Oleh
Abu 'Amrullah Muhammad ADIS Al-Merbawiy (CITU)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Kampus Arau Perlis
Abstract :
“The Universe, Science and Technology are three entities which are crude and abtract in nature. These entities have been further manipulated, abstracted, studied, and synthesized to produce the most meaningful mundane entities called Knowledge and Scientific Researches and Discoveries.Human mind have been developing continuously since the first age of civilization existed on earth. During these process of development, i.e.,over the many ancient civilizations achieved by human being, challenges that took places had to be dealt with and overcome. The main entity involved was surely the human intellect or mind. This faculty had been working continually to abstract, apprehend, synthesize and formulate many accurate meanings of something called knowledge. The mind would venture further to perform more complicated studies in order to elaborate the knowledge into minute details about scientific findings and sub-division of meaning in very practical and sophisticated physical and non-physical explanation. The stages of acquiring knowledge and scientific researches done are in line with the challenges of human mind to apprehend, acquire, synthesize, apply, utilize and culturize societies, Muslim and Non-Muslim. These are ideas in the writing that I would like to expose and share with the knowledgeable participants and audiences in today’s seminar.”
Pendahuluan
1. Pandangan Mengenai Alam Raya
Manusia moden tidak lagi mementingkan sudut Pandangan Alam Raya – world view, Nazariyat al-Islam li al-Kawn, weltanshaung, dll., dari sesuatu perspektif, kerana hal ini telah diserahkan tugasnya kepada penemuan sains dan teknologi semasa untuk menjelaskannya. Usaha pengkajian diteruskan tanpa perlu merujuk kepada sudut Pandangan Alam Raya, samada dari sudut Agama Islam, Kristianiti, Judaism, Hinduism dan lain-lain. Perlu diingat, suatu hakikat bahawa sudut Pandangan Alam Raya inilah yang mencorakkan watak, nama-nama, ciri-ciri dan sifat-sifat sains yang dilahirkan oleh sesuatu bangsa manusia atau peradaban yang mereka bangunkan. Sebagai contohnya, Tamadun Barat mempunyai sudut Pandangan Alam Raya Holistic-Materialism dengan mampu memiliki peraturan Alam sendiri dan berkemampuan mengoperasikan dirinya yang dikenali sebagai ‘Undang-Undang Alam Raya’ atau the Law of Nature, tanpa memerlukan pertolongan mana-mana kuasa termasuk pencipta alam raya itu. Sudut pandangan ini lahir daripada warisan Tamadun Greek purba yang menjelaskan bahawa selesai sahaja Tuhan menjadikan alam raya, maka Tuhan berehat dan semua peraturan di dalam alam raya ini beroperasi sendiri (self-automatic progression). Maka gagasan saintifik yang popular di barat ialah skema mechanistic-materialism berpaksikan nilai kebenaran positif dan objektif di dalam setiap ilmu pengetahuan. Di atas prinsip inilah Tamadun Barat tidak memerlukan campurtangan Tuhan dan Gereja di dalam perkembangan saintifik dan teknologi mereka, hasilnya mereka mengambil sikap sekularistik di dalam hubungan mereka di dalam agama dan sains – secularization. Jelasnya Tamadun Barat bukan milik agama Kristian dan tidak juga Judaism, malah mereka beragamakan falsafah Augustinian (Auguste Comte) iaitu mazhab scientism di abad atau millenium moden, sekarang dan akan datang.
1.1 Alam Raya: Pandangan Islam, Klasik dan Moden
Alam dalam sudut pandangan al-Quran dan Islam ialah suatu tanda (sign) manifestasi kekuasaan (supremacy), keagungan (almighty) dan keluasan ilmu Allah swt serta kebijaksanaan (All knowing and All wise) Ilahi di sekeliling manusia dan makhluk di bumi dan di alam raya ini. Kata ‘alamun – ‘aalameen – di dalam al-Quran merujuk kepada seluruh peringkat alam raya ciptaan Allah swt. Maka alam dalam sudut pandangan Islam merujuk kepada Alam Sarwajagat (Universe) dengannya melakarkan kerumitan dan susunan terperinci Ilmu tuhan yang bakal disediakan untuk manusia mendalaminya dan menguasainya dengan disiplin ilmu pengetahuan dan peningkatan penggunaan kaedah saintifik yang selalu diperbaharui agar ia kekal valid dengan keperluan semasa manusia dan pembangunannya serta peradaban duniawi. Maka medium intellektuallah suatu wahana ke arah menerokai, merungkai masalah, merumuskan fakta dan formula saintifik untuk kegunaan manusia serta pengembangannya ke tahap yang lebih terperinci (further more sophisticated technological advancement).
Manakala pandangan alam raya klasik pula merujuk kepada bagaimanakah alam raya difahami dalam Tamadun Greek, seperti Alam terdiri daripada susunan hukum matematik seperti diungkapkan oleh Pythagoras (580-500 SM). Alam raya adalah terdiri dari air mata Tuhan Venus yang sangat mengasihi dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan di bumi. Plato (427-347 SM) dan Aristotle (384-322 SM) telah mengelaskan alam raya ini sebagai tingkat teratas alam raya yang tidak berubah (celestial bodies) dan tingkat terendah yang sentiasa binasa (terestial bodies), dan bagi Aristotle menegaskan setiap objek alam mempunyai tempat asalnya (natural palace). Kerana itulah bintang-bintang dan planet bergerak menjauhi bumi, kerana ia kembali ke tempat asalnya, sedangkan bintang dan planet yang menghampiri bumi disebabkan tempat asalnya lebih hampir kepada bumi kerana ia dari bahan yang lebih berat. Sudut pandangan alam klasik lebih mementingkan alam raya sebagai pusat tumpuan dan keagungan kejadian di alam maya ini. Manusia ketika itu bukanlah objek terpenting dan central di alam raya ini.
Selepas zaman pencerahan dan kebangkitan keilmuan dan kesusateraan Roman yang dikenali di barat sebagai Rennaisance, tumpuan manusia kepada alam raya berbeza, kerana mereka menyedari manusialah sebagai pusat alam (central of universe). Lalu segala-gala proses kajian dibuat berasaskan keperluan manusia kepada cakerawala dan sistem planet terjauh. Alam sudah berubah menjadi bahan kajian manusia, di mana mereka huraikan hujah dan rasional mengapa perjalanan planet-palanet bersifat eliptic, menggulung – whirlpool, berlegar di atas talian paksi – circulation dan sebagainya. Oleh kerana itulah gagasan demi gagasan diatur dan diperbaharui seperti teori alam raya Nikolas Copernicus, Johanes Kepler, Galileo Galilie, Isaac Newton dan lain-lain dirumuskan dan didebatkan bagi mendapat gambaran seadilnya mengenai alam raya. Sekalipun ada golongan saintis ini kuat beragama, seperti Isaac Newton, namun teori keagamaan kristian di dalam pengajian astro-fizik dilihat sebagai Mitos dan khurafat yang wajib dihukum bunuh atau dibakar. Namun dengan pembebasan pengaruh Gereja dari Akademi Sains, maka teori-teori saintifik tokoh-tokoh saintis failasuf dimajukan semula dan meninggalkan kesan kemajuan dunia astronomi dan penjelajahan pelayaran samudera ke timur jauh. Serentak dengan itulah sains dan teknologi berkembang di barat di luar lingkungan kegamaan gereja Kristian.
1.2 Alam Manifestasi Ketinggian Keilmuan Tuhan
Alam raya pada hikikatnya adalah manifestasi dari susunan dan gambaran ketinggian Ilmu Ilahi (the ultimate truth) yang maha sempurna itu. Gambaran mudahnya ialah Allah swt memiliki 99 nama-namaNya yang indah (asmaa’ullah al-husnaa) yang mana dengan kualiti-kualiti itulah ditajallikan (sedikit aplikasian penzahirannya) kepada alam ini sebagai penzahiran bukti keagungan dan kemampuan serta keperkasaan Allah swt mencipta dan mengurus tadbir alam raya sehingga ke hari yang dijanjikan. Beberapa asas nama-nama Allah swt yang dominan disebut seperti al-badee‘, al-baari, al-‘aleem, al-qadeer, al-lateef, al-khabir, al-muhyi, al-mumeet dan seterusnya, adalah pencetus (ibda’ wa khalq – Originator and Creator) kepada ciptaan dan pengurusan tadbir Allah swt ke atas alam raya secara langsung setiap saat dan ketika (Laa ta’khuzuhu sinatun wala nauwm – Dia tidak dikuasai mengantuk dan tidur) dan Dia memiliki segala sesuatu di alam raya ini (lahu ma fi al-samawat wama fi al-ard wahuwa al-‘aziz al-hakeem – bagiNyalah segala apa yang ada di langit dan bumi, sedang Dialah yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana).
Apabila Alam raya tercipta, hasil tajalliyat ilmu Ialhi – penzahiran nama-nama Allah swt tersebut terdapat pada setiap unit atau entiti kejadian alam raya bermula dari setitis air sehinggalah gunung ganang yang utuh serta binaan langit yang menakjubkan manusia. Apabila manusia menyelidikinya, mereka bertemu dengan data-data, formula, persamaaan hukum fizik dan bukan fizik yang apabila dirumuskan secara sistematik dan penyelidikan penuh teliti (coherence of divine cannon of something via discursive researches and studies), lahirlah disiplin-displin ilmu yang sangat berguna kepada manusia yang dikenali sebagai sains atau ilmu pengetahuan. Hakikatnya alam raya adalah susunan ketinggian terjemahan ilmu Ilahi setepatnya.
1.3 Alam Raya dan Minda Manusia
Alam raya yang menjadi tempat penjanaan ilmu Ilahi itulah menjadi tarikan dan serasi dengan Minda manusia yang dianugerah Allah swt dengan penuh kemampuan akliah (intellectual ability) hasil pancaran Ruh dari urusan Ilahi jua. Maka Allah swt telah menyediakan subject matters untuk dikaji dan dianalisa oleh minda manusia, bahkan ia sangat berkebolehan untuk menyiasatnya sehingga terbongkarlah segala rahsia-rahsia keindahan aturan alam raya yang telah diatur oleh pencipta Alam raya ini, dengan pendekatan perkaedahan saintifik (scientific methodologies). Capaian akal manusia menerusi pelbagai fungsi minda seperti Minda Penyaringan (synthesist), Minda Pengukuran Unggul (idealist), Minda Anjal (pragmatist), Minda Perumus (analysist) dan Minda Paksi (realist) dilihat mampu menyumbang pengetahuan dan maklumat yang tepat dan adil kepada manusia dalam usaha memahami segala objek alam raya. (lihat Harrison, A.F., & Bramson, R.M., (1982) The Art of Thinking, New York: Berkley Books )
Islam melihat dan mengutamakan manusia Khalifah dan Akal fikiran mereka agar dapat memahami himpunan dan susunan data, fakta dan formula tersurat dan tersirat di alam raya. Maka kekuatan akal dengan bimbingan wahyu sahajalah mampu mencungkil segala rahsia sebenar di alam raya dan di sebaliknya agar kedua-dua susunan tergambar dengan tampak jelas prinsip Ilmu Ilahi yang di pancarkan dan diterjemahkan ke dunia atau alam semesta.
1.4 Alam Hadiah Bimbingan Saintifik
Alam raya tercipta agar manusia mengenal kekuatan dan ketelitian pencipta (al-Lateef al-Khabeer), Allah swt di dalam pekerjaanNya di setiap pelusuk dan ufuk. Dia telah mencabar dan terus mencabar manusia agar berfikir, menganalisis, mengkaji, menghasilkan sinthesis, serta mengulang uji dan berterusan menyelidiki sehingga terlaksananya hajat dan tuntutan manusia sezaman di dalam pelbagai bidang sains dan teknologi manusia moden. Ayat-ayat Allah swt seperti ‘araayta’ – tidakkah kamu melihat, ‘apala yanzuru’ – apakah tidak engkau meneliti, ‘apala tubsirun’ – apakah engkau tidak melihat, ‘apala tatafakkarun’ – apakah engkau tidak menggunakan akal, ‘apala ta‘aqilun’ – apakah engkau tidak berfikir, ‘fa irji‘i al-basar’ – maka ulangi lagi penglihatan kamu, dan banyak lagi cabaran Allah swt agar manusia mencari jawapan di dalam alam raya dan di sebalik Alam tersebut.
Sekalipun ayat-ayat Allah swt ini adalah wahyu, sepatutnya tidak dibincangkan lagi dan harus diterima secara mutlak dan tiada berfikir dan berbicara lebih lanjut, wajib diterima dan dilaksanakan. Dalam anjuran soalan tadi, Allah swt membuka medan manusia menggunakan akal waras mereka dengan segala kapasiti yang Allah swt sediakan; samada bersifat pemerhatian, penelitian, rasionalisasi, emperikal, sinthesis, aksiomasi, induksi dan deduksi dan sebagainya, yang dapat difahami ianya sebagai punca dan sumber metodologi saintifik di dalam al-Quran. Gesaan al-Quran tersebut disahut oleh sebilangan besar ilmuan Islam di zaman kegemilangan Islam tanpa membezakan antara ilmu akli dan wahyu. Budaya saintifik Muslim bersifat integral dan sangat sesuai dengan kapasiti ruang kemahiran otak kiri dan kanan manusia; kepakaran Matematik dan saintifik dan kepakaran bahasa (phonetics) serta sosiologi kemanusiaan (anthropology) dan ilmu Ketuhanan (theology).
Maka di alam raya sana terdapat subjek kajian saintifik berkaitan dengan sains gunaan dan sains kemanusiaan dan bahasa serta seni eastetika dan falsafah. Lalu dapat dijelaskan bahawa alam raya dan manusia, yang juga sebahagian daripada alam raya menjadi hadiah subjek kajian saintifik (taskheer) kepada manusia bagi mereka yang memiliki minda yang terbuka dan integral serta dikuatkan dengan keutuhan makrifat dan bantuan ilham ilmu ilahi seterusnya menghasilkan ilmu pengetahuan yang universal dan holistik tanpa pengasingan dan ta‘asub bidang yang menghalang kesepaduan ilmu seperti yang dihasilkan di dalam Tamadun Islam di Zaman kegemilangan dan masih dapat dibuktikan hari ini dan sepanjang zaman. Inilah kekuatan skema Sains dan Teknologi Muslim yang sekian lama diselewengkan oleh skema penjajahan pensekularan disiplin ilmu sains dan teknologi di negara-negara tanah jajahan (commonwealth countries).
1.5 Alam Raya, Sains dan Teknologi serta Pemuliharaannya
Alam raya yang difahami sebagai susunan tertib Ilmu pengetahuan dan Teknologi serta penjanaan (engineering) Ilahi secara langsung di alam duniawi yang fana ini berlaku setiap detik tanpa cuai dan lalai. Oleh kerana itulah perjalanan alam raya selamat, tertib, tidak berlaku perlanggaran sehingga sampai ketika yang dikehendaki (hari Qiyamah), barulah ia musnah dengan iradah Allah swt.
Sains dan Teknologi, adalah terjemahan atau manifestasi kerja dan penjanaan ilmu Allah swt di alam raya ini melalui Insan kesayanganNya bergelar khalifah. Namun ramai lupa diri dengan janji pengabdian dan pengiktirafan keilmuan tinggi dan kekuasaan serta wibawa (Authority and Supremacy) milik Allah swt. Walau bagaimana pun Sains dan Teknologi diizinkan juga berlaku dan berkembang sekali pun tidak selaras denga Iradah Allah swt seperti pengklonan manusia dan pembedahan kosmetik transeksualiti. Hal ini adalah menurut pilihan insan untuk ingkar dengan teknologi yang ada, sedang Allah swt tidak Mulia dengan ketaatan manusia dan tidak terHina dengan kemaksiatan makhlukNya. Usaha melanjutkan aktiviti-aktiviti sains dan teknologi adalah suatu mekanisma lahiriah, membolehkan manusia bertanggung jawab memahami alam raya, menelitinya, melaksanakan penjagaan kebenaran ilmu tentangnya dan memelihara kemakmuran yang bakal dicipta di dalamnya dengan panduan dari Allah swt melalui kitab al-Quran, sumber peradaban keimuan dan kemanusiaan sejagat.
Maka tugas menjaga Alam raya juga pencapaian sains dan teknologi serta kejuruteraan di dalam segala bidang ilmu pengetahuan, menjadi tanggung jawab Insan Khalifah (mereka yang beriman dan melaksanakan ajaran Islam dan kebenaran ilmu yang mereka temui, memahami dan melaksanakannya). Mereka semestinya terdiri dari kalangan ahli akademik, Ilmuan tulin serta hamba Allah swt yang Muslim, Mukmin dan solehi al-ummah (Umat Islam soleh yang terbaik). – Arb. Inna al-‘ardh yarithuha ‘ibadi al-solihuun. Di tangan mereka segala aktiviti sains dan teknologi, kejuruteraan dan perindustrian, membina peradaban dan ketamadunan adalah perlaksanaan amanah memakmur dan memelihara bumi dan alam raya secara selamat mengikut kehendak dan rencana Allah swt.
2 Kerangka Berfikir Islam dan Muslim
Allah swt telah mengatur dan merangka kerangka berfikir Muslim agar sesuai dengan fungsi mereka sebagai Khalifah di bumi. Dengan Ketinggian Ilmu Ilahi, Dia mengkelaskan bahan-bahan berfikir dan had serta sempadan yang boleh dijangkau dan boleh dimaksimakan atau diminimakannya. Segala subjek perkara yang bersifat kebendaan dan kemanusiaan masih diizinkan untuk diselidiki sehingga terserlah relung-relung disiplin saintifik dengan izinNya. Tidak cukup sekadar itu Allah swt menurunkan prinsip-prinsip umum mengenai sains fizik dan bukan fizik di dalam al-Quran dan al-Hadith Nabawiyyah. Maka tentang diriNya sendiri, manusia boleh memikirkan hasil Tajalliyat dan mengizinkan untuk dikembangkan sains mengenai al-Kitab dan al-Hadith daripada baginda saw dengan membangkitkan tokoh Mufassirin (ahli tafsir al-Quran) dan tokoh Muhadithin (ahli hadith dan tafsirnya) serta prinsip-prinsip perundangan Islam untuk manusia sejagat (Islamic Jurisprudence) berdasarkan metodologinya yang tersendiri. Jadi kerangka berfikir Muslim itu tidaklah bersifat Emperika semata-mata, malah bersifat Penerokaan, Analisis, Induktif dan Deduktif, dan Global serta Universal, melangkaui analisis zahir (Physics) dan batin (Metaphysics). Justru itu, Metodologi saintifik Islam sangat Universal dan praktikal mengikut relung-relung saintifiknya yang tersendiri.
2.1 Al-Quran Panduan Akal dan Jiwa
Al-Quran bukanlah buku Sains dan Teknologi, tetapi ternyata memiliki unsur-unsur bicara saintifik dan teknologi di bidang fizik dan kemanusiaan serta metafizik. Tugas asasi al-Quran adalah mendatangkan Hidayah (guidance to the right path) kepada akal dan jiwa insan. Hasil yang tercetus daripada panduan akal fikiran melahirkan sains dan teknologi, manakala hasil daripada panduan iman dan hidayah kepada jiwa mendatang ketundukan dan penghambaan diri kepada Allah swt, Tuhan pencipta, sebagai sains dan teknologi keagamaan di dalam tingkah laku manusia soleh di sisi Allah swt. Penjanaannya dapat membuka kepelbagaian kebijaksanaan ilmu Ilahi (hikmah Ilahiyah-wisdom of Allah swt) yang membawa insan bersyukur dan sentiasa bernaung di bawah kekuasaan Allah swt. Mereka adalah Awliya’ullah La Khawfun ‘alaihim wala hum yahzanun – yang tidak merasai kerisauan gangguan makhluk, dan tidak akan berdukacita. Kesan bimbingan Allah swt di dalam kedua-dua aspek akal dan jiwa inilah mendatangkan kebahagiaan hakiki kepada insan di dunia dan di akhirat. Inilah destinasi Ilmuan dan sarjana Muslim yang akan menikmati keseronokan dunia Akademik dan keseronokan beramal sehingga mendapat reda Allah swt dan memperolehi kebahagiaan di jiwa (the reality of happiness). Maka al-Quran tegas menjadi panduan akal dan jiwa insan agar mereka mampu melaksanakan tugas mereka dengan baik di dunia ini, dan akan dipanggil balik dengan sejahtera dan aman bahagia dengan jiwa tenteram dan berbahagia (al-nafsu al-mutma’innah – the transquility of human soul).
2.2 Ma‘rifat dan ‘Ulum: Gabungan Jiwa dan Akal
Ma‘rifat ialah mengenal sesuatu perkara secara mendasar sehingga ke intipatinya, tidak sekadar melalui kajian dan penyelidikan, malah menerusi pengalaman dan pembabitan yang berterusan dan melalui tempoh masa yang panjang terhadap sesuatu perkara. Hasilnya pengetahuan tersebut meliputi zahir dan batin, pengetahuan fizik dan metafiziknya.Proses itu dilihat sebagai ‘knowing something’ untuk mendapatkan knowledge – ma‘rifat sesuatu perkara. ‘Ilm pula atau kata jamaknya ‘ulum pula bermaksud pengetahuan tentang data dan maklumat terperinci serta sistematik mengenai suatu sub-bahagian perkara tersebut secara eksklusif, menggunakan kaedah saintifik yang mencapai maksud pengenalan dan pencerapan maklumat tersebut; samada secara sains gunaan atau sains kemanusiaan dan sebagainya. Proses ini dilihat sebagai ‘synthesizing upon data and systematised informations’ untuk mendapatkan ‘thesis’ atau ‘scientia’ atau ‘logos’ – atau ilmu (makna) tentang sesuatu perkara. Contohnya apabila seseorang Professor Botani mengetahui makna kehidupan di alam tumbuhan (hayat al-nabatiyyah), lalu aplikasinya sangat menyeluruh di dalam semua jenis hidupan Botani. Manakala pengetahuan mengenai hayat Genetik Molekul, adalah sebagai pengetahuan ekslusif dan terkhusus tetang kehidupan sesuatu sel dikenali sebagai maklumat daripada data tersusun dan terperinci yang dikenali sebagai Maklumat disiplin ilmu (sains) atau Kejuruteraan Genetik Molekul tumbuhan.
Maka dalam usaha menjelaskan dua bahagian pengetahuan manusia ini, al-Quran mendatangkan dua Istilah yang melengkapi kedua-duanya iaitu al-Basirah – mata hati atau penglihatan batin yang dikaitkan dengan Ma‘rifat atau knowledge dan al-Nazirah – mata lahir atau penglihatan logik rasional yang dikaitkan dengan ‘Ilm atau ‘ulum’ atau sciences. Lalu di dalam Islam proses mendapatkan ilmu perlu merentasi kedua-dua punca ilmu ini. Jadi pengetahuan wahyu dan peraturan Allah swt di alam raya dan maklumat yang diterokai dan ditemui oleh manusia bergabung melahirkan sains dan teknologi secara amalinya. Namun pencetus Idea kefahaman dan penguasaannya melibatkan Intuisi, Petunjuk dan Idea Kefahaman anugerah dari yang maha tinggi, Allah swt. Jadi tidak ada pemisahan antara Jiwa dan akal ketika memperolehi ilmu pengetahuan. Allah swt menggambarkan pencetus idea kefahaman ini sebagai cahaya dariNya, dan cahaya ini akan singgah di jiwa yang bersedia untuk memahami ilmu pengetahuan secara mantap dan mendalam.
2.3 Rangka Tawhid (Tawhidic Framework) : Nash dan Ru’yah
Dalam sains dan teknologi Muslim, rangka keilmuan atau saintifiknya adalah berasaskan Tawhid – the monotheistic framework. Ianya bermakna bahawa setiap punca keilmuan datang dari satu sumber iaitu al-alim – Maha Mengetahui, al-hakim – Maha Bijaksana dan al-Qadir – Maha berkuasa. Soal sebab akibat (causality), aturan alam raya (Divine Law of Nature), graviti antara sistem planet, kejadian alam dan akhirannya, dll., perlulah berdasarkan keyakinan Tawhid. Firman Allah swt yang bermaksud :
“Dia yang menjadi Penguasa langit dan bumi, dan Dia tidak memiliki anak dan juga sekutu di dalam kerajaanNya dan Dia Menjadikan segala sesuatu dan menetapkan ukuran serapi-rapinya.” (Al-Furqan, 25:2)
Pernyataan al-Quran dilihat sebagai Nas atau teks yang tertinggi nilai kebenaran paksinya. Ahli tafsir akan memberi makna berasaskan konteks ayat dan prinsip umum (‘ibrah li ‘umum al-lafdz) yang dapat dijangkau oleh Nas tersebut di dalam realiti alam raya dan masyarakat manusia yang berubah. Sehubungan dengan ayat di atas, secara rangka Tawhidnya, Allah swt adalah pemilik alam raya, Dia menjadikannya dan menentukan neraca ukuran piawaian segala sesuatu yang ada di dalamnya. Maka Allah swt mengendalikankannya disetiap masa dan ketika di bawah satu pengurusan sahaja. Maka Ekoran daripada itu secara emperikal dan rasional pula, dibuktikan kesatuan cipta, sistem pergerakan, kesatuan matlamat kejadian, kesatuan fungsi Taskhir – berkhidmat untuk insan, Kesatuan Kebenaran ilmu dan teknologinya, kesatuan kehidupan dan tenaga, kesatuan kejadian manusia dan kesatuan akal dan jiwa (wahyu) , semuanya berpunca dari sumber yang tunggal.
Semasa sains dan teknologi Allah swt di alam raya dipindahkan kepada sains dan teknologi manusia, semua prinsip-prinsip sains, teknologi dan kejuruteraan Ilahi dipindahkan sedikit kepada kemahiran-kemahiran buatan (artificial skills) sehingga melibatkan peralatan, perkakasan, pendawaian, penjana kuasa – turbine dan makmal kecil manusia dibina di bumi. Sedangkan semua aplikasi ini berpunca daripada Makmal Agung Allah swt di alam raya. Ia tidak kelihatan oleh mata kasar, tetapi dapat dibaca oleh jiwa rasional (the faculty of human soul) dan akal rasional (the faculty of intellect), sehingga menghasilkan rekaan saintifik dan penemuan mesin-mesin teknologi yang canggih dan terkini. Di sinilah peranan Rangka Tawhid; antara pemahaman Nas (al-Nas) dan aplikasi kerasionalan akal fikiran (al-ra’yu) boleh difahami dan diketengahkan serta dihuraikan.
2.4 Daripada enfusion (Tajaliyyaat) Kepada intellection (Ta‘aqqulat) dan praxis and virtues (Ta‘amulat wa Tafaadhulat)
Dalam perbincangan ini, suka diketengahkan hal ehwal ilmu sains dan teknologi yang melalui fasa-fasa alam tinggi menuju alam minda dan jiwa, seterusnya menjanakan teknologi perusahaan di muka bumi dan akhirnya fasa pengaplikasian kebenaran sains dan teknologi yang adil lagi beradab (justice of knowledge) agar mendapat ganjaran keberkatan atau keunggulan pencapaian nilai ketamadunan. Ini adalah sudut pandangan menegak atau vertical view yang melibatkan penzahiran jangkauan ilmu Allah swt (al-Muheet) kepada sains dan teknologi manusia melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta penguasaan teknologi. Tajalliyat adalah melahirkan keagungan Allah swt sehingga nampak jelas kehebatannya pada akal, jiwa dan kepakaran individu ilmuan Jurutera dan Teknokrat. Proses pengaplikasian dan penjanaannya hendaklah berdasarkan prinsip-prinsip kebenaran S & T yang mutakhir dan berasaskan prinsip-prinsip perundangan Islam di dalam menepati maksud pembuatan, pengeluaran, ukuran kepiawaian, penggunaan dan pembuangan serta pengitaran semula, masih menepati kualiti barangan, penggunaan, perkhidmatan, perlupusan dan penjagaan alam sekitar. Inilah hasil yang ingin dikongsikan bersama oleh S & T Islam di kalangan umat Islam dan bukan Islam.
Pengamal S & T ini wajib melaksanakannya kerana mematuhi kehendak dan keredaan Allah swt; samada dari aspek keilmuan, Tenologi dan perusahaannya mahu pun dari usaha yang sujud dan menyembah Allah swt dan melaksanakan tugas-tugas memakmurkan muka bumi Allah swt menerusi ciptaan, kemajuan dan kecanggihan mesin industri yang terbaik.
2.5 Budaya Saintifik dan Kebijaksanaan (Scientifics and wisdom)
Budaya saintifik lebih dikenali sebagai budaya ilmu dan pengaplikasiannya, di mana manusia menjalani penghidupan mereka berorientasikan Ilmu pengetahuan dan pengetahuan teknikal (technology know how). Sedar atau tidak, manusia moden berhadapan dengan persekitaran ilmu dan teknologi yang biasa dan canggih. Hasilnya manusia ditarik untuk membudayakan diri dengan sumber penggunaan peralatan dan mesin mudah atau kompleks. Paling minimal manusia perlu tahu bagaimanakah mengoperasikan sesuatu mesin, mengendalikannya dan menamatkan operasi, sekalipun tidak mengetahui membaik pulih bila berlaku kerosakan. Di sinilah Islam memperkenalkan konsep teras al-Itqan (ketertiban susunan) dan al-mizan atau al-tawazun (keseimbangan ciptaan).
Dengan memaksimakan penggunaan akal manusia, susunan dan ketertiban ilmu dan teknologi ini dapat dikenalpasti dan dipelajari sekali pun yang melibatkan pembinaan teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligences) di dalam teknologi maklumat, industri Robotik, Industri media-komunikasi dan sebagainya. Cuma, bijaksanakah kita dengan menguasai teknologi ini, tanpa memahami hubungkait keilmuannya, teknikalnya, tujuan dan matlamatnya, amanah kebenaran dan nilai ilmiahnya, tatacara akhlak dan moral penggunaanya dan keupayaan memberikan keuntungan yang tidak berisiko dengan tujuan asalnya?. Prinsip Islam dalam teknologi dan pembangunan ialah memakmurkan (al-‘imarah) dan tidak mendatangkan kerosakan (la tabghi al-fasad) terhadap alam raya. Tambahan pula golongan yang benar-benar bijaksana ialah golongan yang mampu mengekalkan prestasi kerja saintifik dan teknikal mereka merentasi kemajuan di dunia dan akhirat (selepas mati) dalam bentuk ‘amal soleh, dan tidak hanya bertujuan keuntungan kewangan (commercial purposes).
Tegasnya hasil sains dan teknologi yang layak dituai di dunia, dapat dinikmati di dalam bentuk pembangunan dan perindustrian yang mesra alam. Manakala Hasil sains dan teknologi yang bersifat ilmu Ilahi, etika Islami, ketelitian amanah kebenaran ilmu dan kebaikan abadi, sedekah jariah ilmiah dan teknikal di jalan Allah swt, di tangguhkan ganjarannya di syurga Allah swt. Ganjaran kedua ini sangat mencabar minda insan, kerana itu ramai manusia melupakannya. Budaya saintifik dan teknikal seperti inilah yang dikehendaki oleh Islam kerana ia dapat memenuhi kedua-dua keperluan kejadian insan, Ruh dan Jasad; Kemajuan di dunia dan kebahagiaan abadi di akhirat.
2.6 Kreativiti, Daya Cipta dan Inovasi: Latihan dan Dapatan (Anugerah)
Perkembangan S & T melibatkan kreativiti, daya cipta dan inovasi, tanpanya tiada peningkatan dan pembaharuan teknologi terkini di dalam peradaban manusia. Persoalannya bagaimanakah Muslim melihat kreativiti dan inovasi ini?. Kreativiti (creativity) dijelaskan sebagai bakat atau kebolehan luar biasa seseorang. Mereka yang kreatif adalah individu yang sentiasa menunjukkan prestasi tinggi dalam apa sahaja usaha yang berguna kepada masyarakat. Manakala Daya cipta (invention) bermaksud ciptaan mental atau akal, seperti peralatan, perkaedahan dan mesin. Dalam teknologi ciptaan tersebut layak mendapat Paten (Pengiktirafan Hak Harta Intelek). Inovasi pula adalah konsep minda yang menyumbangkan kepada daya penambahbaikan serta pembaharuan berbentuk penambahbaikan atau radikal (perubahan ketara). Inovasi dapat membantu meningkatkan kualiti rekaan, menjimatkan kos, meningkatkan prestasi, prestasi tambahan dan prestasi baru sesuatu produk.
Jika Muslim melihat aktiviti-aktiviti dan kepakaran minda di atas, mereka perlu melihat dari sudut rangka Tawhid dan pertanggung jawaban ilmiah serta perlaksanaan amanah Allah swt di dalam S &T. Kreativiti mendekatkan sainstis dan teknokrat kepada Allah swt al-Khabir–Maha sempurna kepakaranNya, Manakala daya cipta menyakinkan jiwa dan minda mukmin kepada al-Khaliq dan al-Bari – Maha Pencipta dan Pencetus Agung dan Inovasi mengarahkan mereka kepada kesempurnaan ciptaan Allah swt al-Badee‘. Dari sinilah Allah swt menyampaikan mereka kepada sifat Keindahan dan Kesempurnaan Allah swt (al-Jamal dan al-Kamal). Dengan rasa kekerdilan diri, saintis dan teknokrat akan tekun berusaha bagi merealisasikan kebesaran dan keagungan Allah swt di dalam diri dan di luar diri mereka. Apabila S & T memaparkan hakikat kebesaran dan amanah Allah swt, akan timbul rasa keinginan untuk S & T tersebut disempurnakan oleh Allah swt dengan melaksanakannya sepenuh tenaga dan daya manusia. Kemudian sebagai Teknokrat beriman, mereka wajib bertawakkal agar seluruh peringkat S & T beroperasi dengan cemerlang dan mampu memenuhi tuntutan fardu kifayah dengan sempurna. Bagi saintis dan teknokrat yang insaf, mereka telah berusaha untuk mendapat anugerah teknologi dan industri dari yang Maha perkasa melalui usaha gigih manusia.
2.7 Teknologi Wahana Kesejahteraan (sa‘adat wa al-‘umran)
Matlamat S & T adalah untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada manusia sejagat. Tujuan yang mulia ini mesti lahir dari minda dan jiwa yang mulia juga, barulah mampu menghasilkan natijah pembangunan seimbang, sepadu dan sesuai dengan manusia yang dual kejadian ini; unsur ruh dan jasad. Mereka inginkan keselesaan hidup di dunia dan kebahagiaan dan kesejahteraan di akhirat. Aplikasi S & T yang betul menurut paksi kebenaran ilmu pengetahuan dan kebenaran teknologi serta industrinya, membolehkan teknologi menjadi wahana pengabdian diri yang cemerlang kepada Allah swt, Tuhan pencipta manusia. Teknologi tidak akan tunduk kepada kanun ilmu pengetahuan, keadilan ilmu dan aturan etika industri, melainkan pemilik teknologi dan para jurutera itulah yang beriman, insaf dengan keagungan Allah swt dan tunduk menyembahNya di setiap saat dan ketika; di dalam solat dan medan-medan kerja mereka. Pengabdian hamba itulah yang membawa perasaan bahagia insan yang kembali kepada fitrahnya (asal kejadian menjadi hamba Allah swt). Kebahagiaan inilah yang akan memenuhi ruang hati saintis dan teknokrat Muslim-Mukmin. Maka tercapailah syarat kejayaan dalam ukuran Allah swt (al-falah), untuk dianugerahkan kepada penghuni sesebuah negara maju di mana warganya beriman, beramal soleh dan bertaqwa. Sesungguhnya S & T hanya wahana kesejahteraan, dan mereka yang merasai kebahagiaannya ialah manusia soleh, bukan teknologi dan industri.
3 Cabaran Minda Manusia Moden
S & Teknologi adalah merupakan alam-alam mikro yang sentiasa mencabar minda manusia, agar fikiran manusia sentiasa bergerak dan digerakkan untuk menyelesaikan persoalan ilmu dan teknologi ummah semasa. Inilah yang boleh meransang penyelidikan dan pengkajian berterusan. Di dalam suasana inilah saintis dan teknokrat sentiasa mengamalkan budaya fikir dan menilai serta muhasabah diri dalam setiap aktiviti-aktivi saintifik dan teknikal. Individu seperti inilah layak menjadi saintis dan pemikir yang bakal menghasilkan banyak penemuan-penemuan baru. Saintis-pemikir inilah sahaja yang layak menyahut cabaran alam raya, sains dan teknologi. Antara cabaran lain yang harus di hadapi ialah seperti berikut;
3.1 Melihat Alam dengan Tafakkur dan Tadhakkur
Allah swt mencabar jin dan manusia untuk menguasai persada alam tinggi dengan memiliki kuasa ilmu pengetahuan (al-sultan) yang ada pada besi, air, tumbuh-tumbuhan, gunung-ganang, binatang dan cakerawala dan sebagainya. Di dalam segala kejadian langit dan bumi, terdapat bukti kehebatan Allah swt bagi golongan yang berfikir (uli al-albab). Mereka itulah sahaja yang akan mengingati Allah swt (yadhkuruuna al-Allah) di dalam segala suasana dan medan, seterusnya teguh mengiktiraf Kesucian Allah swt di dalam tindakan mereka. Di dalam surah al-Rahman Allah swt mencabar manusia dengan kewibawaanNya ke atas kesempurnaan ciptaanNya sebanyak 31 kali cabaran yang berulang-ulang yang bermaksud : “Maka dengan nikmat-nikmat Tuhanmu yang mana lagikah ingin engkau dustai?.” S & Teknologi perlulah menyampaikan manusia kepada semangat giat berfikir dan menghitung diri serta mengiktiraf keagungan Ilahi serentak di dalam satu nada dan nafas. Melalui usaha tersebut, dapatlah saintis merasai keindahan hidup dan mengendalikan ciptaan sains dan teknologi di bawah naungan Allah swt yang Maha perkasa lagi Bijaksana (al-‘aziz al-hakim).
3.2 Memindahkan Sedikit Kepakaran Pencipta
Teknologi bagi Muslim adalah suatu kekuatan dan kedudukan yang membolehkan manusia berkuasa di bumi dengan kehendak Allah swt. Sekalipun kadar ilmu Tuhan itu sedikit sahaja di anugerahkan, namun cukup untuk manusia mengendalikan kepesatan pembangunan di bumi dengan tidak merosakkan alam sekitar dan manusia. Begitu juga dengan kepakaran teknikal dan urus tadbir yang manusia miliki hanya secebis dari sifat al-Mudabbir – Maha Penyelenggara, namun sudah cukup untuk mengurus dunia yang kecil ini di sisi Allah swt. Dengan kedudukan itu adakalanya Allah swt memberi kuasa urus tadbir (tu’ti mulka man tasyaa’) dan Dia juga yang melucutkan kuasa itu (tanzi‘u al-mulka min man tasyaa’) dari mereka. Semuanya dengan tujuan kebaikan yang berada di tangan Allah swt terhadap apa sahaja yang dilakukan. Sedangkan manusia perlu mengikuti kebaikan dari Allah swt di dalam pengurusan teknologi manusia. Jadi di manalah kesombongan kita sebagai saintis dan teknokrat yang menyedari realiti penguasaan teknologi seperti ini berlaku di dalam kehidupan Muslim dan mukmin.
3.3 Melaksana dan Menjanakan Teknologi Berhemat
Saintis dan teknokrat adalah sebaik-baik khalifah di dalam Islam, dengan syarat mereka perlu memenuhi kriteria-kriteria keadilan ilmu (justice in knowledge – a sense of Adab) dan Syari‘ah Islamiah, melaksanakan amanah, mencegah dari kerosakan dan beriman sepenuhnya kepada Allah swt. Menyedari teknologi itu suatu bentuk kepakaran anugerah Ilahi, dan ianya telah patuh mengikut hukum dan aturan ilmu dan disiplinnya yang menjadi aturan alam raya secara metafiziknya (sunnatuLlah fi al-‘alam), maka penggunaannya wajar selaras dengan matlamat Allah swt menjadikan alam raya; iaitu menyibarkan kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan sejagat (rahmatan li al-‘aalamin) agar dikongsikan secara saksama di kalangan semua makhluk.
Dalam konteks perlaksanaan teknnologi canggih ini, saintis dan teknokrat perlulah lebih berdaya cipta, kreatif dan inovatif melahirkan peralatan dan mesin yang cekap dan berkesan sehingga matlamat akhirnya tercapai iaitu pencemaran sifar dan tiada kesan sampingan dari pembuangan sisa industri dan kesan sosial di dalam masyarakat. Hal ini boleh di capai kerana Islam tidak hanya menyediakan teknologi Industri pembuatan barangan semata-mata, malah manusia wajib juga membangunkan kejuruteraan dan teknologi pembangunan manusia dan akhlak Islam menerusi aplikasi perundangan Islam di dalam setiap sistem sosial dan kebudayaan manusia moden. Hasilnya akan lahirlah saintis dan teknokrat yang melaksanakan teknologi berhemat demi keuntungan makhluk sejagat.
4 Ringkasan dan Penutup
Rumusannya, dapatlah diketengahkan bahawa alam raya, sains dan teknologi telah menyediakan landasan yang kuat untuk minda manusia membangun dan memperlengkapkan pencapaian semaksimanya, dengan bantuan Tuhan Pencipta menerusi al-Quran dan Hadith Rasulillah saw sebagai petunjuk paksi Ilmu pengetahuan. Manakala alam yang terbentang luas dan langit serta bumi menjadi makmal Tuhan yang lengkap dengan khazanah ilmu pengetahuan dan teknologi dari Allah swt, Maha pencipta dan Dialah Tuhan yang disembah dan dibina peradaban keranaNya. Menjadi kewajipan manusia moden menyelidiki dan mengkaji khazanah alam untuk membangunkan peradaban yang sepadu mengikut acuan Rabbani (acuan dari Allah swt) dengan melaksanakan sistem pendidikan, sistem ilmu pengetahuan, sains dan teknologi Muslim yang tunduk kepada kehendak dan keredaan Allah swt.
Cabaran terhebat minda ialah bagaimanakah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti saintifik dan teknologi terkini yang mampu menepati dengan ‘acuan ilmu Ilahi’ ( scientific and knowlegeable technologies) dan menerusi bimbingan Ilahi, saintis dan teknokrat mampu menjadi sebaik-baik khalifah seperti yang diharapkan Allah swt mentadbir alam ini dengan petunjukNya dan memenuhkan kemakmuran untuk warganya. Oleh itu minda manusia moden harus bekerja ke arah pencapaian teknologi berhemat dan mesra alam raya serta memberi kebahagiaan manusia.
14 Ogos 2004
Dewan Kuliah 5
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, KAMPUS ARAU
02600 Arau Perlis
“Dia (Beacon) tidak pernah jemu mengisytiharkan pengetahuan orang Arab dan sains Arab adalah jalan kepada pengetahuan yang sebenar”… “Bukanlah sains membawa nafas baru kepada Eropah. Pengaruh luar yang meluas daripada peradaban Islam membawakan cahaya pertama kehidupan Eropah.” (Robert Briffault, di dalam The Making of Humanity)
* Dibentangkan di Seminar Sains dan Teknologi, Anjuran Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Perlis, pada 14 Ogos 2004, di Dewan Kuliah 5, di Bangunan Hal Ehwal Pelajar.
Sunday, March 30, 2008
Saturday, March 29, 2008
MISI KEBENARAN: TANGGUNG JAWAB UMAT*
Oleh:
Asy-Syeikh Muhammad Mahdi ‘Akif
Mursyidul ‘Am Ikhwan Muslimun
Pendahuluan
Segala puji-pujian itu hanyalah diperuntukkan kepada Allah swt, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam kepada baginda junjungan sayyidina Muhammad saw, nabi pembuka jalan hidayah lagi beramanah, dan juga selawat dan salam kepada ahli keluarga baginda, dan kepada para sahabat baginda semuanya…Ada pun selepas dari ucapan ini;
Isi kandungan ucapan
1. Sekali sekala suara kekalahan sangat lantang, selalunya diikuti oleh suara-suara ke arah kemunduran, begitu bertalu-talu untuk mengikuti jejak keterbelakangan. Seruan tersebut agak agresif bagi mengajak ke arah menjustifikasikan ketaatan serta pengiktirafan – al-walaa’, terhadap penyangak Amerika dan Zionis. Maka terjadilah seruan dakwah al-haqq – seruan ke jalan kebenaran itu seakan-akan suatu gejala murtad – riddah, di kalangan Muslimin. Setiap pegangan yang berkait rapat dengan faham Islam dilihat sebagai anasir kemunduran dan setiap gerakan yang bertindak balas ke atas kuasa-kuasa di atas dianggap sebagai perjuangan yang rapuh dan sangat menakutkan.
2. Ikhwan Muslimun cuba untuk mengembalikan suatu program ke arah menghayati prinsip-prinsip dasar Islam agar dapat menghalakan umat Islam ke arah pertanggung jawaban dan amanah ke atas mereka yang akan disoal oleh Tuhan mereka, seperti di dalam firman Allah swt surah al-Ahzab:72; Bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah membentangkan Islam sebagai amanah kepada langit, bumi dan gunung ganang, maka mereka enggan menerimanya dan gementar mereka dengannya. Dan manusia menerima amanah tersebut, sesungguhnya manusia itu dahukunya sangatlah menzalimi diri dan jahil.”
Tanggung jawab ini terbeban kepada semua khalayak, tanpa pengecualian; samada penguasa atau pun rakyat jelata, tua atau muda, para ulamak mahu pun golongan yang buta huruf sekali pun dan golongan lelaki atau pun wanita. Maka semuanya bertanggung jawab berdasarkan realiti setempat dan kemampuan. Hakikat keupayaan perlaksanaanya adalah sama rata samada di dalam perlaksanaan amanah Islam atau tuntutan Dakwah Islamiah tersebut.
3. Wujud sesetengah kelompok yang cuba meragukan umat ini dengan kebudayaan meterialistik mereka – al-wahnu. Di mana dengan terbuktinya propaganda barat yang memenuhi minda umat Islam, maka kemampuan umat ini untuk menghadapi dan menolak keangkuhan, sifat melampau dan penyelewengan musuh mereka telah hilang dari dalam diri umat Islam. Benteng pertahanan umat ini telah hancur. Inilah matlamat yang diharapkan oleh golongan oportunis barat dan umat Islam juga. Inilah masanya mereka menguasai urusan kita, memimpin umat ini di dalam keadaan kita lemah, tunduk dan patuh sahaja kepada apa yang mereka rencanakan.
4. Sedangkan Ikhwan Muslimun menyeru semua umat Islam dan para pemegang urusan mereka, dengan seruan untuk mensenandungkan seruan kemuliaan di setiap pelusuk, memenuhi bumi dan tujuh lapisan alam raya agar membisikkan kepada setiap jiwa mukmin dengan setinggi-tinggi makna kemuliaan diri dan keagungan Ilahi, - asmaa ma’aani al- ’izzah wa al-fakhar. Firman Allah swt di dalam surah al-Munafiqun:8;
Maksudnya:
”Dan bagi Allah swt lah segala bentuk kemuliaan, begitu juga dengan RasulNya dan orang-orang Mukminin.”
Sesunggunya apabila seruan ini diterima oleh hati-hati para pemimpin, rakyat dan seluruh akar umbi umat ini terhadap hakikat kepimpinan Ilahi untuk mereka dimenangkan ke atas pengaruh barat yang mengkhayalkan itu, nescaya akan menanglah segala amal mereka, dapatlah dibela individu yang dizalimi, dapat pula dibebasan golongan yang telah dibelenggu, dapat juga diperkuatkan golongan yang diperangi, dapatlah dihalau musuh mereka dari wilayah dan tanah air mereka, dan dapatlah mereka merasai kemuliaan golongan yang mengadu kepadaNya dan keranaNya mereka berjuang. Firman Allah swt di dalam surah al-Hajj : 40;
Bermaksud:
”Nescaya Allah swt akan menolong golongan yang menolongNya. Sesugguhnya Allah swt itu maha Perkasa lagi Maha Mulia.”
5. Wahai bangsaku...
Sesungguhnya kamu telah mengalami berbagai-bagai pengalaman sistem-sistem di dalam politik dan perundangan buatan manusia. Hari ini kamu diminta menentukan sikap terhadap diri kamu sendiri secara pasti agar dapat mengembalikan akauntabiliti dan mempastikan keperluan kamu kepada sistem Allah swt yang mana musuh-musuhmu telah berusaha keras untuk mebuangnya dari kehidupan kamu, sehinggalah perasaan meterialistik – al-wahnu, meresap masuk ke segenap pelusuk jiwa kamu. Dan jadilah semangat mengalah (ketewasan) menguasai hati-hati kamu. Berkembamg perpecahan, yang akan menolak segala cita-cita kesatuan umat, dan wabak perpecahan itu melarat dari satu wilayah ke satu wilayah yang lain. Maka hendaklah kita kembali kepada suatu ketentuan Allah swt yang dengannya akan mengilhamkan kita kekuatan, dan akan membongkar rahsia kemuliaan yang tersimpan di dalam diri umat ini dengan mengikuti sistem Allah swt dan para pemimpin dari golongan yang beriman. Firman Allah swt di dalam surah al-Baqarah, 2:257 bermaksud:
”Allah swt itu wali kepada golongan beriman yang mengeluarkan mereka dari kegelapan kufur kepada sinar hidayah iman.”
Surah ali-’Imraan 3:150 bermaksud :
”Bahkan Allah swt itu penguasa kamu dan Dialah sebaik penolong.”
Surah al-Maa’idah 5:55 bermaksud:
” Sesungguhnya Wali kamu adalah Allah swt dan RasulNya, dan juga golongan beriman yang mendirikan sembahyang, dan mereka mengeluarkan zakat dan mereka itu sentiasa bersama-sama golongan yang rukuk (berjemaah).”
Surah al-A’raaf 7:196 bermaksud:
”Sesungguhnya waliku adalah Allah swt, yang menurunkan al-kitab dan Dia mengurus golongan solihin.”
Surah at-Taubah 9:51 bermaksud:
”Katakanlah (wahai Muhammad) : tidak sekali-kali bencana akan menimpa kami kecuali apa yang telah ditentukan oleh Allah swt kepada kami, dan Dialah penguasa kami, dan kepada Allah swt orang-orang mukminun bertawakkal.”
Surah Yunus :62-63 bermaksud:
”Sesungguhnya para wali Allah swt itu tidak menguasai perasaan takut ke atas mereka dan begitu juga tidak dikuasai perasaan dukacita. Dam mereka itulah golongan yang beriman, mereka sangat bertaqwa kepada Allah swt.”
Surah Muhammad :11 bermaksud:
”Yang demikian itulah Allah swt merupakan penguasa bagi golongan beriman kepadaNya, dan sesungguhnya golongan kafir itu tidak lah ada bagi mereka itu sebarang penguasa.”
6. Maka kekuatan manakah yang dapat mengabdikan manusia kepada Tuhan mereka?. Atau kurniaan yang manakah kepada jemaah bakal meninggikan kedudukan mereka selepas kurniaan berwalikan Allah swt dan mengikut sistemNya? Atau kemuliaan empayer manakah yang akan melimpahkan naungan Allah swt daripada yang memberikan kemuliaan ummah dan dari kemuliaan dari sisi Allah swt sendiri?. Firman Allah swt di dalam surah al-Munafiquun :8 bermaksud:
”Dan bagi Allah swt lah segala kemuliaan itu, begitu juga bagi RasulNya dan orang-orang Mukminin, tetapi golongan munafiqin tidak mengetahuinya.”
7. Maka hendaklah kamu wahai warga Dunia Islam memperbaharui perasaan berwalikan Allah swt – walaa’iLlah, dan hendaklah kamu meninggikan syiar (misi) Islam. Dan Tegakkanlah Negara Islam di dalam diri-diri kamu, nescaya akan tertegaklah Negara itu di tanah air kamu. Ketahuilah bahawa Islam itu sekiranya kamu tidak meninggikannya, nescaya ia akan tertegak oleh golongan lain. Tetapi jika kamu (umat Islam) tidak mengikut acuan negara Islam, nescaya ianya tidak akan sekali-kali terlaksana dengan tangan orang lain. Firman Allah swt di surah Muhammad :38 bermaksud:
”dan sekiranya kamu (umat Islam) berpaling daripada Islam, akan Allah swt gantikan dengan suatu kaum yang lain. Dan mereka itu tidak akan sama dengan kamu..”
8. Jangan sekal-kali kamu terpedaya dengan kemajuan sekular dan kemajuan palsu – at-tafanniy, yang diwujudkan di bandar oleh tangan-tangan golongan zalim dan penjenayah. Dan jangan sampai kamu diugut atau ditipu oleh propaganda yang meyeleweng ini. Dan janganlah kamu disibukkan atau dilalaikan dengan ungkapan-ungkapan atau slogan yang menarik menggambarkan kebenaran-kebenaran tersebut. Begitu juga jangan engkau terpedaya dengan fenomena tentang hakikat segala sesuatu. Maka sesungguhnya Islam yang merupakan agama kamu itu adalah suatu sistem untuk kebahagiaan hidup di dunia dan kejayaan di akhirat. Itulah politik kita yang tiada galang gantinya lagi. Hendaklah kamu urus diri kamu dengan sistem tersebut dan serulah orang lain kepada sistem itu. Berpeganglah dengan kemuliaannya di dunia dan di akhirat.
9. Sesungguhnya ungkapan ini pernah disebut orang... ”apakah yang boleh dilakukan oleh seorang individu untuk menyelamatkan umat yang lemah?.” Tetapi jawapannya telah diberikan oleh Rasulullah saw yang terpilih dengan sabda baginda :”janganlah kamu ragui (rasa rendah diri) dengan urusan makruf ini sekali-kali.” Dan kita telah memiliki khazanah pengalaman-pengalaman lalu yang merupakan suri tauladan yang sangat baik. Mereka telah pun meraih kecemerlangan dengan syiar ”membangun dengan berkerja dan bukan berkata-kata” – al-fi’lu laa al-qaulu, ianya diperkukuhkan lagi dengan tekad : ”berapa banyakkah usaha seorang lelaki terhadap seribu orang berbanding dengan kata-kata seribu orang terhadap seorang individu?”. Maka hendaklah kamu menjadi seorang Muslim yang berlumba-lumba melakukan amalan kebaikan dan menyekat kemunkaran – sabbaaqan li al-khayr wa mughallaaqan li asy-syarr. Hendaklah kamu menolak bahkan mencela segala bentuk kezaliman. Jadilah kamu penyokong kebenaran sekalipun ruangannya begitu terbatas. Berpeganglah dengan kebenaran tanpa berdolak dalik, jadilah penolong kepada yang dizalimi sekalipun dengan perkataan yang tidak disenangi, jadikanlah dirimu pendorong kepada para mujahid agar mereka bangkit melawan penjajahan, hendaklah kamu menjadi benteng kehurmatan agama yang suci ini sekalipun diseru untuk tunduk kepada musuh di dalam batasan waktu yang sangat genting, hendaklah setiap Muslim beramal untuk mengingatkan kalimah kebenaran ini kepada mereka yang berada di sekeliling kamu, sibarkanlah cita-cita ini di jiwa-jiwa mereka, dan didiklah mereka ke arah pembinaan umat agar dapat mereka mencapai hak-hak yang selayaknya diperolehi oleh umat ini.
10. Adapun pesanku kepada para pemegang urusan umat...
Justru kami ingin mengingatkan mereka bahawa sesungguhnya kitab-kitab sejarah telah merekodkan penindasan umat, memaparkan episodik kemarahan rakyat jelata dan kemurkaan Allah swt. Tetapi dalam masa yang sama wujud para pemimpin yang tetap menerajui dan beterusan menjadikan kebenaran sebagai landasan dan mereka redha dengan syahadat-syahadat suci yang mereka ungkapkan kepada Allah swt demi untuk mencapai realiti kehidupan yang gemilang dan juga demi tanah air yang akan terpelihara dari sebarang penaklukan. Pada hari ini janganlah rakyat mengharapkan sesuatu daripada kamu melainkan segalanya yang bertepatan dengan kebenaran – wifqa al-haqq. Maka janganlah lagi kamu terikut-ikut dengan seruan-seruan kemunduran, atau rancangan tipu daya keselamatan dan dengan seruan untuk suatu kepatuhan melulu.
11. Sesunguhnya Muktamar Anapolis telah mengajak kalangan para pemimpin Arab dan bukan Arab dengan mengemukakan suatu agenda yang tidak mempunyai misi dan sistem. Mereka ingin mengelirukan para perwakilan dengan suatu agenda yang lapok dan tidak mendatangkan faedah. Ianya tidak lebih dari melestarikan agenda penjajahan Zionis terhadap Palestin, mengahalau warganya, menusnahkan rumah-rumah mereka, membakar ladang-ladang pertanian serta bumi mereka, membunuh ramai lelaki, wanita dan kanak-kanak. Inilah agenda yang ingin disogokkan kepada pemikiran kita buat seketika. Apa yang seharusnya menjadi tuntutan kepada kita umat Islam ialah berusaha bersungguh-sungguh dan berkongsi untuk membebaskan tanah air Palestin dan menyelatkan tempat-tempat suci kita.
12. Walaupun kebanyakan penguasa-penguasa umat Arab dan Muslimin telah melupakan hal ini, mereka berusaha keras untuk umat Arab mengakui kedaulatan Amerika di bumi Arab. Maka cita-cita kita sangat besar kepada rakyat umat Islam; agar kamu sentiasa berada di suatu peringkat yang tinggi dalam memahami realiti pergolakan di Dunia Islam, berpegang kuat dengan kebenaran (dari Allah swt) dan berusaha untuk mempertahankan negara dengan segala upaya kekuatan yang ada.
13. Sesungguhnya golongan oportunis umat Islam tidak akan berpuas hati melainkan setelah semua watan umat Islam ini ditakluki, mereka cuba untuk menundukkan rakyat jelata, merampas kekayaan mereka dan memandang jelek kebaikan-kebaikan mereka. Lihatlah apakah yang mereka lakukan di Iraq, Afghanistan dan Somalia. Inilah merupakan pisau belati (khanjar dalam tradisi Arab) pembelah bahagi yang cuba membahagikan Sudan, dan jari jemari penjajah yang menawarkan keamanan dan pengekalan pengaruh kuasa di Lubnan. Begitulah caranya bagaimana rantaian penjajahan ini berterusan dengan selogan, pecah kemudian perintah – Arb., farriq tasud.
14. Pesanan wahai golongan pemuda umat ini...
Segala cita-cita dan harapan disandarkan kepada kamu. Sekarang ini segala kelengkapan senjatan perang telah sedia terarah kepada umat Islam. Dalamkeadaan kamu jahil dengan kepungan mereka ke atas kamu, dengan segala kealpaan yang menyimpangkan kamu dari jalan hidayah, dan dengan semangat putus asa dan kelemahan yang mangatasi kekuatan kamu. Setiap hari senjata diperbaharui, maka hendaklah kamu jadikan ilmu dan segala bidang sains dan teknologi sebagai cahaya kita yang akan berjalan melaluinya, dengan petunjuknya kita merancangkan sikap inovatif, dengan sinar cahayanya kita meningkat maju sehinggalah tangan-tangan asing tidak lagi menguasai lautan kamu, dan juga tidak lagi menguasai bidang-bidang kemahiran keritikal yang dahulunya telah dikuasai mereka.
15. Luruskan horizon (ufuk) penglihatan kamu dengan mencapai cita-cita golongan sebelum kami dan juga mereka yang akan datang selepas kamu, Kerana justru inilah beban tugas yang sangat berat terpikul di atas bahu kamu. Realiti semasa dan tugas serta tanggung jawab silih berganti. Ini sangat memerlukan kepekaan dan semangat yang tinggi para pemuda untuk menghadapinya. Maka hedaklah kamu perbaharui iman kamu, tetapkan matlamat kamu; ahdaaf dan ghaayat kamu – tujuan jangka pendek dan jangaka panjang. Kekuatan yang utama adalah Aqidah dan keimanan, dan keduanya ialah kekuatan kesatuan dan ikatan persaudaraan – quwwatul wihdat wa ikhaa’. Lalu hendaklah kamu beriman dan bersaudara, berusaha keraslah agar kamu dapat mencapai saat kemenangan selepas itu. Dan sesungguhnya ianya adalah sangat dekat dengan izin Allah swt. Sampaikan lah berita gembira kepada golongan mukminin.
16. Sesungguhnya Ikhwan Muslimun sangat menyakini bahawa sunnah Allah swt akan selalu mendominasi – sunanuLlah ghallabatun, dan paksinya akan tetap teguh. Maka jangan sekali-kali kamu berhenti dari perjalanan yang panjang ini, maka permulaan hujan itu adalah bermula dari setitik air, begitu juga dengan perjalanan yang beribu batu itu pastilah bermula daripada langkah pertama. Maka pilih untuk berjemaah dengan yang lebih kukuh dan bijaksana. Berbekalkan ilmu dan makrifat – science and knowledge, berbekalkan iman, bekalan ketinggian itu dengan mengikat diri dengan perjuangan – Arb., intimaa’, berbekalkan keteguhan hati pada keyakinan terhadap kemenangan dari Allah swt bersama-sama kamu, dan janganlah kamu seakali-kali meninggalkan amal-amal kamu (waajibaat). Firman Allah swt di dalam surah ar-Ruum:5-7 bermaksud :
”Bagi Allah swt lah segala urusan sejak dahulu mahu pun urusan yang akan datang, dan ketika itu bergembiralah orang-orang beriman dengan pertolonga Allah swt kerana Dia yang menolong sesiapa sahaja yang dikehendakiNya, sedang Dia Maha perkasa lagi Maha penyayang. Inilah janji Allah swt, sesungguhnya Allah swt tidak akan menyalahi janjiNya tetapi ramai manusia yang tidak mengetahuinya.”
17. Dan selawat dan salam dari Allah swt ke atas jujungan nabi Muhammad saw dan berkatilah ke atas baginda begitu juga dengan ahli-ahli keluarga dan para sahabat baginda.
*Petikan ucapan MA dikeluarkan dari Mekah al-Mukarramah pada
21 November 2007 pada jam 2:59 petang.
Terjemahan :
Abu ’Amrullah Muhammad ADIS al-Merbawiy
Email to: easudihamdun@yahoo.co.uk
Selesai diterjemah pada 9 Januari 2008 jam 1:33 pagi
Reference:
http://ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=32477&SecID=213

Friday, March 28, 2008
Chapter II : CTU 211
CHAPTER THREE
SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM
Wahyu (al-Quran) dan Sains (Sciences)
1. Pendahuluan
Pencapaian atau kecapaian atau prestasi Etika Islam ialah gambaran kepada tahap pencapaian Etika Islam Di dalam sesuatu disiplin Sains Islam. Etika pula ialah “ilmu tentang dasar-dasar akhlak atau moral, prinsip-prinsip, atau nilai-nilai akhlak dan tingkah laku yang menjadi pegangan individu atau kumpulan.” Jadi Etika Islam, ialah aturan-aturan kerja yang Islamik dilaksanakan oleh umat Islam di dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan dan profesional.
Oleh kerana al-Quran dan al-Sunnah itu adalah Wahyu Allah swt, kedua-duannya kaya dengan Nilai Mutlak (absolute) dan Sejagat (universal). Sangat wajar dijadikan asas kepada falsafah dan etika Islam (hudan li al-muttaqin). Dengannya, nilai-nilai sejagat Etika Islam dan Falsafahnya dapat di terjemahkan dan dilaksanakan dengan baik dan prakrikal di dalam setiap disiplin sains dan teknologi.
2. Al-Quran Asas Falsafah dan Etika Sains Islam
Al-Quran adalah kitab petunjuk (huda), penjelas (bayan), peringatan (nadhir), penyedar (maw‘izoh) dan rahmat (rahmatan) kepada manusia. Asas keintelektualannya jelas apabila al-Quran menggesa manusia berfikir berulang kali untuk mencari kebenaran dan asas kebenaran apabila fakta-fakta al-Quran menjadi pembeza secara pasti antara kebenaran (al-haqq) dan kebatilan (al-batil). Oleh itu al-Quran menjadi pembeza (al-furqan) yang tuntas antara kedua-dua nilai penting dan dasar yang berlainan ini. Al-Quran juga menjadi asas berfikir (intellection) dan berfalsafah (phylosophising) bagi mencari hakikat segala sesuatu yang akan memperkenalkan individu dengan Tuhan Pencipta aturan alam raya. Pengenalan diri manusia memberikan jalan keperluan kepada aturan kudus pula yang mengatur manusia (al-usul al-akhlaqiyah). Inilah asas kepada akhlak Islam yang diperlukan oleh manusia ketika membangunkan sains dan teknologi.
2.1 Asas al-Quran dalam Ontologi (nazariyat al-khalq)
Asal kewujudan (being) atau kejadian-ciptaan (creation) adalah cabang daripada falsafah sains bagi mengetahui hakikat wujud, tabiat dan kaitannya dengan ilmu alam ghaib atau ketuhanan atau metafizik. – ‘ilm al-ilahiyah.
Antara cabang ilmu kewujudan ialah Metafizik, Kosmologi, Matematik dan Anthropologi serta kemanusiaan.
a. Metafizik
Metafizik ialah berasal daripada meta – sebalik, dan physic – alam nyata. Arb., - ma wara’ al-tabi‘ah Termasuklah pengetahuan tentang ketuhanan dan alam ghaib. Antara perkara pokok ialah Tuhan pencipta, konsep masa dan ruang. Kejadian benda pula berkaitan dengan jisim (body), jirim (contigent), zat kejadian (essence) dan sebab dan akibat (causality). Tentang proses kejadian pula melibatkan kuasa – power atau Qudrat dan kemerdekaan kemahuan – willingness atau Iradat atau dengan hubb – cinta. Tambahan pula dilihat kedudukan pencipta adakah wajib – necessary atau mumkin – possibility menjadikan alam raya yang luas ini. Setengah failsuf pula mengemukan prinsip limpahan rahmat ilmu dan kekuasaan serta kegungan Allah swt ke atas alam raya dan segala isinya (nazariyyat al-fayd) – the virtuous infusive theory. Inilah antara latar belakang terjadinya alam raya pada sudut pandangan Umat Islam yang dikenali sebagai metafizik atau aspek ideologikal atau aqidah yang mesti selaras dengan syariat Allah swt dan tidak bercanggah dengan doktrin al-Quran (Quranic) dan Kenabian (prohetic). Daripada sikap ideologikal inilah huraian kosmologi Islam dikemukakan dengan sistematik dan tertib.
b. Kosmologi
Ilmu pengetahuan mengenai cosmos – alam raya atau Kosmik dan hal ehwalnya. Kosmologi Islam mengkaji beberapa aspek seperti berikut;
i. Kewujudan atau asal-usul (ontological)
ii. Keanggotaan (anatomi alam raya; struktur binaan dan aturan alam – hierrarchical and divine regulation).
iii. Pembahagian juzu’-juzu’ pelbagai peringkat dan kualiti.
iv. Persoalan matlamat dan kesudahannya
v. Hubungan dengan kewujudan pencipta
Kosmologi Islam adalah suatu kajian yang sangat unik, kerana melibatkan pengkajian ilmu pengetahuan berkenaan susunan alam raya secara fizikal dan kajian secara menyeluruh menggunakan kerangka berfikir Tawhid yang bermatlamatkan mengenal pasti alam semesta, penciptaannya dan pencipta untuk difahami, dikuasai rahsianya dan diimani bahagian kosmos yang berkait rapat dengan metafizik Islam.
Antara intisari ayat Allah swt mengenai kosmologi ini dapat diringkaskan kepada yangberikut;
i. Dalam surah al-Baqarah 2; 255 antaranya menyebut tentang Allah swt yang maha hidup (al-Muhyi wa al-Mumeet), memiliki dan mentadbir (al-Mulk wa al-Muidabbir) alam ini. Maha mengetahui segala-galanya dan kekuasaanNya meliputi langit dan bumi. Tidak menjadi kesukaran bagiNya memelihara dan menjaga alam raya ini.
ii. Dalam surah al-Nur 24:35 antaranya menjelaskan Allah penerang langit dan bumi. Dia Allah swt mengkiaskan (metafora) cahaya petunjuk dengan Lampu Misykat di dinding batu, sedang menyala dengan minyak Zaitun yang diberkati. Begitulah bandingan ilmu hidyah Allah swt kepada manusia dijelmakan dengan perumpamaan Lampu Misykat bagi menyuluh dan membimbing dengan peraturan dan syariatNya kepada golongan yang dikehendaki.
c. Matematik
d. Anthropologi (Kemanusiaan)
2.2 Asas al-Quran Dalam Epistemology (nazariyat al-ma‘rifat)
a. Sumber ‘Ilmu (asbab al-‘ilm)
b. Methodologi (kayfiyat al-iktisab wa l-husul)
c. Perlaksanaan ‘ilmu (qadiyatuha)
d. Matlamat ‘ilmu (maqasid al-‘ilm)
2.3 Aksiologi Islam (nazarat fi al-qiyam al-Islamiyah)
a. Nilai Kebenaran (the truth – al-haqq) LOGIK
b. Nilai Kebaikan (the Goodness – al-khayr) ETIKA
c. Nilai Keadilan dan Ketepatan (Justice - al-‘adalah and accuracy – as-Sowab) SISTEMATIK
d. Nilai Keindahan (the beatitude – al-Jamal) ESTETIKA
3. Analisa Fakta-Fakta Saintifik Dalam al-Quran
3.1 Pendahuluan
Islam memberikan ransangan untuk menerokai alam raya. Al-Quran sebagai berita daripada pencipta alam raya memaparkan fakta-fakta saintifik alam raya dengan jelas agar manusia memahami fenomena (phenomenon) alam fizikal dan hakikat inti-nomena (noemenon) metafizik dengan sebaik mungkin.
Al-Quran adalah segala-galanya bagi ahli ilmuan saintis Muslim; ia adalah prinsip alam tabi‘ie bagi Natural Scietist, prinsip kemanusiaan bagi Anthropologist, prinsip teologi bagi agamawan (teolog), prinsip sejarah bagi historis dan prinsip kehidupan semasa dan masa depan bagi para strategis. Semua prinsip ilmu-ilmu tersebut dan gambaran fenomena alam raya yang lengkap, telah mendedahkan identiti yang maha Kuasa dan Mengetahui, iaitu Allah swt. Segala fakta-fakta tersembunyi itu di dedahkan agar dapat manusia mengerti kehebatan ilmu pengetahuan Ilahi dan pemberian ilmu manusia adalah secebis daripada keizinan Allah swt ke atas manusia guna untuk memakmurkanm bumi dan alam raya dengan petunjukNya.
Pengkajian, pemerhatian dan penelitian terhadap fakta-fakta saintifik al-Quran sebenarnya mempelajari kayfiat sun‘at al-tabi‘ah – how could the souvereingty Allah create the universe physically or in orderly? Pendekatan mengkaji ‘bagaimanakah terjadi’ inilah dikenali sebagai scientific inquiry – kecenderungan pengkajian yang merupakan suatu penerokaan agar terdedahnya sesuatu jawapan bagaimana ilmu itu terbentuk dan tercipta daripada Allah sw yang maha bijaksana. Inilah hakikat pengajaran Ilmu Allah swt berlaku ke atas manusia sejak berzaman lamanya.
Jelaslah bahawa di dalam al-Quran tersebut terdapat dua sumber terbesar yang merupakan tanda-tanda keagungan Allah swt; ayat-ayat keterangan mengenai alam raya (ayaat al-Qur’aniyah- al-matlu) dan ayat-ayat di luar al-Quran tetapi diungkapkan agar menjadi subjek kajian saintis yang dikenali sebagai (ayaat al-kawniyyah – ghayr al-matlu). Kedua-duanya menafsirkan kenyataan antara satu sama lain dan kerana itu mengapakah fakta-fakata saintifik di dalam al-Quran tidak pernah bercanggah dengan realiti di luar al-Quran kerana itulah hakikat kebenaran ilmu pengetahuan yang terbina secara pasti dan kukuh oleh Allah swt. Manusia hanya mengkaji, menemukannya dan mempelajarinya serta menguasainya pula untuk mentadbir dan mengurus-selia alam raya tersebut.
Lebih penting daripada meneliti alam raya, Allah swt menarik perhatian manusia agar mengenal diri mereka secara lebih terperinci dan serba hebat inteleknya dan sempurna kejadiannya. Pemberian ilmu Allah swt kepada manusia meliputi kemampuan memperolehi ilmu sains dan teknologi dan juga sains wahyu yang membimbing manusia ke jalan selamat di dunia dan akhirat melalui risalah Islamiah. Di sini Islam memartabatkan manusia selayaknya dan Islam tidak membentuk tamadun manusia berdasarkan faham humanism barat di awal zaman pertengahan.
3.2 Fenomena Alam Tabi‘ie (cosmology)
Dalam perbahasan ilmu tabie, pemikiran sains Islam mengkaji alam tabie berdasarkan kenyataan dan rangka al-Quran dan Hadith Nabi saw menerusi kaedah saintifik semasa agar dapat melahirkan penemuan-penemuan saintifik yang layak dan memenuhi keperluan aktiviti-aktiviti saintifik, teknologi, kejuruteraan dan industri terkini di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang canggih lagi sopistikated.
a. Kejadian Alam Raya (Naturology)
Pada kejadian alam, pertukaran matahari dan bulan itu adalah menjadi tanda-tanda keagungan ilmu dan teknologi buatan Tuhan ke atas alam raya dan semua makhluk di dalamnya. Teknologi tersebut mempamerkan kepakaran yang bertaraf tinggi dan mutlak dariNya. Usaha manusia menyelidiki alam raya dan semua entiti-entiti alam dan objeknya. Maka penemuan saintifik di dalam Islam ialah proses pemindahan Ilmu pengetahuan dari hukum-hukum Allah swt mengenai alam raya dan telah dapat diformulasikan menjadi patern-patern tertentu sesuatu ilmu pengetahuan mahu pun teknologi. Kajian ini melibatkan perbincangan mengenai noemena dan phenoemena sesuatu perkara yang menjelaskan sesuatu disiplin ilmu.
i. Proses kejadian alam raya,
Firman Allah swt yang bermaksud :
“Dialah Allah swt yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikannya tujuh lapis langit. Dan Dia maha mengetahui segala sesuatu.”- (al-Baqarah, 2:29 )
Perkataan khalaqa, ma fi al-‘ardh jamee‘an – menciptakan segala yang ada di muka bumi untuk manusia. fasawwaahunna sab‘a samaawaat – maka ia hendak menyempurnakan kejadian langit, lalu dijadikanNya langit itu tujuh lapis. Perkataan saintifik di sini ialah khalaqa – telah Allah swt mejadikan sesuatu. Gambaran jelas bahawa alam raya dijadikan oleh sesuatau pihak, tidak terjadi dengan sendirinya seperti di dalam dakwaan manusia yangh tidak berteraskan ilmu dan fakta hakiki. Di tambah dengan perkataan berkehendak menjadikan menafikan teori limpahan bahawa alam adalah limpahan dari Zat Allah swt di alam ini yang sifatnya sama kekakal dengan Allah swt yang ianya Syririk pada pandangan Islam. Allah swt menyimulkan bahawa diriNya sahajalah yang Maha mengetahui teantang segala perkara yang terjadi di alam raya yang Maha luas ini - waHuwa bi kulli syai’in ‘Aleem – dan Dialah sangat mengetahui tentang segala sesuatu, pengiktirafahan kepada diriNya sendiri dan apa jua bentuk kepakaran yang terjadi di atas bumi ini yang lahir dari manusia dan segala sesuatu di sekitarnya.
ii. Tempoh penciptaan
iii. Penciptaan Langit
iv. Penciptaan Matahari
v. Penciptaan Bumi
vi. Penciptaan Bulan
vii. Fenomena alam Tunduk di Bawah Sistem
b. Kejadian Manusia
i. Kejadian Adam a.s.
Kejadian bani Adam a.s.
Under Construction....
Refer to the Chapter two page 64 - 105 IPK 200

Chapter IV: CTU 211
CHAPTER FOUR
SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM
Etika Islam dan Barat dalam Sains dan Teknologi
Pendahuluan
4. Etika Islam dalam Sains dan Teknologi
Etika Islam adalah hasil pemikiran Muslim terhadap nilai tingkah laku manusia secara zahir dan batinnya. Pemikiran ini melibatkan asas-asas Islam dalam akhlak Islam (khuluq al-Islamiyah), kemudian disusun menjadi aturan-aturan yang dipatuhi dan membentuk budaya harian seseorang Muslim. Contohnya giat mencari ilmu pengetahuan, adalah Etika daripada akhlak Islam yang menghendaki Umatnya berilmu pengetahuan dan membuang kejahilan (ignorance) daripada diri mereka.
Dalam kontek ilmu pengetahuan (knowledge), etika Islam adalah suatu yang sangat penting untuk seseorang itu berwibawa dan berotoriti memahami, menerima dan mencapai keadilan dan kebenaran (to achieve at a level of justice and an ultimate truth - ta’dib) dalam mencari makna sesuatu disiplin ilmu atau hakikat sesuatu perkara di alam ini. Kemampuan inilah yang membolehkan Muslim menilai kebaikan dan keburukan sesuatu disiplin ilmu tersebut, lebih-lebih lagi etika Islam menjamin aturan penggunaan dan perlaksaan sains dan teknologi yang dicipta manusia ke atas segala makhluk di persekitaran alam raya ini. Kesannya ia dapat menghasilkan kebaikan dan menolak keburukan yang menjadi tujuan asasi etika Islam tersebut, demi mendapatkan kemakmuran (‘imarah) dan menghapuskan kerosakan (mafsadah) di bumi ini. Jelas sekali bahawa kemakmuran akan lahir dari proses ista‘arafa – musta‘rafah; ma‘rufatan, memperolehi kebaikan ilmu pengetahuan yang benar, tepat dan jitu manakala kerosakan pula berpunca daripada nakara – nukraanan; munkaran, keingkaran kepada prinsip ilmu pengetahuan yang baik, benar dan adil tersebut.
**4.1 Terdapat beberapa dasar yang dengannya etika Islam itu boleh mengatur prisip, amalan dan penggunaan sains dan teknologi di dalam agama Islam;
1. Keimanan Kepada Allah swt (system of belief)
Kepercayaan dasar seseorang itu dinamakan iman atau kepercayaan terhadap sesuatu perkara (sense of belief). Istilah pemikirannya ialah ideology atau thought iaitu dasar pemikiran rasional seseorang atau sesuatu bangsa. Dalam Islam keimanan inilah yang membina konsep, pandangan, sikap, cara gaya berfikir dan sistem tindakan seseorang individu secara peribadi dan profesional (Islamic Worldview atau ru’yat al-Islam fi al-wujud).
Keimanan kepada Allah swt hendaklah dijelmakan dan dihayati di dalam acuan-acuan berikut;
a. Sumber pengetahuan (al-‘alim, al-hakim al-khabir)
b. Sumber keadilan dan kebenaran (al-muqsit wa al-muhaqqiq)
c. Sumber tenaga dan kemahuan (al-Qadir wa al-murid)
d. Sumber penguasaan, pentadbiran dan pengurusan (huwa al-murabbi wa al-mudabbir wa al-munqidh)
e. Sumber pengabdian diri makhluk (huwa al-ma‘bud bihaqqin)
Contoh sebab musabab – causality di dalam pemikiran saintifik Islam datang daripada Allah swt yang al-Qadir – the utmost powerful, dan daripada konsep itulah lahirnya ilmu pengetahuan kesan perlaksanaan aturan ilahi tersebut di alam raya (divine law of nature – sunnatuLlah fi al-‘alam) mewujudkan segala makhluk di dalamnya dengan arahanNya, kemahuan langsung daripada pencipta yang teragung dan menciptanya dengan penuh seni halus dan teliti (the utmost finnest Artistic and Designation – al-latif al-khabir).
Firman Allah swt maksudnya: “Sesungguhnya Allah swt megangkat kedudukan orang-orang beriman (aamanuu) di kalangan kamu, dan mereka yang diberikan kepadanya ilmu pengetahuan (al-‘ilm) ke beberapa darjat ketinggian (darajaat).” Manifestasi keimanan inilah menghasilkan saintis dan teknokrat yang soleh dan berwibawa, diredai Allah swt. Mereka melihat Allah swt sebagai;
a. Sumber keimanan dan keyakinan ilmu Allah swt, hidayah dan bantuanNya di dalam menimba ilmu pengetahuan.
b. Maha melihat, mengetahui dan mengawasi setiap pemikiran dan tindakan mereka serta hasil usaha keilmuan mereka.
c. Pemilik alam raya, pencetus dan pencipta keilmuan saintifik dan teknologi di dalam hati dan fikiran manusia sehingga mereka memiliki kepakaran yang dikaji dan selidiki oleh mereka.
d. Mereka adalah pemikul amanah ilmu Allah swt dan digunakan bagi melaksanakan tugas Khalifah; membangunkan dan memakmurkan alam raya dan kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat.
2. Kepatuhan kepada Syariat Islamiah dan Kod Etika Islam (upholding syari‘at and Islamic ethics)
Dalam pendekatan Falsafah Sains Islam, keadilan, kebenaran dan fakta saintifik saling berinteraksi bagi menjelaskan hakikat kebesaran pencipta dan kehebatan Ilmu pengetahuanNya (huwa al-haqq al-mudabbir) di alam raya. Syariat Islamiah dari Allah swt bersifat ilmu pengetahuan (knowledge) yang sudah pasti mengawal dan menjaga perlaksanaan saintifik dan teknologi ke atas manusia agar kesan penggunaannya terarah kepada kemakmuran alam raya, tidak sekali-kali membinasakannya (al-‘imaarat duuna al-fasad fi al-ard).
Disamping Syariat Islamiah, sains dan teknologi juga dilihat sebagai sarat mengandungi nilai-nilai kebenaran, keadilan, ketepatan, sistematik, merangkumi semua disiplin (integral), menyeluruh (wholistic) dan menghasilkan kuasa kebenaran (the power of truth – Arb., sultan). Inilah hakikat bahawa gabungan panduan Syariat Islamiah dan kekuatan keupayaan Nilai kebenaran santifik, justru, manusia diizinkan Allah swt mentadbir muka bumi ini dengan selamat sejahtera penuh kejayaan di dunia dan akhirat.
Islam melarang keras amalan yang tidak berorientasikan Ilmu pengetahuan (irrational) dan tidak mengikuti panduan syarak (unlawful or legally and morally wrong), kerana ia menyalahi tujuan asal keperluan dan kewujudan ilmu pengetahuan. Sains dan Teknologi berorientasikan falsafah Islam, akan memandu akal rasional (intellect) manakala Syariat Islamiah membimbing hakikat jatidiri kemanusiaan atau jiwa (the psychological of human soul). Di sinilah realiti bahawa Sains dan Teknologi sangat memerlukan sikap moral atau Etika Sains dan Teknologi (EST) bagi mempastikan pengkajian, penemuan dan perlaksanaan kedua-duanya membawa kebaikan kepada manusia sejagat.
Sebagai contoh ahli sains dan teknokrat harus berpegang teguh dengan hakikat dan fungsi sebenar ilmu (professionalism) kejuruteraan genetik, teknologi nukeliar, kejuruteraan Kimia, dan sebagainya agar tujuan dan penggunaannya menepati kebenaran dan kekuatan nilai keadilan dan kebenaran ilmu pengetahuan tersebut (the power of justice and ultimate truth). Dengan kawalan itu, dapatlah saintis tadi melaksanakan tanggung jawab mereka terhadap Allah swt dan berbakti sesama manusia serta menjaga keseimbangan wujud alam raya (equallibrium – Arb., al-tawazun), manusia dan Allah swt melalui aplikasi saintifik dan teknologikal mereka di dalam kehidupan dan pembinaan ketamadunan di bumi ini.
3. Aspek Kemanusiaan dan Ehsan (humanity and benevolence)
Islam mengetengahkan konsep ‘Kemanusiaan’ atau Igr., humanity atau Arb., al-insaniyah yang bermaksud prinsip yang berpihak kepada kemuliaan manusia sebagai tuan punya ilmu sains dan teknologi serentak menjadi hamba Allah swt. Manakala pengertian ‘Ehsan’ atau Igr., benevolence atau Arb., al-ihsan yang bermaksud suatu pekerjaan yang tertinggi nilainya kerana Allah swt dalam pengunaan lain dilihat sebagai kasih, penyayang, kesantutan dan perihatin terhadap yang lain. Jelasnya matlamat sains dan teknologi mengikut Islam perlulah di lakukan demi kepentingan kemuliaan insan dan berkualiti yang terbaik kerana dengannya dapatlah manusia memberikan kebaikan kepada seluruh entiti hidupan dan alam raya yang seimbang dianugerahkan Allah swt ini. Saintis dan para teknokratlah yang menjaganya untuk mempastikan kelangsungan wujudnya alam dan manusia secara harmoni.
Penegasannya Islam tidak membezakan kualiti Ilmu pengetahuan dan teknologi daripada pemilik ilmu tersebut; jadi sebaik dan sebenar mana serta cangihnya sains dan teknologi tersebut, maka sejauh itulah kemuliaan dan kemuliaan yang diharapkan hadir dan disumbangkan oleh pemiliknya. Tidak boleh berlaku ‘dwi-nilai setaraan’ – double standard dalam Islam.
Sikap mental, minda dan jiwa seseorang saintis dan teknokrat Muslim mestilah bermula daripada skema kepercayaan dan keimanan kepada keEsaan Allah swt (Tawhidic framework) sebagai kuasa tertinggi dalam segala perkara, berpegang teguh dengan nilai moral agama Islam daripada tata Syar‘iat Islamiah (Islamic ethics) dan berikat setia dengan keyakinan terhadap kebenaran ilmu pengetahuan sains dan teknologinya (Professionalism) yang tidak mencanggahi nilai-nilai agama Islam tersebut. Sikap inilah yang akan menerajui dan membentuk sikap sebenar (core personality) dan kuasa intelektual dan perlaksanaan teknologi ( intellectual power and application – Arb., al-sultan ) serta kuasa perwatakan kepimpinan manusiawi (charismatics) di dalam pembangunan umat Islam dan bangsa-bangsa lain di dunia ini.
4.2 Kepentingan Etika Islam dalam Sains dan Teknologi;
Pendahuluan
Oleh kerana di dalam Islam tidak dapat menerima pakai suatu istilah dan pengaplikasian sains dan teknologi sebagai “ethics without religion”, maka gantiannya ialah Etika Islam adalah pilihan yang sangat tepat dengan tabiat cara hidup Islam – Islamic Way of Life. Alasannya ialah segala aktiviti umat Islam akan dikaitkan dengan suatu bentuk pengabdian diri kepada Allah swt; ketundukan dan kepatuhan kepada suatu Nilai Mutlak (absolute knowledge) dan Piawaian Standard serta bersifat universal (fame and universal values) yang didatangkan khusus dari pencipta alam raya ini agar pelaksananya layak ditabalkan sebagai khalifah (wakil Allah swt di bumi - representative). Aplikasi sains dan teknologi umat Islam tidak dilihat sebagai urusan duniawi yang terpisah dari pertanggung jawaban ukhrawi – keakhiratan, malah ianya dianggap sebagai kesepaduan antara kepentingan duniawi sebagai manifestasi penghidupan keakhiratan (the wholistic and prenial integrated lives) yang merindui kebahagiaan hakiki dan nikmat yang kekal abadi. Hasilnya prinsip-prinsip nilai etika Islam adalah terjemahan penghayatan kandungan Kitab-Kitab Samawi (Holy Scriptures) dan Peraturan Kenabian (the prophetic Laws and Constitutions) di setiap zaman sehinggalah ke hari kiamat.
1. Kepentingan etika
2. Contoh etika
3. Kesan pengabaian etika
4.3 Isu-isu etika dalam sains dan teknologi moden;
Pendahuluan :
(Aliran Falsafah yang Mempengaruhi Sains Moden)
1.1 Asas Sains Barat – Pythagoras, Plato dan Aristotles
Tiga tokoh di atas merumuskan alam raya dengan pandangan Mistik dan alam semulajdi dan Matematik dan pengalaman sebagai kaedah menerangkan fenomena alam raya.
a) Pythagoras (m.480 S.M.) – membuat penelitian terahadap korelasi antara muzik, segitiga dan pergerakan bintang sehingga menghasilkan thesis atau rumusan bahawa alam raya adalah terdiri daripada susunan nombor atau angka.
b) Plato (m.348 S.M.) – Pembawa faham dualism; idea yang membezakan ‘idea’ dan ‘alam fizikal’ atau alam raya. Alam nyata adalah jelmaan tidak sempurna daripada alam Idea, manakala alam nyata ini bukanlah hakikat sebenar. Jadi manusia harus keluar daripada alam deria untuk memahami realiti alam raya. Walaupun begitu Plato masih percaya Metamatik adalah kunci bagi memahami alam raya ini.
c) Aristotles (m.324 S.M.) - Menentang dualism gurunya Plato. Menegaskan bahawa alam raya ini adalah hakikat sebenar (the reality). Penerimaan keupayaan deria dan akal memahami sesuatu membawa kepada kelahiran faham Materialism dan Rasionalism. Aristotles menolak sikap Misticism, tetapi memajukan pemikiran matematik dan astronomi Pythagoras dan Plato.
Aristotles dikatakan sebagai Bapa Falsafah Sains kerana beliau mengasaskan kajian deria terhadap benda dengan faham Materialism, lalu menghasilkan prinsip kaedah emperikal. Manakala kepercayaan kepada daya kemampauan logik akal fikiran, menghasilkan asas pemikiran Rasionalism. Disebabkan oleh Aristotle menolak Misticism atau alam khayali, lalu menerima kebenaran daripada alam nyata sebagai hakikat, maka asas secularism terawal telah muncul di dalam falsafah sains beliau.
1.2 Faktor-faktor Kebangkitan Sains Eropah
1. Kesan keyakinan manusia terhadap kemampuan akal dan manusia adalah pusat alam, lahirlah faham Humanisme yang menggerakkan kebangkitan kajian semula Kesusasteraan Roman dan Greek tua dari aspek kesenian, kesusateraan, pengkajian alam raya dan sains.
2. Penghujung abad ke 14 kemuncak Humanisme, menggerakkan Rennaisance, iaitu kelahiran semula kebangkitan kajian kesusateraan Greek dan Roman sehingga menguasai beberapa institusi gereja dan universiti di Italy, Roma contoh seperti Petrarrach, Dante (1265-1321), Boccaccio (1313-1375) dll.
3. Humanisme berperanan memberikan daya berfikir baru sebagai ‘kaedah saintifik’ dan memperkenalkan ‘keabsahan akal fikiran’, mereka menolak wahyu sebagai punca ilmu, beralih kepada asas-asas berfalsafah, mengkaji alam raya berpusat kepada manusia sebagai makhluk berakal rasional. Kebangkitan Humanisme dan Rennaisance inilah mengubah pendirian dan minda Eropah kepada berfikiran saintifik.
4. Abad ke 15M, kegiatan perdagangan berpusat di bandar-bandar besar Eropah seperti Venice, Florence, Milan dan Padua di sekitar laut Maditerranean. Saintis dan peniaga berusaha keras bagi menghasilkan ciptaan baru untuk tujuan perniagaan mereka. Ekspedisi saintifik dan perdagangan serentak berjalan. Para peniaga menaja projek saintifik untuk kegunaan perniagaan mereka dan pejelajahan ke benua-benua lain.
5. Perlumbaan ekspedisi penjelajahan ke benua-benua baru. Setelah melihat Italy menerokai dagangan di timur seperti rempah ratus Asia dan sutera dari China, Sepanyol dan negara lain turut mentyertai ekspedisi ke benua-benua di dunia seperti Afrika, Asia dan Amerika. Contohnya pelayar Sepanyol Christoper Columbus mendarat di Amerika pada 1492M.
Kesan pejelajahan ini melahirkan pengkajian ilmu pengetahuan baru di bidang Geografi dan Astronomi, tumbuh-tumbuhan, ubat-ubatan dan akhirnya mampu memperkemaskkinikan sains dan teknologi di barat.
6. Sejarawan George Sorton mengakui pranan Islam atau ahli-ahli sains Muslim kebangkitan sains moden Eropah. Karya Ibn Rushd terutama komentrar terhadap Aristotles dibincang dibarat sehingga tercetus kontroversial. Begitu juga Cannon of Medicine ibn Sina di ajar di kelas asas perubatan di Itali pada abad ke 16M. Dunia Islam membekalkan banyak kajian Yunani yang diterjemahkan ke bahasa Latin. Dengan melihat sainsdari sudut secularism, maka sinthesis umat Islam dalam sains diabaikan oleh saintis barat moden. Aliran dualism Aristotles, mengatasi aliran awal plato dan Phytagoras.
1.3 Pengaruh Tokoh Penting Sains Eropah – Nicholus Copernicus, Galileo Galili, Rene Descartes dll.
Kelahiran tokoh-tokh saintis Eropah ini juga banyak menolong kebankitan sains barat. Mereka menentang dan merubah teori awal Greek terhadap kosmologi;
1. Nicholus Copericus (1473-1543) – Kemunculan beliau menandakan suatu pencetus revolusi saintifik dengan bukunya De Revolutionibus Orbium Celestium (1543), bermulalah fajar baru sains barat khususnya mengubah pandangan kosmologi klasik barat. Idea Copernicus tentang alam mengubah segala-galanya.
Idea-idea beliau ialah menolak pandangan Greek bahawa bumi tidak sempurna berbanding dengan celestial. Alam adalah sebuah mesin besar yang beredar berterusan. Tuhanlah yang mencipkannya. Matahari adalah pusat alam semester, teori baru ini dikenali sebagai Heliocentric, yang mengatur gerakan di alam dengan mekanisma tertentu menyangkal teori Geocentric oleh Ptolemy. Beliau cuba kaitkan teori beliau dengan ajaran Kristian, Hermes atau Hermetic.
Penemuan Tycho Brahe dan Johannes Kepler tentang sistem gerakan alam raya, menambah penentangan terhadap doktrin kosmologi Kristianiti, bumi adalah paksi alam raya - Geocentric. Dengan kehadiran alat pencerap Galileo, realiti alam raya ini tidak dapat disembunyikan lagi melalui kebenaran penemuan tokoh-tokoh revolusioner ini yang jelas bercanggah dengan pandangan gereja. Hasilnya timbul permusuhan Gereja dengan ahli sains dan berlaku penangkapan dan pembunuhan para saintis barat, hanya kerana mengkaji dan menemukan kebenaran yang bercanggah dengan idea-idea klasik gereja hasil daripada spekulatif tokoh-tokoh Greek purba yang tidak dikemaskinikan dengan kajian penyelidikan saintifik.
2. Galileo Galilie
Galileo dan Bruno adalah saintis barat yang menjadi simbol pertelagahan ‘sains dan agama’ Kristian Katholik. Ahli astronomi ulung ini banyak mengkritik dan menyindir tajam pendokong-pendokong Aristotles yang berpendirian the eternal of celestial circularity – keabadian pergerakan lingkungan sistem planet di angkasa. Dengan karangan ‘Siderueus Nuncius’ – Pengutus Sidral, beliau mengemukan pandangan-pandangan yang agak radikal atau revolusioner.
2.1 Dengan rekaan teleskop beliau (1609M), beliau mampu mempertikaikan permukaan bulan, mencerap 36 butir bintang baru pada buruj pleiades (lahirnya kelihatan sebanyak 6 buah sahaja). Menghuraikan Bima Sakti sebagai nebula dan terdiri daripada lambakan bintang dan gugusannya, mencerap 40 butir bintang di dalam gugusan Praesepe (Cancer - ketam), sebutir bintang di dalam Serpentarius (ular), menamakan satelit Musytari dengan ‘Medician planet ’- sempena nama penaung kegiatan astronomi beliau, kemudian atas nasihat Johannes Kepler ditukarkan kepada Medician Satelite. Beliau juga mencerap tompok-tompok hitam di atas matahari.
2.2 Penemuan menggunakan teleskop ternyata menyokong teori Copernicus yang menafikan bumi adalah pusat alam. Pada 1611, Pihak gereja mengisytiharkan bahawa penemuan satelit Musytari itu bertentangan dengan Bible, sementara Galileo menolaknya dengan keras. Pada 1618 sekali lagi Galileo bertelagah dengan Jesuit, tentang kemunculan 3 buah Komet. Kesannya beliau menjadi perhatian pihak berkuasa gereja dengan penuh kebencian dan dendam.
2.3 Pada 1632, sekali lagi Galileo menerbitkan buku tentang perbahasan astronomi di dalam “Majlis Dialog Empat Hari” antara 3 sarjana Copernicism, Aristotlelianism dan Ptolemism – Arb., Batlamusiyah. Buku ini banyak mendedahkan dialog dua aliran utama alam raya; Copernican system dan Ptolemaic system dan kemenangan banyak berpihak kepada Copernican. Dua bulan kemudian Galileo ditangkap dan disiksa serta dipaksa mengaku salah dengan pandangan saintifiknya. Mahkamah Inquisition menjatuhkan hukuman bersalah kerana beliau percaya dan berpegang dengan ‘doktrin Matahari adalah pusat alam’- Heliocentric, tidak bergerak dari barat ke timur seperti anutan gereja. Beliau dipenjarakan di ‘Penjara Pejabat Suci’ kemudian dipindahkan ke tahanan dalam rumah sunyi di luar kota. Pengakuan yang sama menyebabkan Bruno dibunuh. Akhirnya buku Galileo diharamkan sehingga tahun 1835M. Beliau meninggal di dalam tahanan rumah dalam keadaan buta.
3. Rene Descartes
Barat menganggap Descartes, sebagai failasuf Perancis printis Idea gerakan mekanikal alam raya. Faham ini dikenali sebagai universal mechanism. Pergerakan planet samawi dihuraikan dengan begitu sistematik;
3.1 Descartes memperkenalkan ‘teory vorteks’- vortex theory iaitu pergerakan jasad-jasad samawi dengan cara penggabungan ‘vorteks’ di seluruh alam raya ini. Hal ini dapat menjawab mengapa sesuatu bintang dan planet, kadang kala dekat dan kadang kala jauh dari bumi. Fahaman ini bertahan sehingga seabad lamanya.
3.2 Vorteks Descartes perlahan-lahan luput apabila komuniti saintis menerima teori mekanik Sir Isaac Newton, yang menjelaskan bahawa setiap bintang, termasuklah matahari adalah terdiri daripada jirim yang dikenali sebagi ‘ether’ yang berada di pusat vortex, lalu beredar secara sendirinya. Kumpulan bintang tadi akan dikelilingi oleh sistem pergerakan planet.
3.2 Berdasarkan Descartes yang berhujah bahawa alam ini berjalan dengan bentuk geometri dalam suatu hukum, manakala Newton pula menyakini gerakan mekanik antara celestial dan terrestrial bodies bergerak secara bersendirian atau independently, tidak memerlukan kuasa Tuhan dan para malaikatNya. Sir Isaac Newton dan rakan saintis meyakini alam dijadikan oleh Tuhan, tetapi setelah alam tercipta kuasa Tuhan tidak diperlukan lagi, kerana gerakan dan perjalanan alam ini telah ditetapkan begitu selama-lamanya (eternity).
3.3 Kesan metodologi saintifik daripada pandangan di atas ialah falsafah tabi‘ie Descartes, mewujudkan pemisahan ketara antara aspek ruh dan jasad dan sangat berpengaruh di dalam bidang Fizik dan Astronomi. Falsafah Emperikal dan Kuantitatif adalah kaedah saintifik mutlak aliran Cartesan dalam cerapan, sempena nama Descartes.
Kesimpulan
Jelaslah bahawa kajian sains emprikal dan rasional serta faham pemisahan antara kuasa mutlak Allah swt daripada usaha saintifik, wujud secara historis dan fakta ideologikal daripada tokoh-tokoh saintis utama barat. Inilah yang menjadi asas sains moden ketika mengkaji aturan alam tabi‘ie sebagai the law of nature. Kesan sains emperikal dan kuantitatif, telah mengenepikan ilmu wahyu dan keagamaan. Jadi sebab itulah wahyu tidak boleh menjadi cabang ilmu sains. Hasilnya Ilmu pengetahuan agama Kristian, Islam, Yahudi dll, adalah tidak saintifik berdasarkan ukuran sains moden.
4.4 Sebab berlakunya krisis nilai dan etika dalam S & T
1.1 Aliran Falsafah Induk Sains Moden
i. Positivism
Pendahuluan.
- Pengaruh di dalam sains tabi‘ie dan sains sosial
- Gantian kepada agama tradisi
- Pemikiran positivism terakhir hampir seragam dan sama sahaja dengan zaman awal
Latar Sejarah.
- Pertama kali digunaka oleh St. Simon (1766-1825) di Perancis, kemudian diubahsuai oleh muridnya August Comte (1789-1857).
- Makna baru ‘Positivism’ ialah “kecenderungan untuk mendasarkan pengetahuan berdasarkan persepsi dan penyelidikan secara objektif serta menghindarkan sudut pandangan Metafizik.”
- Kecenderungan takrif inilah membawa tanggapan dan gagasan teori perkembangan agama bagi manusia – religious development (takrif barat sahaja). Tiga tahap manusia beragama;
1) Anamism – Kercayaan kepada alam berkuasa dan mempunyai kekuatan membenlenggu manusia. Kepercayaan kepada dewa, semangat, ruh baik dan jahat. Dll
2) Agama – Keagamaan manusia kepada samawi atau budaya. Mereka diikat dengan kepercayaan tuhan-tuhan dan manusia suci yang mengajak manusia menjadi baik.
3) Positivism – Kepercayaan kepada pencapaian saintifik dan ideologikalnya yang konkrit dan mengubah cara hidup primitif kepada moden.
1.2 Doktrin Positivism.
- Paling moden apabila Positivisme mempengaruhi Klompok Viena – Viena Circle, di Austria tokoh-tokoh positif bertemu awal abab ke 20 untuk merumuskam makna terbaru kepada Positivism yang disertai oleh Ernst March dan A.J. Ayer.
- Istilah mereka ialah Logical Positivism - maksudnya kelompok positivist sudah cenderung anti metafizik, anti falsafah, realis dan materialis, kritis dan skeptikal – Mazhab serba keraguan.
- Hanya kebenaran itu apabil dibuktikan dengan kaedah Emperikal.
Ernst March dan A.J. ayer banyak membantu dalam menyediakan metodologi positivis seperti Logikal Simbol iaitu “kaedah penganalisaan bahasa khususnya bahasa sains kerana saintis percaya mesti ada satu bahasa universal atau elit untuk disiplin sains. Dengan standard bahasa saintifik ini, barulah saintis dapat berkomunikasi dan mencapai kesepakatan.”
Positivis cuba menukarkan kerangka etika, epistemologi, metafizik dan lain-lain teori tradisi kepada penterjemahan syntax dan makna dan definisi bahasa saintifik.
Terdapat kritikan-kritikan bernas terhadap Positivism antaranya;
1. Positivism hasil daripada faham materialism di bawah naungan empericism. Mereka sangat menyokong faham Liberal di dalam ekonomi, pendidikan, sains dan etika kerana kepentingan mereka adalah material dan penghidupan duniawi.
2. Positivism menolak aspek metafizik, termasuklah agama dan wahyu dariapda menjadi sumber ilmu pengetahuan. Metafizik, wahyu dan ilham bukan lagi saintifik kerana tidak bersifat positif.
3. Falsafah adalah tidak mendatangkan aktiviti praktikal kerana tidak bersifat bukti-bukti ilmiah da;am aktiviti-aktivitinya.
Penafian positivism terhadap falsafah adalah paradoxial atau bertentangan, kerana faham positif itu adalah sebahagian dariapda jalan hujjah akal falsafah Empericism dan Materialism serta liberal dan menafikan agama sebagai aspek penting kepada manusia.
4.5 Permasalahan Pensekularan Induk Sains Moden
Pendahuluan
Permasalahan sains moden timbul daripada rangka ilmu, sumber dan tata moral atau akhlak ketika pengaplikasiannya ke atas alam dan manusia. Kerana itu kursus ini menfokaskan aspek kesan pensekularan sains dan teknologi, krisis pengaplikasian dan falsafah nilai dan aturan saintifik yang tidak berpaksikan keuniversalan (universality) dan kemutlakan (absoluteness) yang hakiki di dalam ilmu pengetahuan yang boleh disifatkan sebagai pseudo-sciences sahaja. Berikut diteliti satu persatu kesan krisis sains dan teknologi ke atas alam dan manusia.
1. Pensekularan Sains Moden
1. Faham helinisticism warisan tradisi Greek di bawah pimpinan Aristotles, menyumbang kepada pandangan pensekularan awal sains moden. Peristilahan ini muncul pada 1851, di mana pujangga G.S. Holyake (m.1906) mentakrifkan sekularisme sebagai “satu sistem pemikiran yang memberikan peraturan kepada kehidupan manusia, tanpa mengambil kira peranan Tuhan, kitab-kitab agama dan Hari Kemudian.” Tegasnya Sekular secara amnya ialah segala hal-ehwal keduaniaan semata-mata, tidak abadi (spatio-temporal), berpaksikan manusia sahaja, kerana akal mengesahkan bahawa alam dan Tuhan adalah terpisah. Maka peranan Tuhan, wahyu dan perkara keagamaan sudah terbatas.
2. Sains dan teknologi yang lahir pada kurun 18M bercirikan pemisahan dunia dari agama. Minat mencari dan mentafsirkan alam raya yang tersusun secara emperikal dan rasional diperkenalkan. Malangnya pendekatan ini bercanggah dengan sains Gereja atau Scholasticism, yang kuat berpegang kepada ilmu mutlak adalah diturunkan oleh Tuhan. Manakala ilmu sains di zaman pertengahahn adalah daripada teori-teori umum tercerna dari pencerapan data-data terperinci, hasil penerokaan dan manipulasi keptintaran akal manusia.
3. Penemuan Copernicus dan Galileo di bidang astronomi, mengalih teori alam raya Skolastik Gereja kepada Heleocentric dan aspek antropologi pula meletakkan manusia mampu dengan akal dan kajian saintifik - Humanism, menghasilkan ilmu pengetahuan, telah bercanggah dengan gereja. Penguatkuasaan semula Mahkamah Penyiasatan memerangi, menangkap dan menyiksa serta membunuh para saintis yang mengemukakan ilmu baru kepada masyarakat. Rekod menunjukkan antara tahun 1418 sehingga 1801 seramai 340,000 orang saintis dihukum bunuh dengan membakar atau dengan cara lain.
4. Kesan daripada tindakan tersebut, komuniti saintis mengalih pandangan daripada gereja. Menjelang abab ke 19M, setelah usul Protestant di terima untuk memisahkan antara agama dan urusan keduniaan, maka masyarakat saintis menolak doktrin sains kegerejaan dan menerima secularism sebagai identiti dalam kominiti sains moden. Inilah dasar dan falsafah yang telah membangunkan peradaban barat moden dan Eropah seluruhnya.
2 Krisis Sains Moden
1. Kemakmuran yang dirasai oleh tamadun barat dengan pensekularannya itu ternyata membawa krisis parah kepada masyarakat barat khususnya dan dunia amnya. Terdapat DUA kesan ketara krisis tersebut; a) kesan terhadap alam dan manusia hasil daripada kemajuan sains dan teknologi, dan b) kesan kepada aspek falsafah.
2. Kesan sains kepada alam dan manusia: Lahir kerosakan yang teruk kepada alam raya dan manusia, membentuk manusia yang hilang pedoman, jatidiri, nilai budi dan menghambakan diri kepada sains. Isu pengklonan, pornografik siber, persenjataan nuklear, industri makanan segera (instant meals) dll.
3. Kesan aspek falsafah: berlaku perubahan rangka berfikir saintifik (scientific paradigm shift) dari aspek Metafizik, Epistemologi dan Etika. Secara metafiziknya, faham ketuhanan telah digantikan dengan Atheism – menolak kewujudan dan peranan Tuhan di dalam aktiviti-aktiviti saintifik, Materialism – faham kejasadan menonjolkan logik emperikal menggunakan ukuran matematik dan rasional dalam mencari kesahihan sehingga isu ketuhanan sekalipun.
Epistemologinya mencadangkan dan mengesahkan Logical Empericism dan Rationality sahajalah yang berwibawa menghasilkan ilmu pegetahuan, maka wahyu dan ilham dari ketuhanan ditolak dari sumber penghasilan ilmu. Agama tidak rasional, perlu dipinggirkan kerana ia mempunyai kelas tersendiri.
Faham Etika yang diterima sains barat ialah yang memberikan nilai boleh guna – Utilitilianism. Semua pengadilan nilai dianggap sebagai ketinggalan zaman (lihat faham August Comte). Oleh itu nilai sains dilihat sebagai nilai berkecuali – neutral atau bebas nilai – value free.
Sains barat diwarnai dengan pelbagai aliran falsafah, seperti positivism, konventionalism dan operasism. Yang mutakhir ialah revolusi saintifik – Scientific Revolution oleh Thomas Kuhn dan Pasca-Modernisasi oleh Imre Lakatos – against method, Francois Lyotard – la condition postmoderne, Fayerband – Scientific Programme, dll.
3. Cabaran sains dan Teknologi moden ke atas umat Islam
3a. Gagasan PengIslaman Sains semasa (Islamization of the Contemporary Sciences or
Knowledge)
Pendahuluan.
Selain daripada prinsip Tawhid, Syariat dan Akhlak, unsur kemampuan akal - intellect dan pembinaan sains sosial dan teknologi serta pembangunan material perlu dititik berat secara bersepadu – integrated mode dalam pembinaan peradaban Islam dan ketamadunannya. Epistemologi Islam sahaja yang mampu melahirkan perspektif keilmuan dan aplikasi teknologi berwajah muslim atau Islamik serta benar-benar harmoni dengan masyarakat manusia dan alam raya. (rahmatan lil ‘alamin – environment friendly)
Konsep Pengislaman Ilmu – Islamization of Contemporary Knowledge atau Arb. Islamiyat al-‘ulum al-ma‘asirah adalah proses pembersihan tradisi keilmuan dari segala khurafat, metos dan sekularisasinya melalui proses pengasingan (classification or demarcation ) dan penapisan (synthesis). Kemudian digantikan dengan prinsip-prinsip, konsep, episteme, ontologikal, estetika dan metafizik mengikut prinsip keilmuan Islam. Pemulihan ini bertujuan mengembalikan ilmu pengetahuan kepada penghayatan serta penjiwaan yang sebenar, fungsi dan tujuan perlaksanaannya adalah untuk kesejahteraan alam raya dan manusia, bukan untuk kebinasaannya.
i. Pendekatan Sains Islam
Aliran tradisional dalam pengislaman ilmu tidak melalui falsafah, sebaliknya melalui penguasaan ilmu teras Islam seperti ‘Aqaid, Syari‘at Islamiah dan Penguasaan Kejuruteraan Akhlak (tasawwuf) yang tercerna langsung ke dalam keilmuan fardu kifayah. Falsafah tidak perlu sebelum Zaman Abbasiyah kerana fikiran murni Islam (fikrah Islamiah – Islamic Worldview) sangat kuat terpengaruh dengan Wahyu (revelation) atau Tradisi Kenabian (prophetic truth).
Imam al-Ghazali sebenarnya tidaklah mematikan falsafah Islam seperti sangkakan barat, malah beliau mengislamkan pengaruh kerangka berfikir yang syirik, materialistik dan atheis di dalam pemikiran Umat Islam ketika itu. Inilah bentuk pengislaman ilmu semasa ketika hayat al-Ghazali di dalam menimba ilmu matematik, astronomi, perubatan, fizik dan sebagainya agar kerangka Tawhid dan prinsip Islam masih utuh di dalam ilmu-ilmu profesional sehingga hari kiamat. Di sinilah kekuatan al-Ghazali sebagai Hujjat al-Islam.
Mengikut Sejarah Umat Islam perkembangan saintifik dibangunkan oleh para sarjana Islam berorientasikan Islam di dalam falsafah Kalam - Theology, Sains tabie, Fizik, Kimia, Mathematik, Geometry, Perubatan dan sebagainya. Setengah kalangan sarjana yang menyelidiki secara saintifik sejati (purely scientific), lalu dinilai sebagai terpisah dari prinsip Islam sebagai paripatetik atau al-masya’iy. Ada juga yang mengambil pendekatan Kalam iaitu memasukkan dasar-dasar Islam ke dalam ilmu-ilmu kifayah lalu dikenali sebagai al-mutakalimun dari perspektif yang lebih luas. Dua aliran ini sangat dominan di dunia Islam.
Selepas Dunia Islam bebas daripada penjajahan, maka bangkit keinginan membebaskan diri daripada sistem pendidikan sekular barat. Maka para sarjana Muslim mencadangkan berbagai gagasan atau formula sistem pendidikan Islam dan mengamalkan sistem berfikir Islam yang asal di dalam sains dan Teknologi serta Ilmu sains sosial dan pebangunan moden. Di sini lahirlah suatu pendekatan Falsafah Sains Islam.
Tidak kurang dari tiga aliran perdana dalam pendekatan mengembalikan Sains dan Teknologi Islam ke pangkuan “mother of kanowledge” – pendekatan ibu segala ilmu pengetahuan;
(a) Pendekatan Theologikal berpaksikan Kalam yang sangat menekankan konsep “ma’rifatullah dan pengenalan diri akal insan” dengan segala logika dan wahyunya di dalam mengenengahkan hakikat segala sesuatu perkara itu adalah ”NYATA” – THAABITAH, wujud yang sangat konkrit, tidak dicampuri khayali atau metos serta epiks yang tidak dapat dipertanggung jawabkan kesahihannya.
Dengan pedekatan wahyu, maka umat Islam mengenali alam, diri dan Tuhan dengan pasti dan tidak dibayangi keraguan (skeptics) seperti yang berlaku di dalam tamadun barat. Islam menjelaskannya dengan prinsip al-Yaqin melibatkan pancaindera – ‘ayn al-Yaqeen, kemudian sampai kepada pemerosesan informasi daya mental yang sangat aktif dan mampu mengerti dan memahaminya menerusi daya emperikal dan suluh ilmu wahyu yang melahirkan – ‘ilma al-Yaqeen, akhirnya gambaran hakikat makna (the reality of meaning for something) segala sesuatu terpahat di hati manusia (apprehension or abstraction) dengan restu Ilahi lalu memberikan kefahaman yang kekal dan tidak akan mengalami kekeliruan sekali-kali (infussion - tajaliyyat). Pemahaman ini bermula dari universal kepada juz’iyy dan boleh disilangkan dari juz’iyy kepada universal. Hakikat inilah dikenali sebagai – haqqu al-Yaqeen.
Maka dari sudut pendekatan ini, aliran ini sangat menekankan konsep “Islamic Worldview” atau sudut pandang Alam Islam atau “ru’yatu al-Islam fi al-kawni”. Atau “ru’yatu al-Islam li al-wujud” terhadap alam raya yang menjadi subjek kajian ilmu Ilahi dan Insani di dalam satu acuan atau di dalam pendekatan ketawhidan Ilmu Pengetahuan Ilahi kepada manusia, kerana denganNya (Dia) manusia menjadi makhluk Intelektual yang hebat sehingga layak ditabalkan Allah swt sebagai khalifah di bumi sesuai dengan penguasaan Ilmu Pengetahuan di dalam acuan “Tawhidic Paradigm”.
Dalam pendekatan keilmuan Kalam ini juga, ilmu pengetahuan itu dilihat sebagai operasi menundukkan pemiliknya menjadi hamba Allah swt, kerana dengan jiwa hamba kepada Allah swt sifat keunggulan diri insan akan meningkat di sisi Allah swt dan manusia serta alam raya. Tahap pengenalan hakikat segala sesuatulah memberikan bentuk pengenalan sempurna kepada kewujudan Allah swt dengan izinNya dan pengenalan alam raya serta hakikatnya yang serba berubah ini menjadi sandaran Ilmu pengetahuan tentang alam raya (scientia) dan ilmu teknikalnya (techne) yang disedari sebagai pancaran kualiti dan tenaga ILAHI RABB AL-JALIL ke atas manusia. Memahami tingkat, hirarki dan kegunaan ilmu pengetahuan serta aplikasinya yang adil dilihat sebagai perlaksanaan keadilan kepada ilmu pengetahuan yang akan memberikan kesan pembangunan dan kemajuan manusia dan alam raya di dalam acuan kudus dari Allah swt – to be justice in knowledge, Arb., tarkeezu al-aadab. Prosesnya dipanggil membentuk keadilan ilmu dan aplikasinya di dalam diri manusia kerana Allah swt – Arb., ta’deeb an-anfus. Pendekatan ini dibawa oleh tokoh pendidik terkenal Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas.
(b) Pendekatan Historical Background dan Metaphysic yang banyak menekuni aspek bukti-bukti persejarahan dan pemikiran filsafat tinggi mengenai jiwa manusia intelektual unggul menerusi keagongan perjalanan sufi dan penjelajahan ruhaniah bagi menyemak kelakuan ilmu di peringkat “inner state of human mind and soul” - tingkat akal dan diri dalam seseorang manusia hebat di dalam Islam. Hakikat ini sangat jelas apabila keilmuan tinggi diketengahkan sebagai kemuncak paksi ilmu pengetahuan Islam yang merajai segala bidang ilmu oleh Mulla Sadra – Arb. hikmah muta ‘aliyah – ilmu hikmah (wisdom) di peringkat tinggi.
Pendekatan terperinci terhadap ungkapan jalan fikiran sains dan peradaban Islam di dalam The Doctrine of Science and Islamic Civilization menjelaskan hakikat pengislaman ilmu pengetahuan yang merujuk kepada bukti-bukti pencapaian gemilang umat Islam dan tokoh-tokoh besar seperti Ibnu sina, Fakhruddin al-Razi, Mulla Sadra, dan lain-lain. Selain daripada tokoh-tokoh ulung ini, pendekatan ini juga mengemukan segolongan manusia mistik yang hebat di dalam lipatan sejarah Islam terutama di akhir kerajaan Abbasiyah dikenali sebagai Ikhwanu as-Soffa’ – mereka adalah ahli matematik, fizik, perubatam, kimia dan astronomi dan pelbagai disiplin falsafah dan golongan profesional yang mebgambil pendekatan ruhaniyyah di dalam ilmu pengetahuan dengan pendekatan penyucian jiwa di samping beribadah di dalam kumpulan mereka di samping mereka menerokai dan menyelidiki serta memajukan ilmu pengetahuan kepada masyarakat di dalam bentuk kelompok rahsia, kerana memelihara keselamatan gerakan mereka dari diambil tindakan ke atas mereka oleh pemerintah.
Kekuatan pendekatan ini ialah keunggulan sistem pemikiran falsafah sains dan teknologinya yang sangat berasaskan pemikiran ilmu pengetahuan makrifatillah (gnostics) dan tajaliyyat (infussion) Ilahi terhadap ilmu pengetahuan insan dan kekuatan kreatif dan ketajaman renungan serta kajian emperikal yang sangat hebat. Maka teori ilmu yang dicari dengan daya akal rasional berserta dengan maklumat empirikal itu dilihat sebagai al-ilmu al-husuliy dan manakala ilmu yang telah mencapai tahap penjanaan dan kreativiti yang menuju ke arah keunikan pengetahuan langsung dari Allah swt itu dikenali sebagai al-ilmu al-wusuliy atau al-hudhuuriy – ilmu yang tiba dan sampai dari Allah swt dengan penuh daya keistimewaan Ilahi serta mengkagumkan. Kerana itulah maka bagi sesetengah ilmuan itu jelas terbayang tanda-tanda kehebatan dan kekuasaan serta keluasan ilmu Ilahi pada dirinya (ayaatullah).
Pendekatan latar belakang persejarahan ini mempunyai kekuatan bukti tersendiri, di mana tokoh Professor Seyed Hossein Nasr, Professor falsafah sains Islam dan Ketamadunan Islam mengumpulkan fakta persejarahan kerajaan-Kerajaan Islam yang lalu daripada kerajaan Abbasiyah di Baghdad, Fatimiah di Mesir, Umayyah di Andalusia dan kerajaan Moghul di India. Oleh kerana beliau berasal dari Iran, maka khazanah kerajaan Farsi sebelum Islam dan selepasnya menjadi rekod dan dokumen yang sangat berguna sebagai latar sejarah yang berharga kepada umat Islam hari ini. Maka gabungan idea falsafah sains yang autentik, pencapaian hakiki ilmu pengetahuan berbagai bidang umat Islam terdahulu dan pengukuhan bukti sejarah meletakkan Seyed Hosein Nasr sebagai tokoh pembangun semula khazanah sains Islam dari pendekatan beliau yang tersendiri. Dunia Islam harus merasai dan mengiktiraf sumbangan pengislaman Ilmu dari sudut ini, kerana banyak mempengaruhi pemikiran sarjana Muslim di seluruh dunia. Antara murid beliau di Malaysia termasuklah Professor Dr. Osman Bakar yang kini bertugas di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa kampus Bukit Damansara dan Kampus Jalan Duta.
(c) (uncder construction….)

Subscribe to:
Posts (Atom)