Wednesday, July 23, 2008

ISU MUZAKARAH PAS-UMNO

Salam warga blog sekelian.,

Selepas PRU 12, keadaan politik negara menjadi tidak menentu dan nampak ada sedikit kegoyahan kepimpinan dan krisis kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan BN khususnya keruntuhan kepercayaan kepada parti UMNO untuk meneruskan kepimpinan negara Malaysia. Bukti jelas apabila mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed berkali-kali menggesa Datuk Seri Utama Abdullah Haji Ahmad Badawi (AAB) untuk berundur, sehingga Tun akhirnya berundur dari UMNO sebagai tindakan protes terhadap Presiden UMNO. Pergerakan lain di dalam komponen tidak kurang juga menggambarkan ketidak percayaan komponen kepada UMNO, antaranya SAPP melalui presidennya menganjurkan undi tidak percaya kepada AAB tetapi tidak diterima usul itu oleh YB Yang Dipertua Dewan Parlimen. Jawatan timbalan dan presiden MCA tidak dipertahankan lagi oleh pemimpin yang lalu bagi menunjukkan tauladan bahawa negara memerlukan pimpinan "darah muda". Maka tindakan ketua pemuda MCA juga tidak bertanding jawatan tersebut bagi memberi laluan kepada kepimpinan baru. Hal ini secara paraktikal mengahantar ISYARAT KEPADA UMNO agar melakukan perubahan di dalam parti dan juga cara gaya pentadbiran di dalam BARISAN NASIONAL. Sama jugalah halnya apa bila ketua pemuda MIC bertindak keluar parti kerana membantah presiden MIC Datuk Samy Vellu agar berhenti dan meletakkan jawatan kesan daripada tindakan beliau MIC tidak popular di kalangan MIC di Malaysia. Akhir sekali barulah ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat menganjur usul tidak percaya kepada AAB dan ditolak oleh YB Yang Dipertua Dewan Parlimen.BUKTI-BUKTI TERSEBUT ADALAH MENCUKUPI UNTUK MEMBERI GAMBARAN KEYAKINAN RAKYAT KEPADA YAB AAB dan Barisan Nasional sudah terhakis secara menyeluruh.

Dalam kegawatan itulah pertemuan sulit PAS-UMNO diadakan agar merintis jalan ke arah MUZAKARAH. (Hasrat UMNO penggabungan dengan PAS seperti di zaman Asri Muda. Atau HANYA PELAN PROVOKASI UMNO AGAR PAKATAN RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN SESAMA SENDIRI KERANA PAS BERUNDING SECARA RAHSIA). Ini suatu kejayaan UMNO walaupun penggabungan tidak menjadi dan MUZAKARAH bukanlah menjadi hasrat utama UMNO kerana banyak kali PAS menghulur tangan untuk bermuzakarah, UMNO yang batalkan MUZAKARAH tersebut. Jadi, bagai terang lagikan bersuluh polemik MUZAKARAH PAS-UMNO hanyalah modal murahan tetapi licik dari UMNO untuk MEMPORAK PERANDAKAN PAKATAN RAKYAT DAN HASRAT AHLI-AHLI PARLIMEN BN YANG MAHU MENYERTAI PAKATAN RAKYAT (PR) MULA HILANG KEYAKINAN KEPADA KERJASAMA DALAM PARTI PR YANG LONGGAR ITU.

Elok sangatlah hal ini didebatkan oleh para perwakilan PAS dan didengar oleh Pakatan Rakyat kesah sebenarnya Polimek MUZAKARAH PAS-UMNO ini. Apa yang penting MUZAKARAH ini tidak akan menjejaskan Kerjasama dan perpaduan anggota Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat atau PAS khusunya boleh memberi tunjuk ajar kepada UMNO untuk berubah. NAMUN DENGAN KEKANGAN BUDAYA DAN TRADISI DI DALAM UMNO, TIDAK BANYAK PERUBAHAN YANG BOLEH DIBUAT. Barisan kabinet pun adalah terdiri dari TEAM WAWASAN LAMA dan "Rejected Leaders" yang dikitar semula. Anologi perubahan di dalam UMNO, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI)telah beriringan dengan Mantan Perdana Menteri yang bistari menegakkan proses ISLAMISASI yang gemilang itu BOLEH DICANTAS OLEH para konspirator UMNO hanya kerana tindakan MELAWAN RASUAH dan CUBA BERTANDING JAWATAN PRESIDEN UMNO, maka apalah SANGAT dengan hasrat WIRA PAKAR DEDAH KONSPIRASI EZAM MOHD NOR untuk mengubah UMNO. Enta pun tumbang kalau tidak ikut budaya dan tradisi UMNO yang membawa rebah itu. Sama-samalah kita rakyat Malaysia yang faham dan tidak termakan serta tertipu dengan percaturan UMNO/BN untuk terus tegak berkuasa, sekali pun ianya telah luput tarikh dan membawa negara mundur ke belakang. Kepada saudara-saudara saya di dalam UMNO, jangan beremosi dengan kenyataan ini. Elok sangat jika anda sendiri memeriksa piminan anda dan apakah yang mereka telah rancangkan untuk berkuasa dan terus berkuasa dan untuk menjadi kaya dengan jawatan-jawatan Kerajaan Persekutuan dan terus menjadi kaya. Bukti-bukti kenyataan ini terlalu banyak sehingga tersadung rakyat oleh kekayaan pemimpin-pemimpin UMNO Barisan Nasional TIDAK TERSANGKAL LAGI...

Arau

PERLIS DARUS SUNNAH

2 comments:

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

lihat juga komentar dari Harakahdaily.net. "Muzakarah, rakyat dinasihatkan agar tidak terjerat dengan media" Oleh Mohd Sabri Said.
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=15935&Itemid=28

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Jumaat 25 Julai 2008 | 21 Rajab 1429 Hijrah

Muzakarah: Senjata jahat Umno demi survival politik - SMM

Oleh:
Intan Abdullah

Fri | Jul 25, 08 | 11:32:45 am YT
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Hrkh) - Setelah banyak pihak mengemukakan pandangan berhubung isu muzakarah PAS dan Umno, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pula berpendapat ia dilihat sebagai satu langkah ke belakang berbanding garis masa dan landskap politik Malaysia yang sedang ditongkah pada hari ini. Iklan

Pengerusinya, Sheikh Omar Ali berkata pihaknya melihat isu muzakarah versi kali ini adalah bersifat 'senjata jahat' yang digunakan oleh Umno dalam memastikan kekalutan survival politik yang sedang dihadapinya dapat terus dipertahankan.

"PAS dilihat seolah-olah sengaja menjerumuskan diri kepada perangkap merbahaya UMNO," ujarnya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Umno sebenarnya sengaja memainkan isu ini bukan kerana benar-benar mahu membincangkan permasalahan Islam dan Melayu, tetapi ia tidak lebih sebagai senjata jahat mereka untuk menjaga survival politik parti mereka yang bagai retak menunggu belah, dan memporak-perandakan pakatan dan kerjasama sedia ada di peringkat Pakatan Rakyat.

Pada masa sama, beliau turut mengusulkan agar perbincangan tersebut bukan sekadar melibatkan PAS dan Umno, bahkan juga parti-parti politik yang lain.

"Ayuh kita bermuzakarah tanpa mengetepikan mana-mana bangsa dan agama, dengan melibatkan semua parti politik dan pertubuhan yang berkaitan," katanya.

Sheikh Omar juga menggesa PAS yang memperjuangkan Islam sebagai dasar parti itu agar membawakan agenda dakwah mereka dengan lebih terbuka.

"Mungkin sudah masanya untuk mengemukakan dakwah secara terbuka, kemukakan hujah dan pasarkan tawaran-tawaran yang Islam mampu berikan kepada semua kaum, bangsa dan agama dengan penuh hikmah dan bijaksana," ujarnya lagi.

Kenyataan yang dikeluarkan SMM adalah merupakan maklum balas daripada pendirian Pertubuhan Kebajikan Pelajar Islam Semenanjung (PKPIM) yang menyatakan persetujuan terhadap muzakarah PAS-Umno

Pandangan pertubuhan itu dua hari lalu telah mengundang beberapa reaksi sama ada di peringkat PKPIM sendiri mahupun individu-individu tertentu yang dilihat berminat dan terus mengambil berat terhadap hal-ehwal gerakan aktivis dan aktivitisme mahasiswa. - mns_

Reference:
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=15994&Itemid=28