Wednesday, April 23, 2008

Pemergian Rustam A Sani : AL-FAATIHAH

Assalamauaikum warahmatullah,

Sekalung AL-FAATIHAH..

buat al-marhum yang berbahagia Saudara Rustam A Sani.

Tulisan mu sangat menyentuh dan merobah sikap, jiwa dan arah tuju manusia.
Semangatmu sejitu ayahanda pejuang agama, bangsa dan tanah air,
Ya Allah swt, terimalah hambaMu ini kembali ke sisiMu,
dengan rahmat penuh kasih dalam amal soleh terpilih,
bariskanlah beliau di kalangan mujahidin,
solihin dan hasuna ulaa'ika rafeeqa.
perkukuhkanlah diri kami sebagai penerus perjuangan beliau,
agar bumi ini berterusan mendapat sinar "keberkatan, keredhaan dan penjagaanMu Ya Allah swt".

Ameen Ya Rabba al-'Aalameen.

Arau

PERLIS DARUS SUNNAH

April 23, 2008 11:23 AM

Reference:

https://www.blogger.com/comment.g?blogID=1245102280826089707&postID=6886684875120420510

3 comments:

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

As-Salamu 'Alaikum Ustaz!
Saya tertarik dengan nukilan ustaz mengenai shi'ah dan sunnah termasuk wahabi.
Secara perbandingan simple adalah sebagai berikut:
1. Ahli Sunnah = UMNO Malaysia
2. Shi'ah = PAS Malaysia
Di Malaysia, yang mana tak releven. Begitu juga di dunia, yang mana tak releven.
Maaf dan salam.

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Wa 'alaikumussalam Dr.,

Artikel tu aredha punya dari member Siasahdaily blogspot. Mungkin bila tengok Perlis Darus Sunnah di akhir mesage ana tu, dia cerita bab Wahabi tu. Tambahan pulak bila rendahkan pula syiah kerana ada pakatan dengan Amerika, maka pro-syiah akan balas balik hingga melarat ke wahabi.

Perlis ni wahabi sangat ke..? biarlah dengan gelaran sunnahnya, mudah-mudahan berkat. Kita minta jangan dok bid'ah yang tak sepatutnya dahlah. Jika berterusan begitu, satu negeri lagi terkeluar dari wahdatul ummah di Malaysia ni.

Bagi ana, hati-hatilah bila menggelar wahabi tu... pencinta sunnah rasul di kalangan salafi yang murni (asalah) tetap generasi contoh dan barakat. Tidak sama dengan salafi jelmaan dan jadian ini. Hal inilah yang telah ditegur oleh Syeikh Ramadhan al-Butiy di dalam karya. "Generasi salaf adalah generasi berkat, bukan satu mazhab."

Tolong ustaz ringkaskan fakta tentang Sunnah, Syiah dan wahabiah ini di dalam Laman Maya Universiti UMAR tu.

Tengok artikel "Shariah : way to justice" oleh Kharram Murad, ambillah dan ringkaskanlah untuk posting ke UMAR pada bahagian-bahagian yang sesuai dengan pengiktirafan pengarangnya.

Arau

PERLIS DARUS SUNNAH

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

As-Salamu 'Alaikum!
Kita senang saja. Siapa yg. laksanakan syari'at, sunni ka, shi'i ka, wahabi ka, janji mengucap 2 syahadat, saudara kitalah. Salah silap dan kelemahan ada pada setiap manusia dan mazhab termasuk orang dulu-dulu kecuali Rasulullah s.a.w.
Maaf ustaz. Perlis dah laksana sunnah ka? Ana ni ketinggalan zaman. Maklumlah orang pencennn.
Salam.