Sunday, April 6, 2008

Pemuda: Jangan Permainkan Ahli Lagi

Saturday, April 05, 2008
The Scribe A Kadir Jasin

Comment by:

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Salam Dato'AKJ dan sahabat-sahabat pembahas,

Pedas ke atau tidak dua perenggan berikut yang diungkapkan oleh Dato' hendak ditelan atau diluah...? ditelan pahitlah, tetapi mematikan ego..membangkitkan kesedaran dan muhasabah. diluah lega seketika, tetapi mematikan pemuda UMNO dan kepimpinannya. Fikir-fikirkanlah.

"..Setelah teruk dihukum oleh ahli dan penyokong sendiri dalam pilihan raya, adalah kesilapan dan dosa besar bagi para pembesar Umno terus memperkotak-katikkan mereka.

Mereka tidak akur membuta tuli lagi dan mungkin tidak akan kembali ke pangkuan Umno jika mesej mereka terus dipermainkan oleh para pembesar parti yang bebal dan tumpul otak."

Maaf Dato' kerana cetak balik statement di atas. Namun ada sebab untuk saya meneruskan komen.Jika ikut pemerhatian yang cetek ini, adakah ketiga-tiga tokoh ini membawa beban kepimpinan kepada Pemuda dalam konteks "order lama" akan mengganggu "new scheme of changes" di dalam pemuda UMNO? Mengapakah tidak ada tokoh lain yang bebas dari "conflict of leadership" dan "conflict of interest" dari kalangan kem-kem pemimpin senior?

Carilah suatu keharmonian di dalam barisan baru Pemuda, yang boleh membawa Pemuda yang berinspirasikan "mode of changes" di dalam gerak kerja pemuda dan akar umbi pemuda. Wahai tokoh-tokoh UMNO yang ikhlas, tampilkan tokoh-tokoh pemuda yang ingin berjuang untuk agama (Islam), bangsa (terima hakikat negara kita berbilang bangsa) dan Negara (cita-cita berSyariat, berilmu dan berteknologi tinggi serta bersyukur dengan kemakmuran Ilahi). Kembalikan semula Idealisma pemuda dengan jejak baru dan penampilan pejuang seperti dahulu, sehingga pimpinan senior pun terangkat dengan tindakan-tindakan pemuda-pemuda Melayu-Muslim sejati.

Biarlah Pemuda yang membuat kajian, perbahasan, pertimbangan dan keputusan yang memberi sinar harapan kepada warga belia-Muslim dan bukan Islam dinegara ini. Saya percaya dengan komitmen Wagasan Melayu-Muslim sejati, mampu membangkitkan kepercayaan ahli dan akar umbi.

BILA TAH LAGI PARA PEMUDA KAN MULA MERINDUI PERLAKSANAAN WAWASAN SYARIAT ISLAMIAH MENJADI WAHANA PERJUANGAN? PEMBUKTIAN ANDA SANGAT DIALU-ALUKAN...DI PERSADA PERJUANGAN AGAR KESATUAN UMAT MELAYU KEMBALI PERKASA.

Terima kasih dato' dan sahabat-sahabat pembahas.

Arau

PERLIS DARUS SUNNAH

5:59 PM

4 comments:

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Assalamu 'Alaikum!
Jika ada masa layarilah Universiti Maya Rakyat (UMAR) yang baru ditubuhkan.
Wassalam.

Click pada nama ana tuh!

Anonymous said...

salam...saya ingin bertanya kat ustaz samada ustaz berminat atau tidak untuk mengembangkan dakwah ini meggunakan cara internet marketing yg lebih superb lagi???

kalo ustaz berminat sila emailkan kat saya di email saya and kita boleh berbincang lagi..its up to you..saya cuma boleh membuka peluang sahaja..

Email: oligococoa@yahoo.com

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Assalamu 'Alaikum ustaz!
Waaah, minat betul mengenai politik tanah-air?
Ana dah sampaikan 3 lecture dlm fakulti siyasah syar'iyah UMAR. Fakulti2 lain (sekarang dah setup 5) belum sempat bagi lecture. Tengah fikir strategi persembahan.
Apa komen ustaz?

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz...saya amat berharap supaya ustaz boleh beri respons kepada tawaran saya sebelum ini...kita boleh berbincang lebih dalam lagi mengenai dakwah ini..contohnya, kita boleh buat "Malaysia Islamic Magazine" secara online...sape yg nak baca just download je dari internet..tapi saya memerlukan kerjasama ustaz...terpulanglah kat ustaz..