Friday, January 15, 2010

Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah

Fri, 27 June, 2008 19:17:11From:

adis elmerbawiy (easudihamdun@yahoo.co.uk )

View Contact
To: kolejislam@yahoogroups.com
Cc: esudihamdun@netscape.net

Assalamu'alikum wrmt wbrt,

Akhi Zain ar-Rijal,

Ana menyokong agar enta melihat ruang "prevention is better than cure via Malaysian Law provisions" and according to the wisdom of our religious administrators to avoid some sort of the most chiotic circumstances of the religious practices in Malaysia. So, let's examnine my sharing oppinion as written below;

1. Mengapakah isu terjemahan “Allah” ke bahasa Melayu itu penting kepada pihak Borneo Catholic Society di dalam bible Melayu?, sedangkan bangsa Melayu tidak boleh diseru kepada agama Kristian berdasarkan ketetapan cegahan oleh Perlembagaan Persekutuan. Ini mencanggahi undang-undang negara ini.

2. Kalau benar hendak terapkan “Allah” atau dalam bahasa Inggerisnya “God” ke dalam bahasa Melayu standard, memadai memakai dengan perkataan “tuhan” (bukan t huruf besar – CL) kerana “Tuhan” (dengan T huruf besar – CL) telah memberi maksud Allah swt di dalam penggunaan bahasa Melayu standard dan penggunaan akademik. Maka BSC cukup dan memadai memakai terjemahan Tuhan sahaja, tidak “Allah swt” kerana “Allah sawt” daripada bahasa Arab – dalam istilah agama Islam “lafdzul Jalaalah Malikul A‘dzam” – suatu lafaz Kebesaran kepada Penguasa yang Maha Agong, SUATU NAMA DAN ISTILAH KHAS BUAT UMAT ISLAM (Umat Muhammad saw).

3. Jika dibahas secara terperinci hakikat ketuhanan Kristianiti dan ketuhanan Islam, hanya bersatu pada nama panggilan sahaja jika di bahaskan di dalam bahasa Arab. Ianya tidak sama dari sudut hakikat dan Zat. (the entity and essence). Ketuhanan Kristianiti melibatkan “Aqnum” yang tiga – (trinity of oneness in unity ), sedangkan Allah swt bagi Islam adalah ketungggalan pada zatNya (unicity of oneness). Itulah jawapan Allah swt berikan bila Nabi saw di tanya oleh delegasi Kristian Najran ketika hayat baginda dengan surah al-Ikhlas, ayat 1-4 bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad ) bahawa Dialah Allah swt itu Esa – Arb., ahadun (ketunggalan – bukan terdiri daripada gabungan entiti berlainan) (1) Allah sahaja tempat tumpuan pengaduan insan – Arb., as-Somadu (2) Dia tidak beranak dan tidak juga diperanakkan – Arb., lam yalid wa lam yuulad (3) Dan Dia juga tidak ada PERSAMAAN dengan sesuatu yang lain – Arb., lam yakun lahuu kufwan ahad (4).”

Jelasnya penganut Kristian ketika itu memahami kelainan Tuhan Muhammad saw (Allah swt) berbanding dengan tuhan golongan Kristian ketika itu. Oleh itu mereka tidak menerima Islam ketika itu kerana menyedari anutan ketuhanan yang berbeza dan kenabian Muhammad saw yang berbeza.

4. Jadi bolehkah secara agama kita turut terlibat dalam menyibarkan pembohongan dan pendustaan kepada manusia terhadap identiti Tuhan sesuatu agama tersebut?. Dalam Islam sudah pasti Dosa Besar dan Keluar agama dalam istilah “Zindiq” – hukumannya murtad. Begitu jugalah dengan agama Kristian tentang pendustaan atas nama Tuhan adalah satu kesalahan.

MAKA BEGITULAH HALNYA JIKA BSC INGIN MENYAMAKAN JUGA HAKIKAT NAMA “ALLAH” ITU KE DALAM INJIL VERSI MELAYU SAMA SEKALI TIDAK MENEPATI MAKNA HAKIKAT KETUHANAN SEBENAR. JANGANLAH BERDUSTA DI ATAS NAMA TUHAN MANA-MANA AGAMA.

Wassalaam.

----- Original Message ----
From: zainulrijal
To: kolejislam@yahoogroups.com
Sent: Monday, 23 June, 2008 9:46:41 AM

Subject: RE: [kolejislam] Re: Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah

Waalaikum salam,

Sebagai tambahan kepada ulasan syeikh al qurawiy, sebenarnya mereka tidak
berhenti dengan kalimah Allah sahaja. Sidang Injil Borneo telahpun
memfailkan permohonan untuk menggunakan kalimah Baitullah, Kaabah dan solat bagi penggunaan agama mereka. Nanti mereka kata Setiap pagi ahad saya pergi ke baitullah untuk menunaikan solat mengadap kaabah sedangkan maksud mereka ialah setiap hari ahad mereka ke gereja bersembahyang di biara. Tidakkah ia sangat mengelirukan orang Islam. Saya petik sedikit persoalan yang
dikemukakan.

