Friday, October 10, 2008
TEAM PUCUK KEPIMPINAN TERTINGGI UMNO: REGU NAJIB-MUHYIDDIN JADI KENYATAAN?
Ruhanie Ahmad
http://kuda-kepang.blogspot.com/
Abu Muhammad el-Merbawiy said...
Yang Berbahagia Dato' Ruhanie,
Salam Hari Raya dulu Dato'. Maaf Zahir batin.
1. Cubaan kita untuk memperjuangkan Melayu (Nasionalisma Melayu) di dalam kepelbagaian kaum nampaknya gagal. Kegagalan itu bukan kerana sikap perjuangan, namun CARA GAYA KITA BERPOLITIK DENGAN PENUH KEILMUAN DAN PERLAKSANAAN AMANAH SERTA KELAYAKAN JUGA SEMANGAT JUANG BANGSA BERSENDIKAN ISLAM telah kering di dalam UMNO.
2. UMNO hari ini ingin berbangga dengan jagoan politikus Dato' Onn, Tun Razak, Tun Dr. Ismail, Ahmad Boestamam, Mat Kilau, Dato Bahaman, Syed Syeikh al-Hadi, Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut dan pahlawan-pahlawan Melayu SEJATI KUKUH DENGAN DAYA JIHAD ISLAM DI SAMPING MEMPERTARUHKAN NYAWA UNTUK BANGSA DAN NEGARA. Mati Mereka dilihat sebagai SYAHID KERANA DASAR ISLAM DAN WATAN KERANA ALLAH, kerana itu keberanian mereka BUKAN BOLEH DISENANDUNGKAN DENGAN LAGU "SI BAJU HIJAU" sahaja. Malah malu kita hari ini untuk disamakan dengan sikap perjuangan tokoh-tokoh tersebut. INI JAWAPAN MENGAPA UMNO HARI INI TIDAK LAYAK MENJADI PEJUANG BANGSA DAN NEGARA, SEBAB ARAH PERJUANGAN ASAL TERLAH LAMA TERBABAS. BILA HARTA, PANGKAT, KEDUDUKAN, KEKAYAAN, PUAK-PUAK, KUASA UNTUK AUTORITI TANPA GUGATAN,KONSORTIUM POLITIK DENGAN NAJIS POLITIK WANG UNTUK KUASA, PERGANTUNGAN POLITIKUS KEPADA TAYKUN2 KAYA MENGHAMBAT KEWUJUDAN PROJEK2 YANG TIDAK DIPERLUKAN RAKYAT, KUASA MENJADI LOMBONG EMAS DAN KURUPSI MENJADI HARGA DIRI. Maka jika ini REALITI DALAM PARTI, MASIHKAH ADA MARWAH KITA UNTUK menyamakan perjaungannya dengan orang-orang yang telah bersemadi jasadnya dengan PERJUANGAN AGUNG UNTUK ISLAM, TANAH AIR DAN BANGSANYA HANYA KERANA ALLAH AZZA WAJALLA..?. Berfikirlah dan bangkitlah dari kealpaan UMNO dan bangsa Melayu secara amnya. 51 tahun telah terlepas dari tangan kita. Masa depan sangat memerlukan GARAPAN PERJUANGAN HAKIKI DAN ASAL SEMULAJADI DENGAN ISLAM DAN TANAH AIR SERTA SEMUA BANGSA KERANA ALLAH SWT.
3. Sekarang ini UMNO mengaku sahajalah bahawa Jalan Nasionalisma Melayu (umpanan percikan dasar SEKULAR Inggeris dan sekutunya itu) jelas menghakis kekuatan umat Melayu dan bangsa Malaysia amnya. MARILAH BERSAMA PERBAIKI PERJUANGAN BERPAKSIKAN ISLAM SEBAGAI "WAY OF LIFE", bukan satu agama "religion" seperti yang diamalkan oleh blok Barat. ISLAM ADALAH AGAMA DAN KEHIDUPAN, AQIDAH, IBADAH DAN KENEGARAAN, PEPERANGAN JIHAD DAN PERDAMAIAN KEMAMANAN, SYARIAT DAN AKAL FIKIRAN SERTA PERKEMBANGAN KEMAJUAN TEKNOLOGI SEMASA YANG TUNDUK KEPADA PIAWAIAN ILMU DAN SYARIAT ISLAM. sudah tiba masanya UMNO berubah ke arah perjuangan hakiki ini. Tidak ada untungnya mempertahankan perjuangan hanya untuk dunia semata-mata. INGAT PERTOLONGAN ALLAH SWT HANYA AKAN DATANG, BILA INDIVIDU BERJUANG DENGAN PENUH IKHLAS DARI LUBUK HATINYA HANYA UNTUK MEMENANGKAN ISLAM, KEILMUAN, KEBENARAN DAN KEADILAN. APAKAH MAKNA PERJUANGAN JIKA ALLAH SAWT TIDAK MENOLONG KITA. JIKA IDEOLOGI PENJAJAH IKUTAN SYAITAN KITA TAATI, FAHAMLAH KEMANAKAH ARAH KEBAIKAN DAN PERJUANGAN YANG KITA SUMBANGKAN ITU MENUJU...NERAKA JAHANNAAM.
Dato' tazkirah hamba agak keras kali ini, kerana UMNO dan ahli harus ditempa dan diketuk hati dan jiwa serta kesedaran mereka AGAR JANGAN BUAT SILAP LAGI.....
Terima kasih Dato', jika ada faedah dan manfaatnya, itu adalah hadiah Eidul Fitri. Salam persaudraan dan perjuangan dari hamba yang sangat mengharapkan pertunjuk Allah swt di dalam perjaungan ini.
Arau
PERLIS DARUS SUNNAH
11:15 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment