Adis Album

Loading...

Friday, February 6, 2009

Rafak Sembah Patik Rakyat Yang Setia Kepada Kebenaran dan Keadilan

AMPUN TUANKU,

SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN.TIADA QASAD DERHAKA, MAKA DEMI KEBENARAN DAN KEADILAN JUA KRITIKAN DIPERSEMBAHKAN.ITULAH ADAB TATA SUSILA KITA MELAYU-ISLAM.

Ada pun, selepepas daripada itu (amma bakbu..),

Wahai DYMM Paduka Sri Sultan Perak,

Hamba (patik) berasa pedih ulu-hati dan pilu perasaan dengan peristiwa pembubaran Kerajaan Perak yang lalu. Kemudian digantikan dengan Kerajaan Perak UMNO-BN, yang dengan angkara mereka, air wajah Paduka Sri Sultan tercemar. Mengapakah begitu gopoh-gapah tindakan dibuat, tanpa merujuk kitab perundangan dan prosidur resmi dan pawang-pawang serta Jawhari-Jawhari Perundangan dan Kehakiman. Terlajak perahu dapat diundur, terlajak kata putus, MARWAH di pertaruhkan...Ampun Tuanku.

Hamba Rakyat tidak derhaka Tuanku, mereka sudah terdidik lewat 51 tahun kita merdeka. Keputusan dan penilaian mereka bersama-sama dengan para pendita, para pawang dan Jawhari keilmuan dan cedikiawan dalam memutuskan sesuatu perkara dalam urusan negara dan Negeri Ini. Maka kitab ilmuan juga dirujuk, prosidur perundangan dan kehakiman jitu juga jadi panduan. Maka Timbalan Memanda Menteri telah berangkara, mengheret Tuanku Paduka Sri Sultan membuat keputusan yang tidak merujuk kepada para Jawharinya itulah menjadikan Tuanku dipandang tidak hurmat oleh para hamba Rakyat Jelata. Patik meletakkan semuanya ini di atas bahu PIMPINAN UMNO-BN agar bertanggung jawab. Rakyat tidak bersalah, Tuanku Paduka Sri Sultan.Ampunkanlah mereka.

Sekian, patik sekali lagi merafak sembah ke hadapan Duli Tuanku Paduka Sri Sultan Perak.

AMPUN TUANKU,

PATIK MENJUNJUNG KASIH DULI TUANKU.
SEMOGA TUANKU DITUNJUKKI KEBENARAN DAN KEADILAN OLEH ALLAH SWT.

WASSALAMU 'ALAIKUM WARAHMATULLAH

Ikhlas seluhur jiwa murni:

Abu 'Amrullah Muhammad ADIS el-Merbawiy
DUNGUN
TERENGGANU.

7 Februari 2009
_________________________________________________________________________

Artikel ini sebagai Tazkirah kepada Pemabaca Blogs sekelian:

Reformasi Kedua di Kuala Kangsar (Petikan Telaah Politik )
Sat | Feb 07, 09 | 6:16:25 am MYT

Setelah lebih sepuluh tahun reformasi berkaitan pemecatan Anwar Ibrahim, kali ini berlaku peristiwa seumpamanya berkaitan pemecatan tidak sah Nizar Jamaluddin. Iklan

Jika gelombang reformasi tahun 1998 berlaku di Kuala Lumpur kemudian merebak ke seluruh negara, reformasi kali ini berlaku di Kuala Kangsar dan bakal merebak ke seluruh Perak, malah mungkin ke seluruh negara. Sekiranya reformasi sebelum ini kerana tidak puas hati dengan Dr Mahathir Mohamad, reformasi kali ini disebabkan tidak puas hati dengan Sultan Perak dan pimpinan Umno. Yang sama, kedua-dua reformasi itu tercetus disebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang membuak-buak terhadap ketidakadilan.

Dalam reformasi tahun 1998, Dr Mahathir yang mengukir nama baiknya hampir 18 tahun sekali tersalah tindakannya, nama beliau menjadi busuk dan dibenci oleh ramai rakyat Malaysia.

Demikianlah juga Sultan Perak yang telah memerintah hampir 25 tahun sebagai Sultan yang dihormati, sekali beliau bertindak secara tidak adil rakyat Perak kiri dan kanan sudah mula mencemuh.

Dikatakan Sultan Perak dan Raja Muda begitu terkejut dengan reaksi rakyat Perak menentang tindakan baginda.

Baginda menyangka bahawa rakyat Perak akan akur dengan keputusannya, tetapi peristiwa di Kuala Kangsar ini sememangnya di luar dugaan baginda. Kedudukan baginda sama seperti kedudukan Dr Mahathir pada tahun 1998.

Baginda Raja Muda Nazrin yang menaiki takhta dengan melangkaui giliran pastinya terkejut keretanya telah dibaling batu oleh para penunjuk perasaan. Baginda yang sejak sehari dua ini bertitah dengan tulus dan mulus menyatakan peranan Raja yang mesti mendukung keadilan, dapat melihat sendiri apabila rakyat memberontak setelah dirasakan Raja tidak adil dan berpihak.

Sehari dua ini kalau baginda turun kepada rakyat, tidak mustahil peristiwa yang berlaku kepada Bush akan turut berlaku kepada baginda. Cuma rakyat Perak mungkin tidak baling kasut sebab ramai di kalangan mereka yang tidak berkasut cuma berselipar. Kalau rakyat Perak membaling selipar apalagi jenis selipar jamban, maka sudah tentu Raja Nazrin akan rasa lebih terhina.

Demikianlah juga ayahanda Baginda Sultan Azlan, baginda juga pasti terkejut apabila rakyat sudah berani mempertikaikan kewibawaan baginda. Dalam laman-laman web kutukan demi kutukan telah dilempar kepada Sultan Azlan. Malah lebih mengejutkan lagi dalam web rasmi Sultan Perak, rakyat telah mencaci nista baginda di dalam buku pelawat web tersebut.

Perkataan-perkataan yang dilempar kepada Dr Mahathir, kini dilemparkan pula kepada Sultan Azlan. Sambutan 25 tahun baginda di atas takhta telah dicemari dengan kemarahan rakyat. Sepanjang 25 tahun baginda dihormati, kali ini rakyat tidak lagi menghormati baginda malah dicaci nista oleh mereka.

Dalam artikel kami yang lalu, kami telah menyatakan kalau Sultan Perak memilih untuk untuk menerima pandangan BN, maka sejarah hitam akan terpalit dalam 25 tahun pemerintahan baginda. Rakyat sekarang bukan lagi rakyat yang tidak bijak. Mereka telah mendapat ilmu setaraf dengan baginda, malah mungkin lebih.

Rakyat hari ini telah menolak propaganda media sebagaimana yang dilakukan dalam pilihan raya umum dan dua pilihanraya kecil yang lalu. Mereka telah mendapat berita dari pelbagai sumber.

Minda politik mereka telah beranjak kepada minda politik kelas pertama seperti di negara maju. Golongan yang sebaya dengan Baginda Sultan Perak ramai yang telah kembali menemui Allah, justeru rakyat baginda sekarang benar-benar telah berubah.

Peringatan yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS, supaya Sultan Perak meneliti keputusan baginda supaya selaras dengan kehendak rakyat seharusnya diberi perhatian. Sekiranya tidak peristiwa yang berlaku hari ini adalah natijahnya. Lebih daripada itu, sebagaimana yang disebutkan oleh Mursyidul Am PAS, kemungkinan sistem beraja di negara ini akan turut menjadi sejarah sebagaimana yang telah berlaku di negara-negara lain.

Tindakan baginda dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk di kalangan vateran Umno sendiri seperti Dr Mahathir, Tengku Razaleigh dan Rais Yatim. Demikian juga dengan SUHAKAM, turut mempertikaikan pembentukan kerajaan BN yang tidak sah ini.

Reformasi kali kedua ini mewarisi semangat reformasi kali pertama. Rakyat bangun menyatakan bantahan atas ketidakadilan. Kali ini mereka tidak mempedulikan siapa, kerana jelas kemarahan mereka ditujukan kepada Sultan Perak selain daripada pimpinan Umno.

Biarpun media massa memainkan peranan untuk mengelirukan rakyat bahawa Nizar dan penentang keputusan Sultan ini sebagai derhaka, hari ini telah diterima umum derhaka kepada kezaliman itu sesuatu yang mulia.

Zaman feudalisme dunia dan negara ini telah lama berlalu. Sekiranya Hang Tuah dan Hang Jebat menjadi calon Menteri Besar Perak sekarang, rakyat hari ini akan memilih Hang Jebat.

Sebagaimana propaganda media memburuk Anwar dan mewajarkan tindakan Dr Mahathir semasa reformasi 1998 tidak ditelan oleh rakyat, maka dipercayai propaganda media pada kali ini juga tidak akan berkesan.

Betapa lagi kalau Pakatan Rakyat bertindak bijak sepertimana tindakan mereka tahun 1998 yang lalu. Kalaupun kerajaan haram BN tidak tumbang, nama pemimpin mereka termasuklah nama Istana Perak akan terus buruk di mata rakyat.

Hari ini bukan sekadar zaman feudal telah berlalu, tetapi zaman politik perkauman juga hampir tamat. Faktor ini akan menjadikan reformasi kali kedua ini mungkin lebih berjaya. Cuma mungkin bahangnya hanya dirasai di Perak tidak di negeri yang lain. - telaahpolitik.blogspot.com_

Reference:
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=19265&Itemid=28

2 comments:

MnasBes said...

Askm...kata duduk dalam bidang education. Rujukan guna satu pihak sahaja semestinya tulisan anda bersifat melencong. Ramai orang berbincang pasal keadilan...sesuatu itu akan jadi adil kalau semuanya memberikan kelegaan dan kebaikan kepada anda.....adilnya tetapi apabila sesuatu keputusan itu tidak memberikan anda keselesaan semestinya anda akan mengatakan bahawa itu tidak adil. Cukuplah menyalahkan orang lain atas apa yang kita kurang arif. Saya mungkin boleh menerima ulasan anda jika anda ialah seorang pakar perlembagaan @ pakar undang2 tubuh negeri. Saya merasakan kita sudah berlebih2 dalam menidakkan keupayaan Sultan dalam membuat keputusan.Pelbagai faktor yang perlu ditimbang. Anda seorang yang berkopiah tetapi anda juga sebenarnya tidak adil. tidak adil kerana tulisan anda terarah kepada satu pihak sahaja serta penjelasan rasional keputusan Sultan tidak diambil kira. Kita tidak dapat pun rasanya menulis komen ini pada hari ini jikalau hak istimewa orang melayu dijaga. Dan kewujudan Sultan pula untuk memastikan hak istimewa itu dapat dirasai oleh bangsa kita. Malangnya bangsa kita cepat lupa. sudahlah kita ketinggalan di belakang tetapi kita berlagak seperti orang pandai...

Drpd: Makhluk lemah
Kpd: Ustaz yang maha arif

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Saudara/i MnasBes,

Kadang-kadang kelihatan kebenaran itu berpihak. Kebenaran tidak "Seri".Tapi jika kita menggunakan akal kita sahaja, jadilah kebenaran itu tidak akan pernah berpihak kepada gol yang kita tidak suka. Saya setuju dengan sikap melihat pelbagai sudut akan membantu membuat keputusan yang saksama. Jangan kerana terdpat di sana "traditional power" atau "modern power", maka pendirian kita tak boleh berbeza dengan "power stake holder", sebab kebenaran tidak terikat kepada "Kuasa", kecuali KUASA MUTLAK ALLAH SWT. Jika kuasa mengikat keadilan dan kebenaran mesti dipihaknya, tidak perlu ada Ilmu dalam pelbagai bidang dan wahyu di dalam al-Quran dan al-Hadith untuk mengimbanginya.Keadilan itu berlaku bila segalanya berlaku menepati dengan Ilmu Pengetahuan, realiti sebenar sesuatu perkata (hakikat) dan menepati syariat Islam. Lalu saya mengaku tidak adil jika tidak menepati piawaian tersebut. Justru semua pihak berusaha melaksanakn sesuatu yang menepati kebenaran dan keadilan. Ianya TANGGUNG JAWAB bukan suatu isu debat dan pertikaian sehingga kelihatan tidak ada jalan penyelesaian.

Marilah kita sama-sama belajar sehingga mati, manusia sentiasa lemah dan perlu dikukuhkan dai masa kesemasa. Itulah sebab prinsip sosial Islam "al-amru bi ma'ruuf wa nahyu 'an munkarin", suruhlah ke arah kebaikan bersifat keilmuan, dan elakkan dan tegahkan perkaran berlawanan dengan keilmuan (nahyu 'an munkarin), diikatkan pula dengan keimanan kepada Allah swt.

Terima kasih kerana berbincang.

ADIS EL-MERBAWIY