Wednesday, March 25, 2009

Janji Datuk Najib kepada Rakyat terhadap UMNO

Analisis: Kesinambungan tradisi peralihan kuasa lancar
Oleh
Kadir Dikoh

Khamis, 26 Mac 2009 | 29 Rabiulawal 1430

...Ini bermakna, mereka yang dipilih itu nanti bukan saja boleh diterima oleh orang Melayu dalam Umno, malah orang Melayu di luar parti itu dan masyarakat umum keseluruhannya, termasuk yang bukan Melayu. Ini penting selepas Umno dan Barisan Nasional (BN) dihambat oleh prestasi buruk dalam sejarah 62 tahun parti itu apabila gagal mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen pada pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Oleh itu, seperti kata Najib, Umno mesti berubah serta berhenti daripada dikaitkan dengan politik wang dan sebarang amalan siasah yang tidak sihat bagi memenangi semula hati dan pemikiran rakyat, khususnya orang Melayu. Itulah hakikatnya kerana situasi hari ini menuntut parti itu sebagai wahana perdana politik orang Melayu, memperbetulkan kembali visi dan hala tujunya, sekali gus mengenal pasti langkah untuk mengubah semula Umno supaya kembali menjadi parti pilihan orang Melayu.

"Jadinya, mahu tidak mahu, kita mesti berubah untuk kepentingan rakyat. Berubah dari sikap mazmumah kepada sikap mahmudah. Berubah daripada kurang mesra kepada mesra, daripada mementingkan diri kepada mementingkan rakyat, daripada malas kepada rajin kerja, berubah daripada kurang berkhidmat kepada suka berkhidmat. Berubahlah, jika tidak, kita rebah," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian serentak persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno, malam kelmarin.

Belajarlah dari sejarah kerana mereka yang tidak belajar dari sejarah akan didera dengan mengulangi kesalahan berkali-kali.

Reference:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Rencana/20090325234509/Article/index_html

No comments: