Q.1 Bagaimanakah cara menghayati keindahan akhlak Srikandi Zaman silam?.
A.1
1. Islam tersibar dengan kekuatan akhlak Islamiah, contoh tauladan (usawat dan qudwat), kepimpinan hidayah (inspired leadership): bukan dengan kekerasan dan paksaan (‘adam al-ikrah – without any forces).
2. Cara-cara menghayati akhlak Srikandi Muslimah di zaman silam ialah;
a) Memahami Islam ajaran yang syumul sebagai al-Din: iaitu Islamlah sebagai jalan hidup Muslimah yang mencorakkan sosio-budaya mereka dengan penuh penghambaan kepada Allah swt.
b) Meletakkan Syariat Islamiah sebagai sumber kekuatan jati diri dalam menentukan standard of living – ukuran gaya hidup muslimah. Penyimpangan dari syariat, bererti penyimpangan dari jati diri seorang Muslimah sejati.
c) Menghadzam dan benar-benar mengahayati – empathy or passing through experiential learning process terhadap kisah-kisah mujahidah-mujahidah di dalam keharuman sirah nabawiyyah di kalangan ummahat al-Mu’minat dan Sahabiyat yang terkenal di dalam Islam. Merekalah obor perjuangan dan semangat kental Muslimah moden dalam mengharungi kehidupan semasa hari ini.
d) Kehadiran Srikandi Islam di zaman silam itu, menghapuskan prasangkan Barat dan gerakan women liberation bahawa Islam tidak memberikan peranan penting kepada wanita. Malah Islam mengatur dan mengizinkan peranan mereka dengan penuh kesopanan dan ketertiban, berdasarkan bidang kerja yang sangat layak untuk wanita yang mana tidak dititik berat oleh pejuang-pejuang hak-hak asasi wanita barat.
e) Penglibatan Srikandi Islam di dalam bidang sosial umat Islam di dalam rumahtangga sebagai isteri dan anak-anak remaja Muslimah, di dalam masyarakat sebagai periwayat hadith, guru dan ulamak menyampaikan ilmu pengetahuan, penghubung rantaian sosial umat Islam antara Muslim dan Muslimah di dalam masyarakat Islam dan sebagai sayap kanan dan kiri serta pembantu di dalam setiap peperangan untuk menyediakan minuman, bekanlan makanan dan ubat-ubatan kepada pejuang Islam. Merawat dan menjaga tenteran yang tercedera. Wanita Islam juga masih terlibat sebagai usahawan dan karyawan seni dan komersial.
3. Contoh penghayatan Keindahan Akhlak Islam di kalangan Srikandi Islam di zaman Silam;
a) Kesabaran Ummu Salamah dengan kematian anaknya. Ungkapan beliau yang masyhur kepada suaminya ialah: “Bagaimanakah pandangan kanda sekiranya seseorang memberikan suatu amanah kepada kanda dan sekarang ia ingin mengambilnya semula barang yang diamanahkan itu?. Suaminya menjawab sudah tentu dengan segala senang hati akan dikembalikan!. Bagaimanakah sikap kanda kalaulah Allah ingin mengambil anak kita yang telah diamanahkan itu kembali ke sisiNya?.”
b) Ketenangan sayidatina Khadijah al-kubra menghadapi kegawatan suaminya Muhammad ibn ‘Abdillah menerima wahyu dan ketikan Allah swt melantik baginda menjadi Rasulullah saw. Ungkapan berharga ketika meredakan Muhammad saw ialah :”Kekanda janganlah engkau takut dengan khabar ini, Allah swt tidak akan membinasakan kamu kerana setakat pengetahuan adinda, kekandalah orang yang dikenali sebagai al-amin (yang sangat amanah), suka menolong golongan miskin, menyambung silat al-rahim (persaudaraan), menyelesaikan persengketaan kaum dan memaafkan manusia.”
c) Kehebatan semangat Asma’ binti Abi Bakr ketika berhadapan dengan tentera Hajjaj Yusuf al-Thaqafiy dan menggalakkan anak beliau ‘Abdullah ibn al-Zubbair untuk syahid mempertahankan kota Mekah. Ibnu al-Zubbair memohon pandangan Ibunya untuk berjuang, Asma’ dengan tegas menjawab: “Sekiranya kamu yakin kamulah berada di pihak Allah swt dan Rasulnya, pergilah turun ke medan, hendaklah kamu mati dalam keadaan mulia (mut syaheedan) daripada hidup menanggung kehinaan di sisi Allah swt (‘isy muheenan).”
d) Kegigihan dan kepahlawanan Ummu Sulaim di dalam peperangan Hunnayn. Suaminya mengadu kepada Rasulullah saw tentang senjata yang dimiliki oleh Isteri beliau Ummu Sulaim. Rasulullah saw bertanya: “Apakah yang kamu akan lakukan dengan senjata itu wahai Ummu Sulaim?. Jawab beliau: “aku kan koyakkan perut-peryut musuh itu dengan senjata ini, jika mereka (pihak musuh) mendekati khemah-khemah kita ini!.” Dan Beliau benar-benar melakukannya.
Q.2 Keistimewaan atau kelebihan menghayati semangat dan cara hidup Srikandi Islam dan penyesuaiannya dengan zaman moden.
A.2
1. Keistimewaan dan Kelebihan menghayati akhlak Srikandi Islam ini ialah berkemampuan mengembalikan penghurmatan dan pengiktirafan manusia moden kepada peranan sebenar Muslimah dan kemuliaan hakiki wanita Islam. Mereka ada tempat yang paling dasar dan penting kepada warga lelaki umat manusia.
Ungkapan Syair Arab menjelaskan : (al-ummu – Ibu itu Adalah…..)
“Ibu itu adalah sekolah (madrasat) jika engkau mendidiknya dengan baik, Ia akan menyiapkan bagimu suatu generasi yang berkalibar;
(Arb. al-ummu madrasatun, idha a‘dadtaha; a‘adadta sya‘ban toyyiba al-a ‘raaq)
Ibu itu adalah taman (raudah), jika sentiasa di jagai dan disirami dengan air, ia akan menghasilkan pepehonan yang merimbun teduh;
(Arb. al-ummu rawdun, in tu‘ahhidhu al-haya; bi al-rayyi awraqa ayyama ieraaq)
Ibu itu adalah guru segala guru-guru (ustadh al-asatidhat) yang ulung, Dialah yang berusaha meninggalkan hasil didikan kecemerlangan bertebaran di seluruh pelusuk alam.”
(Arb. al-ummu ustaadhu al-asaatidhat al-uulaa; syaghalat ma’aathiruhum mada al-aafaaq)
2. Antara keistimewaan berakhlak Srikandi Islam yang agung ialah;
a) Dapat mengembalikan peranan dan tugas wanita seperti yang diatur dan dirancang oleh Allah swt pencipta kita. Contoh kelembutan dan sifat malu mereka, adalah suatu sentuhan yang tidak ada pada lelaki yang mampu mengahasilkan genersai yang bersopan dan hemah tinggi. Sebab itulah dalam banyak hal, wanita dikaitkan dengan fungsi tarbiyah dan pembentukan anak-anak di samping sokongan penguatkuasaan kaum lelaki.
Hadith nabi saw menjelaskan : “Setiap bayi itu dilahirkan fitrah, maka kedua ibubapanyalah yang bertanggung jawab menjadikan mereka Yahudi, Nasrani dan Majusi (penyembah api).”
b) Akhlak Srikandi Islam mengembalikan ksesopanan di dalam masyarakat umat Islam. Kesopanan Mulsimah adalah suatu harga yang tertinggi bagi manusia, kerana ia mampu membenteras segala punca keruntuhan moral. Wanita yang bermarwah, mengahapuskan anggapan “wanita adalah bahan dagangan seksual yang murah, pelaris barangan komersial dan hamba kepada kerakusan hawa nafsu manusia.”Masyarakat Islam bebas daripada budaya perdagangan seks yang meruntuhkan masyarakat manusia.
Hadith nabi saw mengingatkan: “sekiranya seseorang itu tidak memiliki perasaan malu dengan batasan syariat Ilahi, maka berbuatlah apa yang dia suka (kerana ia telah tidak ada marwah dan harga diri).”
c) Menghilangkan fitnah bahawa Islam tidak memberi hak asasi manusia dan kebebasan wanita. Malah Muslimah dibebaskan dari kongkongan dan penindasan manusia sesama mereka; dari penguasa zalim, mahu pun budaya eksploitasi ke atas wanita, atas nama kebebasan yang meruntuhkan moral mereka sendiri, mampu memelihara sendi-sendi kesopanan dan marwah wanita yang telah diragut atas nama kemodenan, kegelamouran dan kebebasan pergaulan (ikhtilat bayn al-rijal wa al-nisa’), menghindari keruntuhan institusi rumahtangga atas nama keseronokan dan keserasian hasil runtunan hawa nafsu tanpa ikatan nikah dan tanggung jawab keluarga dan sosial. Maka Islam lebih jelas mesej kemanusiaannya untuk mempastikan manusia masih ada sifat perikemanusiaan, tidak mengamalkan sikap manusia bersifat persis kebinatangan (hedonistic cultures).
Firman Allah swt di dalam surah al-tawbat, 71 maksudnya :
“dan orang-orang beriman, lelaki dan wanita sebahagian mereka adalah menjadi penolong (awliya’u ba‘dh) kepada sebahagian yang lain, Mereka menyuruh (melaksanakan) perkara ma‘ruf dan mencegah (meninggalkan) perkara munkar…”
d) Hijab membebaskan wanita untuk melakukan sumbangan bakti mereka di dalam masyarakat tanpa diganggu oleh golongan lelaki yang rosak jiwa mereka. Antara syarat wanita Islam aktif dalam masyarakat ialah wajib berhijab, aman dari fitnah, dengan izin wali atau suami, tidak mengabaikan tugas mendidik generasi dan bersama mahram mereka. Jadi ingin diperbetulkan bahawa, hijab tidak memundurkan umat Islam, malah hijablah menimbulkan keselesaan pandangan dan hubungan lelaki dan wanita bukan mahram. Allah swt sangat faham jiwa lelaki dan wanita muslimah bila bergaul, kerana itu wanita di minta berhijab dan lelaki diminta bersopan dan tidak bernafsu bila berurusan dengan wanita, serta menjaga harga diri dan marwah mereka di hadapan Allah swt.
Firman Allah swt kepada lelaki Muslim : “katakanlah kepada lelaki-lelaki mukmin, hendaklah kamu rendahkan pandangan kamu (yaghudduna min absarihim), dan hendaklah kamu kawal marwah dan kemaluan kamu (wa yahfadhuu furujahum)…”
Firman Allah swt kepada wanita Muslimah :”hendaklah kamu labuhkan jilbab kamu, dan janganlah kamu menampakkan perhiasan kamu kecuali apa yang zahir sahaja (muka dan tapak tangan)..”
e) Umat Islam adalah suatu umat yang benar-benar menepati konsep pembangunan manusia dalam konteks guna tenaga kerja dan sumber manusia mengikut “kelainan tabiat dan struktur fizikal antara lelaki dan wanita serta kemampuan mereka.”Maka saranan kepada Umat Islam hari ini agar melakukan kajian ilmiah tentang kewajaran pembahagian tugas yang berlainan antara dua gender ini agar tidak menzalimi tabie wanita dan lelaki dalam profesion mereka dan akhirnya dapat menghasilkan produktiviti yang maksima dan keutuhan hubungan kekeluargaan yang baik menjelang tibanya era masyarakat maju dan negara Industri di seluruh negara Umat Islam.
Menjaga dan menghayati akhlak Srikandi Islam tidak mengahalang umat Islam mengahadapi era Negara Industri dan Maju, malah umat Islamlah sepatutnya lebih bersedia secara ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, serta psikologi dan kemanusiaannya dalam membentuk masyarakat moden hari ini.
Friman Allah swt maksudnya: “Begitulah kami jadikan kamu Umat Pertengahan agar kamu menjadi saksi ke atas umat manusia yang lain. Dan Rasulullah saw menjadi saksi ke atas ke atas kamu.”
Abu Amrullah Muhammad El-Merbawiy
Arau
PERLIS DARUS SUNNAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment