan oleh Menteri Luar Jerman kepada beliau, adalah jelas bahawa rakan sejawatnya itu tidak mempunyai idea apakah undang-undang Islam yang sebenar.

Sebab itu tidak pelik jika kita membaca buku yang ditulis oleh Murad Wilfried Hofman (seorang bekas diplomat German yang memeluk Islam) bertajuk "Islam the Alternative" (Der Islam als Alternative). Buku itu menjadi perbahasan hangat di Bundestag (Parlimen Jerman) dan beliau telah dilabel sebagai fundamentalis oleh rakyat Jerman.

Namun buku yang ditulis oleh Murad Hofman diterjemahkan dalam banyak bahasa termasuk bahasa Arab (al-Islam ka Badil).

Di dalam buku itu beliau telah berhujah dengan menarik sekali tentang kehebatan sistem Islam. Sebagai contoh ketika membincangkan tajuk undang-undang antarabangsa, Murad Hoffman menyatakan:

"Al-Quran memberikan landasan yang sangat baik untuk undang-undang antarabangsa mengenai kontrak dan perjanjian, status golongan minoriti dan hukum suaka politik dan hukum perang. Al-Quran menekankan prinsip bahawa perjanjian harus dipatuhi hatta dengan orang-orang bukan Islam.

"Surah Al-Maidah dimulai dengan kalimat: "Wahai orang-orang yang beriman tepatilah semua janji kamu". Prinsip menghormati perjanjian sekarang ini diguna pakai di dalam undang-undang antarabangsa di bawah doktrin "pacta sunt servanda".

Mengenai hak golongan minoriti kata Murad Hoffman, undang-undang al-Quran menunjukkan toleransi yang amat luar biasa. Undang-undang ini dan amalan yang serupa tidak akan dijumpai di tempat lain baik pada abad ke tujuh atau seribu tahun kemudian.

Kita hanya perlu mengingat kembali nasib kaum Hugenout, orang-orang Protestan di Salzburg, bangsa Yahudi di Rusia dan kaum Muslim di Andalusia, India (misalnya pembunuhan di Gujerat) dan Bosnia bagi membolehkan kita menghargai kehebatan Islam dalam melindungi nasib golongan minoriti.

Keberkesanan Islam melindungi hak dan kepentingan kaum minoriti terbukti dari berkembangnya masyarakat Yahudi di seluruh dunia Islam � dari Maghribi ke Yaman dan Istanbul hingga abad ke-20 ini. Bangsa Yahudi di Sepanyol yang telah mengenal kaum Muslim mencari perlindungan di kawasan kediaman orang Islam di Sepanyol dan Saloniki Turki ketika mereka diusir oleh golongan Kristian pada awal abad ke-16.

Saya tidak pasti sama ada orang Barat atau orang Islam sendiri sedar bahawa pada 7 Julai 1951 satu persidangan yang dinamakan sebagai "Minggu Undang-undang Islam" (Week of Islamic Law) telah diadakan di Perancis. Program bersejarah tersebut telah dihadiri oleh ramai cerdik pandai atau sarjana undang-undang dari Timur dan Barat dan program tersebut telah dipengerusikan oleh Profesor Milliot dari Universiti Paris.

Apa yang saya ingin kongsikan dengan para pembaca sekelian adalah resolusi yang diluluskan sebulat suara di akhir persidangan tersebut.

Antara resolusi yang diluluskan adalah seperti berikut:

"Kami para delegasi yang amat berminat dengan masalah yang dibangkitkan ketika persidangan 'Minggu Undang-Undang Islam' dan melalui perbahasan yang dilakukan amat jelas menunjukkan bahawa prinsip undang-undang Islam adalah satu nilai yang amat berharga dan tidak boleh dipertikaikan.

"Kewujudan pelbagai mazhab di dalam sistem undang-undang yang hebat ini menunjukkan wujudnya nilai dan unsur penghakiman dan teknik-teknik hebat yang membuatkan undang-undang ini amat mudah untuk menjawab dan mengadaptasi keperluan-keperluan semasa yang berlaku di dalam kehidupan moden ini.

"Dan adalah disyorkan suatu jawatankuasa dibentuk untuk membuat satu Kamus Undang-Undang Islam bagi memudahkan orang ramai merujuk hasil-hasil karya berkaitan sekaligus menjadi satu khazanah maklumat undang-undang Islam mengikut kaedah moden."

Mantan Pengerusi Majlis Peguam Britain Stephen Hockman QC pernah menyatakan bahawa syariah pasti akan menjadi sebahagian sistem undang-undang British dan kerja-kerja perlu dilakukan untuk memasukkan syariah ke dalam undang-undang British.

Hockman berkata demikian ketika berucap dalam satu pertemuan yang dianjurkan oleh Website Islam4UK.

Ketika memberitahu Daily Express, Hockman berkata: "Mengambil kira jumlah besar penduduk Islam di Britain adalah penting kita mencari jalan untuk menyatukan budaya Islam ke dalam tradisi kita."- tajdid_

Reference:
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021713&Itemid=90

Tuesday, June 30, 2009

Hujah Penolakan Kerajaan Perpaduan (KP)

Sidang Pembaca,

Sekali pun ramai dah merasakan kelegaan dengan penolakan PR terhadap perbincangan gagasan Kerajaan Perpaduan, Media Perdana masih cuba meraih lopak-lopak keuntungan sedapat mungkin. Kali ini perpaduan kalangan masyarakat bukan Melayu agar dapatlah kiranya jika berjaya melucutkan "ikatan kuat" DAP dengan Pakatan Rakyat. Jika roboh suatu sudut benteng ini UMNO/BN boleh dikatakan berjaya meraih sokongan masyarakat bukan Melayu.

Gagasan KP oleh media perdana pastilah yang dapat mengekalkan Status Quo UMNO sebagai Parti teras. Maka lingkaran tradisi dan order lama masih diterima dan mengolah politik masa depan. 1 Malaysia dalam acuan ini akan kembali balik kepada pengelompokan Parti dan Masih mengekalkan Unipolar UMNO/BN, sekali pun PR berganubng dengan KP ini. Perkara ini telah berundur ke belakang dalam mencapai persada politik 2 parti negara Malaysia.

Peluang PAS dan Keadilan Menjadi penyatu kepada komponen alternatif politik Malaysia di masa hadapan adalah sangat cerah. Faktor kepercayaan dan persefahaman antara parti yang dulunya dianggap ada "sengketa tajam" sangat optimis didamaikan dan diperjelaskan agar DAP dan masyarakat bukan Islam memahami hasrat Agama Islam di dalam perjaungan adalah untuk KEMAKMURAN DAN KEADILAN BERSAMA, BUKAN ADA DISKRIMINASI ANTARA KAUM DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN PERASAAN PENUH TANGGUNG JAWAB.Ketakutan kepada Negara Islam, akan cuba dileraikan dan buktikan bahawa bahana Negara Bangsa tajaan Penjajah lebih memupuk sengketa antara kaum lebih dari membentuk kerajaan perpaduan. Kelebihan "Single Nation" - Ummatan Waahidah di dalam politik Islam memberi kelebihan kepada PR berbanding acuan KP UMNO/BN.

Eloklah diperhalusi Hujah Dr. Dzulkefly Ahmad dalam menjelaskan hujjah mengapa KP tidak dapat dipenuhi di dalam perjalanan menuju POLITIK BARU MALAYSIA;

_______________________________

Selasa 30 Jun 2009 | 7 Rajab 1430 Hijrah

Gagasan pemikiran Kerajaan Perpaduan, mana silapnya?

Oleh:
Dr Dzulkefly Ahmad
Tue | Jun 30, 09 | 12:08:56 pm MYT

Penulis akan mengakhiri penguatkuasaan 'gag order' yang dikenakannya sendiri. Mentelahan banyak pihak yang menggesa supaya penulis jangan terus membisu.

Penulisan ini akan mengutarakan penghujahan mengapa gagasan pemikiran Kerajan Perpaduan (KP) ditanggapinya sebagai 'menentang arus' dan berlawanan dengan momentum kebangunan tata orde Politik Baru yang sedang dalam proses pendewasaannya dan sangat-sangat dihajatkan oleh pengundi, sekaligus membela kepentingan rakyat dan kemaslahatan negara.

Penulisan ini terpaksa mengambil pendekatan separa ilmiah dan separa popular. Ringan bagi yang lebih mengetahui, berat bagi yang kurang menekuni. Yang pentingnya hujah ilmiah mesti diutarakan sebelum isu ini dapat ditamatkan secara muktamad.

Sesungguhnya, analisis secara tepat terhadap gagasan ini sukar untuk dilakukan dengan lebih objektif kerana sehingga kini tidak pernah dibentangkan dalam pendekatan akademik (terbuka atau tertutup) melalui satu kertas konsep yang menghuraikan falsafah, maksud dan pengoperasiannya.

Tanpa itu, penilaian terperinci sememangnya sulit. Namun yang dihujjahkan di sini bukanlah aspek detail atau mikronya, tetapi secara makro atau gambaran besarnya. Sebelum itu beberapa 'caveat' atau peringatan awal.

Pertama, kerana yang dilontarkan Presiden parti adalah bersifat pandangan atau 'ijtihad politik' dan tidak bersangkutan secara langsung dengan persoalan hukum, maka penulis amat jelas bahawa ia bukan persoalan halal-haram, atau salah-betul.

Penulisan tertumpu kepada aspek menilai gagasan pemikiran ini di segi ketepatan atau sebaliknya 'ijtihad' politik ini serta kesannya kepada politik negara amnya dan kemaslahatan perjuangan PAS (dan Pakatan) khususnya.

Keduanya, penulis sedar tidak timbul isu tidak wala atau kurang hormat kepada Presiden andainya penulis menolak gagasan pemikiran ini.

Sebabnya? Jelas dalam hal 'pandangan politik' seperti menurunkan strategi atau pendekatan taktik perjuangan, pandangan Rasulullah s.a.w. sendiri pun pernah beberapa kali ditolak oleh para sahabat.

Khubab bin Munzir, contohnya pernah memperbetulkan strategi perang yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w. dalam peperangan Badar ketika jelas bahawa perkara itu adalah dari 'pandangan' Baginda yang menempatkan tentara muslimin di tempat yang tidak strategik dengan kata-kata tegasnya "fainna haza laisa bimanzilin" (ini bukan kedudukan yang paling strategik).

Begitu juga contoh perbezaan pandangan di peperangan Khandak ketika Rasulullah s.a.w. berhajatkan untuk berperang di luar Madinah sementara sahabat-sahabat mahu bertahan dalam kota Madinah. Tidak pula mereka dituduh tidak wala dan tidak mentaati Rasulullah s.a.w. Sayugia bagi semua mengambil faham.

Cuma alangkah baiknya kalau kesemua lontaran ide ini ditangani dengan lebih cermat melalui saluran pemutusan sesuatu ide dalam parti. Namun penulis, selaku optimis tegar, bersedia menerima bahawa di sebaliknya kegawatan dan ribut ini, mungkin ada kebaikan yang tidak semua dapat membaca dan mencerapnya. Mungkin juga kita perlu belajar dari kesilapan.

Juga, amatlah diyakini bahawa Presiden PAS sebagai seorang pemimpin negara, telah menggerakkan agenda KP ini untuk semata-mata bertujuan membawa negara keluar dari pelbagai krisis yang tidak berkesudahan dan kemelut yang berpanjangan termasuk impak kemelesetan ekonomi, kereputan institusi-institusi kritikal negara seperti Kehakiman, PDRM, SPRM, SPK dsbnya, sementara mengambil pelbagai kemaslahatan memperbaikki demokrasi dalam pendekatan KP ini.

Pokoknya dan tegasnya, konsep Kerajaan Perpaduan adalah satu pemerintahan yang akan menggembleng seluruh parti-parti politik dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk menangani krisis yang dihadapi negara sehingga diharapkan dapat ditangani bahaya-bencana kebrentakan kemelut ini.

Oleh itu kerap dikatakan Presiden PAS bahawa dalam KP tidak ada 'pembangkang', kerana kesemuanya 'memerintah' dan amat menasabah juga bahawa pengagihan kedudukan kementerian adalah berdasarkan dan berkadar dengan kekuatan kedudukan kerusi setiap parti komponen BN atau Pakatan di Parlimen dalam pentadbiran KP.

Cukup menarik dan berpotensi untuk diperkembangkan secara pengoperasiannya. Pelbagai cadangan juga boleh dimuatkan dalam konsep yang sememangnya idealistik dan mungkin ada yang menelahnya sebagai 'utopian' atau di luar kemampuan untuk direalisasikan dalam satu realiti politik sistem pelbagai parti ala-Westminster seperti di negara ini.

Pun begitu, ini bukan sebabnya gagasan KP ini patut ditolak kerana sukar untuk dilaksanakan. Ia juga tidak wajar ditolak atas sebab tidak kesemua parti-parti komponen BN dan Pakatan bersetuju untuk menyertai gabungan Kerajaan Perpaduan ini. Sememangnya ada komponen BN atau Pakatan yang menolak gagasan ini atas apa pun sebab perhitungan politik mereka masing-masing.

Sebaliknya, berikut adalah sebab-sebab utama mengapa Kerajaan Perpaduan wajar ditolak rakyat demi kepentingan negara.

Pertama:

Dalam kebangunan landskap politik negara yang semakin menampakkan kecenderungan ke arah mematangkan amalan demokrasi ala-Westminster ini ke arah 'Sistem 2 - Parti' yakni Barisan lawan Pakatan, apa jua tindakan yang merencat dan menghalang pendewasaan trend politik tesebut adalah satu yang ditanggapi 'pundit politik' sebagai satu 'Retrogression' atau "Songsang" dan 'Berpatah-Balik'.

Kerajaan Perpaduan, dalam apa jua bentuknya, di segi ini adalah bertentangan dan berlawanan dengan penyongsongan kebangunan politik baru tanah air atau "political trajectory of a new Malaysia."

'Sistem 2-Parti' sebagai yang membuka satu lambaran landskap baru memberi peluang untuk kita contohi amalan politik negara-negara maju di Barat.
Mungkin ada yang menyanggah, buat apa ikut Amerika atau United Kingdom? Betul, tapi nampaknya sehingga kini tidak ada lagi contoh negara umat Islam yang layak diteladani di segi kematangan amalan demokrasi dalam abad 21 Masehi atau 15 Hijrah ini.

Sistem semak-imbang urus-tadbir yang mantap meninggalkan kesan yang baik bagi negara dan ini juga adalah anjuran Al-Quran dalam 2 ayat (Al-Baqarah, Al-Hajj).

Maka ini langkah pertama, bagi mempersiapkan negara yang bakal menyaksikan perubahan kepimpinan politik di peringkat Pusat dalam PRU ke-13. Pertandingan BN lawan Pakatan diramal menjadi lebih sengit dan tajam sekali ke depan ini.

Ingat PRU ke-12 bukanlah pertandingan sistem 2-Parti. Pakatan ditubuhkan atas kepentingan parti-parti pembangkang untuk menjadi pemerintah selepas pilihan raya di 5 buah negeri dan tidak sebelumnya.

Maka pembentukan sistem 2-Parti di negara ini serentak menginstitusikan amalan 'semak-imbang' demokrasi yang mengiktiraf dua parti besar yang sentiasa bertarung bagi merebut kerpercayaan rakyat dan kuasa pemerintahan, sekaligus mengingatkan Barisan Nasional bahawa di sana ada sebuah lagi kerajaan yang bakal mengambil alih negara ini andainya pemulihan keyakinan rakyat gagal dicapai oleh BN dalam pemerintahan parlimen ke-12 ini.

Segala petanda sehingga kini mengisyaratkan BN akan gagal memulihkan keyakinan rakyat untuk kembali menyokong mereka. Dengan kata lain, sistem 2-parti mempersiapkan psikologi rakyat, persiapan birokrasi dan kesediaan negara bahawa pertukaran kerajaan bukanlah satu kiamat kecil bagi BN. Akan silih berganti peralihan kuasa dan pemerintahan seperti yang disebutkan juga di dalam Al-Quran (Ali-Imran: 140). Nah, itu lebih cantik penghujjahannya.

Kedua:

Penulis beralih menghujjahkan ketidaktepatan gagasan KP di segi disiplin ilmu Usul Fiqh. Benar, Presiden PAS bertindak bagi mengambil pelbagai kemaslahatan untuk mengatasi kedudukan kemelut dan krisis yang mendepani negara dan bermatlamatkan kepentingan rakyat.

Kesemua itu adalah perkara-perkara yang boleh disebutkan dalam istilah 'maslahah' yang hendak dicapai, walaupun belum pasti mampu dicapai dengan pendekatan KP ini.
Dalam usaha untuk mendapatkan pelbagai kemaslahatan ini, penulis mengingatkan parti bahawa perhitungan 'mafsadah' atau 'kemudaratan' perlu diambil kira. Tidak ada yang lebih besar dari perhitungan kemudaratan kepada perjuangan parti.

Tegasnya, sebagai sebuah Gerakan Islam yang mengambil pentas dan memilih garis demokrasi sebagai jalan dan wasilah untuk merealisasikan perjuangan Parti Islam SeMalaysia, PAS ini, maka persoalan mendapat dan mengekalkan Sokongan dan Mandat Rakyat adalah perkiraan paling awla (utama) dalam perjuangan parti.

Justeru itu, PAS perlu menegaskan kepada kesemua peringkat pimpinan dan aktivis parti bahawa sementara PAS wajar mengekalkan sokongan tegar kaum Melayu-Islam, buat julung-julung kalinya juga PAS telah memecahkan tembok prajudis kaum Bukan-Melayu-Bukan Islam, lantas diberikan kepercayaan dan mandat sokongan oleh golongan kaum tersebut.

Kesemua ini adalah hasil usaha PAS secara berterusan dengan pelbagai pendekatan yang Inklusif dan Telus, untuk membuktikan bahawa perjuangan -PAS Untuk Semua- itu adalah satu komitmen parti Islam ini dan bukannya satu retorik kosong.

Bergantung kepada demografi negeri dan kawasan pilihan raya, sokongan kelompok pengundi Melayu-Cina-India adalah sangat-sangat memberangsangkan kepada PAS (dan Pakatan) mutakhir ini.

Keseluruhan sokongan ini perlu diurus dengan baik bagi terus meningkatkan sokongan kepada parti Islam ini.

Di sesetengah kawasan kerusi campuran, sokongan kaum Cina boleh sahaja mencecah 60-70% bahkan lebih, sementara kaum India sehingga 55-60%. Sokongan kaum Melayu kepada PAS masih berlegar disekitar 40-50% di negeri-negeri Pantai Barat dan sedikit melebihi itu di Kelantan dan Kedah.

Adalah amat wajar pimpinan parti diperingatkan bahawa dalam apa jua gagasan politik yang mahu dilontarkan bahawa kesan secara jangka pendek, sederhana dan jangka jauh perlu diperhatikan secara cermat dan strategik. Betul kita mahu mengambil kemaslahatan, tetapi perhitungan kemudaratan juga perlu dibuat dengan teliti.
Bahkan dalam hal menggunakan hujah Usul Fiqh sekalipun, kita akan berdepan dengan satu tuntutan prinsip yang menegaskan bahawa:

"Dar al-Mafaasid muqaddamun ala jalbi al-Masoleh" (Menolak Kemudaratan adalah lebih penting dari mengambil Kemaslahatan.)

Berpandukan tuntutan kaedah Fiqh ini, maka meskipun ada kemaslahatn yang hendak dicapai dalam tindakan menubuhkan sebuah Kerajaan Perpaduan (yang belum tentunya dapat dicapai pun), maka menolak kemudaratan yakni kehilangan sokongan rakyat dalam perjuangan sebuah parti Islam, adalah jelasnya lebih awla dan penting di segi perhitungan Syarak.

Bersandarkan kepada hujah tersebut, adalah juga penting bagi pimpinan tertinggi parti untuk mencermati segala lontaran gagasan pemikiran supaya tidak menjejaskan Mandat atau Sokongan Rakyat (Al-Masdaqiyyah Al-Ijtima‘iyyah).

Lebih-lebih lagi kalau tindakan kita itu menghakis kepercayaan kepada pimpinan parti akibat perbuatan kita sendiri yang dilihat mengkhianati kepercayaan rakyat atau dipersepsi membelakangi prinsip-prinsip Keadilan dan sekaligus boleh membawa kebrentakan dan konflik dalaman dalam Pakatan.

Bayangkan bagaimana Rasulullah s.a.w mendapat dan mengekalkan sokongan kaum Bukan -Islam dari ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani dan juga Musyrikin) di Kota Madinah yang jelasnya ketika hijrah, Baginda adalah golongan minoriti dan bukan majoriti.

Ketiga:

Hujah ketiga yang bersandarkan sumber 'Tajribah' atau Pengalaman parti ini dengan Umno/BN, maka tidak wajar penulis menurun segala pengalaman pahit sama ada 'bersama' dengan Umno/BN, tambah-tambah kalau 'bersaing' dengan Umno/BN. Cukup setiap seorang kita menghitung pengalaman masing-masing.

Jelasnya Umno mengeletek kesukaan mendapat tawaran PAS untuk menyelesaikan kemelut negara natijah buruk segala perilaku kebobrokan kepimpinan parti terbesar Melayu itu, seumpama orang mengantuk disorong bantal, pucuk dicita ulam mendatang.
Atau dengan kata lain memang Umno/BN sangat-sangat berhajat untuk meneruskan dialog dan muzakarah Kerajaan Perpaduan ini dengan PAS, bukan untuk menyanggupinya tetapi sudah cukup besar menafaat yang mereka kecapi kalau 'muzakarah' tersebut boleh dimulakan bagi menyaksikan kebrentakan di pihak PAS dan Pakatan dan runtuhnya sokongan Bukan Melayu-Bukan-Islam kepada PAS.

KP adalah seumpama suntikan 'booster' untuk Umno/BN untuk terus mendapat talian hayatnya, sementara suntikan racun kepada PAS/Pakatan. Dengan izin Allah Azza Wajalla jualah segala-galanya berakhir dengan Kebijaksanaan Politik berpihak kepada PAS/Pakatan tatkala tertolak gagasan Kerajaan Perpaduan.
Semoga Perjuangan ini di pelihara Allah Azza Wajalla. Amin Ya Rabb! - mks.
(Penulis adalah AJK PAS Pusat) _

Reference:
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21483&Itemid=1

Monday, June 22, 2009

PERPADUAN DALAM GERAKAN ISLAM - CORAK POLITIK MASA DEPAN

Ramai berasa lega dan tenteram dengan ungkapan para pemimpin pakatan bahawa mereka setia memelihara keutuhan Pakatan Rakyat di kalangan 3 parti poltik tanah air. Keputusan ini adalah yang terbaik, kerana kewujudan Pakatan Rakyat pun adalah untuk memperjuangkan poltik baru warga negara Malaysia menjelang mellenium baru ini. Poltik 'ala-penjajahan hendaklah ditamatkan segera sempena meraikan 51 tahun MERDEKA dari kongkongan penjajah British. Jiwa hamba kepada tuan tanah jajahan perlu ditukarkan kepada jiwa hamba kepada ALLAH SWT dan beraspirasikan kebenaran ilmu pengetahuan dan melihat hakikat dari dekat dan praktikal. Inilah bentuk politik yang telus, amanah, jujur, cerdik, bertanggung jawab dan berwawasan patriotik untuk bumi ini dan bekerjasama untuk keamanan sejagat.

Parti politik dan pertubuhan berasaskan Islam selalu dilebelkan dengan tidak layak memerintah dan tidak menunjukkan unsur perpaduan oleh kalangan pengamal sekular dan pemuja tuan penjajah yang berbangga dengan warisan ilmu kolonial dan budaya penjajahan mereka. Sebaliknya bila beberapa kali UMNO berpecah belah dan telah pun diharamkan, masih lagi dihujjahkan bahawa ianya TETAP "relevan" melaksanakan dan mengetuai kerajaan. Dengan sifat dan watak hodoh tamadun yang di bina akhir-akhir ini, sehingga tidak tahu mana satukah undang-undang yang sah dan batal, langgar undang-undang atau ikut undang-undang pun turut keliru, pertahankan amalan rasuah sehingga banyaklah bangunan-bangunan runtuh dan bakal runtuh kerana bahan-bahan binaan "sub-standard", pengurusan kewangan agensi-agensi kerajaan disorokkan daripada rakyat, pencabulan hak-hak asasi manusia dengan ISA, memperalatkan badan-badan berkecuali seperti mahkamah, Dewan Rakyat, DUN, hatta kepada Institusi Raja-Raja Melayu berperlembagaan pun tidak selamat dari diperkakaskan. MASIHKAH MAHU MEMPERTAHANKAN TINDAKAN-TINDAKAN TERSEBUT?.

Bila melihat arus sokongan rakyat mula memahami perjuangan ANTARA-KAUM, bukan kebangsaan sempit, tetapi Islam menganjurkan perkauman yang luas dinamakan dengan UMMAH, hati pemerintah mula kecil dan kecut. Tergesa-gesa menggagaskan 1 Malaysia yang sepatutnya diselesaikan 30 tahun yang lalu dengan DEB yang diberi peluang oleh "rakyat baik" Malaysia sebanyak 9 PUSINGAN. Namun wal hasil tidak mencapai sasaran sebenarnya - bukan gagal!. Maka mangkuk yang sama perlu disokong untuk membawa perubahan ke mercu kejayaan Malaysia pada 2020 akan datang.

Melihat Seruan Pakatan Rakyat mendapat tempat di hati rakyat jelata, siri ketewasan pilihan raya besar dan kecil semakin berulang, malah keyakinan UMNO BN telah putus, bahawa dengan pilihanraya Malaysia tak boleh capai Demokrasi, maka Demokrasi itu cuba dialihkan bentuknya kepada institusi beraja dan mahkamah yang lebih ideal dan berkesan digunakan berdasarkan trend muta'khir ini. Pentas lakonan dibuka luas bagi menyuarakan keikhlasan "KERAJAAN PERPADUAN" yang hujung pangkalnya pun tidak diketahui...Gegak gempitalah media arus perdana mencanangnya agar dapat menjatuhkan imej Pakatan Rakyat dan PAS secara khususnya jika mereka tidak mahu menerima PERPADUAN SUCI UNTUK MASA DEPAN negara Malaysia tercinta, MEREKALAH PERLU DITOLAK DAN DIPERSALAHKAN.

Tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana bijak mengatur strategi dan tidak termasuk ke dalam perangkap UMNO BN yang kehilangan arah untuk menjatuhkan lawan poltiknya. Biarlah UMNO BN memperbetulkan dulu arah dan hala tuju politik mereka untuk memulihkan negara ini. Sedangkan Pakatan Rakyat WAJIB bersedia untuk menyahut KEPERCAYAAN RAKYAT UNTUK MEMERINTAH NEGARA INI DENGAN LEBIH CEKAP, SAKSAMA, ADIL, BERSIH, TELUS DAN PERPAKSIKAN KEAGAMAAN SERTA NILAI KETIMURAN DAN KEMANUSIAAN YANG POSITIF.

Majulah negaraku, dan bertindak wajarlah untuk masa depan Malaysia tercinta agar MALAYSIA kembali dihurmati di peringkat antarabangsa.

Dungun
MALAYSIA

Tuesday, May 19, 2009

Negara Bersatu Padu (One Single Nation) Vs Negara Bangsa (Nation State)

Saudara pembaca yang dikasihi,

Al-hamdu lillah, rasa syukur kiranya perisytiharan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap perjuangan suatu bangsa berdasarkan Islam telah diketengahkan. Harapan kita agar generasi muda dan tua, lelaki dan wanita dapat membezakan intisari perjuangan membentuk negara yang merdeka dan hakiki selepas suatu tempoh yang lama dijajah dan dihilangkan kemerdekaan memilih dan menentukan hala tuju negara umat Islam yang bebas merdeka.

Barat dan negara kolonial mengarahkan kepada semua negara bekas jajahan mereka (Commanwealth Countries) agar berjuang menuntut negara-negara bangsa (Nation States) selepas mereka kononnya menyerahkan balik kepada negara-negara tanah jajahan. Jelas tegas bahawa Negara Bangsa membawa "bom jangka" kepada negara moden, terutama bila menguruskan kepelbagaian etnik dan puak disesebuah negara. Negara Bangsa cenderung untuk bangkitkan fanatik puak dan bangsa sebagai "status milik negara" sekalipun terpaksa membelakangkan "realiti semasa" dalam banyak aspek pokok seperti paksi politik, ekonomi, sosial, pendidikan, pembangunan, penguasaan teknologi dan negara industri. Akhirnya, jika pun segala bidang utama dan paksi tersebut tidak dikuasai oleh bangsa PERIBUMI, masih mereka diberikan KUASA BONEKA, AGAR DAPAT MENGELIRUKAN PERIBUMI BAHAWA NEGARA BANGSA ITU MASIH DIMILIKI OLEH SESUATU BANGSA TERSEBUT. Namun realitinya segala paksi PERADABAN DAN TAMAUDUN TELAH DIROMPAK OLEH KUASA ASING DAN ORANG LAIN, BUKAN BANGSA ITU. Tetapi rakyat jelata diimbau mimpi masih menguasai Negara Bangsa dengan berjaya dan sangat berbangga dengannya. Bila diajukan soalan mudah di manakah tapak Kuasa Politik negara bangsa ini memperkayakan warganya?. Di manakah kebebasan hak dan warga untuk mendapat pembelaan sebenar sebagai warga negara bangsa merdeka?. Dan begitulah seterusnya soalan-soalan seumpamanya. Nescaya GAGAL DAN TIDAK KEDAPATAN PERKARA ITU PADA KERAJAAN NEGARA BANGSA yang sangat dibanggakan tadi. Akhirnya jelas sudah, bahawa penguasaanya hanya MENJADI BONEKA KEPADA TUAN PENJAJAH SEBENAR YANG MENGANJURKAN SEBUAH NEGARA BANGSA YANG PASTI AKAN MENGUNTUNGKAN TUAN PENJAJAH SERTA KRONI MEREKA SAHAJA.

Itulah realitinya mana-mana negara Islam yang cuba melaksanakan model sebuah negara Islam, bukan "Negara Bangsa" anjuran penjajah akan disita dan dihapuskan seawal mungkin. Malah proses-proses penggulingan kuasanya akan berjalan berterusan oleh bekas tuan tanah jajahan yang kononnya telah memerdekakan mereka puluhan bahkan ratusan tahun dahulu. Lihatlah pengalaman Kerajaan FIS Algeria yang memperolehi kuasa melalui Demokrasi ala barat dan direstui corak pilihanrayanya oleh barat; TELAH DIBATALKAN KERJAAN itu dan ditangkap ahli parlimennya dengan bantuan kerjaaan Perancis. Inilah juga yang berlaku di Palestin apabila HAMAS berjaya menggantikan FATAH dalam pentadbiran melalui pilihanraya bebas dan direstui barat, kerana HAMAS tidak melaksanakan negara bangsa Arab Palestin (namun Kerajaan Islam Palestin), lalu Amerika dan sekutu Eropah menajadi hilang pertimbangan dan kewarasan seperti gila talak mahu KEMBALIKAN KUASA KEPADA FATAH, sekali pun dengan jalan yang TIDAK DEMOKRATIK lagi. Mereka benar-benar merampas kuasa tersebut.

Jadi, pengisytiharan Negara Bersatu Padu - Igr., One Single Nation - Arb., "Ummatan Waahidah" adalah jalur perjuangan Islam bagi mendapat kewajaran dan keadilan langit (Syariat Islamiah dari wahyu Allah swt) dan pengaplikasian kebijaksanaan kemanusiaan di dalam kepentingan keduniaan di bumi, berdasarkan Ilmu Pengetahuan Sahih dan teknologinya - Igr., Knowledge Base sebagai PERLAKSANAAN AMANAH KEKHALIFAHAN ALLAH DI BUMI INI. Maka Negara Bersatu Padu ini, menumpukan kepada kekuasaan, keadilan dan keharmonian kesan perlaksaan AJARAN ISLAM DI DALAM SEGALA SEKTOR KETAMADUNAN untuk semua bangsa yang bernaung di bawah Jajahan Takluk negara tersebut. Inilah perjuangan Negara Islam untuk semua kaum - itulah sebabnya perjuangan ini dinamakan ISLAM FOR ALL NATIONS.

Oleh :

Abu Amrullah Muhammad el-Merbawiy
DUNGUN, MALAYSIA
__________________________________________________


Mari kita berkongsi bersama-sama mesej yang hendak disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan PERISYTIHARAH NEGARA BERSATU PADU - ONE SINGLE NATION.

Nik Aziz Addressing The Nation, 13th May 2009

Nik Aziz Akan Ketuai Negara Malaysia Bersatu Padu

“Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan kamu daripada laki-laki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan keturunan supaya kamu saling berkenalan, beramah mesra antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa dikalangan kamu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuannya akan keadaan amalan kamu umat manusia” – Surah Al Hujuraat (Bilik-Bilik) ayat ke 13.


YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat memulakan sidang media yang penuh sesak dengan ayat di atas. Sidang media ini bukan saja sesak dengan pengamal media dari saluran perdana dan media online, tetapi juga dihadiri oleh Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan, ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Penyokong Kerajaan, pegawai-pegawai lantikan politik dan pegawai-pegawai Halaqat.

Tuan Guru membaca teks yang ditulis tangan dengan tulisan jawi. Berikut adalah intipati teks deklarasi Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada 13 Mei 2009.

Rakyat Malaysia perlu mengingatkan diri sendiri dengan perasaan cinta dan menyintai satu sama lain.

Rakyat Malaysia perlukan sebuah kerajaan yang betul-betul berjiwa rakyat. Kerana kita telah memilih sistem demokrasi berparlimen maka kita perlu diberikan kembali hak-hak sivil kita termasuk kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun secara aman, menghormati prinsip pengasingan kuasa dan rules of law dan natural justice. Serta amalan hak asasi manusia yang dijamin oleh perlembagaan Malaysia.

Hak-hak itu perlu dikembalikan segera jika ia telah dirampas dari mereka selama ini Rakyat pelbagai bangsa, etnik dan keturunan perlu dijamin keselamatannya dari segala gangguan apa bentuk jenayah sekalipun.

Selagi rakyat tidak selamat dari segala bentuk kegiatan negatif itu, selagi itulah kerajaan yang memerintah tidak akan selamat.

Mari kita jadikan tanggal 13 Mei 2009 sebagai titik tolak perubahan ke arah memperkukuhkan suasana hidup beragama, mempereratkan persaudaraan dan mahabah serta menolak mana-mana pihak yang menolak perpaduan kaum, yang mencetuskan isu-isu perkauman yang bukan-bukan untuk mengaut mileage politik bertujuan melanjutkan hayat perjuangan mereka berasaskan semangat kebangsaan.

Kepada semua umat Islam saya menyeru, hayatilah mesej dalam salam yang disampaikan iaitu ‘peace be upon you’, disana ada makna yang sangat mendalam dan mesej persaudaraan tanpa batasan.

Pada rakyat Malaysia amnya, mari kukuhkan persaudaraan dalam semangat kesepakatan rakyat berbilang kaum untuk memulihkan demokrasi di Malaysia dengan menolak segala bentuk amalan kezaliman, rasuah dan ketidak adilan.

Demikian adalah deklarasi yang disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Bilik Gerakan Negeri di Kota Darulnaim, Kota Bharu. Sejurus selepas itu Tuan Guru menyatakan hasratnya untuk menjawab sebarang soalan yang sekiranya ada dari pihak media dan semua yang hadir.

Apabila diminta mengulas berhubung keputusan Majlis Syura PAS, Tuan guru berkata keputusan Majlis Syura sudah dibacakan oleh Timbalannya Datuk Harun Din kepada pihak media, Tuan guru tidak berhasrat memberi sebarang ulasan.

Bila ditanya mengenai laporan akhbar yang memetik tulisan anaknya di blog berhubung persetujuan Tuan Guru menerima Kerajaan Perpaduan jika jawatan Menteri kewangan dan Pendidikan di beri kepada PAS tuan guru berkata,

“Tidak boleh, saya dengan UMNO saya tidak percaya. Terang-terang saya sebut saya tidak percaya keikhlasan dia, kerana dia telah tipu PAS, ketika dia tendang PAS dari Barisan Nasional, sedang dia tahu, PAS ketika hendak masuk Barisan Nasional tu, PAS pecah tiga kepada ada yang sokong, saya termasuk dibawah orang yang sokong masuk kedalam Barisan Nasional. Ada yang menjadi Hamim ada yang menjadi Berjasa”.

Tuan Guru juga memberitahu media betapa sukar untuk memulih balik PAS menjadi satu seperti sekarang dan berkata tiada jaminan yang UMNO tidak akan tendang PAS keluar seperti dahulu.

“Macam kami ni tolok kereta buruk UMNO lah, bila mapuh enjin dia ajak kami tolok, bila motokor jalan dia naik motokar kami kena sembur asap lagi.”

Tapi Nik Aziz berkata, jika UMNO menukar dari fahaman Kebangsaan kepada Islam, “Tak payah di ajak, saya sokong dia, tak ada sebablah nak lawan sesama Islam. Tapi kami lawan sekarang sebab UMNO bawak jalan sesat.”

Nik Aziz juga berkata sebagai orang Islam, “dalam sembahyang sering diulang tidak mahu jalan sesat!”.

Apabila ditanya oleh wartawan berhubung isu Kerajaan Perpaduan dan persaingan jawatan Timbalan Presiden diantara penyandang dan Dato’ Husam, Tuan Guru segera memotong dan berkata, “…Mana saya tau, tak tahu lagi, tetapi Perpaduan tak ada cara lain, lain pada UMNO ubah dasar dia daripada Kebangsaan yang menimbulkan perbalahan sesama kaum kepada Islam kerana Islam ini ajaran Nabi bukan ajaran profesor, ahli sains”

Tuan Guru juga menambah, “UMNO sendiri tendang presiden dia, bukan PAS tendang, UMNO sendiri tendang, dan di Perak pulak berlaku macam ini pulak. Semua Menteri Besar di Malaysia ini semua dilantik oleh rakyat. Rakyat menjadi hakim, hakim yang menentukan parti mana menang parti mana kalah. Di Perak pulak nasib tak baiknya Hakim menentukan Menteri Besar.”

Bila ditanya adakah Tuan Guru akan duduk semeja dengan UMNO jika UMNO tukar dari fahaman Kebangsaan kepada Islam, Tuan Guru menjawab, “Bukan saja semeja, lebih pada meja pun saya mau lagi….”

Tuan guru juga menafikan dia berusaha untuk mantapkan hubungan UMNO dengan PAS, “mana ada saya usaha untuk mantap. Saya panggil UMNO supaya masuk PAS kerana PAS ini dasarnya Islam. Di mana tak kena Islam, saya nak mintak orang UMNO tunjuk.”

Bila ditanya bagaimana PAS boleh kerja dengan PKR yang dipimpin oleh orang Melayu tetapi tidak mengamalkan Islam dalam Parti, Tuan Guru berkata, “Itu bukan parti saya, itu parti orang lain, dia nak kerjasama dengan saya, Alhamdullillah.”

Reference:
http://kickdefella.wordpress.com/2009/05/13/sidang-media-nik-aziz-13-mei-2009/

Saturday, May 9, 2009

Jelas Sudah Agenda BN Rampas Kuasa di Negeri Perak

Saudara pembaca,

Sekiranya kita melihat episod pertukaran kuasa PR kepada BN di negeri Perak secara sekerat-sekerat penilaian kita akan tersasar dari hakikat kebenaran. Namun jika diangkut semua peristiwa dari media resmi dan alternatif, lalu diadun kesemuanya dengan mengambil kira peristiwa konspirasi "tuduhan" dan "blackmail" kedua-dua bekas wakil PR dengan pertuduhan rasuahnya (sekarang masih pending di mahkamah), maka hakikat agenda rampasan kuasa BN dari tangan PR bolehlah disebut dan dipertimbangkan.

Masyarakat tidak perlu terikat dengan media resmi dan alternatif sahaja, sebaliknya masyarakat harus melihat semuanya ini dari suatu sudut "SISTEM DEMOKRASI TULIN dan RAJA BERPERLEMBAGAAN sekaligus. Ditambah pula dengan amalan Demokrasi yang sangat masyhur iaitu "HAKIKAT PENGASINGAN TIGA TAPAK KEKUASAAN (AUTHORITIES)NEGARA telah diketepikan oleh BN, jelas sudah masyarakat dapat menilai hakikat rampasan kuasa ini berlaku secara TERSERLAH sekali. Diselit atau disulam pula ditengah-tengah kekecohan tersebut campurtangan pihak tertentu terhadap URUSAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK yang tidak dapat diSAHKANkan oleh perundangan kerana di luar peruntukkan perundangan Negeri Perak seperti campurtangan setiusaha Dewan tanpa pengetahuan Speaker dan izin beliau dalam beberapa hal, seawal tindakan SPR menentukan kesahihan 2 orang wakil rakyat DUN bekas wakil rakyat PR gugur jawatan seperti di dalam surat perjanjian memegang jawatan PR. Campurtangan pihak polis di dalam Dewan Undangan Negeri kecuali pegawai keselamatan. Tambahan pula dengan urusan perggantian Speaker dari V Sivakumar kepada S Ganesan dengan corak dan kaedah satu pihak (BN) sahaja, bukan persetujuan satu Dewan Undangan Negeri.

Akhirnya, apa yang berlaku di DUN Perak, ini seolah-olahnya tidak dapat dimasukkan di dalam Journal Perundangan Negara kerana kesilapan dan kesalahan prosedur dan kaedah-kaedah biasa perundangan dilanggar serta tidak dihurmati. Persoalan yang sangat JELAS di pihak BN ialah, MEREKA TIDAK INGIN RAKYAT YANG TENTUKAN PEMILIHAN SEMULA DUN PERAK DENGAN PILIHAN RAYA UMUM NEGERI PERAK - IAITU SATU BENTUK DEMOKRASI MUTLAK dapat diselesaikan. Mereka (BN) sanggup melakukan prosedur-prosedur yang pelik dan merumitkan dari sekarang sehinggalah pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

Malangnya MALAYSIA yang mempunyai negara yang sistem "DEMOKRASI TAFSIRAN PIHAK BERKUASA SAHAJA", Golongan yang tidak berkuasa, tidak ada tempat untuk mendapat pengadilan secara KEILMUAN, PERUNDANGAN, KEHAKIMAN dan sebagainya lagi --- itulah Demokrasi Terpimpin seperti sindiran Allah Yarham Tan Sri P Ramli di dalam filemnya 3 ABDUL.

Wahai pembaca sekelian, tugas menjaga keharmonian negara ini dan perlaksanaan keadilannya adalah terletak di bahu semuan pihak; KERAJAAN DAN RAKYAT. Maka menjadi tanggun jawab seluruh individu yang faham dan bijaksana untuk meluruskan SEGALA BENTUK KEBENGKOKAN di negara kita MALAYSIA tercinta ini.
_________________________________________________

Sekadar berkongsi pandangan-pandangan di dalam kes PEMINDAHAN PEMERINTAHAN DAN KEKUASAAN NEGERI PERAK....Silakan menatap pembentangan berikut;

Sabtu 9 Mei 2009 | 14 Jamadil Awal 1430 Hijrah

Polis cabul sidang Dun Perak , Sivakumar masih Speaker

Oleh:
Debra Chong

Sat | May 09, 09 | 5:00:15 am MYT

SEMAKIN banyak pihak menimbangkan kesahihan perlucutan V Sivakumar daripada jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan pengundian pengganti beliau, R Ganesan, bekas Adun Sungkai, dan juga dua lagi usul.

Peguam dan juga Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Malik Imtaz Sarwar tidak bersetuju dengan pandangan Dato' Hafarizam Harun dan Dato' Muhammad Shafee Abdullah, yang dilaporkan berkata bahawa usul yang diluluskan 7 Mei adalah sah.

"Saya tidak bersetuju dengan pandangan Hafarizam dan Shafee. Saya tak nampai bagaimana it boleh menjadi sah," jelas Malik Imtaz kepada Malaysian Insider.

Prosidur diragui

Dia mendapati terlalu banyak persoalan berhubung prosidur di dalam ruang dewan, mengakibatkan kesahihannya diragui.

"Pertama, bagaimanakah persidangan itu boleh sampai ke peringkat di mana Hee mengambil alih persidangan?" beliau mempersoalkan, merujuk kepada Hee Yit Foong, Adun Jelapang merangkap Timbalan Speaker.

"Sekiranya Sivakumar berada di situ secara sah, bagaimana dia (Hee) boleh mengambil alih (tugas Speaker)?" tambah beliau, merujuk kepada penjelasan Hafarizam yang membuat rujukan kepada Perkara 36A(1)(b) Peraturan Persidangan yang membenarkan Timbalan Speaker mengambil tempat menggantikan Speaker.

Versi bercanggah

Kata Imtaz, dia mendengar versi yang bercanggah-canggah mengenai peristiwa 7 Mei, termasuk dakwaan kononnya pada satu ketika Sivakumar tidak berada di dalam kamar dewan sewaktu persidangan berlangsung.

Beliau juga mempersoalkan kehadiran pegawai polis berpakaian biasa di dalam kamar dewan.

"Polis tidak sama sekali mempunyai kuasa dalam kamar dewan," kata Imtaz, dan merujuk kepada kenyataan terdahulu oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Negara pada Mac lalu selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Karpal Singh dikasari di Parlimen.

Syed Hamid dan Musa Hassan menegaskan bahawa pihak polis tidak boleh campur tangan dalam kamar dewan walaupun sekiranya terdapat pergaduhan dan hanya petugas dewan (sergeant-at-arms) mempunyai kuasa menangkap.

Polis bukan agen parti politik

"Polis telah bertindak tanpa kuasa. Mereka sebenarnya menjadikan diri mereka sebagai agen kepada sebuah parti politik dan bukan sebagai pelaksana bebas undang-undang," kata Imtaz, sambil menekankan bahawa Sivakumar adalah masih Speaker yang sah ketika itu.

Sementara menekankan pandangannya bahawa tidak bermakna Adun Pakatan Rakyat bebas daripada apa-apa perlakuan salah, Imtaz menolak penjelasan Dr Zambry Abdul Kadir yang mengatakan BN tidak mempunyai pilihan kecuali memanggil polis apabila keadaan menjadi semakin tegang.

"Mereka mengatakan mereka tidak ada pilihan tapi itu tidak benar. Mereka boleh sahaja memfail untuk mendapatkan perintah mahkamah dan menyebut Sivakumar sebagai menghina mahkamah. Mereka tidak melakukan demikian tetapi memilih untuk membantu diri-sendiri tetapi membantu diri-sendiri tidak dibenarkan di bawah sistem perundangan kita," jelas Imtaz lagi dengan nada marah.

"Bahkan, cara paksaan terpaksa digunakan - dengan menggunakan polis untuk memaksa Sivakumar keluar dari kamar dewan tanpa sebarang alasan-� ini adalah merupakan penunjuk yang mencukupi bahawa BN tidak mempunyai penyelesaian politik mahupun perundangan terhadap kesulitan yang mereka sendiri mulakan."

Beliau juga mempersoalkan: "Pada saat manakan persidangan sebenarnya bermula?"

Bila sidang bermula?

"Sekiranya perasmian persidangan bermula selepas titah Raja Nazrin, bagaimanapula mereka menjalankan sebarang urusan sebelum itu?" tanya Imtaz.

Beliau menekankan, Raja Muda Perak yang sepatutnya membuka persidangan, memasuki kamar dewan hanya pada kira-kira jam 3.00 petang, setelah berlaku perebutan kerusi Speaker dan setelah tiga lagi usul - pemilihan Ganesan sebagai Speaker, anggota baru untuk jawatankuasa sampingan dan kelulusan pengisytiharan pembatalan sidang Pakatan Rakyat terdahulu yang diadakan di bawah sebatang pohon.

Imtaz juga menegaskan persidangan tersebut juga melanggar beberapa lagi konvensyen, termasuk tidak mengadakan upacara mengangkat sumpah untuk Ganesan selaku Speaker. Ini, tegasnya, biasanya diadakan dalam satu upacara di masa lain di hadapan raja.

Terus buntu

"Inilah antara perkara yang menyebabkan saya merasa ragu tentang kesahan usul yang diluluskan," kata peguam yang baru-baru ini menjadi penerima anugerah hak asasi manusia antarabangsa.

"Akhirnya, terdapat kebuntuan di sini," katanya, dan menambah sekiranya Perdana Menteri Najib Razak "ikhlas tentang Satu Malaysia, dia tidak boleh membenarkan BN melakukan tindakan tersebut."

Bagi pensyarah undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Abdul Aziz Bari, "semuanya begitu jelas dan terpampang."

Katanya, dia bersetuju dengan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa persidangan 7 Mei adalah "haram dan tidak berperlembagaan".

Cara salah pilih Speaker

"Bagi saya, cara mereka memilih Speaker adalah salah. Speaker masih Sivakumar," jelas ahli akademik itu.

Beliau memerhatikan bahawa urutan peristiwa dari 5 Februari sehingga semalam - dari perbuatan melompat parti yang dilakukan wakil rakyat yang dipilih sehinggalah kepada keputusan mahkamah membatalkan keputusan Sivakumar untuk menggantung kehadiran Adun BN - membuatkan kesahihan usul cukup meragukan menurut pandangannya.

Seperti juga Malik Imtiaz, Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan bersetuju situasi di Perak sudah tiba pada titik di mana tidak ada jalan lain kecuali Sultan Perakmembubarkan dewan undangan dan membuka jalan untuk pilihan raya umum baru bagi membersihkan kemelut yang berlaku.

Undang-undang tak boleh selesai masalah

"Bagi kita, cara perundangan tidak akan dapat menyelesaikannya kerana setiap peguam mempunyai pendapat berbeza," katanya.

"Secara peribadi, saya rasa terdapat hujah yang memihak kepada kedua-dua pihak. Satu daripadanya bilakah persidangan itu sebenarnya bermula? Satu lagi apakah Speaker mempunyai kuasa untuk menolak usul yang hendak dibentangkan?"

"Tapi kini Pakatan Rakyat adalah pihak minoriti dan BN mempunyai majoriti stabil dengan 28 campur tiga bebas," jelasnya.

Ragunath menekankan cara terbaik untuk keluar dari permasalahan tersebut ialah membenarkan pengundi membuat keputusan.

"Saya tak fakir dalam demokrasi, untuk kembali semula kepada rakyat setelah baru sahaja mengadakan pilihan raya umum merupakan satu masalah," katanya.

**Tulisan dari The Malaysian Insider ini diterjemah oleh Shirzad Lifeboat _

Reference:
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020654&Itemid=85

Sekadar membandingakan dengan maklumat dari media resmi kerajaan BN, sila teliti laporannya:

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak kesal dengan tindakan pembangkang yang mencetuskan kekecohan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, kelmarin kerana ia jelas tidak menghormati undang-undang serta memburukkan imej Malaysia.

Perdana Menteri berkata, kejadian itu amat memalukan negara kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dipilih oleh rakyat, bertindak untuk membelakangkan undang-undang.

"Kalau kita tidak menghormati peraturan dan prinsip undang-undang, maka akan berlaku keadaan yang mirip undang-undang rimba dalam negara ini. Ini sudah tentu perkembangan yang tragik dan memalukan kita.

"Ia memalukan imej Malaysia sebagai negara mengamalkan demokrasi yang matang," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pencapaian 10 tahun Muzium Kesenian Islam Malaysia, di sini, semalam.

Najib mengulas kekecohan yang berlaku pada mesyuarat pertama DUN Perak kelmarin berikutan sikap bekas Speaker, V Sivakumar, enggan berganjak daripada kerusinya selepas dewan meluluskan usul memecatnya.

Najib berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana demokrasi di Malaysia diamalkan adalah dengan menghormati tatasusila dan prinsip berasaskan kepada peraturan dan undang-undang.

"Kalau kita tidak suka apa-apa pun, kita tak boleh menekan pendirian kita sehingga menafikan hak orang lain. Masing-masing ada hak, kerajaan ada hak, pembangkang ada hak.

"Tujuan kita mewujudkan peraturan dan undang-undang ialah untuk menentukan bahawa sistem demokrasi di Malaysia ini berjalan dengan lancar dan dengan tertib," katanya.

Perdana Menteri menafikan kekecohan itu berpunca daripada sikap Barisan Nasional (BN) yang tidak mengikut perlembagaan selepas tiga Adun pembangkang keluar parti menjadi Adun bebas dan menyokong BN.

"Apa yang dimaksudkan dengan tidak berperlembagaan itu? Menukar parti perkara biasa dalam sistem demokrasi berparlimen dan ia pernah dilakukan Winston Churchill (bekas Perdana Menteri Britain) dan yang terbaru di Amerika Syarikat, senator Republikan bertukar menjadi Demokrat.

"Ia tidak salah dan bukannya tidak berperlembagaan atau tidak sah. Jangan lupa bahawa ada usaha untuk tubuhkan kerajaan pada 16 September lalu dengan menggunakan prinsip dan kaedah yang sama iaitu cuba memujuk 31 ahli Parlimen BN menukar parti.

"Apakah itu bukan perbuatan yang boleh menimbulkan pertikaian. Jadi kalau kita anggap perkara itu boleh dilakukan, kenapa tidak tiga Adun yang menyokong BN," katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kelakuan yang ditunjukkan Adun dari Pakatan Rakyat ketika sidang DUN kelmarin jelas menunjukkan mereka tidak menghormati Institusi Raja dan demokrasi di negara ini.

Beliau berkata, kelakuan mereka itu bukan budaya rakyat Malaysia dan bimbang ia ia akan menjadi 'trend' pembangkang selepas ini.

"Ini bukan pertama kali pembangkang membuat kecoh di Perak tetapi kejadian kelmarin itu adalah yang terburuk. Kelakuan mereka itu jelas tidak menghormati Pemangku Raja Perak (Raja Dr Nazrin Shah) yang terpaksa menunggu lebih lima jam," katanya.

Beliau berkata, sebagai Adun yang dilantik rakyat, mereka perlu mengawal emosi dalam apa juga keadaan sambil menegaskan tindakan polis membawa keluar Sivakumar dari dewan, adalah atas arahan Bentara DUN berikutan kekecohan yang tidak lagi dapat dikawal.

Reference:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20090508224907/Article/index_html