Wednesday, February 21, 2018

Sekitar Pertikaian enakmen Akta 164 yang dikatakan kononnya memberi implikasi bahawa Mahkamah Persekutuan membenarkan anak-anak di bawah 18 tahun murtad, diulang sebut oleh ahli politik parti agama... 

Ust Zolkharnain Abidin Al Abyadhi...menjawab perkara ini... 

KANAK-KANAK BAWAH 18 TAHUN BOLEH MASUK ISLAM DGN SYARAT DIIZINKAN OLEH IBU DAN BAPANYA DI TERENGGANU SEMENJAK TAHUN 2001;

1. Ini petikannya, "Seseorang yg tidak beragama Islam boleh memeluk agama Islam jika dia sempurna akal dan; a) Sudah mencapai umur 18 tahun; atau b) Jika dia belum mencapai umur 18 tahun, IBU DAN BAPA atau penjaganya mengizinkan pemelukan agama Islam olehnya." 
2. Mengikut catatan, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Terengganu berkaitan perkara di atas dipinda dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada tahun 2001 iaitu Enakmen 2 Tahun 2001 Bahagian 8. 
3. Kalau tak silap ingatan saya yg lemah ini, tahun 2001, MB Terengganu ialah Abdul Hadi Awang, dia Presiden Pas, parti yg berslogankan Islam itu. Parti itu dipimpin oleh para ulama. 
4. Kenapa pindaan enakmen itu lulus di negeri dan masa Pas memerintah, padahal semua pemimpin Pas menyifatkan pindaan sebegitu dikira menyokong dan merestui murtad? 
5. Di parlimen, bukan main MP mereka mengecam MP PH kononnya sokongan kpd pindaan Akta 164 adalah sokongan utk memurtadkan orang Islam. MP PH menyokong murtad. 
6. Padahal pindaan akta itu bertujuan menyelesaikan pertikaian pasangan muslim dan bukan muslim yg bercerai menggunakan saluran mahkamah sivil. 
7. Saya yg lemah ini kurang pasti adakah tindakan Pas di Terengganu semenjak tahun 2001 itu tidak dikira menyokong murtad? Tapi tindakan MP PH sokong Akta 164 dikira sokong murtad pula? 
8. Saya yg lemah ini pohon mendapat penjelasan ulama Pas yg kuat tentang kedudukan sebenar perkara ini. 
9. Perkara ini tak boleh kita pandang remeh sebab ia melibatkan aqidah dan iman yg wajib dipertahankan. 

Adis El Merbawiy Bukit Besi, Dungun 23200 TERENGGANU MY

No comments: