Showing posts with label Student's Review. Show all posts
Showing posts with label Student's Review. Show all posts

Wednesday, September 24, 2008

ASSIGNMENT CTU 101

PUSAT PEMIKIRAN DAN KEFAHAMAN ISLAM (CITU)
Universiti Teknologi Mara Perlis
02600 Arau Perlis

Tajuk Kerja Kursus CITU Semester Julai - Okt 2008

Arahan soalan: PILIH SATU TAJUK SAHAJA DARI YANG BERIKUT;

Islam Sebagai al-Din
1. Manusia dan Agama : Huraian Islam Agama Fitrah dan Faktor-Faktor Manusia Beragama.

2. Islam dari sudut pendefinisian dan sifat-sifat Istimewanya: Suatu kaedah membuktikan Islam itu bebas dari faham keganasan (Terrorisme)

3. Hubungkan Paksi Islam sebagai al-Din dengan ancaman keselamatan di Negara Malaysia: Apakah Penyelesaian Islam terhadap kadar jenayah yang meningkat (buktikan dengan fakta dari lidah resmi kerajaan Malaysia).

4. Jelaskan tentang peranan Jihad dan kawalan keselamatan. Huraikan kesan signifikan (berkesan) Jihad di dalam Sistem Politik dan Ekonomi Umat Islam.

Akidah Teras Pembangunan
5. Setengah Sarjana mengatakan Akidah itu seumpama Ideologi : Hurai dan bezakan antara Akidah dan Ideologi dalam konteks membentuk Dasar Pembangunan Manusia.

6. Tunjukkan bagaimanakah asas-asas Akidah Islamiah mengubah kepribadian manusia, mengukuhkan perjuangan hidup dan membina pembangunan Rabbani.

7. Analisakan suatu kajian mengapakah kecenderungan masyarakat Melayu ingin menukarkan Agama Islam mereka: Suatu Kajian dari sumber-sumber akhbar perdana Negara Malaysia.

8. Faktor-faktor keruntuhan Akidah : Suatu langkah kawalan berkesan bagi mencegah gejala Murtad berdasarkan kajian kes di Malaysia. (kajian berdasarkan lapuran kajian yang telah disiapkan oleh penyelidik -penyelidik di Majlis Agama Negeri).

Syariah dalam kehidupan Muslim
9. Syariah Islamiah : Hakikat Perlaksanaan Pembangunan Manusia dan Kawalan Tamadun Ummah. Bincangkan.
10. Bagaimanakah masyarakat menilai semula Perlembagaan Persekutuan
ke arah Perlaksaaan Perundangan Islam di Malaysia?.

11. Di manakah kedudukan Syariah Islamiah di dalam Pembangunan Umat Islam di zaman serba modern dan Jelaskan Peranan Syaraiah Islamiah dalam memajukan negara Umat Islam.

12. Jelaskan Ijtihad sebagai sumber hukum Syariat Islamiah dan bagaimanakah perkembangan hukum Islam berlaku di dalam Islam?.

Ibadah Membina Kualiti Insan
13. Konsep hubungan antara Islam dan Pengibadatan adalah gambaran ketundukan sejati di dalam Islam sebagai al-Din

14. Jelaskan Prinsip-prinsip Kualiti menurut Islam dan buktikan bahawa pengabdian itu membangunkan kemajuan manusia di dunia dan akhirat.

15. Huraikan kelebihan dan keistimewaan iabadah di dalam Islam dan Jelaskan bagaimanakah ibadah membendung jenayah dan menigkatkan kualiti kerja Ummah.

16. Impak Ibadah kepada Perlaksanaan Sistem Perundangan Islam dan Keselamatan serta keharmonian hidup manusia di negara-negara Umat Islam.

Akhlak dan Pembentukakan Jati Diri Muslim
17. Huraikan Maksud dan Faham Jati Diri Muslim, hubungannya dengan Visi untuk kejayaan – al-Falah.

18. Huraikan langkah–langkah berkesan membentuk akhlak di dalam Islam : Bezakan antara akhlak Islam dari Etika kerja Industri (Korea dan Jepun).

19. Gambarkan sebuah Tamadun tanpa Akhlak : Pencapaian Kemajuan manusia yang menyeleweng dari garis kebenaran ilmu dan keadilan sejagat.

20. Sebutkan dan huraikan beberapa cabaran serius dalam menididik Jenerasi manusia di zaman mellinium ini.

**TARIKH HANTAR PADA 14 OKT 2008 PRESENTATION DALAM POWERPOINT 15 & 16 OKT 2008 DI BILIK TAYANGAN ILQam.(akan ditentukan)

ASSIGNMENT CTU 211

CENTRE FOR ISLAMIC THOUGHT AND UNDERSTANDING (CITU) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) PERLIS,
02600 Arau Perlis
TAJUK-TAJUK KERTAS KERJA CTU 211
SEMESTER JUL – OKT 2008

ARAHAN: Pilih satu tajuk sahaja daripada tajuk-tajuk berikut;

1. SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

1. Pembentukan Sains dan Pemikiran Sains dan Teknologi Islam: Satu Analisa Perbandingan.

2. Bagimanakah Saintis Pemikir Muslim adalah Penggerak dan Penjana Ilmu Pengetahuan di Zaman Moden, buktikan.

3. Bincangkan kaedah bagaimanakah dapat dibezakan sains dan Teknologi Islam dan Sains dan Teknologi Barat?.

2. SEJARAH SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

4. Cadangan Perpindahan Ilmu Sains dan Teknologi Eropah ke Arah Zaman Rennaisance Umat Islam

5. Mengatasi Keruntuhan Darjat Ilmu Pengetahuan Kesan proses Pensekularisasian: Suatu Analisa Kritis terhadap Sistem Pelajaran Moden.

6. Pengislaman Sains dan Teknologi Semasa: Satu Keperluan Pengembalian aktiviti-aktiviti Saintifik yang Mesra Alam

3. WAHYU DAN SAINS

7. Fakta-Fakta Saintifik al-Quran: Jelaskan Pengaplikasiannya di dalam Kajian Saintifik semasa.

8. Al-Quran Mengandungi Petunjuk Saintifik yang Cemerlang:
Huraikan 3 (TIGA) bentuk arahan al-Quran terhadap manusia agar menghasilkan Sains dan Teknologi tersebut.?.

9. Bagaimanakah anda dapat menyakinkan manusia bahawa WAHYU dan SAINS saling berkaitan antara satu sama lain (Integrated knowledge – sebuah ilmu yang sepadu).?

4. SYARIAH DAN KEPENTINGANNYA DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI

10. Bagaimanakah kaitan Syariat dan Sains dan Teknologi mampu menyelesaikan Isu-Isu Etika di Dalam Sains dan Teknologi di Abad ke 21

11. Jelaskan apakah Syariah dan kaitannya dengan Sains dan Teknologi.

12. Huraikan 2 (DUA) penggunaan Kaedah Fiqah bagi membimbing perlaksanaan dan pengaplikasian Sains dan Teknologi dari sudut HALAL dan HARAMnya.


5. ETIKA ISLAM DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI

13. Etika Sains dan Teknologi: Satu Keperluan Kemajuan dan Peradaban Bangsa

14. Etika Sains Islam dan Teknologi Saintis Muslim, Memacu Perubahan masa depan Kegemilangan Umat.

15. Huraikan bagaimanakah Malaysia dapat menghasilkan para Teknokrat dan Industrialis yang beretika dan berbudi serta bermoral tinggi.


©Abu Muhammad ‘Amrullah ADIS El-Merbawiy

PERHATIAN : TARIKH SERAHAN PADA 15 OKT 2008 DAN WAKTU PEMBENTANGAN (Powerpoint Presentation) PADA 20 – 25 OKT 2008. SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI 019-4786504 ATAU DATNG KE PEJABAT SAYA.
– ADIS EL-MRBAWIY

Friday, March 28, 2008

Chapter II : CTU 211

CHAPTER THREE

SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM

Wahyu (al-Quran) dan Sains (Sciences)

1. Pendahuluan

Pencapaian atau kecapaian atau prestasi Etika Islam ialah gambaran kepada tahap pencapaian Etika Islam Di dalam sesuatu disiplin Sains Islam. Etika pula ialah “ilmu tentang dasar-dasar akhlak atau moral, prinsip-prinsip, atau nilai-nilai akhlak dan tingkah laku yang menjadi pegangan individu atau kumpulan.” Jadi Etika Islam, ialah aturan-aturan kerja yang Islamik dilaksanakan oleh umat Islam di dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan dan profesional.

Oleh kerana al-Quran dan al-Sunnah itu adalah Wahyu Allah swt, kedua-duannya kaya dengan Nilai Mutlak (absolute) dan Sejagat (universal). Sangat wajar dijadikan asas kepada falsafah dan etika Islam (hudan li al-muttaqin). Dengannya, nilai-nilai sejagat Etika Islam dan Falsafahnya dapat di terjemahkan dan dilaksanakan dengan baik dan prakrikal di dalam setiap disiplin sains dan teknologi.

2. Al-Quran Asas Falsafah dan Etika Sains Islam

Al-Quran adalah kitab petunjuk (huda), penjelas (bayan), peringatan (nadhir), penyedar (maw‘izoh) dan rahmat (rahmatan) kepada manusia. Asas keintelektualannya jelas apabila al-Quran menggesa manusia berfikir berulang kali untuk mencari kebenaran dan asas kebenaran apabila fakta-fakta al-Quran menjadi pembeza secara pasti antara kebenaran (al-haqq) dan kebatilan (al-batil). Oleh itu al-Quran menjadi pembeza (al-furqan) yang tuntas antara kedua-dua nilai penting dan dasar yang berlainan ini. Al-Quran juga menjadi asas berfikir (intellection) dan berfalsafah (phylosophising) bagi mencari hakikat segala sesuatu yang akan memperkenalkan individu dengan Tuhan Pencipta aturan alam raya. Pengenalan diri manusia memberikan jalan keperluan kepada aturan kudus pula yang mengatur manusia (al-usul al-akhlaqiyah). Inilah asas kepada akhlak Islam yang diperlukan oleh manusia ketika membangunkan sains dan teknologi.

2.1 Asas al-Quran dalam Ontologi (nazariyat al-khalq)

Asal kewujudan (being) atau kejadian-ciptaan (creation) adalah cabang daripada falsafah sains bagi mengetahui hakikat wujud, tabiat dan kaitannya dengan ilmu alam ghaib atau ketuhanan atau metafizik. – ‘ilm al-ilahiyah.
Antara cabang ilmu kewujudan ialah Metafizik, Kosmologi, Matematik dan Anthropologi serta kemanusiaan.

a. Metafizik

Metafizik ialah berasal daripada meta – sebalik, dan physic – alam nyata. Arb., - ma wara’ al-tabi‘ah Termasuklah pengetahuan tentang ketuhanan dan alam ghaib. Antara perkara pokok ialah Tuhan pencipta, konsep masa dan ruang. Kejadian benda pula berkaitan dengan jisim (body), jirim (contigent), zat kejadian (essence) dan sebab dan akibat (causality). Tentang proses kejadian pula melibatkan kuasa – power atau Qudrat dan kemerdekaan kemahuan – willingness atau Iradat atau dengan hubb – cinta. Tambahan pula dilihat kedudukan pencipta adakah wajib – necessary atau mumkin – possibility menjadikan alam raya yang luas ini. Setengah failsuf pula mengemukan prinsip limpahan rahmat ilmu dan kekuasaan serta kegungan Allah swt ke atas alam raya dan segala isinya (nazariyyat al-fayd) – the virtuous infusive theory. Inilah antara latar belakang terjadinya alam raya pada sudut pandangan Umat Islam yang dikenali sebagai metafizik atau aspek ideologikal atau aqidah yang mesti selaras dengan syariat Allah swt dan tidak bercanggah dengan doktrin al-Quran (Quranic) dan Kenabian (prohetic). Daripada sikap ideologikal inilah huraian kosmologi Islam dikemukakan dengan sistematik dan tertib.

b. Kosmologi

Ilmu pengetahuan mengenai cosmos – alam raya atau Kosmik dan hal ehwalnya. Kosmologi Islam mengkaji beberapa aspek seperti berikut;
i. Kewujudan atau asal-usul (ontological)
ii. Keanggotaan (anatomi alam raya; struktur binaan dan aturan alam – hierrarchical and divine regulation).
iii. Pembahagian juzu’-juzu’ pelbagai peringkat dan kualiti.
iv. Persoalan matlamat dan kesudahannya
v. Hubungan dengan kewujudan pencipta


Kosmologi Islam adalah suatu kajian yang sangat unik, kerana melibatkan pengkajian ilmu pengetahuan berkenaan susunan alam raya secara fizikal dan kajian secara menyeluruh menggunakan kerangka berfikir Tawhid yang bermatlamatkan mengenal pasti alam semesta, penciptaannya dan pencipta untuk difahami, dikuasai rahsianya dan diimani bahagian kosmos yang berkait rapat dengan metafizik Islam.

Antara intisari ayat Allah swt mengenai kosmologi ini dapat diringkaskan kepada yangberikut;

i. Dalam surah al-Baqarah 2; 255 antaranya menyebut tentang Allah swt yang maha hidup (al-Muhyi wa al-Mumeet), memiliki dan mentadbir (al-Mulk wa al-Muidabbir) alam ini. Maha mengetahui segala-galanya dan kekuasaanNya meliputi langit dan bumi. Tidak menjadi kesukaran bagiNya memelihara dan menjaga alam raya ini.
ii. Dalam surah al-Nur 24:35 antaranya menjelaskan Allah penerang langit dan bumi. Dia Allah swt mengkiaskan (metafora) cahaya petunjuk dengan Lampu Misykat di dinding batu, sedang menyala dengan minyak Zaitun yang diberkati. Begitulah bandingan ilmu hidyah Allah swt kepada manusia dijelmakan dengan perumpamaan Lampu Misykat bagi menyuluh dan membimbing dengan peraturan dan syariatNya kepada golongan yang dikehendaki.

c. Matematik
d. Anthropologi (Kemanusiaan)


2.2 Asas al-Quran Dalam Epistemology (nazariyat al-ma‘rifat)

a. Sumber ‘Ilmu (asbab al-‘ilm)
b. Methodologi (kayfiyat al-iktisab wa l-husul)
c. Perlaksanaan ‘ilmu (qadiyatuha)
d. Matlamat ‘ilmu (maqasid al-‘ilm)

2.3 Aksiologi Islam (nazarat fi al-qiyam al-Islamiyah)

a. Nilai Kebenaran (the truth – al-haqq) LOGIK
b. Nilai Kebaikan (the Goodness – al-khayr) ETIKA
c. Nilai Keadilan dan Ketepatan (Justice - al-‘adalah and accuracy – as-Sowab) SISTEMATIK
d. Nilai Keindahan (the beatitude – al-Jamal) ESTETIKA

3. Analisa Fakta-Fakta Saintifik Dalam al-Quran

3.1 Pendahuluan

Islam memberikan ransangan untuk menerokai alam raya. Al-Quran sebagai berita daripada pencipta alam raya memaparkan fakta-fakta saintifik alam raya dengan jelas agar manusia memahami fenomena (phenomenon) alam fizikal dan hakikat inti-nomena (noemenon) metafizik dengan sebaik mungkin.

Al-Quran adalah segala-galanya bagi ahli ilmuan saintis Muslim; ia adalah prinsip alam tabi‘ie bagi Natural Scietist, prinsip kemanusiaan bagi Anthropologist, prinsip teologi bagi agamawan (teolog), prinsip sejarah bagi historis dan prinsip kehidupan semasa dan masa depan bagi para strategis. Semua prinsip ilmu-ilmu tersebut dan gambaran fenomena alam raya yang lengkap, telah mendedahkan identiti yang maha Kuasa dan Mengetahui, iaitu Allah swt. Segala fakta-fakta tersembunyi itu di dedahkan agar dapat manusia mengerti kehebatan ilmu pengetahuan Ilahi dan pemberian ilmu manusia adalah secebis daripada keizinan Allah swt ke atas manusia guna untuk memakmurkanm bumi dan alam raya dengan petunjukNya.

Pengkajian, pemerhatian dan penelitian terhadap fakta-fakta saintifik al-Quran sebenarnya mempelajari kayfiat sun‘at al-tabi‘ah – how could the souvereingty Allah create the universe physically or in orderly? Pendekatan mengkaji ‘bagaimanakah terjadi’ inilah dikenali sebagai scientific inquiry – kecenderungan pengkajian yang merupakan suatu penerokaan agar terdedahnya sesuatu jawapan bagaimana ilmu itu terbentuk dan tercipta daripada Allah sw yang maha bijaksana. Inilah hakikat pengajaran Ilmu Allah swt berlaku ke atas manusia sejak berzaman lamanya.

Jelaslah bahawa di dalam al-Quran tersebut terdapat dua sumber terbesar yang merupakan tanda-tanda keagungan Allah swt; ayat-ayat keterangan mengenai alam raya (ayaat al-Qur’aniyah- al-matlu) dan ayat-ayat di luar al-Quran tetapi diungkapkan agar menjadi subjek kajian saintis yang dikenali sebagai (ayaat al-kawniyyah – ghayr al-matlu). Kedua-duanya menafsirkan kenyataan antara satu sama lain dan kerana itu mengapakah fakta-fakata saintifik di dalam al-Quran tidak pernah bercanggah dengan realiti di luar al-Quran kerana itulah hakikat kebenaran ilmu pengetahuan yang terbina secara pasti dan kukuh oleh Allah swt. Manusia hanya mengkaji, menemukannya dan mempelajarinya serta menguasainya pula untuk mentadbir dan mengurus-selia alam raya tersebut.

Lebih penting daripada meneliti alam raya, Allah swt menarik perhatian manusia agar mengenal diri mereka secara lebih terperinci dan serba hebat inteleknya dan sempurna kejadiannya. Pemberian ilmu Allah swt kepada manusia meliputi kemampuan memperolehi ilmu sains dan teknologi dan juga sains wahyu yang membimbing manusia ke jalan selamat di dunia dan akhirat melalui risalah Islamiah. Di sini Islam memartabatkan manusia selayaknya dan Islam tidak membentuk tamadun manusia berdasarkan faham humanism barat di awal zaman pertengahan.

3.2 Fenomena Alam Tabi‘ie (cosmology)

Dalam perbahasan ilmu tabie, pemikiran sains Islam mengkaji alam tabie berdasarkan kenyataan dan rangka al-Quran dan Hadith Nabi saw menerusi kaedah saintifik semasa agar dapat melahirkan penemuan-penemuan saintifik yang layak dan memenuhi keperluan aktiviti-aktiviti saintifik, teknologi, kejuruteraan dan industri terkini di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang canggih lagi sopistikated.

a. Kejadian Alam Raya (Naturology)

Pada kejadian alam, pertukaran matahari dan bulan itu adalah menjadi tanda-tanda keagungan ilmu dan teknologi buatan Tuhan ke atas alam raya dan semua makhluk di dalamnya. Teknologi tersebut mempamerkan kepakaran yang bertaraf tinggi dan mutlak dariNya. Usaha manusia menyelidiki alam raya dan semua entiti-entiti alam dan objeknya. Maka penemuan saintifik di dalam Islam ialah proses pemindahan Ilmu pengetahuan dari hukum-hukum Allah swt mengenai alam raya dan telah dapat diformulasikan menjadi patern-patern tertentu sesuatu ilmu pengetahuan mahu pun teknologi. Kajian ini melibatkan perbincangan mengenai noemena dan phenoemena sesuatu perkara yang menjelaskan sesuatu disiplin ilmu.

i. Proses kejadian alam raya,

Firman Allah swt yang bermaksud :

“Dialah Allah swt yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikannya tujuh lapis langit. Dan Dia maha mengetahui segala sesuatu.”- (al-Baqarah, 2:29 )

Perkataan khalaqa, ma fi al-‘ardh jamee‘an – menciptakan segala yang ada di muka bumi untuk manusia. fasawwaahunna sab‘a samaawaat – maka ia hendak menyempurnakan kejadian langit, lalu dijadikanNya langit itu tujuh lapis. Perkataan saintifik di sini ialah khalaqa – telah Allah swt mejadikan sesuatu. Gambaran jelas bahawa alam raya dijadikan oleh sesuatau pihak, tidak terjadi dengan sendirinya seperti di dalam dakwaan manusia yangh tidak berteraskan ilmu dan fakta hakiki. Di tambah dengan perkataan berkehendak menjadikan menafikan teori limpahan bahawa alam adalah limpahan dari Zat Allah swt di alam ini yang sifatnya sama kekakal dengan Allah swt yang ianya Syririk pada pandangan Islam. Allah swt menyimulkan bahawa diriNya sahajalah yang Maha mengetahui teantang segala perkara yang terjadi di alam raya yang Maha luas ini - waHuwa bi kulli syai’in ‘Aleem – dan Dialah sangat mengetahui tentang segala sesuatu, pengiktirafahan kepada diriNya sendiri dan apa jua bentuk kepakaran yang terjadi di atas bumi ini yang lahir dari manusia dan segala sesuatu di sekitarnya.

ii. Tempoh penciptaan
iii. Penciptaan Langit
iv. Penciptaan Matahari
v. Penciptaan Bumi
vi. Penciptaan Bulan
vii. Fenomena alam Tunduk di Bawah Sistem

b. Kejadian Manusia

i. Kejadian Adam a.s.
Kejadian bani Adam a.s.

Under Construction....

Refer to the Chapter two page 64 - 105 IPK 200

Chapter IV: CTU 211

CHAPTER FOUR

SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM

Etika Islam dan Barat dalam Sains dan Teknologi

Pendahuluan

4. Etika Islam dalam Sains dan Teknologi

Etika Islam adalah hasil pemikiran Muslim terhadap nilai tingkah laku manusia secara zahir dan batinnya. Pemikiran ini melibatkan asas-asas Islam dalam akhlak Islam (khuluq al-Islamiyah), kemudian disusun menjadi aturan-aturan yang dipatuhi dan membentuk budaya harian seseorang Muslim. Contohnya giat mencari ilmu pengetahuan, adalah Etika daripada akhlak Islam yang menghendaki Umatnya berilmu pengetahuan dan membuang kejahilan (ignorance) daripada diri mereka.

Dalam kontek ilmu pengetahuan (knowledge), etika Islam adalah suatu yang sangat penting untuk seseorang itu berwibawa dan berotoriti memahami, menerima dan mencapai keadilan dan kebenaran (to achieve at a level of justice and an ultimate truth - ta’dib) dalam mencari makna sesuatu disiplin ilmu atau hakikat sesuatu perkara di alam ini. Kemampuan inilah yang membolehkan Muslim menilai kebaikan dan keburukan sesuatu disiplin ilmu tersebut, lebih-lebih lagi etika Islam menjamin aturan penggunaan dan perlaksaan sains dan teknologi yang dicipta manusia ke atas segala makhluk di persekitaran alam raya ini. Kesannya ia dapat menghasilkan kebaikan dan menolak keburukan yang menjadi tujuan asasi etika Islam tersebut, demi mendapatkan kemakmuran (‘imarah) dan menghapuskan kerosakan (mafsadah) di bumi ini. Jelas sekali bahawa kemakmuran akan lahir dari proses ista‘arafa – musta‘rafah; ma‘rufatan, memperolehi kebaikan ilmu pengetahuan yang benar, tepat dan jitu manakala kerosakan pula berpunca daripada nakara – nukraanan; munkaran, keingkaran kepada prinsip ilmu pengetahuan yang baik, benar dan adil tersebut.

**4.1 Terdapat beberapa dasar yang dengannya etika Islam itu boleh mengatur prisip, amalan dan penggunaan sains dan teknologi di dalam agama Islam;

1. Keimanan Kepada Allah swt (system of belief)

Kepercayaan dasar seseorang itu dinamakan iman atau kepercayaan terhadap sesuatu perkara (sense of belief). Istilah pemikirannya ialah ideology atau thought iaitu dasar pemikiran rasional seseorang atau sesuatu bangsa. Dalam Islam keimanan inilah yang membina konsep, pandangan, sikap, cara gaya berfikir dan sistem tindakan seseorang individu secara peribadi dan profesional (Islamic Worldview atau ru’yat al-Islam fi al-wujud).

Keimanan kepada Allah swt hendaklah dijelmakan dan dihayati di dalam acuan-acuan berikut;

a. Sumber pengetahuan (al-‘alim, al-hakim al-khabir)
b. Sumber keadilan dan kebenaran (al-muqsit wa al-muhaqqiq)
c. Sumber tenaga dan kemahuan (al-Qadir wa al-murid)
d. Sumber penguasaan, pentadbiran dan pengurusan (huwa al-murabbi wa al-mudabbir wa al-munqidh)
e. Sumber pengabdian diri makhluk (huwa al-ma‘bud bihaqqin)

Contoh sebab musabab – causality di dalam pemikiran saintifik Islam datang daripada Allah swt yang al-Qadir – the utmost powerful, dan daripada konsep itulah lahirnya ilmu pengetahuan kesan perlaksanaan aturan ilahi tersebut di alam raya (divine law of nature – sunnatuLlah fi al-‘alam) mewujudkan segala makhluk di dalamnya dengan arahanNya, kemahuan langsung daripada pencipta yang teragung dan menciptanya dengan penuh seni halus dan teliti (the utmost finnest Artistic and Designation – al-latif al-khabir).

Firman Allah swt maksudnya: “Sesungguhnya Allah swt megangkat kedudukan orang-orang beriman (aamanuu) di kalangan kamu, dan mereka yang diberikan kepadanya ilmu pengetahuan (al-‘ilm) ke beberapa darjat ketinggian (darajaat).” Manifestasi keimanan inilah menghasilkan saintis dan teknokrat yang soleh dan berwibawa, diredai Allah swt. Mereka melihat Allah swt sebagai;

a. Sumber keimanan dan keyakinan ilmu Allah swt, hidayah dan bantuanNya di dalam menimba ilmu pengetahuan.

b. Maha melihat, mengetahui dan mengawasi setiap pemikiran dan tindakan mereka serta hasil usaha keilmuan mereka.

c. Pemilik alam raya, pencetus dan pencipta keilmuan saintifik dan teknologi di dalam hati dan fikiran manusia sehingga mereka memiliki kepakaran yang dikaji dan selidiki oleh mereka.

d. Mereka adalah pemikul amanah ilmu Allah swt dan digunakan bagi melaksanakan tugas Khalifah; membangunkan dan memakmurkan alam raya dan kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat.

2. Kepatuhan kepada Syariat Islamiah dan Kod Etika Islam (upholding syari‘at and Islamic ethics)

Dalam pendekatan Falsafah Sains Islam, keadilan, kebenaran dan fakta saintifik saling berinteraksi bagi menjelaskan hakikat kebesaran pencipta dan kehebatan Ilmu pengetahuanNya (huwa al-haqq al-mudabbir) di alam raya. Syariat Islamiah dari Allah swt bersifat ilmu pengetahuan (knowledge) yang sudah pasti mengawal dan menjaga perlaksanaan saintifik dan teknologi ke atas manusia agar kesan penggunaannya terarah kepada kemakmuran alam raya, tidak sekali-kali membinasakannya (al-‘imaarat duuna al-fasad fi al-ard).

Disamping Syariat Islamiah, sains dan teknologi juga dilihat sebagai sarat mengandungi nilai-nilai kebenaran, keadilan, ketepatan, sistematik, merangkumi semua disiplin (integral), menyeluruh (wholistic) dan menghasilkan kuasa kebenaran (the power of truth – Arb., sultan). Inilah hakikat bahawa gabungan panduan Syariat Islamiah dan kekuatan keupayaan Nilai kebenaran santifik, justru, manusia diizinkan Allah swt mentadbir muka bumi ini dengan selamat sejahtera penuh kejayaan di dunia dan akhirat.

Islam melarang keras amalan yang tidak berorientasikan Ilmu pengetahuan (irrational) dan tidak mengikuti panduan syarak (unlawful or legally and morally wrong), kerana ia menyalahi tujuan asal keperluan dan kewujudan ilmu pengetahuan. Sains dan Teknologi berorientasikan falsafah Islam, akan memandu akal rasional (intellect) manakala Syariat Islamiah membimbing hakikat jatidiri kemanusiaan atau jiwa (the psychological of human soul). Di sinilah realiti bahawa Sains dan Teknologi sangat memerlukan sikap moral atau Etika Sains dan Teknologi (EST) bagi mempastikan pengkajian, penemuan dan perlaksanaan kedua-duanya membawa kebaikan kepada manusia sejagat.

Sebagai contoh ahli sains dan teknokrat harus berpegang teguh dengan hakikat dan fungsi sebenar ilmu (professionalism) kejuruteraan genetik, teknologi nukeliar, kejuruteraan Kimia, dan sebagainya agar tujuan dan penggunaannya menepati kebenaran dan kekuatan nilai keadilan dan kebenaran ilmu pengetahuan tersebut (the power of justice and ultimate truth). Dengan kawalan itu, dapatlah saintis tadi melaksanakan tanggung jawab mereka terhadap Allah swt dan berbakti sesama manusia serta menjaga keseimbangan wujud alam raya (equallibrium – Arb., al-tawazun), manusia dan Allah swt melalui aplikasi saintifik dan teknologikal mereka di dalam kehidupan dan pembinaan ketamadunan di bumi ini.

3. Aspek Kemanusiaan dan Ehsan (humanity and benevolence)

Islam mengetengahkan konsep ‘Kemanusiaan’ atau Igr., humanity atau Arb., al-insaniyah yang bermaksud prinsip yang berpihak kepada kemuliaan manusia sebagai tuan punya ilmu sains dan teknologi serentak menjadi hamba Allah swt. Manakala pengertian ‘Ehsan’ atau Igr., benevolence atau Arb., al-ihsan yang bermaksud suatu pekerjaan yang tertinggi nilainya kerana Allah swt dalam pengunaan lain dilihat sebagai kasih, penyayang, kesantutan dan perihatin terhadap yang lain. Jelasnya matlamat sains dan teknologi mengikut Islam perlulah di lakukan demi kepentingan kemuliaan insan dan berkualiti yang terbaik kerana dengannya dapatlah manusia memberikan kebaikan kepada seluruh entiti hidupan dan alam raya yang seimbang dianugerahkan Allah swt ini. Saintis dan para teknokratlah yang menjaganya untuk mempastikan kelangsungan wujudnya alam dan manusia secara harmoni.

Penegasannya Islam tidak membezakan kualiti Ilmu pengetahuan dan teknologi daripada pemilik ilmu tersebut; jadi sebaik dan sebenar mana serta cangihnya sains dan teknologi tersebut, maka sejauh itulah kemuliaan dan kemuliaan yang diharapkan hadir dan disumbangkan oleh pemiliknya. Tidak boleh berlaku ‘dwi-nilai setaraan’ – double standard dalam Islam.

Sikap mental, minda dan jiwa seseorang saintis dan teknokrat Muslim mestilah bermula daripada skema kepercayaan dan keimanan kepada keEsaan Allah swt (Tawhidic framework) sebagai kuasa tertinggi dalam segala perkara, berpegang teguh dengan nilai moral agama Islam daripada tata Syar‘iat Islamiah (Islamic ethics) dan berikat setia dengan keyakinan terhadap kebenaran ilmu pengetahuan sains dan teknologinya (Professionalism) yang tidak mencanggahi nilai-nilai agama Islam tersebut. Sikap inilah yang akan menerajui dan membentuk sikap sebenar (core personality) dan kuasa intelektual dan perlaksanaan teknologi ( intellectual power and application – Arb., al-sultan ) serta kuasa perwatakan kepimpinan manusiawi (charismatics) di dalam pembangunan umat Islam dan bangsa-bangsa lain di dunia ini.

4.2 Kepentingan Etika Islam dalam Sains dan Teknologi;

Pendahuluan

Oleh kerana di dalam Islam tidak dapat menerima pakai suatu istilah dan pengaplikasian sains dan teknologi sebagai “ethics without religion”, maka gantiannya ialah Etika Islam adalah pilihan yang sangat tepat dengan tabiat cara hidup Islam – Islamic Way of Life. Alasannya ialah segala aktiviti umat Islam akan dikaitkan dengan suatu bentuk pengabdian diri kepada Allah swt; ketundukan dan kepatuhan kepada suatu Nilai Mutlak (absolute knowledge) dan Piawaian Standard serta bersifat universal (fame and universal values) yang didatangkan khusus dari pencipta alam raya ini agar pelaksananya layak ditabalkan sebagai khalifah (wakil Allah swt di bumi - representative). Aplikasi sains dan teknologi umat Islam tidak dilihat sebagai urusan duniawi yang terpisah dari pertanggung jawaban ukhrawi – keakhiratan, malah ianya dianggap sebagai kesepaduan antara kepentingan duniawi sebagai manifestasi penghidupan keakhiratan (the wholistic and prenial integrated lives) yang merindui kebahagiaan hakiki dan nikmat yang kekal abadi. Hasilnya prinsip-prinsip nilai etika Islam adalah terjemahan penghayatan kandungan Kitab-Kitab Samawi (Holy Scriptures) dan Peraturan Kenabian (the prophetic Laws and Constitutions) di setiap zaman sehinggalah ke hari kiamat.

1. Kepentingan etika
2. Contoh etika
3. Kesan pengabaian etika

4.3 Isu-isu etika dalam sains dan teknologi moden;

Pendahuluan :
(Aliran Falsafah yang Mempengaruhi Sains Moden)

1.1 Asas Sains Barat – Pythagoras, Plato dan Aristotles

Tiga tokoh di atas merumuskan alam raya dengan pandangan Mistik dan alam semulajdi dan Matematik dan pengalaman sebagai kaedah menerangkan fenomena alam raya.

a) Pythagoras (m.480 S.M.) – membuat penelitian terahadap korelasi antara muzik, segitiga dan pergerakan bintang sehingga menghasilkan thesis atau rumusan bahawa alam raya adalah terdiri daripada susunan nombor atau angka.

b) Plato (m.348 S.M.) – Pembawa faham dualism; idea yang membezakan ‘idea’ dan ‘alam fizikal’ atau alam raya. Alam nyata adalah jelmaan tidak sempurna daripada alam Idea, manakala alam nyata ini bukanlah hakikat sebenar. Jadi manusia harus keluar daripada alam deria untuk memahami realiti alam raya. Walaupun begitu Plato masih percaya Metamatik adalah kunci bagi memahami alam raya ini.

c) Aristotles (m.324 S.M.) - Menentang dualism gurunya Plato. Menegaskan bahawa alam raya ini adalah hakikat sebenar (the reality). Penerimaan keupayaan deria dan akal memahami sesuatu membawa kepada kelahiran faham Materialism dan Rasionalism. Aristotles menolak sikap Misticism, tetapi memajukan pemikiran matematik dan astronomi Pythagoras dan Plato.

Aristotles dikatakan sebagai Bapa Falsafah Sains kerana beliau mengasaskan kajian deria terhadap benda dengan faham Materialism, lalu menghasilkan prinsip kaedah emperikal. Manakala kepercayaan kepada daya kemampauan logik akal fikiran, menghasilkan asas pemikiran Rasionalism. Disebabkan oleh Aristotle menolak Misticism atau alam khayali, lalu menerima kebenaran daripada alam nyata sebagai hakikat, maka asas secularism terawal telah muncul di dalam falsafah sains beliau.

1.2 Faktor-faktor Kebangkitan Sains Eropah

1. Kesan keyakinan manusia terhadap kemampuan akal dan manusia adalah pusat alam, lahirlah faham Humanisme yang menggerakkan kebangkitan kajian semula Kesusasteraan Roman dan Greek tua dari aspek kesenian, kesusateraan, pengkajian alam raya dan sains.

2. Penghujung abad ke 14 kemuncak Humanisme, menggerakkan Rennaisance, iaitu kelahiran semula kebangkitan kajian kesusateraan Greek dan Roman sehingga menguasai beberapa institusi gereja dan universiti di Italy, Roma contoh seperti Petrarrach, Dante (1265-1321), Boccaccio (1313-1375) dll.

3. Humanisme berperanan memberikan daya berfikir baru sebagai ‘kaedah saintifik’ dan memperkenalkan ‘keabsahan akal fikiran’, mereka menolak wahyu sebagai punca ilmu, beralih kepada asas-asas berfalsafah, mengkaji alam raya berpusat kepada manusia sebagai makhluk berakal rasional. Kebangkitan Humanisme dan Rennaisance inilah mengubah pendirian dan minda Eropah kepada berfikiran saintifik.

4. Abad ke 15M, kegiatan perdagangan berpusat di bandar-bandar besar Eropah seperti Venice, Florence, Milan dan Padua di sekitar laut Maditerranean. Saintis dan peniaga berusaha keras bagi menghasilkan ciptaan baru untuk tujuan perniagaan mereka. Ekspedisi saintifik dan perdagangan serentak berjalan. Para peniaga menaja projek saintifik untuk kegunaan perniagaan mereka dan pejelajahan ke benua-benua lain.

5. Perlumbaan ekspedisi penjelajahan ke benua-benua baru. Setelah melihat Italy menerokai dagangan di timur seperti rempah ratus Asia dan sutera dari China, Sepanyol dan negara lain turut mentyertai ekspedisi ke benua-benua di dunia seperti Afrika, Asia dan Amerika. Contohnya pelayar Sepanyol Christoper Columbus mendarat di Amerika pada 1492M.

Kesan pejelajahan ini melahirkan pengkajian ilmu pengetahuan baru di bidang Geografi dan Astronomi, tumbuh-tumbuhan, ubat-ubatan dan akhirnya mampu memperkemaskkinikan sains dan teknologi di barat.

6. Sejarawan George Sorton mengakui pranan Islam atau ahli-ahli sains Muslim kebangkitan sains moden Eropah. Karya Ibn Rushd terutama komentrar terhadap Aristotles dibincang dibarat sehingga tercetus kontroversial. Begitu juga Cannon of Medicine ibn Sina di ajar di kelas asas perubatan di Itali pada abad ke 16M. Dunia Islam membekalkan banyak kajian Yunani yang diterjemahkan ke bahasa Latin. Dengan melihat sainsdari sudut secularism, maka sinthesis umat Islam dalam sains diabaikan oleh saintis barat moden. Aliran dualism Aristotles, mengatasi aliran awal plato dan Phytagoras.

1.3 Pengaruh Tokoh Penting Sains Eropah – Nicholus Copernicus, Galileo Galili, Rene Descartes dll.

Kelahiran tokoh-tokh saintis Eropah ini juga banyak menolong kebankitan sains barat. Mereka menentang dan merubah teori awal Greek terhadap kosmologi;

1. Nicholus Copericus (1473-1543) – Kemunculan beliau menandakan suatu pencetus revolusi saintifik dengan bukunya De Revolutionibus Orbium Celestium (1543), bermulalah fajar baru sains barat khususnya mengubah pandangan kosmologi klasik barat. Idea Copernicus tentang alam mengubah segala-galanya.

Idea-idea beliau ialah menolak pandangan Greek bahawa bumi tidak sempurna berbanding dengan celestial. Alam adalah sebuah mesin besar yang beredar berterusan. Tuhanlah yang mencipkannya. Matahari adalah pusat alam semester, teori baru ini dikenali sebagai Heliocentric, yang mengatur gerakan di alam dengan mekanisma tertentu menyangkal teori Geocentric oleh Ptolemy. Beliau cuba kaitkan teori beliau dengan ajaran Kristian, Hermes atau Hermetic.

Penemuan Tycho Brahe dan Johannes Kepler tentang sistem gerakan alam raya, menambah penentangan terhadap doktrin kosmologi Kristianiti, bumi adalah paksi alam raya - Geocentric. Dengan kehadiran alat pencerap Galileo, realiti alam raya ini tidak dapat disembunyikan lagi melalui kebenaran penemuan tokoh-tokoh revolusioner ini yang jelas bercanggah dengan pandangan gereja. Hasilnya timbul permusuhan Gereja dengan ahli sains dan berlaku penangkapan dan pembunuhan para saintis barat, hanya kerana mengkaji dan menemukan kebenaran yang bercanggah dengan idea-idea klasik gereja hasil daripada spekulatif tokoh-tokoh Greek purba yang tidak dikemaskinikan dengan kajian penyelidikan saintifik.

2. Galileo Galilie

Galileo dan Bruno adalah saintis barat yang menjadi simbol pertelagahan ‘sains dan agama’ Kristian Katholik. Ahli astronomi ulung ini banyak mengkritik dan menyindir tajam pendokong-pendokong Aristotles yang berpendirian the eternal of celestial circularity – keabadian pergerakan lingkungan sistem planet di angkasa. Dengan karangan ‘Siderueus Nuncius’ – Pengutus Sidral, beliau mengemukan pandangan-pandangan yang agak radikal atau revolusioner.

2.1 Dengan rekaan teleskop beliau (1609M), beliau mampu mempertikaikan permukaan bulan, mencerap 36 butir bintang baru pada buruj pleiades (lahirnya kelihatan sebanyak 6 buah sahaja). Menghuraikan Bima Sakti sebagai nebula dan terdiri daripada lambakan bintang dan gugusannya, mencerap 40 butir bintang di dalam gugusan Praesepe (Cancer - ketam), sebutir bintang di dalam Serpentarius (ular), menamakan satelit Musytari dengan ‘Medician planet ’- sempena nama penaung kegiatan astronomi beliau, kemudian atas nasihat Johannes Kepler ditukarkan kepada Medician Satelite. Beliau juga mencerap tompok-tompok hitam di atas matahari.

2.2 Penemuan menggunakan teleskop ternyata menyokong teori Copernicus yang menafikan bumi adalah pusat alam. Pada 1611, Pihak gereja mengisytiharkan bahawa penemuan satelit Musytari itu bertentangan dengan Bible, sementara Galileo menolaknya dengan keras. Pada 1618 sekali lagi Galileo bertelagah dengan Jesuit, tentang kemunculan 3 buah Komet. Kesannya beliau menjadi perhatian pihak berkuasa gereja dengan penuh kebencian dan dendam.

2.3 Pada 1632, sekali lagi Galileo menerbitkan buku tentang perbahasan astronomi di dalam “Majlis Dialog Empat Hari” antara 3 sarjana Copernicism, Aristotlelianism dan Ptolemism – Arb., Batlamusiyah. Buku ini banyak mendedahkan dialog dua aliran utama alam raya; Copernican system dan Ptolemaic system dan kemenangan banyak berpihak kepada Copernican. Dua bulan kemudian Galileo ditangkap dan disiksa serta dipaksa mengaku salah dengan pandangan saintifiknya. Mahkamah Inquisition menjatuhkan hukuman bersalah kerana beliau percaya dan berpegang dengan ‘doktrin Matahari adalah pusat alam’- Heliocentric, tidak bergerak dari barat ke timur seperti anutan gereja. Beliau dipenjarakan di ‘Penjara Pejabat Suci’ kemudian dipindahkan ke tahanan dalam rumah sunyi di luar kota. Pengakuan yang sama menyebabkan Bruno dibunuh. Akhirnya buku Galileo diharamkan sehingga tahun 1835M. Beliau meninggal di dalam tahanan rumah dalam keadaan buta.

3. Rene Descartes

Barat menganggap Descartes, sebagai failasuf Perancis printis Idea gerakan mekanikal alam raya. Faham ini dikenali sebagai universal mechanism. Pergerakan planet samawi dihuraikan dengan begitu sistematik;

3.1 Descartes memperkenalkan ‘teory vorteks’- vortex theory iaitu pergerakan jasad-jasad samawi dengan cara penggabungan ‘vorteks’ di seluruh alam raya ini. Hal ini dapat menjawab mengapa sesuatu bintang dan planet, kadang kala dekat dan kadang kala jauh dari bumi. Fahaman ini bertahan sehingga seabad lamanya.

3.2 Vorteks Descartes perlahan-lahan luput apabila komuniti saintis menerima teori mekanik Sir Isaac Newton, yang menjelaskan bahawa setiap bintang, termasuklah matahari adalah terdiri daripada jirim yang dikenali sebagi ‘ether’ yang berada di pusat vortex, lalu beredar secara sendirinya. Kumpulan bintang tadi akan dikelilingi oleh sistem pergerakan planet.

3.2 Berdasarkan Descartes yang berhujah bahawa alam ini berjalan dengan bentuk geometri dalam suatu hukum, manakala Newton pula menyakini gerakan mekanik antara celestial dan terrestrial bodies bergerak secara bersendirian atau independently, tidak memerlukan kuasa Tuhan dan para malaikatNya. Sir Isaac Newton dan rakan saintis meyakini alam dijadikan oleh Tuhan, tetapi setelah alam tercipta kuasa Tuhan tidak diperlukan lagi, kerana gerakan dan perjalanan alam ini telah ditetapkan begitu selama-lamanya (eternity).

3.3 Kesan metodologi saintifik daripada pandangan di atas ialah falsafah tabi‘ie Descartes, mewujudkan pemisahan ketara antara aspek ruh dan jasad dan sangat berpengaruh di dalam bidang Fizik dan Astronomi. Falsafah Emperikal dan Kuantitatif adalah kaedah saintifik mutlak aliran Cartesan dalam cerapan, sempena nama Descartes.

Kesimpulan

Jelaslah bahawa kajian sains emprikal dan rasional serta faham pemisahan antara kuasa mutlak Allah swt daripada usaha saintifik, wujud secara historis dan fakta ideologikal daripada tokoh-tokoh saintis utama barat. Inilah yang menjadi asas sains moden ketika mengkaji aturan alam tabi‘ie sebagai the law of nature. Kesan sains emperikal dan kuantitatif, telah mengenepikan ilmu wahyu dan keagamaan. Jadi sebab itulah wahyu tidak boleh menjadi cabang ilmu sains. Hasilnya Ilmu pengetahuan agama Kristian, Islam, Yahudi dll, adalah tidak saintifik berdasarkan ukuran sains moden.

4.4 Sebab berlakunya krisis nilai dan etika dalam S & T

1.1 Aliran Falsafah Induk Sains Moden

i. Positivism
Pendahuluan.
- Pengaruh di dalam sains tabi‘ie dan sains sosial
- Gantian kepada agama tradisi
- Pemikiran positivism terakhir hampir seragam dan sama sahaja dengan zaman awal
Latar Sejarah.
- Pertama kali digunaka oleh St. Simon (1766-1825) di Perancis, kemudian diubahsuai oleh muridnya August Comte (1789-1857).
- Makna baru ‘Positivism’ ialah “kecenderungan untuk mendasarkan pengetahuan berdasarkan persepsi dan penyelidikan secara objektif serta menghindarkan sudut pandangan Metafizik.”
- Kecenderungan takrif inilah membawa tanggapan dan gagasan teori perkembangan agama bagi manusia – religious development (takrif barat sahaja). Tiga tahap manusia beragama;

1) Anamism – Kercayaan kepada alam berkuasa dan mempunyai kekuatan membenlenggu manusia. Kepercayaan kepada dewa, semangat, ruh baik dan jahat. Dll

2) Agama – Keagamaan manusia kepada samawi atau budaya. Mereka diikat dengan kepercayaan tuhan-tuhan dan manusia suci yang mengajak manusia menjadi baik.

3) Positivism – Kepercayaan kepada pencapaian saintifik dan ideologikalnya yang konkrit dan mengubah cara hidup primitif kepada moden.

1.2 Doktrin Positivism.
- Paling moden apabila Positivisme mempengaruhi Klompok Viena – Viena Circle, di Austria tokoh-tokoh positif bertemu awal abab ke 20 untuk merumuskam makna terbaru kepada Positivism yang disertai oleh Ernst March dan A.J. Ayer.
- Istilah mereka ialah Logical Positivism - maksudnya kelompok positivist sudah cenderung anti metafizik, anti falsafah, realis dan materialis, kritis dan skeptikal – Mazhab serba keraguan.
- Hanya kebenaran itu apabil dibuktikan dengan kaedah Emperikal.

Ernst March dan A.J. ayer banyak membantu dalam menyediakan metodologi positivis seperti Logikal Simbol iaitu “kaedah penganalisaan bahasa khususnya bahasa sains kerana saintis percaya mesti ada satu bahasa universal atau elit untuk disiplin sains. Dengan standard bahasa saintifik ini, barulah saintis dapat berkomunikasi dan mencapai kesepakatan.”

Positivis cuba menukarkan kerangka etika, epistemologi, metafizik dan lain-lain teori tradisi kepada penterjemahan syntax dan makna dan definisi bahasa saintifik.
Terdapat kritikan-kritikan bernas terhadap Positivism antaranya;

1. Positivism hasil daripada faham materialism di bawah naungan empericism. Mereka sangat menyokong faham Liberal di dalam ekonomi, pendidikan, sains dan etika kerana kepentingan mereka adalah material dan penghidupan duniawi.

2. Positivism menolak aspek metafizik, termasuklah agama dan wahyu dariapda menjadi sumber ilmu pengetahuan. Metafizik, wahyu dan ilham bukan lagi saintifik kerana tidak bersifat positif.

3. Falsafah adalah tidak mendatangkan aktiviti praktikal kerana tidak bersifat bukti-bukti ilmiah da;am aktiviti-aktivitinya.

Penafian positivism terhadap falsafah adalah paradoxial atau bertentangan, kerana faham positif itu adalah sebahagian dariapda jalan hujjah akal falsafah Empericism dan Materialism serta liberal dan menafikan agama sebagai aspek penting kepada manusia.

4.5 Permasalahan Pensekularan Induk Sains Moden

Pendahuluan

Permasalahan sains moden timbul daripada rangka ilmu, sumber dan tata moral atau akhlak ketika pengaplikasiannya ke atas alam dan manusia. Kerana itu kursus ini menfokaskan aspek kesan pensekularan sains dan teknologi, krisis pengaplikasian dan falsafah nilai dan aturan saintifik yang tidak berpaksikan keuniversalan (universality) dan kemutlakan (absoluteness) yang hakiki di dalam ilmu pengetahuan yang boleh disifatkan sebagai pseudo-sciences sahaja. Berikut diteliti satu persatu kesan krisis sains dan teknologi ke atas alam dan manusia.

1. Pensekularan Sains Moden

1. Faham helinisticism warisan tradisi Greek di bawah pimpinan Aristotles, menyumbang kepada pandangan pensekularan awal sains moden. Peristilahan ini muncul pada 1851, di mana pujangga G.S. Holyake (m.1906) mentakrifkan sekularisme sebagai “satu sistem pemikiran yang memberikan peraturan kepada kehidupan manusia, tanpa mengambil kira peranan Tuhan, kitab-kitab agama dan Hari Kemudian.” Tegasnya Sekular secara amnya ialah segala hal-ehwal keduaniaan semata-mata, tidak abadi (spatio-temporal), berpaksikan manusia sahaja, kerana akal mengesahkan bahawa alam dan Tuhan adalah terpisah. Maka peranan Tuhan, wahyu dan perkara keagamaan sudah terbatas.

2. Sains dan teknologi yang lahir pada kurun 18M bercirikan pemisahan dunia dari agama. Minat mencari dan mentafsirkan alam raya yang tersusun secara emperikal dan rasional diperkenalkan. Malangnya pendekatan ini bercanggah dengan sains Gereja atau Scholasticism, yang kuat berpegang kepada ilmu mutlak adalah diturunkan oleh Tuhan. Manakala ilmu sains di zaman pertengahahn adalah daripada teori-teori umum tercerna dari pencerapan data-data terperinci, hasil penerokaan dan manipulasi keptintaran akal manusia.

3. Penemuan Copernicus dan Galileo di bidang astronomi, mengalih teori alam raya Skolastik Gereja kepada Heleocentric dan aspek antropologi pula meletakkan manusia mampu dengan akal dan kajian saintifik - Humanism, menghasilkan ilmu pengetahuan, telah bercanggah dengan gereja. Penguatkuasaan semula Mahkamah Penyiasatan memerangi, menangkap dan menyiksa serta membunuh para saintis yang mengemukakan ilmu baru kepada masyarakat. Rekod menunjukkan antara tahun 1418 sehingga 1801 seramai 340,000 orang saintis dihukum bunuh dengan membakar atau dengan cara lain.

4. Kesan daripada tindakan tersebut, komuniti saintis mengalih pandangan daripada gereja. Menjelang abab ke 19M, setelah usul Protestant di terima untuk memisahkan antara agama dan urusan keduniaan, maka masyarakat saintis menolak doktrin sains kegerejaan dan menerima secularism sebagai identiti dalam kominiti sains moden. Inilah dasar dan falsafah yang telah membangunkan peradaban barat moden dan Eropah seluruhnya.

2 Krisis Sains Moden

1. Kemakmuran yang dirasai oleh tamadun barat dengan pensekularannya itu ternyata membawa krisis parah kepada masyarakat barat khususnya dan dunia amnya. Terdapat DUA kesan ketara krisis tersebut; a) kesan terhadap alam dan manusia hasil daripada kemajuan sains dan teknologi, dan b) kesan kepada aspek falsafah.

2. Kesan sains kepada alam dan manusia: Lahir kerosakan yang teruk kepada alam raya dan manusia, membentuk manusia yang hilang pedoman, jatidiri, nilai budi dan menghambakan diri kepada sains. Isu pengklonan, pornografik siber, persenjataan nuklear, industri makanan segera (instant meals) dll.

3. Kesan aspek falsafah: berlaku perubahan rangka berfikir saintifik (scientific paradigm shift) dari aspek Metafizik, Epistemologi dan Etika. Secara metafiziknya, faham ketuhanan telah digantikan dengan Atheism – menolak kewujudan dan peranan Tuhan di dalam aktiviti-aktiviti saintifik, Materialism – faham kejasadan menonjolkan logik emperikal menggunakan ukuran matematik dan rasional dalam mencari kesahihan sehingga isu ketuhanan sekalipun.

Epistemologinya mencadangkan dan mengesahkan Logical Empericism dan Rationality sahajalah yang berwibawa menghasilkan ilmu pegetahuan, maka wahyu dan ilham dari ketuhanan ditolak dari sumber penghasilan ilmu. Agama tidak rasional, perlu dipinggirkan kerana ia mempunyai kelas tersendiri.

Faham Etika yang diterima sains barat ialah yang memberikan nilai boleh guna – Utilitilianism. Semua pengadilan nilai dianggap sebagai ketinggalan zaman (lihat faham August Comte). Oleh itu nilai sains dilihat sebagai nilai berkecuali – neutral atau bebas nilai – value free.

Sains barat diwarnai dengan pelbagai aliran falsafah, seperti positivism, konventionalism dan operasism. Yang mutakhir ialah revolusi saintifik – Scientific Revolution oleh Thomas Kuhn dan Pasca-Modernisasi oleh Imre Lakatos – against method, Francois Lyotard – la condition postmoderne, Fayerband – Scientific Programme, dll.

3. Cabaran sains dan Teknologi moden ke atas umat Islam

3a. Gagasan PengIslaman Sains semasa (Islamization of the Contemporary Sciences or
Knowledge)

Pendahuluan.

Selain daripada prinsip Tawhid, Syariat dan Akhlak, unsur kemampuan akal - intellect dan pembinaan sains sosial dan teknologi serta pembangunan material perlu dititik berat secara bersepadu – integrated mode dalam pembinaan peradaban Islam dan ketamadunannya. Epistemologi Islam sahaja yang mampu melahirkan perspektif keilmuan dan aplikasi teknologi berwajah muslim atau Islamik serta benar-benar harmoni dengan masyarakat manusia dan alam raya. (rahmatan lil ‘alamin – environment friendly)

Konsep Pengislaman Ilmu – Islamization of Contemporary Knowledge atau Arb. Islamiyat al-‘ulum al-ma‘asirah adalah proses pembersihan tradisi keilmuan dari segala khurafat, metos dan sekularisasinya melalui proses pengasingan (classification or demarcation ) dan penapisan (synthesis). Kemudian digantikan dengan prinsip-prinsip, konsep, episteme, ontologikal, estetika dan metafizik mengikut prinsip keilmuan Islam. Pemulihan ini bertujuan mengembalikan ilmu pengetahuan kepada penghayatan serta penjiwaan yang sebenar, fungsi dan tujuan perlaksanaannya adalah untuk kesejahteraan alam raya dan manusia, bukan untuk kebinasaannya.

i. Pendekatan Sains Islam

Aliran tradisional dalam pengislaman ilmu tidak melalui falsafah, sebaliknya melalui penguasaan ilmu teras Islam seperti ‘Aqaid, Syari‘at Islamiah dan Penguasaan Kejuruteraan Akhlak (tasawwuf) yang tercerna langsung ke dalam keilmuan fardu kifayah. Falsafah tidak perlu sebelum Zaman Abbasiyah kerana fikiran murni Islam (fikrah Islamiah – Islamic Worldview) sangat kuat terpengaruh dengan Wahyu (revelation) atau Tradisi Kenabian (prophetic truth).

Imam al-Ghazali sebenarnya tidaklah mematikan falsafah Islam seperti sangkakan barat, malah beliau mengislamkan pengaruh kerangka berfikir yang syirik, materialistik dan atheis di dalam pemikiran Umat Islam ketika itu. Inilah bentuk pengislaman ilmu semasa ketika hayat al-Ghazali di dalam menimba ilmu matematik, astronomi, perubatan, fizik dan sebagainya agar kerangka Tawhid dan prinsip Islam masih utuh di dalam ilmu-ilmu profesional sehingga hari kiamat. Di sinilah kekuatan al-Ghazali sebagai Hujjat al-Islam.

Mengikut Sejarah Umat Islam perkembangan saintifik dibangunkan oleh para sarjana Islam berorientasikan Islam di dalam falsafah Kalam - Theology, Sains tabie, Fizik, Kimia, Mathematik, Geometry, Perubatan dan sebagainya. Setengah kalangan sarjana yang menyelidiki secara saintifik sejati (purely scientific), lalu dinilai sebagai terpisah dari prinsip Islam sebagai paripatetik atau al-masya’iy. Ada juga yang mengambil pendekatan Kalam iaitu memasukkan dasar-dasar Islam ke dalam ilmu-ilmu kifayah lalu dikenali sebagai al-mutakalimun dari perspektif yang lebih luas. Dua aliran ini sangat dominan di dunia Islam.

Selepas Dunia Islam bebas daripada penjajahan, maka bangkit keinginan membebaskan diri daripada sistem pendidikan sekular barat. Maka para sarjana Muslim mencadangkan berbagai gagasan atau formula sistem pendidikan Islam dan mengamalkan sistem berfikir Islam yang asal di dalam sains dan Teknologi serta Ilmu sains sosial dan pebangunan moden. Di sini lahirlah suatu pendekatan Falsafah Sains Islam.

Tidak kurang dari tiga aliran perdana dalam pendekatan mengembalikan Sains dan Teknologi Islam ke pangkuan “mother of kanowledge” – pendekatan ibu segala ilmu pengetahuan;

(a) Pendekatan Theologikal berpaksikan Kalam yang sangat menekankan konsep “ma’rifatullah dan pengenalan diri akal insan” dengan segala logika dan wahyunya di dalam mengenengahkan hakikat segala sesuatu perkara itu adalah ”NYATA” – THAABITAH, wujud yang sangat konkrit, tidak dicampuri khayali atau metos serta epiks yang tidak dapat dipertanggung jawabkan kesahihannya.

Dengan pedekatan wahyu, maka umat Islam mengenali alam, diri dan Tuhan dengan pasti dan tidak dibayangi keraguan (skeptics) seperti yang berlaku di dalam tamadun barat. Islam menjelaskannya dengan prinsip al-Yaqin melibatkan pancaindera – ‘ayn al-Yaqeen, kemudian sampai kepada pemerosesan informasi daya mental yang sangat aktif dan mampu mengerti dan memahaminya menerusi daya emperikal dan suluh ilmu wahyu yang melahirkan – ‘ilma al-Yaqeen, akhirnya gambaran hakikat makna (the reality of meaning for something) segala sesuatu terpahat di hati manusia (apprehension or abstraction) dengan restu Ilahi lalu memberikan kefahaman yang kekal dan tidak akan mengalami kekeliruan sekali-kali (infussion - tajaliyyat). Pemahaman ini bermula dari universal kepada juz’iyy dan boleh disilangkan dari juz’iyy kepada universal. Hakikat inilah dikenali sebagai – haqqu al-Yaqeen.

Maka dari sudut pendekatan ini, aliran ini sangat menekankan konsep “Islamic Worldview” atau sudut pandang Alam Islam atau “ru’yatu al-Islam fi al-kawni”. Atau “ru’yatu al-Islam li al-wujud” terhadap alam raya yang menjadi subjek kajian ilmu Ilahi dan Insani di dalam satu acuan atau di dalam pendekatan ketawhidan Ilmu Pengetahuan Ilahi kepada manusia, kerana denganNya (Dia) manusia menjadi makhluk Intelektual yang hebat sehingga layak ditabalkan Allah swt sebagai khalifah di bumi sesuai dengan penguasaan Ilmu Pengetahuan di dalam acuan “Tawhidic Paradigm”.

Dalam pendekatan keilmuan Kalam ini juga, ilmu pengetahuan itu dilihat sebagai operasi menundukkan pemiliknya menjadi hamba Allah swt, kerana dengan jiwa hamba kepada Allah swt sifat keunggulan diri insan akan meningkat di sisi Allah swt dan manusia serta alam raya. Tahap pengenalan hakikat segala sesuatulah memberikan bentuk pengenalan sempurna kepada kewujudan Allah swt dengan izinNya dan pengenalan alam raya serta hakikatnya yang serba berubah ini menjadi sandaran Ilmu pengetahuan tentang alam raya (scientia) dan ilmu teknikalnya (techne) yang disedari sebagai pancaran kualiti dan tenaga ILAHI RABB AL-JALIL ke atas manusia. Memahami tingkat, hirarki dan kegunaan ilmu pengetahuan serta aplikasinya yang adil dilihat sebagai perlaksanaan keadilan kepada ilmu pengetahuan yang akan memberikan kesan pembangunan dan kemajuan manusia dan alam raya di dalam acuan kudus dari Allah swt – to be justice in knowledge, Arb., tarkeezu al-aadab. Prosesnya dipanggil membentuk keadilan ilmu dan aplikasinya di dalam diri manusia kerana Allah swt – Arb., ta’deeb an-anfus. Pendekatan ini dibawa oleh tokoh pendidik terkenal Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas.

(b) Pendekatan Historical Background dan Metaphysic yang banyak menekuni aspek bukti-bukti persejarahan dan pemikiran filsafat tinggi mengenai jiwa manusia intelektual unggul menerusi keagongan perjalanan sufi dan penjelajahan ruhaniah bagi menyemak kelakuan ilmu di peringkat “inner state of human mind and soul” - tingkat akal dan diri dalam seseorang manusia hebat di dalam Islam. Hakikat ini sangat jelas apabila keilmuan tinggi diketengahkan sebagai kemuncak paksi ilmu pengetahuan Islam yang merajai segala bidang ilmu oleh Mulla Sadra – Arb. hikmah muta ‘aliyah – ilmu hikmah (wisdom) di peringkat tinggi.

Pendekatan terperinci terhadap ungkapan jalan fikiran sains dan peradaban Islam di dalam The Doctrine of Science and Islamic Civilization menjelaskan hakikat pengislaman ilmu pengetahuan yang merujuk kepada bukti-bukti pencapaian gemilang umat Islam dan tokoh-tokoh besar seperti Ibnu sina, Fakhruddin al-Razi, Mulla Sadra, dan lain-lain. Selain daripada tokoh-tokoh ulung ini, pendekatan ini juga mengemukan segolongan manusia mistik yang hebat di dalam lipatan sejarah Islam terutama di akhir kerajaan Abbasiyah dikenali sebagai Ikhwanu as-Soffa’ – mereka adalah ahli matematik, fizik, perubatam, kimia dan astronomi dan pelbagai disiplin falsafah dan golongan profesional yang mebgambil pendekatan ruhaniyyah di dalam ilmu pengetahuan dengan pendekatan penyucian jiwa di samping beribadah di dalam kumpulan mereka di samping mereka menerokai dan menyelidiki serta memajukan ilmu pengetahuan kepada masyarakat di dalam bentuk kelompok rahsia, kerana memelihara keselamatan gerakan mereka dari diambil tindakan ke atas mereka oleh pemerintah.

Kekuatan pendekatan ini ialah keunggulan sistem pemikiran falsafah sains dan teknologinya yang sangat berasaskan pemikiran ilmu pengetahuan makrifatillah (gnostics) dan tajaliyyat (infussion) Ilahi terhadap ilmu pengetahuan insan dan kekuatan kreatif dan ketajaman renungan serta kajian emperikal yang sangat hebat. Maka teori ilmu yang dicari dengan daya akal rasional berserta dengan maklumat empirikal itu dilihat sebagai al-ilmu al-husuliy dan manakala ilmu yang telah mencapai tahap penjanaan dan kreativiti yang menuju ke arah keunikan pengetahuan langsung dari Allah swt itu dikenali sebagai al-ilmu al-wusuliy atau al-hudhuuriy – ilmu yang tiba dan sampai dari Allah swt dengan penuh daya keistimewaan Ilahi serta mengkagumkan. Kerana itulah maka bagi sesetengah ilmuan itu jelas terbayang tanda-tanda kehebatan dan kekuasaan serta keluasan ilmu Ilahi pada dirinya (ayaatullah).

Pendekatan latar belakang persejarahan ini mempunyai kekuatan bukti tersendiri, di mana tokoh Professor Seyed Hossein Nasr, Professor falsafah sains Islam dan Ketamadunan Islam mengumpulkan fakta persejarahan kerajaan-Kerajaan Islam yang lalu daripada kerajaan Abbasiyah di Baghdad, Fatimiah di Mesir, Umayyah di Andalusia dan kerajaan Moghul di India. Oleh kerana beliau berasal dari Iran, maka khazanah kerajaan Farsi sebelum Islam dan selepasnya menjadi rekod dan dokumen yang sangat berguna sebagai latar sejarah yang berharga kepada umat Islam hari ini. Maka gabungan idea falsafah sains yang autentik, pencapaian hakiki ilmu pengetahuan berbagai bidang umat Islam terdahulu dan pengukuhan bukti sejarah meletakkan Seyed Hosein Nasr sebagai tokoh pembangun semula khazanah sains Islam dari pendekatan beliau yang tersendiri. Dunia Islam harus merasai dan mengiktiraf sumbangan pengislaman Ilmu dari sudut ini, kerana banyak mempengaruhi pemikiran sarjana Muslim di seluruh dunia. Antara murid beliau di Malaysia termasuklah Professor Dr. Osman Bakar yang kini bertugas di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa kampus Bukit Damansara dan Kampus Jalan Duta.


(c) (uncder construction….)

Wednesday, March 26, 2008

Chapter I : CTU 211

Sains dan Teknologi Islam

CHAPTER ONE

SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM

1. Pendahuluan

Perbincangan ini cuba memahamkan kita tentang erti Falsafah Islam yang dilihat sebagai punca tercetusnya pemikiran dan ilmu pengetahuan umat Islam. Hubungkait antara Ilmu pengetahuan, Teknologi dan perlaksanaannya di dalam kehidupan yang sangat rapat dan perlu kepada akhlak, secara falsafahnya disebut Etika Islam. Lalu memahami sains dan teknologi dari sudut pandang alam Islam – Islamic Worldview atau Arb., ru’yatu al-Islam fi al-wujud adalah suatu yang sangat penting dan menjadi dasar di dalam Islam. Kesan etika Islam ini dapat diungkapkan melalui bukti-bukti sumbangan Islam di dalam Sains dan Teknologi yang pernah direkodkan oleh sejarah keagungan Islam. Gabungan dasar wahyu dan akal umat Islam, menyumbangkan suatu bentuk rangka dasar sains Islam (the framework of Islamic science) yang kemudiannya dimajukan oleh Tamadun Barat dengan meninggalkan aspek nilai kudus Metaphysics dan sudut pandang alam Islam serta nilai-nilai jatidiri ilmu pengetahuan, mengakibatkan berlaku sekularisasi di dalam sains moden. Dengan meneliti secara kritis dan analitik akan sumbangan sains Islam ini, menimbulkan suatu keinsafan bahawa sains moden harus dikembalikan semula kepada sifat dan jatidiri ilmu pengetahuan yang asal di dalam Islam – Islamization of Contemporary Knowledge.

2. Maksud Falsafah dan Kepentingan Etika Islam di Dalam Sains dan Teknologi

2.1 Makna Falsafah

Asal Perkataan Philo – Sophia bermaksud to love wisdom atau mencintai kebijaksanaan. Melalui perasaan cinta terhadap sesuatu lalu seseorang itu berusaha sepenuh tenaga untuk mendapatkannya. Kata Sophia pula menjelaskan tentang bijaksana, pandai dan pengertian yang mendasar serta mendalam.

Jadi falsafah bermaksud “kecintaan dan keinginan untuk mengetahui sesuatu itu secara mendalam, hasilnya menjadikan seseorang itu bijaksana dan mencintai kebenaran sepenuh jiwanya.” (Endang Saifuddin, 1982:75)

Kata Philo-Sophia Greek itu, tidak bererti kaum lain tidak berfalsafah. Falsafah wujud di kalangan manusia yang berakal dan berfikiran, kerana ia menjelaskan tentang pengertian, respons dan sikap individu terhadap sesuatu perkara dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan.

2.2 Falsafah dan Para Failasuf.

Phytagoras (580-500SM) menjelaskan Falsafah ialah “kecintaan terhadap kebijaksanaan” dan menggunakannya bertujuan untuk kajian dan perbahasan tentang tabiat sesuatu perkara.

Plato (427-347SM), menjelaskan bahawa falsafah “adalah pengetahuan tentang segala yang ada”. Aristotles (384-322SM), Murid Plato menyatakan falsafah ialah “suatu disiplin yang menyelidiki asas dan sebab segala benda.”

Mengikut al-Kindi (185-252H/801-866M) menjelaskan bahawa falsafah ialah “ilmu tentang kewujudan benda-benda, ilmu tentang urusan ketuhanan dan urusan kemanusiaan.” Manakala al-Farabi (257-339H/870-950M), failasuf kedua Muslim menyatakan falsafah ialah “ilmu pengethauan tentang alam yang ada dan bertujuan untuk menyelidiki hakikatnya yang sebenar.”

Rene Descartes (1596-1560M) bapa Falsafah Moden (Rennanisance), menyetujui falsafah adalah “suatu disiplin yang dapat menjelaskan hakikat kebenaran yang tertinggi (the ultimate truth).” (Mohd.Nasir Omar, 1982:3-5). Kepada Horald H Titus berpendapat falsafah merujuk kepada empat pengertian; 1) Sikap tentang hidup dan alam semester 2) Suatu kaedah pemikiran reflektif dan akliah 3) suatu peringkat permasalahan 4) suatu teori atau sistem pemikiran (Endang Saifuddin, 1982:78-80). Max Hocutt mendefinisikan falsafah dari dua sudut pandang, 1) One’s basic attitudes, beliefs and concept, on the other hand it is the ABC’s of one’s way of thinking. 2) a criticism of these ABC’s. Falsafah pertama boleh dimiliki manusia sedang peringkat kedua pula ialah suatu yang dilakukan oleh seseorang. (Max Hocutt, First Philosophy: an Introduction to Philosophical Issues, 1980:5-6); John Hosper menjelaskan bahawa falsafah ialah “philosophy will try to interrelate, connect, synthesize if you will, the various other branches of learning including most of other subjects included in liberal arts education.” (John Hospers, Introduction to Philosophical Analysis, 1956: p.xi)

Falsafah ialah suatu disiplin pengetahuan teristimewa yang befungsi menyelesaikan masalah dan persoalan yang tidak terjawab oleh disiplin ilmu pengetahuan biasa (normal sciences). Ia nya hasil daripada usaha rational akal manusia, pemikiran kritis dan integral, bagi memahami dan menganalisa hakikat-hakikat objek alam raya, kemanusia dan ketuhanan.

Falsafah ialah ilmu induk kepada seluruh disiplin sciences. Perbezaan takrif kalangan Failasuf adalah disebabkan perbezaan sudut pandang – worldviews dan kepelbagaian bidang ilmu pengetahuan hasil dari pencarian hakkikat objek alam raya yang beraneka jenis dan rupa – the various reality of inferences about universal objects.

2.3 Makna Falsafah Islam

Islam adalah Risalah Samawiyah yang sejahtera, sempurna dan menyempurnakan kejadian yang lain. Ajaran dari Allah swt ini (Rabbaniy), bersih dari campur tangan makhluk, malah ianya menggambarkan keagungan Risalah Allah swt Tuhan dan pencipta Alam raya ini. Apa sahaja jika dinisbahkan kepada Islam, pasti menuntut prubahan menyeluruh dan penyesuaian dengan sifat-sifat, watak-watak dan tabie Islam suatu cara hidup berpandukan ilmu Ilahi yang sempurna dan menyempurnakan. Begitu jugalah halnya dengan Falsafah Islam.

Falsafah adalah kaedah dan hasil pemikiran dan gerak kerja golongan failasuf yang mencari makna dan hakikat sebenar sesuatu perkara dengan penyiasatan rapi menggunakan aturan berfikir yang sahih kesan pemberian Allah swt (the ability of aprehension or intellectual rationality). Islam memperuntukan ruang yang sangat luas bagi akal fikiran (al-‘aql – the intellect) selain daripada ilmu wahyu (al-wahy – the revelation), untuk menerokai ruang lingkup perbahasan mengenai alam raya (al-kawniyah - the creations), malah merangkumi alam sebaliknya yang masih diizinkan Allah swt dan Rasulnya saw (umur al-ghaybiyyat – Metaphysics). Batasan autoriti akal fikiran jelas sekali dengan hadis Rasulullah saw : “tafakkaruu fi khalqiLllah wala tafakakruu fiLlah [fi dhatih] fa tuhlikuh”. – Gunakanlah ketajaman penyiasatan akal kamu terhadap makhluk Allah swt, dan jangan gunakannya [dengan akal itu] menerokai makna zat Allah swt nescaya kamu akan binasa.

Islam sangat mengambil berat dalam memahami alam ghaib atau pengetahuan tentang kerajaan ketuhanan (al-Ilahiyyat) menerusi akal fikiran berpandukan wahyu Allah swt bagi menghasilkan logika Islam yang tersendiri, kerana pengetahuan inilah memandu dan menjelaskan secara nyata kesan yang berlaku di alam syahadah (visible world). Dalam Islam pemikiran demikian dapat dicapai menerusi Speculative Theology – Ilmu Kalam (kajian ajaran Tawhid) dan Immaginative Sufism – ketajaman persepsi kesufian atau pengalaman pengenalan Ilmu Tasawwuf. Tegasnya Alam Ghaib adalah punca terhasilnya alam nyata.

Cara gaya tersendiri Islam memahami dan menyelidiki alam raya melalui akal, menghasilkan bidang falsafah Islam di dalam alam ghaib (metafizik dan ketuhanan – Metaphysics), pengetahuan mengenai cara gaya bagaimanakah kesahihah ilmu diperolehi (asbab al-ilm – epistemology), pengetahuan tentang keabsahan nilai akhlak (qiyam al-khuluq – ethical values or axiology), pengetahuan tentang kaedah tepat menemukan kesahihan dan kebenaran (burhan - logical demonstration) dan pengetahuan mengenai nilai keindahan dan kesempurnaan kewujudan ini (ilm al-jamal – aesthetics). Keseluruhan disiplin falsafah Islam ini digerakkan dan dihasilkan oleh akal fikiran secara Islam dengan merujuk dan berpandukan kepada ajaran Islam di dalam bidang-bidang tersebut. Inilah Falsafah Islam.

Dalam Islam kata falsafah dikenali sebagai hikmat berasal daripada perkataan H-K-M, bermaksud kata putus, jitu dan tepat. Jadi kata jamaknya ialah hikamun suatu kecapaian makna yang sebenar dan menggambarkan tentang hakikat segala sesuatu subjek perkara di alam raya. Firman Allah swt: Arb., wa man yu’ti al-hikmata faqad utiya khayran kathira bermaksud: “ Barangsiapa yang diberikan hikmat daripada Allah swt, maka sesungguhnya ia diberikan kebaikan yang sangat banyak.”

2.4 Makna Falsafah Sains

Sains berasal daripada kata Latin ‘Scientia’ bermaksud pengetahuan. Secara peristilahannya sains ialah suatu pengetahuan yang memiliki ciri-ciri, tanda-tanda dan syarat-syarat khas tentang sesuatu disiplin ilmu pengetahuan secara terperinci. Igr., sains dikenali sebagai Sciences bermaksud: “suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti atau dengan fakta-fakta yang ditinjau, dan disusun secara bersistem dan dihimpun dalam bentuk hukum-hukum umum, dan ia termasuklah kaedah-kaedah yang boleh dipercayai untuk menghasilkan kebenaran baru di dalam lapangannya sendiri.” (English Oxford Dictionary).

Sifat sains mengikut definisi ini melibatkan penilaian dan penyiasatan serta tinjauan maklumat secara objektif menggunakan kaedah-kaedah rasional dan emperikal.

Apabila Falsafah digabungkan dengan Sains membentuk satu kata nama ‘Falsafah Sains’ (FS) bermaksud :“Suatu hakikat persoalan falsafah atau pemikiran manusia yang diajukan kepada sesuatu disiplin sains dan teknologi, mengenai ontologi, epistemologi, etika, eastetika, metodologi, kaedah rasional dan logik, metafizik dan aksiologi, bertujuan untuk menjelaskan hakikat kedua-duanya secara tepat. Penggunaan akal beterusanlah mampu mencetuskan penfalsafahan ke atas tingkat-tingkat sains dan Teknologi.”

Sekiranya kedudukan falsafah sains di atas dapat difahami, maka senanglah kita memahami Falsafah Sains Islam (FSI) yang bermaksud: “Suatu hakikat persoalan falsafah atau pemikiran manusia yang beterusan mengenai ontologi, epistemologi, etika, eastetika, metodologi, kaedah rasioanl dan logik, metafizik dan aksiologi terhadap sesuatu disiplin sains dan teknologi dari perspektif Islam atau sudut pandang alam Islam (Islamic point of view) untuk menjelaskan hakikat tingkat-tingkat sains dan teknologi secara tepat dan global atau universal sifatnya.”

Inilah suatu maksud yang hendak disampaikan Reese yang menyatakan Falsafah Sains berfungsi menghubungkan pemikiran saintifik dengan penyelidikan sains dengan tujuan menyelidiki nature sains, metodologi saintifik dan logiknya, menerokai bidang-bidang yang bersangkutan dengan sains dan memperkuatkan penemuan-penemuan sains (Reese, 1980:435). Hakikat ini disokong oleh saintis barat moden yang termasyhur Sir Albert Einstien kata beliau: “Sience without philosophy is blind, and philosophy without science is empty.” Inilah suatu kebenaran ilmu pengetahuan yang tak dapat disangkal tentang eratnya hubungan falsafah dan sains dan teknologi.

Ketika persoalan-persoalan falsafah itu ditujukan kepada Islam, agama itu telah menyediakan landasan akal yang luas, garis panduan berfikir yang tepat, mengemukakan kerangka berfikir saintifik yang tulin (pure paradigm in scientific thought) dalam mengenali alam fizik (visible world) dan metafizik (unseen world) secara lengkap dan komprehensif.

3. Konsep Sains dan Teknologi Dalam Islam

3.1 Pendahuluan

Sudah menjadi tradisi Sains dan Teknologi di dalam ajaran Islam, sebagai agama Tawhid di mana ia tidak sekali-kali memisahkan (secularization) sains dan teknologi daripada prinsip-prinsip dan dasar-dasar agama Islam (Islamic Foundations in scientific enterprises).

Secara konvensional juga difahami bahwa sains itu adalah ‘suatu maklumat atau fakta yand diperolehi menerusi penyelidikan dan penemuan yang menggunakan kaedah-kaedah tertentu (emperical methodologies). Ia merupakan suatu bidang ilmu pengetahuan yang sistematik, hasil daripada tindakan sebab dan akibat yang telah sekian kali diuji dan dibuktikan kebenarannya.’ (Kamus Dewan, 1986:1009)

Pentakrifan sains ini mampu menyampaikan manusia kepada makna suatu kebenaran asal usul dan tujuan kewujudan (ontological aspect) sesuatu objek di alam raya. Manakala kaedah saintifik pula ialah peralatan yang digunakan untuk mampu mengenali tingkat-tingkat kebenaran mutlak (absolute) atau nisbi (relative) menggunakan kajian emperikal, pengumpulan data, penganalisaanya, dibantu pancaindera dan pemikiran rasional dan saintifik akal fikiran para failasuf-saintis, bagi mengenali hakikat sesuatu subjek saintifik yang diperiksa. Lalu dinamakan sesuatu disliplin ilmu tersebut berdasarkan ‘tabiat - nature’, ‘sifat-sifat – attributes’ dan ‘gelagat – behaviorial ’ sesuatu subjek perkara tersebut. Contoh kajian hayat – living things melayakkan ia dinamakan ilmu Biology dan tabiat mencari punca-punca penyakit dan penyembuhannya di namakan ilmu Perubatan – Medical Sciences or Applications.

Dalam Islam ilmu pengetahuan terhasil dari kaedah rasional akal dan kajian emperikal sahaja belum mempastikan ia mencapai kebenaran mutlak (sekadar kebenaran positif). Faktor individu ilmuan itu juga mempastikan ilmu pengetahuan itu diperolehi, seperti para Nabi Allah swt (anbiya’), ahli hikmah Muslim (hukama’), para failasuf (al-msha’iyun), para wali atau awliya’ (theologians - mutakallimun), golongan siddiqin-golongan (gnosist) yang benar iman mereka, para ulamak (noble person) dan pakar-pakar disiplin (expertise) tertentu yang menerima pengetahuan daripada Wahyu, Intuisi dan Inspirasi Intelektual di samping akal rasional dan kajian emperikal yang serius. Jelasnya Islam mengambil kira kebenaran alam fizik dan metafizik untuk menghasilkan sesuatu kebenaran ilmu pengetahuan.

Ilmu pengetahuan Allah swt adalah di atas segala-galanya dan Dialah punca sebenar lahirnya pengetahuan tersebut melalui beraneka saluran yang telah ditentukan sampai kepada manusia. Ada saluran diusahakan mencarinya – ‘ilm al-iktisabiy (al-husuliy) atau intellectual knowledge dan ada saluran diperolehi kefahaman dengan inayah Allah swt – ‘ilm al-huduriy atau inspired knowledge.

Manakala Teknologi bererti “penggunaan pengetahuan sains secara bersistem untuk tujuan amali (Galbraith, 1978:31) atau perlaksaan pengetahuan praktikal dan teknikal.” Teknologi didefinisikan juga “sebagai Sains Gunaan (applied Sciences), di mana penggunaan ilmu sains untuk mencapai tujuan-tujuan praktikal dan material serta mampu memudahkan kerja-kerja teknikal manusia.”

Dalam konteks Islam, pengetahuan teknologi yang dilaksanakan hanya yang benar-benar memberi manfaat untuk kemudahan dan kemakmuran kepada ummah, tanpa mengganggu ekosistem alam raya dan penggunaannya tidak terkeluar daripada prinsip-prinsip keadilan, kebenaran, Syariat Islamiah dan nilai Etika Islam.

3.2 Konsep Sains dan Teknologi Islam

3.2.1 Ciri-ciri Sains Islam

Sains Islam ialah suatu peringkat ilmu pengetahuan yang lahir dan berkembang dengan sumbangan dan dokongan ahli-ahli sains Muslim atau dimajukan oleh saintis bukan Muslim berasaskan rangka berfikir santifik yang Islamik (based on Islamic Framework of Scientific Enterprise) dengan menjaga dan memperjuangkan hakikat kebenaran dan keadilan ilmu pengetahuan agar dapatlah ditegakkan kebaikan dari Allah swt (al-’amru bi al-ma‘ruf) dan menyingkirkan kejahatan jahiliah (al-nahyu ‘an al-munkar) daripada Syaitan. Kekallah keadilan Ilahi dimenangkan ke atas penyelewengan segala jenis agama-agama rekaan (jawri al-adyan) selain daripada Islam. Dengan itu barulah tertegak ketamadunan Islam yang hakiki – al-hadarat al-Islamiyah al-haqiqiyah – the reality of Islamic Civilization.

Berikut adalah ciri-ciri Sains Islam, antaranya;

a. Sains Islam yang Rabbaniy – mengimani dan mendasari wahyu dan ilham dari Allah swt. Wahyu al-Quran dan hadith Nabi Muhammad saw banyak menjelaskan hal-hal saintifik sekalipun bukan tugas asasi kitab itu (memberi hidayah, iman dan melaksanakan Islam)

b. Setiap bidang ilmu pengetahuan Islam berkait rapat dengan prinsip Tawhid secara organis, kerana yang maha tahu itu Allah swt, begitu juga segala sebab akibat dan dorongan daya kefahaman dan sebagainya berpaksikan Allah swt yang al-Murid, al-‘Alim, al-Khabir, al-Hakim dan al-Qadir.

c. Sains Islam masih memasukkan peranan Allah swt ke dalam segala aktiviti saintifiknya. Allah swt tetap berperanan sebagai penyebab pertama (the premier cause) dan selainNya itu adalah penyebab pelaksana sahaja (secondary cause). Jadi alam metafizik Islam sangat penting bagi merealisasikan dan menyelesaikan banyak permasalahan sains dan Teknologi serta adab-adab kemanusiaan di bumi.

d. Sains dan Teknologi adalah sebagai alat instruments atau tools atau means, bukan matlamat kerana matlamatnya yang hakiki adalah keredaan Allah swt (mardatillah – favor of Allah). Dengan sikap ini dapatlah manusia berabdi diri kepada Allah swt menggunakan sains dan teknologi. Kedua-dua keperluan material, dunia dan akhirat dapat dicapai dengan jayanya di dalam Islam.


e. Hakikat kebenaran sains dan penggunaannya wajarlah berpandukan kepada Syariat dan akhlak Islam. Kerana Umat Islam bertanggungjawab ke atas baik buruk kesan saintifik ke atas manusia dan alam raya di hadapan Allah swt di mahsyar kelak.

f. Matlamat sains Islam ialah membuktikan keagungan Ilmu Allah swt (al-Hakim dan al-Murid) dan kepandaian pencipta dan kemurahan bimbingan dan petunjukNya mejadikan manusia insan yang berakhlak dan layak menjadi khalifah di bumi.

Kesan daripada penerimaan ciri-ciri Sains dan Teknologi mengikut acuan Islam, dapatlah digambarkan bahawa wujud keserasian antara sikap-sikap agama Islam dengan aktiviti-aktiviti keintelektualan (relgious-intellectual synchronized and congruency) yang membawa kepada pembelaan Islam terhadap dunia akademik dan sains dan teknologi tanpa kompromi. Islam itu adalah kebenaran Sains dan Teknologi dan keindahan nilai dan anutan hidup beragama serentak, bukan amalan peyimpangan materialistic dan secularism peradaban Dunia barat di dalam keilmuan psuedo-sciences mereka.

3.2.2 Metodologi Sains Islam (MSI)

Oleh kerana sifat sains Islam tidaklah terhad kepada positive aproaches semata-mata, malah hakikat kebenaran ilmu Islam itu berbagai sifat dan latar belakang. Lalu penerimaan teori Ilmu yang beraneka kaedah; pena’kulan dan bimbingan wahyu (Osman Bakar, 1991:40) melibatkan kajian terhadap kebendaan (material) dan kerohanian serta kejiwaan (spiritual), adalah suatu yang tabi’e bagi Sains Islam. Rasional itu jelas dengan fakulti penerimaan ilmu Islam juga terdiri daripada Rasional dan kajian emperikal, melibatkan pancaindera dan akal fikiran serta Kognisi dan Intuisi, melibatkan pemahaman hati (ulu al-albab) dan kejiwaan manusia yang berinspirasi imaginatif (ahl al-haqa’iq – ‘irfan atau gnosis).

Hakikat Metodologi Sains Islam (MSI) ini dapatlah dibincangkan seperti berikut:

1) Kaedah Pena’kulan dan Wahyu Tuhan (Rationality and Cognitive Revealation)
2) Pemerhatian dan Ujikaji (emperical and verifying)
3) Kaedah Rasional dan Objektif (Rationality and Accuracy)
4) Kaedah Analisis – Analytical Method dan

Kaedah Sinthesis – Synthetical Method

3.2.2(a) Kaedah Pena’kulan dan Wahyu – Rationality and Cognitive-Revelation.

Mengkaji dan memahami alam benda daripada bimbingan wahyu kepada para Anbiya’ agar dapat disibarkan dan dipraktikkan oleh manusia. Makna dan logika yang dianjurkan oleh al-Quran memang bersifat ilmiah dan saintifik kerana ia membawa mesej dari yang Maha mengetahui dan ia akan menghuraikan keilmuanNya kepada manusia dalam setiap baris wahyu Allah swt yang diturunkan kepada manusia. Ada kalangan yang memahami isu-isu keilmuan kebendaan dan ada pula yang memahami isu-isu keruhanian keagamaan Islam secara menyelruh. Inilahlah hakikat bahawa al-Quran adalah kitab al-Hidayah, bukan kitab saintifik atau ensiklopaedia.

Jadi Wahyu banyak membantu manusia melalui para Rasul dan Nabi-Nabi terdahulu di dalam kitab-kitab Allah swt untuk memahami persoalan alam raya, manusia, ilmu pengetahuan, alam ghaib dan sebagainya memungkinkan mereka membina peradaban dan ketamadunan untuk manusia sejagat. Warisan kaedah pena’kulan dan wahyu ini berterusan dari bangsa ke bangsa, generasi ke generasi.

3.2.2 (b) Kaedah Emperikal dan Ujikaji (emperical and verifying methodology)

Dalam Sains Islam, pendekatan Emperis (pemerhatian) dan ujikaji (irjaa‘ tabsir) ini telah digunakan secara meluas dan seiring dengan metodologi saintifik yang lain. Metod ini agak menonjol di arena saintifik, walau bagaimanapun ianya telah di asaskan oleh umat Islam dalam kajian emperis terhadap bidang Sains Tabi‘ie dan Sains Sosial. (Osman Bakar, 1991:31)

Sebelum Roger Bacon (1214-1294), pengasas Kaedah Emperis Eropah di bidang sains tabi‘ie, senarai pengamal Emperis Muslim telah didahului oleh Muhammad ibn Zakariya al-Razi (865-925) di dalam bidang Kimia praktikal yang menemui beberapa proses tindak balas kimia yang baru dan mencipta radas-radas saintifik Kimia dan Teknikal. Ilmuan fizik Muslim seperti Ibn Sina (980-1037), Abu Raihan al-Biruni (965-1039), Ibn al-Haitham (965-1040) telah melakukan eksperimen mereka tentang Atmosfera dan Cahaya; gerakan pantulan, pengukuran pusat graviti dan pengukuran berat tertentu sesuatu objek dan juga eksperimen di dalam bidang mekanikal dan hidrostattik. (Osman Bakar, 1991: 39).

3.2.2 (c) Kaedah Rasional dan Objektif

Kaedah Rasional ialah suatu kaedah berfikir sistematik ketika mengemuka dan mempertahankan konsep-konsep dan teori-teori yang boleh diterima akal dan memenuhi syarat-syarat logika (‘ilm al-mantiq) yang rapi. Kaedah logika dalam sains sering dikaitkan dengan Aristotelian Logic di dalam Organon. Tokoh Failasuf Muslim terawal al-Farabi (c.10M) mengkaji dan meminda Logik Aristotles, Categoria kepada ‘ilm al-mantiq al-suriy’ – gambaran konseptual dan ‘ilm mantiq al-maddiy’- logika di bidang ilmu praktis, teknikal, Arithmatik dan Muzik. ‘Ilmu Mantiq ini meluas digunakan di dalam perbahasan Kalam dan kaedah perlaksanaan hukum hakam Syariat Islamiah seperti al-Qiyas dan al-Ijtihad.

Islam mengajar berfikir secara objektif dan tidak mengizinkan memiliki dan memahami kebenaran secara relatif. Garis kemunasabahan diukur mengikut sesuatu disiplin ilmu pengetahuan; untuk menilai andaian emperis, lalu hanya metod emperikal sahaja yang lebih objektif digunakan dan sebaliknya untuk menilai sistem ilmu ketuhanan maka kaedah Kognitif-Wahyu (metaphysics – ‘ilm al-Ilahiyah) yang layak digunakan untuk mencapai tujuan objektif ilmu tersebut. Begitu juga Islam menetapkan kategori benar salah mengikut tingkat episteme yang jelas seperti Syakk, Wahm, Sahih, Nyata (sarih), Yaqin (‘ilm) dan Thabat (bukti konkrit) dan sebagainya. Kajian ini sangat penting mempastikan penemuan itu adalah sains benar atau sains palsu – ensuring that are either real sciences or psuedo-sciences.

3.2.2(d) Kaedah Analytical dan Synthesis

Kaedah Analisis bererti memecahkan persoalan-persoalan sains secara terperinci sehingga menghasilkan banyak data dan maklumat. Hasil perolehan ini akan dirumuskan untuk mendapatkan suatu penemuan atau pandangan baru yang terpilih, terkini dan terbaik.

Sinthesis adalah suatu kaedah saringan dan gabungan antara penemuaan-penemuan yang berbeza, tetapi memiliki kesatuan menyeluruh pada paksi ilmunya – the synthesization about the fundamental of knowledge in certain science or technology. Lalu proses penyesuaian dengan dasar-dasar ilmu Islam dan penemuan terkini dilakukan bagi menghasilkan suatu penemuan ilmu baru. – an adaptations accordingly to the Islamic framework and recent findings towards the emergence of new sciences.

Sebagai contoh aliran falsafah pemikiran perubatan Galen’s Theoretical Enterprise dan Hippocrates Clinical Practices di gabungkan dan disaringkan menjadi suatu aliran terkenal perubatan Islam oleh Ibn Sina dan rakan tokoh-tokoh perubatan Muslim. Ilmuan Muslim menggunakan lebih daripada satu kaedah saintifik di dalam kajian mereka kerana, perbezaan kaedah berlaku kerana perbezaan tahap dan jenis ilmu sains dan teknologi tersebut, malah ianya saling lengkap melengkapi. Al-Biruni (973-1048) menggunakan kaedah sepadu dan keserasian untuk mendapatkan gambaran tepat tentang realiti sesuatu disiplin ilmu pengetahuan.

4. Kepentingan Sains dan Teknologi dalam Islam;

Dalam kurukulum Pendidikan Islam, sains dan teknologi sama pentingnya (fardhu kifayah) dilihat dari konteks kewajaran dan kewajipan umat terhadapnya, dibandingkan dengan ilmu-ilmu al-Diniyyah yang disifatkan sebagai asasi (fardhu ‘Ayn – tiada tukaran ganti kepada individu itu jika tidak melaksanakannya menjadi tanggung jawab peribadi) seperti ‘ulum al-‘aqaa’id – ilmu Aqidah Islamiah, ‘uluum asy-syaraa‘ik – ilmu perundangan dan fiqih Islami, ‘ulum al-khuluqiyyah – ilmu akhlak Islamiah berserta dengan ‘uluum masaadir wa ummahaat al-kutub al-Islamiyyah - ilmu-ilmu mengenai sumber-sumber rujukan dasar Islam iaitu al-Quran dan al-Ahadith an-Nabawiyyah serta tafsiran-tafsiran dasar daripada agama Islam melalui peningggalan ulamak Islam terdahulu dan diiktiraf keseluruh dunia Islam hasil ulasan dan pandangan serta ijtihad mereka – muktabarat min asy-Syuyuukh di dalam bidang-bidang tersendiri (berotoriti di bidang masing-masing).

Maka oleh kerana sains dan teknologi ini merupakan ilmu Allah swt, yang bersifat rasional dan saintifik, emperikal dan realistik, berkaitan dengan kecerdasan akal insan dan melibatkan pengkajian dan penyelidikan umat manusia, maka al-Quran dan al-Sunnah tidak memberikan fokus terperinci terhadapnya. Walau bagaimana pun ajaran Islam menurunkan beberapa prinsip dasar ilmu-ilmu tersebut di sana sini sama ada di dalam al-Quran mahu pun al-Sunnah al-Nabawiyyah. Perlu diingat di sini, bahawa Islam tidak bersifat Autokratik dalam menentukan kebenaran sains dan teknologi umat. Malah Islam meletakkan beberapa dasar-dasar hukum khusus dan umum – general and specific principles of jurisprudence (Qawaa’id al-‘aam wa al-khaas) untuk memperolehinya dan melaksanakannya agar tidak bercanggah dengan kepentingan pembangunan dan kemakmuran muka bumi seperti yang dikehendaki oleh Allah swt, pencipta agung alam raya ini. Contohnya di dalam membangunkan teknologi nuklear, Islam tidak melarang manusia menyelidiki dan menguasai punca dan sumber tenaga dari pengkayaan Uranium untuk kegunaan dan faedah-faedah teknologi untuk memiliki tenaga elektrik, teknologi perubatan, bio-teknologi serta kegunaannya di bidang pertanian dan sebagainya. Prinsip dasar Islam ialah agar teknologi ini digunakan secara betul, berilmu serta dengan pengawasan teknologi tinggi agar tidak berlaku kebocoran, kehancuran dan kebinasaan total terhadap manusia dan alam sekitar (lihat surah ar-Ruum, 30), di mana Allah swt menggunakan istilah “Dzahara al-fasad fi al-barri wa al-bahri bima kasabat aydi an-Nass” – muncul kebinasaan total di muka bumi dan di lautan disebabkan kerja tangan manusia, agar mereka merasai keperitannya supaya mereka kembali kepada Allah swt – iaitu prinsip ilmu pengetahuan dengan meninggalkan ketamakan syahwat dan keutamaam kebendaan (materialistik) semata-mata. Cara mengelakkan kerosakan itu juga berkait rapat dengan sains dan teknologi perlindungan dan kawalan sains, teknologi dan industri di kalangan umat Muslimin.

Umat Islam diwajibkan oleh Allah swt untuk membangunkan aspek-aspek yang semulajadi mereka dan menggunakan potensi-potensi keperluan yang sesuai dengan mereka. Unsur pembangunan material dan keruhanian adalah selaras dengan unsur kejadian manusia dual-nature iaitu jasad dan ruh. Maka sasaran keilmuan mereka Allah swt telah anugerahkan dua fakulti yang maha hebat iaitu – rational cognative faculty and inspired cognative faculty, iaitu fakulti akal rasional (human intellect) dan fakulti intuisi jiwa insan (the psychological of human soul). Maka akal rational sangat peka kepada bahan-bahan kajian emperikal dan intuisi kejiwaan insan sangat peka kepada hati sanubari atau nurani yang mnerima ilham dan kefahaman dari Allah swt (nuuriLlah). Gabungan kedua-duanya memberikan suatu bentuk ilmu sepadu – integrated knowledge and sciences yang akan memberi kekuatan kepada manusia Muslim di dunia untuk memimpin umat manusia di dunia mahu pun untuk keselamatan di akhirat.

4.1 Tuntutan mengkaji sains dan teknologi

Perbezaan ketara antara Islam dan agama-agama lain, ialah menganjurkan kajian dan penyelidikan secara terbuka terhadap bidang kuasa yang termampu oleh akal fikiran mengkajinya agar memperolehi sesuatu hakikat atau makna yang tepat dan jitu terhadap sesuatu objek perkara atau fenomena kejadian di alam raya ini.
Tradisi al-Quran dari Allah swt membuka minda manusia untuk berfikir dan mengkaji kejadian di langit dan di bumi agar bertambah peranan akal rasional dalam meneliti hakikat kaejadian Ilahi di hadapan mata mereka, kemudian Allah swt mendorongkan jiwa halus serta perasaan fitrah mereka mengiktiraf kehebatan Ilmu dan teknologi Maha pencipta yang terbentang secara konkrit untuk kegunaan dan faedah manusia. Kajian terhadap kaifiyatu al-‘asyyaa’, - bagaimanakah terciptanya sesuatu perkara itu, adalah merupakah cabaran kepada pemikiran kreatif and inkuiri manusia secara berdepan dan tidak berselindung menguji dan mencabar minda manusia untuk dikenalpasti kapasiti antara ilmu Ilahi dan ilmu anugerah kepada manusia yang sedikit sahaja.

Firman Allah swt yang bermaksud : “Apakah tidak engkau perhatikan kepada unta, bagaimanakah ia diciptakan? Dan kepada langit, bagaimanakah ianya ditinggikan?. Dan kepada gunug ganang, bagaimanakah ia dipasakkan?. Dan kepada bumi, bagaimanakah ianya dihamparkan?. Maka (engkau wahai Muhammad saw) berikanlah kepada mereka peringatan. Sesungguhnya engkaulah pemberi peringatan.”

Kaitan mengetahui kaifiyat dan zkirullah adalah dua kata epistemologi yang sangat unik dan hebat bagi manusia yang memahaminya. Kaifiyat merujuk kepada kepakaran teknikal dan teknologi dalam menguasai alam material, manakala zikrullah pula adalah kepakaran menguasai kesedaran dan perlaksaaan tunduk dan sujud kepada Allah swt serta beribadat dengan kemahiran teknikal yang manusia terima dari Allah swt. Inilah keindahan dan keunikan rangka dasar kepada sains dan teknologi Islam (the fundamental of Islamic Framework in science and technology) di kalangan masyarakat umat Islam untuk umat manusia seluruhnya.

Allah swt meninggalkan kebijaksanaan mengolah dan mengendalikan urusan kebendaan dan teknik memakmurkan alam ini kepada akal fikiran manusia, maka mencari jalan mendapatkan hakikat sebenar sesuatu objek perkara secara kajian giat, bertungkus lumus, berfikir serta merenung punca kejadian (ontologikal), saluran ilmu Allah swt (epistemologikal) kepada manusia, kaedah-kaedah saintifik (scientific methodology) yang sesuai untuk menuai ilmu dan sesuatu teknologi untuk kegunaan manusia, mencari ukuran nilai kesahihan dan keakuratannya (the ultimate truth or relatively) dan nilai kemuliaan dan ketinggiannya budinya (virtuous and justice in knowledge) yang terdapat pada sesuatu disiplin sains dan teknologi. Maka Islam meletakkan ilmu pengetahuan dan teknologi serta kejuruteraan sesuatu bidang sebagai cabang kebijaksanaan minda insan serta kepakaran profesionalma dan juga menjaga keaslian nilai kebenaran dan keadilan ilmu itu sebagai kemuliaan jiwa yang berkait rapat dengan ketundukan diri serta pengabdian diri kepada pencipta sehingga mencapai maqam al-taqwa atau muttaqin (sebaik-baik kedudukan insan di sisi Allah swt). Mengambil kira kedua-dua posisi ilmu dan teknologi Islam inilah, maka Islam mengarahkan Umatnya mengausai ilmu sains dan teknologi sebagai suatu kebijaksaaan umat yang hilang, dan merekalah yang berhak serta wajar menguasai dan mengaplikasikannya untuk kesejahteraan umat. Baginda saw bersabda bermaksud: “Kebijaksanaan itu adalah harta penignggalan umat Islam yang tercicir, maka ambillah ia dari mana sumber yang ditemui, bahkan kamu lebih berhak terhadapnya.” – [al-hikmatu dhaallatu al-mu’minin, khuz min haithu wajada fahuwa ahaqqu biha ] dalam riwayat lain [al-hikamatu dhallatu al-mu’minin, khuz min ayyu wi‘aain kharajat, fa huwa ahaqqu biha]. Jelas dari hadith itu bahwa umat Islam lebih tahu dan berhak untuk membangunkan sains dan teknologi berbanding golongan kafir, kerana mereka memiliki neraca keadilan dan kesahuihan ilmu Allah swt ketika mebangunkan dan memakmurkan bumi Allah swt ini.

Tambahan pula di dalam al-Quran allah swt telah mengisyaratkan kepada umat Islam bahawa hanya mereka yang mampu menyelesaikan masalah kegawatan peradaban insan di muka bumi ini. Firman Allah swt yang bermaksud : “ Dan sesungguhnya kami telah catatkan di dalam az-Zabuur (kepada Nabi Daud a.s.) kemudian kami ulangi di dalam al-Quran yang dikenali sebagai “az-Zikr” – sebuah peringatan, bahawa sesungguhnya bumi ini akan diwarisi oleh kalangan hambaku yang soleh”. Kata kerja untuk masa sekarang dan akan datang (fi‘lun mudhari‘ - continuous and future tense) – anna al-‘ardha yarithuha, adalah suatu janji Tuhan kepada Umat Islam di mana-mana masa sekali pun untuk bekerja keras menguasai sains dan teknologi di zaman mereka sehinggalah Allah swt menentukan masanya yang sesuai untuk kembali memimpin muka bumi Allah swt dengan kemajuan dan kemodenan serta penegakan Syariat Allah swt.

4.2 Peranan sains dan teknologi Kesan pengabaian sains dan teknologi;

Antara peranan yang dimainkan oleh sains dan teknologi serta peyelidikannya ialah;

4.2.1 Membantu manusia mengenal Pencipta

Sains dan Teknologi serta penyelidikan menghantar penyelidik-penyelidik, ke dasar atau punca ilmu Allah swt atau ke persisian keagungan Ilahi al-‘Alim, al-Hakim dan al-Khabir. Tajuk kajian (subject matter), itu dilihat sebagai tanda-tanda keagungan Allah swt (the sign of souverengnty Allah) di alam raya yang tersusun rapi dan unik. Untuk memahami hakikat inilah, Allah swt dengan perantaraan al-Quran al-Karim, menyebut tidak kurang dari 750 ayat menjelaskan fenomena saintifik yang terdapat di alam raya ini. Menyingkap fenomena ini, bererti manusia telah berinteraksi dengan nama-nama Allah swt dan sifat-sifatNya yang maha tinggi dan mulia secara langsung dan praktikal. Inilah maksudnya sains dan teknologi membawa manusia menerima dan mengiktiraf keagunganNya (accepted and acknowledged) dan beriman serta tunduk di bawah peraturan Allah swt sebagai seorang Islam – aslamna lillah Muslimin.

4.2.2 Memandu manusia mencapai Tawhid

Sains dan Teknologi menghuraikan prinsip KeEsaan Ilahi (tawhid) yang terzahir pada struktur-struktur kejadian alam tabi‘ie. Alam raya berada di dalam kesatuan wujud; iaitu saling berkaitan (integral), harmoni (synchronized), mengkagumkan (amazement), sistematik dan penuh ketertiban (orderly) dan kesempurnaan (perfection). Kesatuan inilah dibongkar oleh sains dan teknologi sepanjang kajian para penyelidiknya. Ketika diajukan pertanyaan adakah alam beroperasi sendiri?, penafiannya pastilah mengundang kuasa pencipta menggantikan keunggulan dan ketaajuban ‘ilmu pengetahuan terhadap alam raya. Maka saintis dan teknokrat terpaksa akur bahawa KeEsaan (tawhid) Allah swt sahaja mampu mencetus dan menghasilkan segala bentuk kekaguman pada penemuan saintifik dahulu, sekarang dan akan datang (contemporary sientific discoveries).

Prinsip Tawhidlah dasar kewujudan, ia berakar umbi di setiap tingkat kewujudan, sejak di alam metafizik sehingga ke alam raya, daripadanya terasaslah sains sehingga ke pringkat ketamadunan dan daripada kewujudan manusia sehinggalah ke hari pembalasan. Maka itulah ruanglingkup tawhid yang menjana kepercayaan dan amalan di kalangan manusia dan jinn. Ianya bukan sahaja hakikat alam raya dan segala ilmu mengenainya, bahkan Tawhid adalah jiwa kemanusiaan dan Jinn yang tunduk kepada kuasaNya dan menjadi hambaNya.

4.2.3 Menegakkan Keadilan dan Kebenaran

Sains dan Teknologi berperanan meyakinkan manusia tentang hakikat sesuatu subjek alam fizik atau material dengan kebenaran positif dan objektifnya. Inilah kebenaran saintifik yang perlu dipertahankan. Dalam sains Islam, tugas ini dibuat kerana Allah swt yang mencetuskan kebenaran daripadaNya (huwa al-Haqqu), jadi kebenaran saintifik juga adalah kebenaran dari Allah swt, kerana itulah hakikat kebenaran aturan Allah swt yang telah ditemui, difahami dan dikuasai minda dan intelek manusia, lalu diaplikasikan dalam bentuk teknologi dan industri. Kebenaran saintifik adalah kebenaran yang Allah swt izinkan berada dan dimiliki manusia untuk memakmurkan alam. Oleh kerana itulah mempertahankan keadilan ilmu pengetahuan dan kebenarannya adalah jihad dan mati kerananya adalah mati syahid di jalan Allah swt. Matyrs – Syahadat fi SabiliLlah.

Menegakkan kebenaran dan keadilan sains dan teknologi adalah sangat perlu untuk keperluan intelek manusia, demi keperluan profesional, kemajuan dan kemakmuran, merealisasikan penghayatan Islam sebagai al-Din syamil dan menghapuskan penyelewengan Jahiliyyah.

4.2.4 Mengingati Kebesaran Ilahi Tafakkur (Contemplation or Inference )

Sains dan Teknologi yang berpandukan wahyu akan mendorong ke arah renungan, kesedaran tabi‘ie akal dan pengiktirafan kekuatan unsur ciptaan alam raya yang disandarkan kepada Allah swt. Sains dan Teknologi ini mengekalkan ingatan kepada Allah swt (dawam al-dhikr), mencetuskan keseriusan berfikir tentang ciptaanNya (tafkir fi khalq), mengetahui kebaikan tujuan ciptaan (‘adam al-butlan), mengkuduskan Allah swt (tasbih – glorify be to Allah swt) dan mengharapkan keampunan dan terhindar daripada hukuman terhadap dosa kesalahan (repentence and avoid punishment) dan kecuaian ilmu pengetahuan dan pencapaiannya.

Kejadian langit dan bumi, ketika ditinjau secara saintifik dan berteknologi tinggi kuniaan Ilahi, akan terserlah suatu keagungan dan kekaguman pada rahsia seni, halus dan rapinya ciptaan yang maha berilmu pengetahuan, Dialah Allah swt. Inilah yang disebut sebagai tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah swt kepada para penyelidik dan saintis serta teknokrat. Perkataan ‘alamun adalah juga ‘alamaat yang bermaksud simbol kekuasaan Tuhan di alam raya, jadi universe itu adalah tanda-tanda tercernanya ilmu Allah swt dengan seluruh sifat-sifat kebijaksanaanNya dan kesempurnaanNya. Dengan penyelidikan dan penemuan Sains dan Teknologi sahaja semua ini akan terbongkar dan terserlah kebenarannya.

4.2.5 Membantu Menguasai Unsur Material (al-sultan wa at-ta‘abbudiy)

Dengan memahami unsur kejadian manusia daripada jasad, ruh dan akal, sains dan teknologi yang dicapai oleh akal fikiran dan jiwa manusia berfungsi antaranya memenuhi keperluan jasad dan hawa nafsu manusia. Antaranya yang menonjol ialah bagaimana teknologi dimajukan untuk kerja-kerja besar dan teknologi tinggi yang sukar dilakukan tanpa adanya teknologi seperti pembinaan bangunan, penciptaan kenderaan dan pesawat pengangkut dan penumpang untuk manusia berniaga dan berkomunikasi dalam urusniaga daripada tempat-tempat yang begitu jauh.

Islam sebagai al-Din yang syamil (menyeluruh), telah membimbing sains dan teknologi ke arah tunduk kepada pencipta sekalipun dalam memenuhi keperluaan hidup manusia. Oleh itu Islam memerlukan teknologi yang mesra alam (environment friendly), selamat dan mendamaikan dari aspek keindahan dan ketinggian mutu teknologi dan industrinya (artistic and harmony), dan mampu membawa rahmat dan kasih kepada manusia (mercy to all humankind). Contohnya bagaimanakah umat Islam mencapai teknologi empangan untuk pengairan, teknologi haidrostatik, teknologi percetakan dan penggunaan kertas, kemajuan teknologi astrofizik sehingga menghasilkan jadual-jadual pergerakan planet dan bintang-bintang dan tak dapat dinafikan teknologi kejuruteraan sivil di dalam penyelarasan iklim musim dingin dan panas pada sesuatu binaan serta teknologi akustik-audio di mesjid-mesjid yang besar tanpa peralatan pembesar suara.

4.2.6 Membantu Perlaksanaan Syariat Allah swt

Perkembangan Sains dan Teknologi di dalam Islam banyaknya digesa oleh keperluan memenuhi tuntutan Syari‘at Allah swt terhadap pemodenan dan kemajuan manusia. Oleh kerana segala aktiviti pembangunan itu ditinjau dan dikendalikan berdasarkan Syari‘at Islamiah, maka sains dan teknologi berkhidmat langsung untuk menjayakan perkembangan Syari‘at Islamiah ke arah yang lebih cemerlang. Disamping itu Sains dan Teknologi dalam Islam menumpukan juga ke arah pembangunan mental, psikologi dan ruhaniah. Hal ini dapat diterjemahkan ketika membangunkan keselesaan tempat tinggal, perlu mengambil kira faktor kejiranan, pusat pengibadatan, rekreasi, pengudaraan strategik dan kemudahan trafik yang selamat. Begitu juga di dalam sektor perindustrian, Islam menekankan sangat aspek keselamatn, tidak mencemarkan alam sekitar, selamat dari pencemaran bunyi dan toksid serta tidak membahayakan penghidupan masyarakat sekitar. Tegasnya kemajuan bukanlah alasan untuk manusia mengorbankan segala kebersihan, keharmonian dan kesejahteraan manusia yang akan memberikan kebahagiaan dan keselesaan hidup di kota maupun di desa. Itulah kawalan Syari‘at Allah swt terhadap kebajikan manusia dan alam sekitar di sesebuah negara Islam yang maju.

4.2.7 Memenuhi Kecapaian Hakikat Keindahan Islam. (virtuous aesthethical
refinement in Islam).

Keindahan dan kesempurnaan adalah terjemahan atau manifestasi Tuhan dengan segala keilmuan, kepakaran dan kesempurnaanNya mencipta alam raya yang tidak tercela sedikit pun. Malah sebenarnya manusialah yang tidak mampu menjaga keaslian kejadian alam ini. Jadi Umat Islam sangat mengahrgai keindahan yang sedia dijadikan Allah swt dan cuba semampu munkin menjaga dan memelihara keindahah Allah swt di dalam dsegala aspek sains dan teknologi.

Jelas sekali bahawa umat Islam tidak sahaja mengindahkan mesjid-mesjid mereka, malah pusat sains dan observatorium serta perpustakaan-perpustakaan besar di dalam kerajaan dan keagungan Islam di hiasi di luar dan di dalam bangunan tersebut bagi mempamirkan kualiti ketinggian keilmuam Umat Islam dan keindahan yang mereka sempat warisi dan diwariskan daripada keimanan, pengabdian (‘ubudiah) dan tata moral mereka terpahat dan terbutkti di mana-mana ruang keilmuan dan peradaban Umat Islam. Maka sains dan teknologi juga sebahagian daripada kegiatan keindahan umat Islam yang pahatkan ukiran seni (crafts) itu sejak dari kulit-kulit buku sehinggalah kepada pembinaan monumen istana-istana dan mesjid-mesjid umat Islam.

Seni Keindahan ini lahir dari dalam jiwa umat Islam yang halus, berilmu pengetahuan dan sangat memahami erti dan makna-makna kehidupan di dalam setiap bidang yang mereka terokai. Mereka tidak bersifat jahil ketika membina dan memajukan sesuatu rekaan dan ciptaan, melainkan hendaklah dipersembahkan berdasarkan fungsinya yang universal dan mampu mencapai hakikat dan tujuan asal kewujudan sesuatu teknologi berdasarkan ilmu Allah swt tentang manusia dan alam raya. Inilah suatu keindahan dalam kesatuan keagungan Ilahi yang dikuasai oleh hambaNya di mana sahaja mereka berada dan mencapai kemajuan.

5. Kesan Pengabaian Sains dan Teknologi Umat

5.1 Pendahuluan

Setelah 600 tahun umat Islam menguasai gelanggang ilmu pengetahuan dan membina peradaban kemanusiaan di pelusuk dunia, maka disebabkan faktor-faktor politik, keruntuhan keintelektualan, asabiyyah qaumiyyah, fanatik keilmuan sempit, kelemahan kepimpinan, kehilangan kekhalifahan umat, tumpuan duniawi dan kebendaaan dan mengkesampingkan ruh kesepaduan Islam dalam budaya baru sebelum dan selepas penjajahan seperti sekularisme, materialisme, liberalisme, nihilisme, atheisme dan naivisme dan sebagainya inilah menjadi alasan kuat mengapa sains dan Teknologi tidak lagi dimajukan di negara umat Islam ratusan tahun mutakhir ini. Ruang ini tidak bermaksud memperkatakan faktor-faktor tersebut, malah ingin meninjau akibat pengabaian sains dan teknologi umat Islam selama kurang lebih 800 tahun kebelakangan ini.

Antara akibat yang dilanda oleh umat Islam ialah;

1. Aliran Intellektualisme arus perdana dijuarai oleh “aliran sekulrisme” yang telah mengasingkan rangka ilmu teknikal dan profesional dari keagamaan serta aturan Syari‘at untuk kemanusiaan. From sacral to profanity of substantial ideology.

2. Falsafah Ilmu “the epistemology of knowlegde” telah berubah arah dari kesatuan ilmu dan teknologi dalam falsafah Ketuhanan, Manusia dan Alam raya – Monotheistic Realistic Rationalisme kepada rangka “Dialectic Rationalisme” atau “Idealistic Materialisme”

3. Umat Islam hilang kekuatan Qurani “al-sultan” di dalam arena ilmu pengetahuan dan teknologi, ekoran itulah pandangan dan hujjah umat Islam diketepikan kerana ketiadaan Authoriti pada sudut pandangan sains moden. Begitu juga dengan kekuatan “Ruh Ta‘abbudiy” apabila gelanggang Syari‘at Law telah digantikan dengan Common Law milik tuan tanah jajahan di negara-negara umat Islam.

4. Sistem pembinaan peradaban dan ketamadunan mengikut skema “materialistic secularism” yang bernafaskan “tecnocrate, profesionalism dan utilitilianism”. Sumber manusia dan etika mereka dibina di atas dasar “ethics without religion”. Kerana itulah etika kerja industrialis hanya untuk memkasimumkan keuntungan dan produktiviti.

5. Kelahiran Saintis Pemikir dan kesarjanaan Ilmuan soleh tidak menjadi fokus peradaban masa kini. Umat Islam tidak cuba keluar dari “rangka sains moden dan teknologi” yang ada, maka tidak perlu berfikir untuk alternatif pembangunan saintifik, kejuruteraan dan industri masa depan.

6. Umat Islam akan mengulangi kesengsaraan akibat dari kemajuan sains dan teknologi moden dari sudut keruhanian dan keagamaan serta kebahagiaan kehidupan kemanusiaan, kerana teknologi tidak ditundukkan kepada situasi pengabdian diri kepada Allah swt dan syaraiat Islam, semakin maju semakin tawadhu‘ dan tunduk sujud bersyukur kepada Allah swt agar ditambah keberkatan dan keuntungan serta kebahagiaan warganya.


7.Wajar umat Islam sedar bahawa kesan Peradaban barat ke atas umat Islam, sangat menguntungkan satu sudut kebendaan dan pembangunan. Namun akibat pencemaran dan pengaplikasian teknologi tidak bermoral cukup menyiksakan umat manusia. Harus timbul kesan dan tanggung jawab agar Umat Islam berkerja kuat dan berjihad untuk bangunkan semula “Sains dan Teknologi serta perindustrian Musllim” yang universal sifatnya untuk manusia menikmati kemajuan dan kebahagiaan spritual di dunia dan akhirat.

Penutup

Menginsafi umat Islam ketinggalan di dalam banyak perkara, janganlah ianya menyebabkan “fatalisticism”, sebaliknya sebagai umat Islam yang berfikiran positif, dan optimistic bahawa mereka harus bangkit bukan hanya untuk mengatasi masalah peribadi, tetapi menyedari tanggung jawab besar dari Allah swt ke atas umat Isam itu adalah keKhalifahan di bumi, maka penguasaan sains dan teknologi umat adalah kewajipan jihad yang menjadi prioriti perdana di dalam hidup umat Islam di milenium akan datang.

Ingatlah janji-janji Allah swt, umat Islam akan dimenangkan ke atas budaya dan tamadun barat bukan dengan tidak berusaha. Malah wajib mereka berusaha lebih giat dan bangkit segera di dalam situasi tamadun barat mencari arah kembali kepada beragama di dalam membina peradaban dan nilai baru pasca modenisasi mereka. Biarlah janji-ianji Islam itu dihayati dan tetap menjadi janji-janji kemakmuran bersama dengan bangsa dan agama-agama lain agar mendokong suatu rangka “New framework of Islamic Science and the future technology for the human universal civilization.”

5. Sejarah Sains dan Teknologi Islam;

5.1 Sejarah sains dan teknologi zaman nabi-nabi dan umat terdahulu

Pendahuluan

Sejarah membuktikan bahawa Islam melahirkan Ilmuan dan saintis serta failasuf di berbagai bidang sains dan teknologi. Melahirkan masyarakat saintifik dan teknokrat dan menjadi dasar kepada bangsa barat memajukan peninggalan sains Islam sehingga melahirkan sains dan teknologi moden serta peradaban Barat dan Eropah masa kini.

Sains dan Teknologi Zaman Anbiya’

Para anbiya’ Allah swt diturunkan dengan dua bahagian ‘ilmu pengetahuan; 1) ‘Ilmu Syari‘at – Aqidah, Syariat dan akhlak Islam dan ‘alam metafizik (alam al-ghayb). 2) ‘Ilmu Duniawiy – Sains kemanusiaan, ekonomi, pengurusan, sains dan Teknologi umat manusia. Oleh itu fahamlah kita bahawa para nabi selain daripada mengajar manusia tentang Islam, ia juga tidak terkecuali daripada memberi bimbingan di dalam masalah perkemangan dan pebangunan sains dan teknologi umat semasa.

Al-Quran pernah merakamkan peranan para anbiya’ di dalam perkembangan sains dan teknologi, antaranya;

a. Nabi Adam a.s.

Oleh kerana Kejadian Adam a.s. untuk menjadi khalifah di bumi, maka Allah swt mengajarnya nama-nama segala sesuatu (asmaa’ kullaha) yang berada di dalam alam semesta ini. Kemudian Allah swt melakukan demonstrasi di hadapan para malaikat dengan menguji bolehkah mereka mengetahui apakah yang diajarkan Allah swt kepada Adam a.s.?. (al-Baqarah, 2:31-32)

Adam a.s. akhirnya mampu menjelaskan ‘ilmu pengetahuan Allah swt itu dan melayakkan baginda menjadi pesuruh Allah swt di bumi serta menghapuskan kesangsian para malaikat terhadap kemampuan Adam a.s. al-Farabi di dalam Ihsaa’ al- ‘ulum (enumeration of the Sciences) menyatakan bahawa ilmu bahasa termasuk di dalam pengucapan atau penuturan (phonetics) dan nama-nama benda termasuk di dalam golongan sains (Seyyed Hossein Nasr, 1970:60). Ibn Athir menyatakan bahawa Adam a.s. diajar oleh Allah swt melalui Jibril a.s., cara-cara menanam pokok dan pertukangan besi. (ibn Athir, 1978:24). Inilah pengetahuan terawal manusia terhadap sains dan teknologi.

b. Nabi Idris a.s.

Nabi Idris a.s. seorang yang bijaksana, luas pengetahuannya dan mempunyai ilmu pengetahuan mengenai Astronomi (al-Nasr, 1992:64), Matematik dan teknologi binaan (al-sina‘at) (ibn Nadim, tt:333). Pengaruh Nabi Idris a.s. dalam Matematik secara tidak langsung sampai kepada Phytagoras melalui tempat pengajian yang dikunjunginya. Menguasai ilmu Perubatan yang diwarisi daripada Nabi Syith yang telah di terima dariapda Nabi Adam a.s. (Ibn Abi Usaybi‘ah), 1965:18). Ilmu Perubatan berasal daripada penerokaan yang dibuat oleh Adam a.s. yang diterima dari Allah swt, diwarisi kepada Nabi Syith dan dikembangkan pula oleh Nabi Idris a.s.

Sesungguhnya nabi Idris a.s. seorang yang luas ilmu pengetahuan (termasuklah sains tabi‘ie) dan kerana itulah para ulama’ mentafsirkan ayat surah Maryam, 19:56-57 sebagai mempunyai darjat ilmu pengetahuan yang tinggi kerana mempunyai penguasaan yang lebih luas berbanding dengan nabi-nabi yang lain.

c. Nabi Nuh a.s.

Nabi Nuh a.s. telah diarahkan oleh Allah swt untuk membina sebuah Bahtera atau Kapal penumpang yang besar, kerana Allah swt akan menurunkan hujan dan banjir menenggelamkan golongan yang enggan menerima dakwah Nuh a.s. (Bahreisy, 1980:25) Allah swt mewahyukan kepada Nuh agar membuat kapal dengan bantuan petunjuk Allah swt dan wahyuNya.

Ilmu pembinaan kapal ini diwahyukan kepada Nuh a.s. di bawah kawalan (monitoring) ilmu Allah swt. Bentuk sebenar kapal itu telah ditemui di Bukit Judiy, Timur Laut Jazirah Ibn ‘Umar, Wilayah Kurdistan ketika Tamadun Babilonia (al-Maududi, 1973:85). Ia diperbuat dengan menggunakan saduran logam besi, selain daripada menggunakan kayu (Ibn Athir, 1978:39). Panjangnya adalah 300 hasta dan lebarnya adalah 50 hasta seperti mana yang tercatat di dalam Kitab al-Tawrah (Ibn Kathir, 1979:110). Dengan Fakta ini dapat difahami bahawa pembuatannya memerlukan kepakaran sains dan teknologi; iaitu ilmu pengapungan dan teorinya, kemahiran ilmu Matematik dan ilmu teknik seni bina yang tinggi. Jelaslah bahawa sains Matematik, Fizik dan Architecture yang hebat dan teliti telah digunakannya.

d. Nabi Ibrahim a.s.

Ayahnya Azar seorang ahli ilmu bintang dan menjadi wazir kepada Raja Namrud b Kan‘an. Nabi Ibrahim menguasai dan mewarisi ilmu bintang daripada bapanya. Hal ini jelas di dalam al-Quran ketika menggambarkan beliau menyelidiki cakerawala adakah ianya tuhan-tuhan seperti matahari, bulan dan bintang-bintang. Setelah beliau dapati semuanya tidak kekal dan malah luput bersama waktu, tegas beliau bahawa beliau hanya tunduk kepada Tuhan yang menciptakan alam raya dan cakerawala ini.

Allah swt menjadikan Ibrahim a.s. mengetahui tentang ilmu bintang dan menyakini ilmu perjalanan cakerawala seperti pengetahuan bapanya Azar. Tetapi Allah swt menyatakan bahawa ilmu itu telah diwarisi sejak zaman Nuh a.s. lagi. Jadi pengetahuan Ibrahim a.s., merangkumi ilmu keruhanian atau keagamaan dan ilmu keduniaan (material).

e. Nabi Dawud a.s.

Allah swt mengutus beliau sebagai nabi dan rasul, diturunkan kepadanya Zabur, kitab suci yang mengandungi tasbih dan puji-pujian kepada Allah swt, kisah umat-umat terdahulu, berita nabi-nabi yang akan datang termasuklah kedatangan nabi terakhir Muhammd saw. Allah swt mengurniakan kepada baginda nikmat, ketelitian dan kecekalan amal perbuatan, kebijaksanaan dan kesempurnaan ilmu pengetahuan. Allah swt telah mengajar Nabi Dawud a.s., teknologi melembutkan besi (wa alanna lahu al-hadid) dan membolehkan beliau membuat baju besi untuk kegunaan peperangan.

Almarhum Abul ‘Alla al-Mawdudi telah menyatakan bahawa sehubungan dengan fakta ini, para pengkaji Arkeologi mengesahkan bahawa zaman besi bermula pada tahun antara 1200-1000 SM, dan era ini adalah sezaman dengan kenabian Nabi Dawud a.s. (Al-Mawdudi, the Meaning of al-Quran – tafhim al-Quran, Vol.VII, 1977:165). Jelas sekali bahawa nabi berperanan selain daripada menagajak manusia menyembah Allah swt, mereka juga memandu dalam urusan saintitfik dan teknologi umat manusia.

5.3 Penutup

Dalam sejarah peradaban manusia, Islam mengambil sikap yang konsisten dalam menghujahkan kebenaran dan keadilan fakta dan ilmu pengetahuan, bahawa peradaban manusia telah dicetuskan oleh Manusia kalangan para anbiya’ kerana merekalah saluran ilmu Ilahi mewakili manusia. Ilmu itu ada yang menyentuh keagamaan (syari‘at) untuk penghidupan keruhanian manusia dan ada pula yang menyentuh tentang ilmu sains sosial atau tabi‘ie serta sains gunaan (al-‘ulum wa al-tiknulujiyah wa al-sina‘aat).

Dengan demikian dapatlah Allah swt mengarahkan corak pembangunan dan kemajauan seimbang mengikut acuan yang dikehendaki oleh pencipta alam raya, Allah swt. Hasilnya manusia perlu mematuhi nabi-nabi Allah swt dalam mengambil nilai wahyu di dalam segala bidang ilmu bagi mempastikan peradaban di bumi ini berjalanan seperti yang direncanakan oleh Allah swt pencipta dan pengatur alam raya agar alam dan manusia mencapai keharmonian wujud sejagat di bawah penyeliaan yang beriman Khulafa’ al-Mu’minin dan pentadbir yang benar dan pengasih Ruhama’ al-Siddiqin.


5.2 Sejarah sains dan teknologi di zaman Rasulullah SAW (1-11H/622-632M)

Muhammad Rasulullah saw mengajar umat manusia dengan ilmu Syariat dan bimbingan ilmu keduniaan dengan petunjuk Allah swt, selama tidak bercanggah dengan syariat Islam. Bahasa Arab adalah tradisi ilmiah Islam sangat unggul, sangat unggul kerana ianya sangat kaya dengan perbendaharaan kata ilmiah dan saintifik serta menepati hakikat kebenaran. Sekadar contoh perkataan “kitab” – adalah bermaksud himpunan kertas bertulis yang dihimpunkan menjadi satu set. “Ardh” – bererti bumi yang merujuk kepada planet bumi yang cantik kebiruan ini, tempat manusia mendiaminya. Dalam bahasa Inggerisnya “earth”. Perkataan “as-samaawaat” asal dari perkataan “as-samaa’ ” yang bermaksud sesuatu yang berada di atas kepala manusia. Maka segala lapisan yang di atas itulah langit. Dilihat secara saintifik, maka lapisan langit sangat pelbagai bentuk dan lapisan. Jadi kekuatan bahasa Arab di zaman Muhammad saw menjadi dasar dan tapak kajian ilmu pengetahuan dari Ilahi itu bermula dan dikaji oleh manusia dari masa ke semasa.

Dengan itu sekali pun Muhammad saw ummiy (illiteracy), namun baginda menyuruh para sahabat menguasai seni penulisan dan catatan. Kerana itulah perjanjian hudaibiah adalah yang pertama di dalam Islam dicatatkan sebagai khazanah perjanjian perdamaian Islam dan Quraisy, Selain dari itu al-Quran yang dicatat oleh para penulis wahyu rasulullah di kalangan sahabat termasuk Zaid bin Thaabit, Muawiyah Abi sufyan, ‘Uthman ‘Affan dll, Perlembagaan Negara Madinah – sahifah Madaniyyah adalah perlembagaan bertulis yang pertama ditinggalkan Muhmmad saw sebagai sains perundangan bertulis pertama di dunia – the first written constitution in the world.

Dalam peperangan zaman Muhmmad saw memperkenalkan peralatan persenjataan dan teknologi pengaplikasian besi seperti perisai, baju rantai, dan pertukangan besi. Penggalian parit (khanddaq), teknologi perang dari Parsi dan strategi pertahanan pasukan pemanah (al-Rimah). Di zaman Nabi saw manusia sudah kenal dengan mata wang dan ukuran serta sukatan di dalam perniagaan, kerana pasar Madinah telah menjadi pusat perdagangan. Kisah kaedah pendebungaan yang dilakukan oleh penduduk Madinah juga adalah tanda pengaplikasian pertanian untuk mendapat hasil yang lebih lumayan. Kaedah-kaedah pengairan yang disentuh di dalam hadith-hadith Nabi saw menandakan masyarakat menguasai sektor irigasi di dalam pertanaian.

Di dalam bidang diplomatik, Nabi saw telah menggunakan kaedah surat menyurat untuk berhubung dengan penguasa-penguasa Tanah Arab dan Raja-Raja di luar tanah Arab. Nabi saw menggunakan kaeadah “cop mohor negara” sebagai menggantikan tanda tangan baginda dengan sebentuk cincin – beracuankan “Muhammad Rasulullah”.Penguasaan kesasteraan Murni Islam telah berkembang seiring dengan keperluan untuk menjawab dan menangkis serangan ke atas peribadi dan keagamaan Islam. Maka perjuangan Islam tersebut wujud di dalam pelbagai dimensi perkaedahan dan cara untuk menangkan Islam ke atas agama berhala kaum Quraisy.

Dalam bidang penjagaan kesihatan, Nabi saw membimbing umat agar mempunyai budaya pemakanan yang sihat dan pengubatan herba dan amalan pemakanan yang halal dan Tayyibah. Amalan penyembuhan penyakit juga diajar oleh nabi dalam himpunan hadith-hadith pengubatan yang kemudiannya dihimpunkan oleh ulamak kemudian sebagai “at-Tibbu an-Nabawiy” – Pengubatan Nabi saw karangan ibn Qayyim al-Jauziyyah.

Struktur kota sangat jelas dengan terbentuk kota Madinah sebagai suatau bentuk perbandaran seluas pagar Mesjid Madinah di Zaman moden. Pembinaan Mesjid, perumaham, Bazzar atau pasar-pasar yang dipusatkan dengan Mesjid al-Nabawiy. Begitulah juga lokaliti yang terdapat pada pelan letak atur perbandaran kota Mekah dengan penempatan Qabilah yang memasuki pintu-pintu tertentu ke Mesjid al-Haram yang masih dikenali namanya sehingga kini. Eg pintu bani Syaibah, al-Nadwah dan lain-lain.

5.3 Sejarah dan teknologi di zaman-kerajaan2 Islam Khulafa’ ar-Raasyideen (11-40H/
632-661M)

Era pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, ‘Uthman al-‘Affan dan ‘Ali Abi Talib di kenali sebagai khalifah terpimpin, kerana mereka adalah sahabat nabi saw yang terdidik langsung oleh baginda. Perkembangan ilmu pengetahuan di zaman ini yang terunggul adalah sains pengurusan di mana Zaman inilah pengasas sistem kekhalifahan Umat Islam. Kesannya teori dan praktik kepimpinan mengikut sistem kementerian (wazaarah), kehakiman (nizam al-tahkim) dan majlis kepimpinan tertinggi (majlis asy-Syura). Zaman inilah Khalifah Abu Bakar dicadangkan untuk mendapatkan gaji dari bait al-maal dan ditegah melakukan urusniaga demi kecekapan perlaksanaan tugas pemerintahan. Abu Bakar tegas mengemaskinikan institusi zakat dan memerangai yang tidak mengeluarkan zakat kerana diqiaskan dengan tidak mengerjakan solat.

Sistem pendidikan al-Quran berpusat di Mesjid an-Nabawiy, di zaman Umar al-Khattab sistem ini dikenali sebagai “al-Kuttab” – pendekatan asas untuk membaca dan menguasai al-Quran, pembacaan dan penulisannya di kalangan kanak-kanak. Mereka menghafaz al-Quran, Hadith-Hadith, ahkam at-Tasyri‘ dan puisi-puisi Arab.

‘Umar al-Khattab mengemaskinikan wazarah dengan Jabatan-jabatan (dawawin pl. – Diwaan sgl.) yang banyak untuk melicinkan pemerintahan seperti Diwan al-Junud – jabatan yang mengendalikan urusan ketenteraan seperti gaji, perubatan, unit-unit tentera peninjau, jalan kaki dan berkuda, Diwan al-‘ataa’ – Jabatan yang mengendalikan pampasan kepada anak yatim, balu-balu, gol miskin dsb., Diwan al-Kharaj – jabatan percukaian terhadap penduduk bukan Islam dan Diwan al-Bareed – Jabatan yang menguruskan penghantaran surat, barang dan berita agar sampai ke destinasinya.

5.4 Sejarah dan teknologi di zaman-kerajaan2 Islam Khulafa’ Umaiwiyyah (40-132H/661-
750M)

Muawiyyah bin Abi Sufyan pengasas Sistem Beraja – Autoktratik (al-muluk) yang melibatkan keluarga beliau. Pusat Pemerintahan berpindah dari Madinah ke Damsyik (Syria). Di Era Umaiyyah berlaku perhubungan pertukaran teknologi dengan tamadun barat Yunani dan Rumawi dan tamadun timur Parsi, India dan China. Ketika ini umat Islam mula belajar teknologi Perkapalan, kelengkapan peperangan dan peralatan pertanian. Tidak ketinggalan teknologi pembuatan kertas dan aktiviti penulisan sangat giat berjalan.

Dengan Perluasan kawasan di barat umat Islam memperolehi khazanah ilmu sains dan falsafah Yunani dari Byzantine, Sains Perubatan dan falsafah Yunani diperolehi dari Mesir (Iskandariah) dan Parsi (Jundshahpur), dan dari penerokaan ke sebelah timur umat Islam mempelajari ilmu astronomi dan falsafah matematik dari India dan teknologi pembuatan kertas dari China. Di zaman ini telah bermula era penterjemahan ilmu-ilmu asing ke dalam bahasa Arab semasa pemerintahan al-Walid ibn Abdul Malik (705-715M).

5.5 Sejarah dan teknologi di zaman-kerajaan2 Islam Khulafa’ ‘Abbasiyyah (132-656H/
750-1258M)

Zaman Khilafah ‘Abbasiyyah masyhur dengan kematangan ilmu dan kemuncak kecemerlangan intelektual dan kesarjanaan. Himpunan rekod kesarjanaan itulah lahirnya Bait al-Hikmah, sebagai penanda aras khazanah ketamadunan umat Arab dan bukan Arab di kota Baghdad. Gelanggang ilmu pengetahuan dan Institusi-Institusi keilmuan dibuka kepada sesiapa sahaja dan bidang apa sahaja yang ingin dipelajarinya; daripada ilmu logik sehingga bidang Astronomi, geodesi, pertanian, pengairan, ilmu peperangan serta pertahaanan kota, persenjataan dll.. Hasilnya, kota Baghdad menjadi kunjungan Ulamak dan sarjana timur dan barat serta dari seluruh pelusuk alam Islam dan barat serta timur. Kejayaan ini merekodkan kesungguhan para khalifah ‘Abbasiyah termasuk Harun al- Rashid dan ‘Abdullah al-Makmun. Pemikiran Greek dan segala agama dari tamadun lain tidak lagi disekat untuk dibincangkan. Polemik kesarjanaan berlaku berterusan, mengasah dan mencabar daya intelek umat dan melahirkan kesarjanaan tulin dan teruji kepakaran dan kewibaannya. Kitab-kitab adalah produk-produk budaya ilmu dan kesarjanaan tinggi kota Baghdad. Mereka bertanggung jawab menghasilkan ilmu di dalam rangka peradaban Islam yang bersifat antarabangsa, majmuk (plurality), silang budaya dan interaksi melepasi lingkungan Arab dan Islam. Kerana itulah bangsa-bangsa lain yang tidak beragama Islam turut menyumbang karya mereka untuk ketinggian peradaban Islam, kerana mereka merasakan bahawa kesarjanaan mereka sebahagian dari produk ketamaduan Islam dan keunggulannya.

Ketika kecemerlangan dicapai di timur empayer Islam, Kerajaan Islam di barat turut berkembangan maju apabila Andalusia, Sepanyol (asbaniya) dan kepulauan Sicily (saqaliyyah) dikuasi oleh pejuang Islam dan mula memerintahnya sejak kemasukan Tariq ibn Ziyad pada 90H/711M melalui selat Gibraltar (Jabal al-Tariq) dan seterusnya ditadbir dengan cemerlang oleh ‘Abdul Rahman al-Naasir (‘Abdul Rahman III). Cordova (Qartubah) menjadi ibu negara Islam Eropah dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan yang masyhur ketika di bawah pemerintahan al-Hakam II. Universiti Cordova menjadi mercu kejayaan pusat pengajian tinggi di Andalusia dengan menjadikan Mesjid Cordova sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Kekuasaan Islam di Andalusia merosot dan mejadi lemah dan jatuh ke tangan Pemerintah Kristian, Raja Ferdinand dan Ratu Isabella pada tahun 1492M.

6. Pengaruh Tamadun Islam ke atas Eropah

Kekuatan bahasa Arab berjaya membentuk pengaruh peradaban sehingga menguasai pemikiran golongan Kristian yang menjadikannya sebagai lingua franca – bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa di semua jajahan Negara Islam di timur mahu pun di barat. Misalnya gereja Sepanyol telah menterjemahkan kitab-kitab agama Kristian daripada bahasa Latin ke bahasa Arab. Dalam usaha menyibarkan Ilmu pengetahuan tamadun Islam ke Eropah, Frederick II dari Holy Roman Empire (1215M) telah menubuhkan universiti Nepples bertujuan mengembangkan sains Islam ke Eropah. Di universiti inilah berlaku usaha penterjemahan karya-karya tamadun Islam dari Arab ke bahasa Latin dan ‘Ibraniy (Hebrew). Frederick II jugalah yang telah mendorong Michael Scot berhijrah ke Toledo pada 1217M untuk menyelia penterjemahan komentari Ibn Rushd terhadap Aristotles. Universiti Montpellier di selatan Perancis, yang asalnya ditubuhkan oleh para doktor yang berhijrah ke Sepanyol telah menjadikan karya agung al-Qanun fi al-Tibb itu – the Cannon of Medicine oleh Ibnu Sina (Avicenna) sebagai sukatan mata pelajaran perubatan.

5.5.1 Pringkat Penterjemahan dan Pengaruh Perkembangan Sains dan Teknologi Islam.

Zaman penterjemahan karya sains asing ke dalam bahasa Arab dan penyaringan (synthesis) ke dalam rangka ilmu Islam sejak (759-900M) boleh di bahagikan kepada tiga peringkat;

Peringkat pertama: Penterjemahan bermula di zaman al-Walid ibn abdul Malik (86-96H/705-715M) khalifah keenam kerajaan Bani Ummaiyah. Beliau telah mengemukakan idea menterjemahkan karya-karya Yunani ke bahasa Arab, sejajar dengan menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa resmi negara. Antara karya-karya terlibat termasuklah ilmu-ilmu perubatan, astronomi dan kimia.

Peringkat kedua: Peringkat ini berlaku ketika pemerintahan Abu Jaafar al-Mansor (136-158H/754-775M), iaitu khalifah kedua kerajaan Bani Abbasiyah. Bidang-bidang yang diterjemahkan termsuklah perubatan, ilmu hisab (arithmatics), geometri dan ilmu falak. Suatu perkembangan baru di zaman ini ialah ilmu logik atau mantiq Yunani diterjemahkan ke bahasa Arab dengan arahan daripada khalifah al-Mansor. Matlamat daripada penterjemahan ini agar umat Islam mampu menyusun hujah dan mengatur bukti kebenaran agama Islam setanding dengan perbahasan orang Yahudi dan Masihi yang menguasai arena debat dan hujah keagamaan.

Peringkat ketiga: Peringkat ini berlaku ketika pemerintahan ‘Abdullah al-Makmun (198-218H/813-833M) sehinggalah ke kurun keempat Hijrah (300H), beliau adalah khalifah ketujuh kerajaan ‘Abbasiyah yang bertanggung jawab mendirikan Bait al-Hikmah (House of Wisdom). Pada zaman bagindalah mercu perkembangan sains dan teknologi begitu ketara kerana minat mendalam baginda di bidang ilmu pengetahuan. Banyak karya-karya terjemahan diterbitkan daripada berbagai bahasa ke bahasa Arab. Sejarawan mengatakan bahawa kerajaan baginda dipengaruhi oleh aliran kalam al-Muktazilah kerana banyak menekankan aliran rasional akal fikiran di dalam urusan keagamaan dan beberapa sikap agama Islam sejajar dengan aliran tersebut, antara yang termasyhur adalah al-Quran adalah al-Hadeeth (baharu tidak qadeem seperti aliran ahlu sunnah wa al-Jamaah).

5.5.2 Zaman Keemasan Umat Islam (Muslim Rennaisance)

Zaman ‘Abbasiyyah dikenali juga sebagai zaman keemasan umat Islam ditinjau dari pencapaian dan perkembangan ilmu pengetahuan (from scientific and technological achievement) antara (900-1100M). Dari sudut perubatan sebagai contoh ianya berlaku sebaiak sahaja berakhir tem[poh penterjemahan yang berasaskan sains perubatan timur dan barat; iaitu perubatan Greek dan Parsi dan India. Ketika inilah lahir tokoh perubatan Islam pelbagai bidang termasuklah Ibnu Rushd (Averroes), Ibn Jazzar, Jabir ibn Hayyan, Ibnu Sina dan lain-lain. Zaman keemasan ini berlaku dengan jelas sekali ketika pemerintahan khalifah Harun al-Rashid (170-193H/786-809M) dan anakanda baginda ‘Abdullah al-Makmun.

Tidak dinafikan bahawa jika dibandingkan pencapaian sains kemanusiaan dan pembangunan manusia (from antrophology and sociological developement) yang terbaik dan gemilang, tidak syak lagi bahawa Zaman Muhammad saw (adalah zaman dan kegemilangan dan keemasan umat Islam, kerana ianya telah diakui Allah swt sebagai pencapaian kegamaan yang sempurna (al-yawm akmaltu lakum deenakum), kesempurnaan nikmat kehidupan (wa atmamtu ‘alaykum ni‘matiy) dan generasi manusia yang mendapat redha Allah swt dengan agama Islam sebagai cara hidup (waradheetu lakum al-Islaama deenan). Dalam Hadith Nabawiyah terdapat pengiktirafan generasi sahabat adalah terbaik seperti : “Kurun yang terbaik itu adalah kurunku (Nabi saw bersama-sama generasi sahabat), kemudian disusuli oleh kurun selepasnya (generasi sahabat Rasulillah saw), kemudian disusuli oleh kurun selepasnya (generasi tabi‘ien iaitu pengikut kepada golongan sahabat Nabi saw), kemudian disusuli oleh kurun selepasnya (generasi tabi‘u al-taabi‘ien).” Setengah penilai (murajjihin) menjelaskan bahawa tiga generasi itu mewakili 300 tahun selepas kewafatan baginda Nabi saw adalah salafus al-soleh merupakan generasi yang diberkati Allah swt.

Sikap Umat Islam ialah tidak memisahkan kedua-dua pencapaian keemasan Tamadun Umat Islam di zaman ‘Abbasiyyah dan Nubuwwah wa khulafa’ Muslimin ini secara sepadu; iaitu pencapaian ilmu sains dan teknologi kemanusiaan dan sains dan teknologi gunaan. Inilah rangka berfikir umat Islam yang asal, dan sebarang usaha pengembalian tamadun umat Islam perlu beracuankan kegemilangan menyeluruh ini (holistic rennaisance). Rangka berfikir beginilah mampu mencapai tugas hakiki umat dan ilmuan Muslimin sebagai khalifatan fi al-’ardh - khalifah di bumi.

Oleh:

Abu ’Amrullah Muhammad Ahmad Daud Ishak al-Merbawiy
6 Mac 2008©

email to: easudihamdun@yahoo.co.uk
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU)
Universiti Teknologi Mara Perlis
02600 Arau Perlis

Call number: 019-4786504 (hp)/604-9875051 (office)