"Persoalan yang patut kita fikirkan, sehingga bilakah kita akan
mampu terus hidup hanya berbekalkan oksigen dari saluran undang-undang
sehingga kita yang majoriti, dengan segala peruntukan yang ada; TV,
radio, berbagai-bagai institusi dan agensi yang dilindungi, masih
takut kepada gerakan minoriti? Di manakah kehebatan Islam yang selalu
kita sebut dan ceritakan sejarah kegemilangannya? Atau sebenarnya,
kita tidak memiliki Islam seperti hari ia diturunkan? Maka kempen
Islam kita selalu tidak berkesan."

Jawapannya: kita mesti bergantung kepada saluran undang-undang selagi mana
ia menyebelahi Islam. Ini juga strategi musuh Islam. Buat masa ini kehebatan
dan kegemilangan Islam hanya tinggal di dalam catatan sejarah sahaja.
Kenapa? Kerana Islam tidak diamalkan sepenuhnya di Malaysia. Kempen orang
Islam memang tidak berkesan dan kita sering terperangkap dalam perangkap
orang kafir. Memang berul kita tidak memiliki Islam seperti hari ia
diturunkan sebab itulah kita tidak patut memberi ruang untuk orang lain
mengelirukan umat Islam yang sudahpun terkeliru ini.

Sebagai peguam, kami dilatih untuk melihat the worst scenario dan kami
dapati jika dibenarkan umat Islam akan kucar kacir. Ini adalah kerana method
dakwah kita tak berkesan. Kita gagal menjeadikan umat Islam di Malaysia kuat
dan hebat. Salah siapa? Tanyalah diri kita sendiri. Semua ini berlaku kerana
kelemahan umat Islam sendiri.

Zainul Rijal

From: kolejislam@yahoogro ups.com [mailto:kolejislam@yahoogro ups.com] On
Behalf Of alqurawiyy
Sent: Sunday, June 22, 2008 6:10 PM
To: kolejislam@yahoogro ups.com

Subject: [kolejislam] Re: Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah

Aslkm,

Ya intellektual Islam memang pandai bagi pandangan dan ulasan yang
komprehensif. But bagi kami yang bertanggungjawab dalam hal
undang-undang ni soalannya satu saja...

"Penganut Kristian Katholik meminta mahkamah tinggi membuat
perisytiharan bahawa mereka juga berhak menggunakan kalimah Allah
dalam bible Melayu bagi maksud perkataan God yang digunakan dalam
bible Inggeris."

Kalau jawapannya boleh, kami akan concede, tak payah lawan lagi.

Kalau di masa-masa akan datang orang Kristian berdiayah kepada orang
Islam bahawa Kalimah Allah yang orang Islam sanjungi sebagai nama khas
bagi tuhan yang esa itu hanyalah kata nama am yang sama ertinya
dengan perkataan tuhan, maka kita dengan segala hormatnya menjemput
para cerdik pandai ini untuk berhadapan dengan puak-puak Kristian ni.

Hadapilah sendiri keadaam seperti di Indon, apabila khatolik berkempen
kepada orang Islam, Allah tuhan kamu itu pun ada dalam agama kami.

Berhujah for idealisme tidak sama dengan menghadapi cabaran secara
realistik. U got to know what they are fighting for rather than
membuat andaian atau igauan yang sangat berbunga2.

We are not there in the court to differentiate aqidah Islam or aqidah
Kristian Khatolik. We are there to decide whether Kalimah Allah itu
nama khas bagi tuhan yang kita sembah atau kata nama am yang berhak
digunakan oleh khatolik dalam kitab mereka.

al Qurawiyy

In kolejislam@yahoogro ups.com ,
muhammad mad wrote:

Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah
Posted on Apr 27, 2008 under Akidah |

Hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan
selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya
pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik.
Banyak pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan
nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini.
Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas
dengan berkata: "Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat
pentadbiran atau tempatan.

Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa
sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa
melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula
edisi inggerisnya? Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka
wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya.
Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu
itu nanti.
Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata: jika anda
hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang
akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata
al-Quran dan al-Sunnah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan
bertitik tolak dari kedua sumber tersebut.
Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak
begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting.
Isu yang terpenting bagi saya adalah kefahaman mengenai keadilan dan
kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap rakyat negara ini,
muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap
Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru.
Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah
Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah,
sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di
samping, kita mesti bertanya diri kita: mengapakah kita sentiasa
merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil
tuhan Allah? Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan
kita menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam?. Maka, apakah
isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam, atau kebimbangan disebabkan
kelemahan diri umat Islam itu sendiri?

Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan
musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah
dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan
untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar. Firman Allah: (maksudnya)
"Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada
mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan
menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela
dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad)
yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum
yang tidak mahu beriman!" (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).

Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) "Dan sesungguhnya
jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik)
itu: "siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan
dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" sudah tentu mereka
akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah"
(sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan
kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid)
(Surah al-Ankabut ayat 63).

Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan
al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah
sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh
untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang
dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka
lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah
terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.

Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh
Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang
dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan
muslim menyebut "Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan
tumbuhan", maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.

Apakah patut kita kata kepadanya: awak jangan kata Allah yang
menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata
demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong
awak yang menurun hujan". Apakah ini tindakan yang betul? Tidakkah itu
menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya
berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia
berkata: "Tokong ini adalah Allah". Saya kata: "Awak dusta, itu tidak
benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak".
Maka, ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam
mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia, Allah menyebut:
(maksudnya) "..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia
menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah
tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan
tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang
Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua
tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong
ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha
Perkasa. (Surah al-Hajj ayat 40).

Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah.
Adapun berhubung dengan orang Kristian, Allah menyebut: (maksudnya)
"Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: "Bahawasanya Allah
ialah salah satu dari yang tiga (triniti)". padahal tiada tuhan (yang
berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat
73). Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang
dibantah adalah dakwaan bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.

Justeru itu kita lihat, orang-orang Kristian Arab memang memakai
perkataan Allah dalam Bible mereka, juga buku-buku doa mereka. Tiada
siapa pun di kalangan para ulama kaum muslimin sejak dahulu yang
membantahnya. Jika ada bantahan di Malaysia, saya fikir ini mungkin
atas alasan-alasan setempat yang saya sebutkan pada awal tadi. Cuma
yang diharapkan, janganlah bantahan itu akhirnya memandulkan dakwah
Islam dan menjadikan orang salah faham terhadap agama suci ini.

Saya selalu bertanya sehingga bilakah kita di Malaysia ini akan
begitu defensive, tidak memiliki anti-bodi dan tidak mahu berusaha
menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus bimbang dan takut
kepada setiap yang melintas. Padahal itu bukan sifat Islam. Islam
agama yang ke hadapan, misi dan intinya sentiasa disebarkan. Sehingga
Allah menyebut: (maksudnya): "Dan jika seseorang dari kalangan
musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan
kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterang an Allah
(tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang
selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum
yang tidak mengetahui (hakikat Islam). (Surah al-Taubah ayat 6).

Ada orang tertentu yang berkata kepada saya: nanti orang Islam
keliru kerana sebutan nama Allah itu sama antara mereka dan Islam.
Lalu rosak akidah orang Islam kita nanti. Saya berkata kepadanya:
"Jikalaulah sebutan nama tuhan itulah yang menentukan akidah Islam,
tentulah golongan musyrikin Mekah tidak memerlukan akidah yang dibawa
oleh Nabi s.a.w. Mereka telah sekian lama memanggil tuhan dengan
panggilan Allah.

Lihatlah bapa Nabi kita Muhammad bernama 'Abdullah yang bermaksud
hamba Allah. Tentu sekali bapa baginda lahir pada zaman jahiliah
sebelum kemunculan baginda sebagai rasul. Nama itu dipilih oleh datuk
Abdul Muttalib yang menjadi pemimpin Quraish pada zaman dahulu.
Quraish pada zaman jahiliah juga bertawaf dengan menyebut:
LabbaikalLahhumma yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah!

Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai
perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti
berikut: "Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi
s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin 'Amr. Sabda Nabi s.a.w :
barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanir rahim. Kata Suhail:
Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu
Bismillahirrahmanir rahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu
BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)". Dalam riwayat al-Bukhari,
Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan
nama Allah.

Maka yang membezakan akidah Islam dan selainnya adalah tauhid yang
tulus yang menentang segala unsur syirik. Ketidak jelasan dalam
persoalan inilah yang menggugat akidah jenerasi kita. Mereka yang
berakidah dengan akidah Islam sangat sensitif kepada sebarang unsur
syirk agar tidak menyentuh akidahnya. Bukan semua yang mengakui Allah
akan dianggap beriman dengan iman yang sah selagi dia tidak
membersihkan diri dari segala unsur syirik.

Lihat, betapa ramai yang memakai serban dan jubah, berzikir sakan
tetapi dalam masa yang sama menyembah kubur-kubur tok wali tertentu
dengan cara menyeru dan merintih pemohonan darinya. Ini yang dilakukan
oleh sesetengah tarekat yang sesat. Apa beza mereka ini dengan yang
memanggil nama-nama berhala yang asalnya dari nama orang-orang saleh
juga, yang mati pada zaman dahulu.

Firman Allah: (maksudnya) Ingatlah! Untuk Allah agama yang suci
bersih (dari segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik yang
mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung (sambil berkata):
"Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami
kepada Allah sehampir-hampirnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum
antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya.
Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang
yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan) , lagi sentiasa kufur
(dengan melakukan syirik). (Surah al-Zumar ayat 3).

Di Malaysia kita pun ada yang memakai gelaran agama menentang
pengajaran tauhid rububiyyah, uluhiyyah, asma dan sifat. Mereka ini
menyimpan agenda musuh-musuh dakwah. Padahal pengajaran tauhid yang
sedemikianlah yang mampu menjadikan muslim memahami dengan mudah
hakikat tauhid. Mampu membezakan antara; sekadar mempercayai kewujudan
Allah dengan mentauhidkan Allah dalam zatNya, ibadah kepadaNya dan
sifat-sifatNya.

Persoalan tauhid anti syirik ini begitu mudah dan ringkas untuk
memahaminya. Nabi s.a.w telah menyebarkannya dengan begitu pantas dan
mudah. Seorang badawi buta huruf yang datang berjumpa baginda mampu
memahami hanya dalam beberapa sessi ringkas. Bahkan mampu pulang dan
mengislamkan seluruh kaumnya dengan akidah yang teguh. Namun, di
kalangan kita, pengajaran akidah yang dinamakan ilmu kalam begitu
berfalsafah dan menyusahkan.

Bukan sahaja badwi, orang universiti pun susah nak faham. Sehingga
seseorang bukan bertambah iman, tetapi bertambah serabut.
Bertahun-tahun masih dalam kesamaran. Diajar Allah ada, lawannya
tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta..lalu ditokok tambah
dengan falsafah-falsafah dan konsep-konsep yang menyusahkan. Padahal
penganut agama lain juga menyatakan tuhan itu ada, melihat, tidak
buta, mendengar, tidak pekak dan seterusnya. Apa bezanya jika sekadar
memahami perkara tersebut cuma?

Maka anak-anak orang Islam kita gagal memahami hakikat tauhid
anti-syirik yang sebenar. Padahal ianya begitu mudah semudah memahami
kalimah-kalimah akidah dalam surah al-Ikhlas yang ringkas. Kata Dr
Yusuf al-Qaradawi: "Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun
mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia
bukannya akidah.Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah
terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan
masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan
ahlinya serta berkeras terhadap mereka" (Al-Qaradawi, Thaqafah
al-Da'iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat). Dahulu kelemahan
ini mungkin tidak dirasa, tetapi apabila kita hidup dalam dunia
persaingan, kita mula menderitai kesannya.

Jika akidah jenerasi kita jelas, apakah mereka boleh keliru antara
ajaran Islam dan Kristian? Adakah mereka tidak tahu beza antara ajaran
yang menyebut tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul qudus dengan akidah
Islam yang anti-syirik, hanya disebabkan adanya sebutan Allah? Begitu
jauh sekali perbezaan itu! Bagaimana mungkin sehingga mereka tidak
dapat membezakan antara malam dan siang? Apakah juga nanti kita tidak
membenarkan pihak lain menyebut nama nabi Ibrahim, Ishak, Ya'kub, Daud
dan lain-lain kerana budak-budak kita akan keliru lagi. Akidah apakah
yang mereka belajar selama ini di KAFA, JQAF dan berbagai lagi
sehingga begitu corot. Kalau begitu, sama ada sukatan itu lemah, atau
tenaga pengajarnya perlu dibetulkan.


Maka sebenarnya, isu ini adalah isu kelemahan kita umat Islam
dalam memahami akidah yang sebenar. Jenerasi kita tidak mempunyai
benteng akidah yang kukuh. Lalu kita semua bimbang mereka keliru
dengan akidah orang lain. Untuk mengatasi masalah ini, kita cuba
mengambil pendekatan undang-undang. Agar dengan halangan
undang-undang, kelemahan akidah generasi kita dapat dipertahankan.

Persoalan yang patut kita fikirkan, sehingga bilakah kita akan
mampu terus hidup hanya berbekalkan oksigen dari saluran undang-undang
sehingga kita yang majoriti, dengan segala peruntukan yang ada; TV,
radio, berbagai-bagai institusi dan agensi yang dilindungi, masih
takut kepada gerakan minoriti? Di manakah kehebatan Islam yang selalu
kita sebut dan ceritakan sejarah kegemilangannya? Atau sebenarnya,
kita tidak memiliki Islam seperti hari ia diturunkan? Maka kempen
Islam kita selalu tidak berkesan.

Bagi saya, bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk
direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula
akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang
sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.

ALKIS - REVIEWS

No comments: