Tuesday, November 29, 2011

Perutusan Ma'al Hijrah AQSA ASY-SYARIF 1433H

Assalamu'alaykum

http://www.aqsasyarif.org.my/2011/11/perutusan-maal-hijrah-1433h-aqsa-syarif/

Aqsa Syarif mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya. Sebagaimana sudah menjadi tradisi setiap menjelang tahun baru maka setiap orang akan menanam azam untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan. Bersempena dengan tahun baru Hijrah 1433, kami mengajak seluruh umat Islam untuk memberi perhatian kepada umat Islam di tanah suci Al-Quds yang kini sedang menghadapi penindasan dan penjajahan. Di saat kita meletakkan sasaran untuk meningkatkan pencapaian dalam pelbagai bidang yang diceburi dan memperbaiki taraf hidup, saudara-saudara kita berhadapan dengan persoalan bagaimana untuk meneruskan kehidupan itu sendiri dalam keadaan dinafikan hak mereka yang paling asas sebagai manusia.

Mereka disekat dari mendapat bekalan makanan, air bersih untuk minuman, ubat-ubatan dan bahan bakar. Mereka juga tiada jaminan keselamatan tempat tinggal kerana bila-bila masa sahaja tanah mereka akan dirampas, mereka dihalau keluar dan rumah mereka dirobohkan. Bahkan nyawa mereka sentiasa berada dalam keadaan bahaya akibat terdedah kepada serangan Israel yang boleh dilancarkan tanpa amaran dan secara tiba-tiba.

Inilah senario yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin di saat kita menyambut Maal Hijrah. Bagi mereka tahun baru Hijrah hanya menjanjikan satu kepastian iaitu perjuangan untuk pembebasan Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa pasti diteruskan. Itulah azam yang tertanam kukuh di dalam setiap umat Palestin. Cita-cita untuk melihat tanah suci al-Quds kembali ke pangkuan umat Islam tidak pernah luput dari ingatan mereka. Bahkan inilah azam yang tidak pernah luntur dalam diri para pejuang sejak 66 tahun yang lalu. Semangat jihad yang terus membara disanubari mereka menjadi obor yang menerangi seluruh dunia Islam dan menyuntik kekuatan meski berhadapan dengan pelbagai pengkhianatan dan pembelotan dari kalangan pemimpin-pemimpin negara Islam yang berkepentingan yang bersekongkol dengan pihak musuh.

Jika diamati, setiap orang akan merasa insaf bagaimana mungkin sebuah umat yang diperangi oleh kuasa tentera yang ke empat terbesar di dunia dan mendapat sokongan padu dari kuasa besar dunia Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah dapat bertahan puluhan tahun lamanya. Bahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang sering memihak kepada kepentingan Zionis kerana didalangi oleh Amerika dan sekutu-sekutunya sering gagal membela kepentingan dan hak rakyat Palestin. Apakah rahsia kekuatan mereka sehingga mereka tidak berganjak langsung dari prinsip perjuangan meskipun diasak dengan begitu hebat oleh Zionis, negara kuasa besar bahkan rejim-rejim negara Arab yang menjadi boneka kepada kepentingan Amerika?

Semua ini menuntut umat Islam di Malaysia untuk mengambil inspirasi dari satu perjuangan yang amat menakjubkan. Apakah yang mendorong satu umat yang tidak punya kekuatan tentera dan senjata untuk berhadapan dengan Israel yang mendapat bantuan hampir USD3 billion setahun dalam bentuk pelbagai senjata terkini. Bahkan mereka bukan sahaja berhadapan dengan jet pejuang, kereta kebal, peluru berpandu, bom pintar, pesawat ‘predator’ kawalan jauh, tetapi mereka turut dihujani dengan bom fosforus putih yang diharamkan. Kemusnahan kepada nyawa, harta benda dan tempat tinggal tidak dapat dibayangkan. Tetapi semua ini hanya meningkatkan semangat juang dan menyemarakkan lagi jihad di bumi Palestin. Pastinya umat yang berjuang di atas dasar jihad yang benar tidak akan dapat ditundukkan oleh mana-mana kekuatan di bumi ini. Meskipun seluruh dunia menalakan senjatanya kepada umat yang sedemikian, mereka tidak akan mampu menumpaskan satu umat yang kekuatannya datang langsung dari Allah SWT.

Hari ini di saat rakyat Gaza sedang bergelut dengan persoalan hidup dan mati, para pejuang menyibukkan diri mereka dengan mempersiapakan generasi akan datang. Lima puluh peratus anak-anak Gaza berhadapan dengan masalah kurang zat makanan. Sebahagian besar dari mereka tidak dapat meneruskan persekolahan. Bukan sahaja bangunan sekolah sudah ranap menyembah bumi, bahkan kertas dan alat tulis juga tidak dapat dibekalkan akibat sekatan Israel dan penutupan sempadan Gaza dengan dunia luar. Namun dalam serba kekurangan dan kedaifan ini, mereka tidak pernah putus pergantungan dengan Allah SWT. Mereka tetap meletakkan harapan penuh yakin bahawa masa depan Palestin sudah dijamin di dalam Islam. Oleh itu salah satu agenda yang penting yang diberikan perhatian penuh para pejuang ialah membina generasi pelapis. Mereka ditarbiyah dengan al-Quran.

Mereka ditarbiyah untuk menjadi para hufaz dan membawa al-Quran di dalam dada-dada mereka. Pada musim panas yang lalu mereka berjaya menghasilkan 30,000 para hufaz cilik dari kalangan anak-anak lelaki dan perempuan. Sebahagian dari mereka bergelar hufaz hanya dalam tempoh tiga bulan atau lebih pendek dari itu. Program melahirkan generasi Rabbani ini akan menjamin kelangsungan jihad untuk mem pertahankan tanah suci dan Masjid al-Aqsa. Dengan nukleus para rijal yang mempunyai kualiti tarbiyah imaniah ini, benteng-benteng pertahanan umat di bumi al-Quds akan terus dijamin terpelihara dari pencerobohan dan pengkhianatan golongan yang cuba mengkhianati perjuangan ini.

Kami mengajak umat Islam untuk mengimbau perjuangan umat Islam di Palestin sempena Maal Hijrah. Apakah kaitan peristiwa hijrah Nabi SAW dengan perjuangan yang ditempa oleh umat Islam zaman ini terutama di Tanah Suci Al-Quds. Apakah hubungkait peristiwa besar di dalam perjuangan Nabi SAW 1,400 tahun yang lalu dengan kesinambungan perjuangan umat Islam pada hari ini. Pastinya peristiwa hijrah bukan hanya satu peninggalan sejarah tetapi satu panduan yang terus relevan sepanjang zaman. Perjuangan Nabi SAW adalah kemuncak segala perjuangan di antara hak dan batil, di antara kebenaran dan kepalsuan. Allah SWT telah menjadikan resam perjuangan yang batil sentiasa berada di pihak yang kuat dari sudut zahir dan luarannya. Semua itu menjadi ujian kepada orang-orang yang beriman agar mereka tidak silau dan goyah melihat kekayaan dan kekuatan pendukong-pendukong kezaliman.

Nabi SAW berhadapan dengan penindasan dan penyeksaan golongan penguasa Quraish selama 13 tahun menerajui perjuangan menegakkan kalimah Allah dan kebenaran di bumi Mekah. Mereka merupakan golongan minoriti yang sentiasa diasak oleh pemuka-pemuka Quraish yang berkuasa, berpengaruh dan kaya-raya. Golongan inilah yang memegang tampuk kekuasaan dan tidak pernah henti-henti menyakiti Rasulullah SAW dan orang-orang yang beriman. Sebahagian mereka syahid di tangan penguasa-penguasa ini dan apa yang mampu dilakukan oleh Rasulullah SAW hanyalah menyuruh para sahabatnya bersabar. Apabila semua penyeksaan dan penindasan ini tidak berjaya melemahkan keimanan maka mereka telah mengambil satu pendekatan di luar batas-batas persaudaraan bahkan di luar batas kemanusiaan.

Umat Islam diboikot dan dikepung selama tiga tahun lamanya. Mereka tidak dibenarkan menghubungi dan menyambung silaturrahim meskipun dengan ahli keluarga yang terdekat. Bekalan makanan disekat sehingga ada umat Islam yang meninggal dunia akibat kebuluran. Bahkan Saidatina Khadijah RA dikatakan meninggal akibat kesan dari kekurangan makanan. Namun umat Islam tetap bertahan dan tidak sekali-kali menggadaikan keimanan mereka hanya untuk mengalas perut yang pedih menahan lapar. Mereka tetap bertahan meskipun anak-anak merintih pada waktu malam menahan lapar. Tangisan yang memilukan pada waktu malam telah mendorong orang-orang Quraish yang masih punya hati untuk membekalkan makanan secara sembunyi-sembunyi supaya tidak diketahui orang lain.

Allah SWT telah menguji Rasulullah SAW sehingga kemuncak dan kemudian memberi kelegaan kepada umat Islam dengan campur tangan Allah SWT sendiri. Berakhirnya boikot rupa-rupanya menjanjikan dugaan yang lebih berat kepada Rasulullah SAW. Kematian dua orang yang paling disayangi dan yang paling kuat menyokong dan melindungi Rasulullah SaW iaitu isteri dan bapa saudaranya, Abu Talib sudah tentu meninggalkan kesan yang amat besar pada jiwa Rasulullah SAW. Dalam keadaan menanggung sedih itu Rasulullah SAW tidak berputus asa dan tetap menjalankan amanat dakwah yang dipikulkan ke atas dirinya.

Kunjungannya ke Taif bukan disambut dengan baik bahkan dilempari dengan batu sehingga menanggung luka yang berat. Pada saat sedemikianlah Allah SWT memperjalankan Nabi dalam satu peristiwa yang menakjubkan iaitu Isra’ dan Mikraj. Perjalanan ke Masjid al-Aqsa dan kemudian ke Sidratul Muntaha adalah langkah pertama ke arah kemenangan yang bakal datang. Kembalinya Rasulullah SAW disusuli dengan siri-siri pertemuan dengan penduduk Yathrib. Rasulullah Saw dinanti-nantikan oleh penduduk Yathrib dan diangkat sebagai pemimpin di Madinah. Peristiwa hijrah adalah kunci kepada kemenangan ini.

Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin pada hari ini, peristiwa hijrah adalah satu jaminan dari Allah SWT bahawa kemenangan pasti akan berpihak kepada pejuang kebenaran. Kekuatan fizikal dan sokongan antarabangsa yang dinikmati oleh Israel tidak akan melindungi rejim haram itu dari kemusnahan. Sebagaimana kepungan dan boikot ke atas Rasulullah SAW gagal maka begitu juga sekatan ekonomi dan kepungan ke atas Gaza akan gagal dengan kuasa Allah SWT. Sebagaimana komplot dan persekongkolan golongan Yahudi dan munafiq di Madinah begitu juga persekongkolan rejim-rejim Arab bersama Zionis untuk menekan gerakan Hamas dan gerakan Islam di Palestin akan menemui kegagalan.

Golongan Ahzab moden yang diterajui oleh Amerika Syarikat akan gagal sebagaimana gagalnya golongan Ahzab dalam peperangan Khandak. Keyakinan yang bulat inilah yang terus memercikkan api kebangkitan rakyat Palestin. Kini persoalannya ialah apakah peranan umat Islam sejagat? Apakah kita hanya sekadar menonton dan memberi ulasan-ulasan yang kadangkala terpisah dari realiti sebenar. Ramai umat Islam di luar sana merasa sangsi dengan janji Allah SWT. Mereka bukan sahaja mengambil sikap tidak peduli dengan apa yang menimpa tanah suci al Quds bahkan tergamak mencemuh para pejuang dengan kata-kata nista dan penghinaan.

Sebabnya ialah umat Islam tidak kembali kepada persoalan dasar iaitu melihat perjuangan yang berlaku ini dalam konteks Al-Quran dan sunnah. Mereka mengukur kekuatan musuh dengan penilaian kebendaan lalu membuat kesimpulan bahawa perjuangan rakyat Palestin adalah usaha yang sia-sia. Kami menyeru seluruh umat Islam supaya kembalilah kepada Allah dan Rasulnya dalam menilai perjuangan umat Islam di Palestin. Kemenangan sebenarnya telah ditetapkan oelh Allah SWT bagi hamba-hambanya yang berjihad dengan ikhlas dan penuh keimanan.

Sebagaimana yang disebut lewat hadis-hadis sahih Rasulullah SAW bahawa umat ini akan terus berjuang sehingga Allah memberi kemenangan mutlak kepada mereka. Apabila ditanya oleh sahabat di manakah mereka itu, dijawab oleh Rasulullah SAW, mereka itu berada di Baitul Maqdis. Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW memberi jaminan bahawa pengkhianatan golongan yang berkhianat tidak akan memudaratkan mereka. Mereka akan tetap menjadi golongan yang menang. Golongan ini disebut oleh Rasulullah berjuang di pintu-pintu Dimasq (Damsyik) dan pitu-pintu al-Quds (Baitul Maqdis).

Sempena Maal Hijrah 1433 ini Aqsa Syarif menyeru seluruh umat Islam supaya meletakkan satu azam untuk bersama di dalam jihad mempertahankan tanah suci. Umat Islam diseru memperuntukkan sebahagian dari penghasilan mereka untuk perjuangan pembebesan al-Quds. Barangsiapa yang memberi bekal kepada para mujahidin maka dia juga adalah mujahidin. Dengan hadis Nabi SAW ini, kami mengakhiri perutusan Maal Hijrah ini dengan harapan agar seluruh umat Islam bersama berganding bahu berjuang dengan segala daya dan upaya untuk menyokong jihad di bumi Palestin.

Dr. Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
Aqsa Syarif Berhad
1 Muharram 1433H

Reference:
http://www.aqsasyarif.org.my/2011/11/perutusan-maal-hijrah-1433h-aqsa-syarif/

Monday, November 28, 2011

FJP Pertahankan Islam dan Perlembagaan Mesir

IKHWANUL MUSLIMUN MELALUI FREEDOM AND JUSTICE PARTY (HIZBU AL HURRIYAH WAL 'ADALAH) MEMPERTAHANKAN ARTIKEL 2 PERLEMBAGAAN REPUBLIK ARAB MESIR

Oleh: Shamsul Ma'arif Hj Ismail

29 November 2011/2 Muharram 1433H

Perkembangan politik dan sosial yang berlaku di bumi Mesir sangat mengujakan. Setelah sekian lama Ikhwan diharamkan dan Regim Hosni Mubarak tidak meluluskan permohonan Ikhwanul Muslimun (IM) untuk menubuhkan sebuah parti politik telah berubah pasca revolusi. Kebebasan IM untuk bergerak dan kelulusan Parti Kebebasan dan Keadilan yang ditubuhkan Ikhwan kini membantu mencorakkan suasana baru bagi umat Islam di Mesir. Bahkan kumpulan Salafi yang dulunya tidak mahu melibatkan diri dalam politik pun turut terlibat dalam unjuk rasa dan penglibatan politik demokrasi.

Ikhwan mewajibkan seluruh anggotanya menjadi ahli kepada parti baru mereka namun parti Kebebasan dan Keadilan adalah parti terbuka untuk semua rakyat Mesir walaupun beragama bukan Islam. Parti baru ini tidak dikawal melalui arahan IM Mesir secara terus namun semua pimpinan parti ini adalah daripada pimpinan utama Ikhwan dan menjayakan agenda Ikhwan dengan kuasa pentadbiran yang independan. Parti ini terus menjaga dan memelihara dasar-dasar Islam dan menyokong dasar Islam dalam perlembagaan Mesir seperti dalam article 2 ( Constitutional Declaration 2011) "Islam is the religion of the state, and the Arabic language is its official language. The principles of Islamic law are the chief source of legislation. "

Keperihatinan Ikhwan menyokong dan mempertahankan dasar Islam di dalam perlembagaan yang diproklamasikan oleh Majlis Tentera adalah bertepatan dengan dasar-dasar Islam yang diperjuangkan Ikhwan. Meskipun parti mereka Hizbu Hurriyah wal Adalah adalah parti yang diasaskan mengikut kehendak perlembagaan yang melarang wujud parti basis agama dan bangsa, mereka tetap menjaga dan memelihara dasar dan perjuangan Ikhwan. Sudah tentu ini menggambarkan kebijaksanaan dan pemeliharaan prinsip teras yang wajar sentiasa dipelihara.

Setiausaha Agungnya Dr. Mohamed Saad Katatni, (Secretary-General of the Freedom and Justice Party (FJP) menjelaskannya kepada wartawan Al-Jazeera malam tadi.

Pendirian bijak Ikhwan ini hendaklah menjadi input dan pengajaran kepada parti-parti baru yang ingin menubuhkan usaha politik di negeri masing-masing. Meskipun adanya anggota pengasasnya terdiri dari Coptic Kristian dan Wanita namun semua mereka telah menerima dasar-dasar Islam di dalam parti dan juga menjunjung Artikel 2 yang menjadikan Islam sebagai agama bagi negara dan bahasa arab sebagai bahasa resmi. Prinsip undang-undang Syariah adalah sumber utama Legislasi.

Gerakan Islam yang ingin mengambil kesempatan ruang politik janganlah sesekali menjual prinsip perjuangan mereka demi mendapatkan restu dan kuasa yang singkat. Rakyat bukanlah penentu kebenaran, namun Islam lah asas dan dasar yang harus dipertahankan sesuai dengan perjuangan Nabi-nabi dan rasul yang seringkali mendapat bantahan kaum mereka. Sikap mencairkan prinsip atas nama demokrasi dan kebebasan bukan hanya bertentang dengan prinsip akidah namun akan mengheret gerakan Islam ke kancah perpecahan ummah.

Ketika ditanya oleh wartawan Jazeera apa bezanya Parti Hurriyah wal Adalah @ FJP berbanding dengan Pari AKP di Turki, SU Agung Parti menjelaskan bahawa keadaan politik yang berperlembagaan sekular di Turki sejak dulu lagi adalah berbeza dengan Mesir yang menjadikan Islam sebagai agama negara. Sesungguhnya ini adalah jawapan yang sangat tepat. Waqik atau realiti Turky bukan menjadi asas pendekatan yang sama. Parti AKP yang cenderung kepada Islam bertindak dalam kerangka perlembagaan Turki yang sekular manakala Parti FJP (Parti IM) bergerak dalam kerangka perlembagaan Mesir yang menjadikan Islam agama negara sudah tentu punya ruang yang lebih luas dan Islamik.

Di Libya, Majlis Peralihan (NTC) juga mengambil pendekatan ini. Morocco yang baru menerima kemenangan Parti Keadilan dan Pembangunan mungkin akan mengambil pendekatan yang sama. Mereka yang menggunakan sistem propotional representation perlu bekerjasama dengan parti-parti lain yang memenangi pilihanraya baru-baru ini.
Ada maklumat mengatakan mereka akan bekerjasama dengan parti politik yang cenderung menyokong Raja Morocco yang telahpun mengurangkan sedikit kuasa mutlaknya kepada kuasa rakyat bagi mengelakkan kemarahan rakyat terhadap kezaliman raja-raja yang memerintah sebelum ini.

Perubahan lanskap politik Mesir telah membuka peluang kepada kumpulan Islam. Namun dalam masa yang sama juga membuka peluang kepada golongan liberal dan sosialis. Ianya juga membuka ruang kepada gerakan hak asasi manusia melalui pemuda-pemuda Mesir yang condong kepada Barat. Jesteru apapun yang telah berlaku memberi ruang yang luas kepada demokrasi yakni kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Peristiwa seorang gadis muda Mesir yang mendedahkan seluruh tubuhnya di dalam Face Book mendapat kecaman hebat dari seluruh rakyat Mesir yang masih mempertahankan jati diri masyarakat Timur. Walaupun begitu wanita-wanita Israel dengan bangganya menubuhkan fan group dan menyokong gadis Alia El-Mahdy ini sebagai tanda sokongan kepada sekularisasi dan liberalnya atas nama kebebasan mutlak individu.

Sejak kebangkitan rakyat yang disokong oleh Majlis tentera keadaan politik masih belum stabil. Setelah 10 bulan selepas tamatnya Regim Hosni Mubarak, seramai 50 juta pengundi akan memilih wakil mereka di parlimen. Dimaklumkan 50 buah parti terlibat dalam Pilihanraya pertama kali ini. Meskipun demikian Pilihanraya di Mesir semalam telah mendapat sokongan luar biasa rakyat. Peratus keluar mengundi meningkat walaupun ada sesetengah tempat mengundi menghadapi krisis pengurusan pilihanraya. Namun golongan wanita antara yang awal keluar mengundi.

Proses peralihan dari kerajaan tentera yang sifatnya sementara kepada kerajaan awam adalah hasrat rakyat yang telah melakukan revolusi tempohari. Namun adanya usaha melewat-lewatkan proses ini serta wujudnya anasir luar dan asing yang mahu menghuru harakan keadaan, melakukan demonstrasi tidak terkawal, membakar bangunan kerajaan, serta mewujudkan rasa tidak tenteram hubungan antara Islam dan Kristian dicetuskan oleh golongan yang mahukan kerajaan Tentera terus berkuasa atau mahukan kerajaan yang wujud selepas ini semaklin liberal dan condong kepada Barat.

Sekarang terpulanglah kepada rakyat Mesir untuk menentukan destini mereka. Semoga Islam yang sudah sekian lama mendarah daging dalam jantung umat dan pendekatan bijak Ikhwan sejak sekian lama serta perpaduan umat Islam di Mesir memungkinkan rakyat memilih kepimpinan dari kalangan mereka yang memperjuangkan Islam dan memungkinkan kemenangan besar parti-parti yang cenderung kepada Islam. Dari kajian yang dibuat 40% rakyat akan memilih Parti politik dari IM.

Akhirnya dakwah dan kebebasan untuk menyebarkan fikrah Islam itulah pra syarat kepada kemenangan Islam. Kuasa semata-mata tanpa ada dokongan masyarakat dan ummah tidak akan membawa kuasa itu kemana-mana. Serangan pemikiran dan perubahan yang di dokong kepentingan Barat akan terus berusaha melebarkan pengaruh mereka di kalangan generasi muda. Tanpa adanya ketahanan dan keteguhan iman generasi muda akan hanyut diganyang idea-idea Barat dan faham liberalisme serta libertarianisme yang menjadikan hak individu sebagai satu yang sacred dan suci tanpa adanya pengaruh agama di dalam masyarakat.

Semoga Allah SWT memberi taufik dan inayah serta kejayaan bagi umat Islam di Mesir mengharung hari-hari penentu yang akan menyerlahkan keamanan, kebebasan yang didasari agama Islam serta kebaikan ekonomi dan pendidikan bagi Rakyat Mesir.


https://mail.google.com/mail/h/8vxpkh98ogdt/?&v=c&th=133ed32303feb578

Sunday, November 27, 2011

ABU - Asalkan Bukan Umno: Bill RUUPA2011 Hanya Boleh DIHENTIKAN

Untuk mengelak Bill Perhimpunan Aman terus dilaksanakan jangan beri lagi mandat kepada Umno — Aspan Alias

November 26, 201126 NOV — Bill Perhimpunan Aman yang akan dibentang oleh BN di Parlimen merupakan satu insiden hitam bagi sebuah negara demokrasi. BN mengambil sistem demokrasi untuk negara tetapi takut dengan sistem itu sendiri. Apa yang akan dibentangkan dan diluluskan oleh parlimen ini merupakan satu tindakan yang mengekang perhimpunan secara aman dan nampaknya kerajaan yang memerintah amat gerun dengan kebangkitan rakyat untuk menyuarakan suara dan manifestasi mereka secara terbuka.

Cadangan ini adalah bercanggah dengan kehendak perlembagaan yang membenarkan rakyat menyuarakan pandangan dan pendapat mereka melalui perhimpunan secara aman. Demokrasi hanyalah dalam bentuk packagingnya sahaja tetapi sebenarnya di alam packaging itu penuh dengan elemen dictatorship dan jika BN mengambil kesempatan untuk mendapatkan kelulusan dengan sokongan “simple majority” di parlimen ia tidak lain dari tindakan menekan terhadap gerakan fikiran rakyat untuk melakukan perubahan.

Bagi pendapat saya secara peribadi, BN akan teruskan membentangkan Bill ini dan akan mendapat kelulusan “simple majority” di dewan parlimen. Tidak ada siapa yang boleh menyangkalnya jika BN masih mahukan akta yang menekan ini untuk dikenakan kepada rakyat.

Perhimpunan tidak dibenarkan di semua tempat dan ini adalah cara BN untuk mengelakan insiden seperti Bersih 2.0 untuk berlaku sekali lagi. Tentunya Bill ini merupakan tanda-tanda yang kerajaan BN tidak akan melaksanakan pilihanraya secara adil dan Bill ini penting untuk mengelakan reaksi marah rakyat yang ramai.

Saya tidak mahu komen banyak tentang isu ini. Hanya saya hendak bersama dalam isu menentang Bill ini kerana ianya akan menjadikan negara ini sebagai apa yang dikatakan sebagai “police state” dan ianya tidak ada bezanya dengan sebuah negara yang berkepimpinan diktator yang bersalutkan demokrasi.

Saya telah sebutkan beberapa kali yang demokrasi di negara ini telah beransur-ansur mati. Jika pilihanraya di adakan kali ini saya berkeyakinan yang isu ini akan dapat di atasi jika semua rakyat bersatu; tidak kira apa bangsa sekali pun untuk pergi ke peti undi dengan aman dan terus sahaja memberikan undi kepada mana-mana parti selain dari Umno dan BN.

Dengan cara ini tidak payah lagi kita hendak bertengkar dan berbahas. Bagi saya masa untuk berbahas sudah tidak ada lagi kerana Umno dan BN tidak akan dapat mengubati penyakit rendah diri itu lagi. Penyakit itu sudah menjadi kanser tahap empat. Umno tidak akan berubah lagi.

Kita sepatutnya tidak merasa bersalah lagi untuk meninggalkan Umno itu kerana ianya lebih membawa penyakit dari membawa yang baik untuk rakyat. Rakyat tidak di berikan kebebasan untuk berfikir. Kita hanya dibenarkan untuk menganggok sahaja dan tidak dibenarkan mengeleng.

Jika ini cara Umno memimpin dan membina pembangunan rakyat, kita akan menjadi rakyat yang tolol dan tidak boleh berbeza fikiran lagi.

Apabila saya membaca apa yang sedang berlaku ini, ada juga keinginan saya untuk keluar memberikan pandangan dalam ceramah-ceramah dan perhimpunan bagi menambah usaha untuk bersama-sama membetulkan keadaan yang tidak baik yang sedang menyelubungi politik negara.

Kita tidak juga boleh menyalahkan BN menggubal akta seperti ini. Kita mesti faham mereka yang sedang berkuasa ini amat takut dan gerun untuk menerima kekalahan yang saya rasa akan mereka alami. Selalunya mana-mana kerajaan yang akan jatuh selalunya bersikap seperti apa yang kita lihat sedang dilakukan oleh BN sekarang ini.

BN tidak gentleman. Mereka terlalu seronok dengan kuasa dan tidak mahu melepaskannya walaupun mereka tahu mereka tidak berkelayakan lagi untuk mentadbir negara. Tetapi mereka masih mahu berkuasa, maka tidak hairan kenapa mereka menggubal dasar-dasar yang ketat dan dianggap gila oleh mereka yang berfikir.

Jika rakyat benar-benar hendak mengelakan akta seperti ini wujud, caranya ialah untuk tidak memberikan kuasa lagi kepada mereka yang bertanggungjawab menggubal akta yang tidak senonoh ini. Jika mereka tidak lagi berkuasa, maka mereka tidak akan lagi berada di tampuk kuasa untuk menggubal dasar-dasar yang menekan seperti ini.

Kita mesti mengakui yang peralihan kuasa itu adalah fenomena normal dalam sesebuah negara demokrasi. Jika mereka yang terpilih melanggar semangat demokrasi itu rakyat mempunyai hak untuk memberikan mandat itu pada pihak lain, dan itu bukan sekali-kali merupakan kesalahan. Memberikan sokongan kepada pihak lain itu bukannya satu tindakan yang kriminal. Kita boleh melakukannya tanpa takut kepada mana-mana pihak.

Sebenarnya rakyatlah yang bertanggungjawab. Jika mereka masih memberikan sokongan dan seterusnya mandat untuk berkuasa maka rakyatlah yang patut dipersalahkan. Mereka yang berkuasa sekarang memang tidak merasa bersalah kerana melakukan kesalahan itu adalah kerja mereka.

Rakyatlah yang bertanggungjawab samada akta ini mahu diteruskan atau dibubarkan. Itu sahaja komen dari saya. Jika kita kaji secara halus tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling kita, untuk mengalahkan BN dalam pilihanraya kali ini bukanlah satu perkara yang mustahil malahan ianya merupakan keadaan yang agak mudah bagi parti-parti pembangkang untuk memenangi pilihanraya ini.

Ingat kepada slogan ABU (asalkan bukan Umno), undilah mana-mana parti yang lain. Insyaallah segala akta yang menekan boleh kita hapuskan. — aspanaliasnet.blogspot

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.


Reference:
http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/untuk-mengelak-bill-perhimpunan-aman-terus-dilaksanakan-jangan-beri-lagi-mandat-kepada-umno-aspan-alias/

Saturday, November 26, 2011

Set Free Upon the Unconstitutional Peaceful Assembly Act Bill

Kempen Kebebasan Berhimpun (KKB)
Sekretariat: SUARAM

433A,1st Floor, Jalan5/46, Gasing Indah, 46000, Petaling Jaya

Press statement: 24 November 2011

Parliament must withdraw the unconstitutional Peaceful Assembly Bill

We, the organisations and individual citizens for the Kempen Kebebasan Berhimpun (KKB) or Free to Assemble Campaign (FAC), demand the Parliament to immediately withdraw the draconian Peaceful Assembly Bill which is unconstitutional and repressive.

While superficially removing the need for police permit, it has imposed more unreasonable restrictions and hefty fines, making it worse than the existing restrictions under the Police Act.

The tabling of this bill, with such an Orwellian name and presented as an act of reform by the Najib Administration, is not only an assault to civil liberties but also an insult to common sense and intelligence of Malaysians.

It must be withdrawn unconditionally while the amendment to the Police Act should be passed. If the Executive insists to pass it, a vote of division must be carried out to register the position of individual parliamentarians.

The Bill has five major flaws which makes hollow Article 10(1)(b) of the Federal Constitution which provides that “all citizens have the right to assemble peacefully and without arms”:

1. The Bill introduces “interests, rights and freedoms of other persons” as a ground of stakeholders’ objection to public assembly. This is an ugly game of “divide and rule” to pit the aggrieved minority who want to protest against an unsympathetic majority. [1] The power to weigh such conflicting interests is conveniently left to the police. This means public assemblies in all populated areas can be easily ruled out on the ground of stakeholders’ protest.

2. The Bill not only completely rules out “street protests” but also listed 12 categories of ‘prohibited places’ where assemblies are banned within a 50-metre radius. They include (1) dams, reservoirs, water catchment areas, (2) water treatment plants, (3) electricity generating stations (4) petrol stations, (5) hospitals, (6) fire stations, (7) airports, (8) train stations, (9) land public transport terminals, (10) ports, canals, docks, wharves, piers, bridges, marinas, (11) all places of worship, (12) kindergartens and schools.

3. The Bill requires a written notice of at least 30 days to be given to the police for any intended public assembly. This is much longer than 7 days needed in UK, 6 hours in Finland and 48 hours recommended by the National Human Rights Commission (SUHAKAM).

4. The Bill imposes age limit on participation of peaceful assembly whereby citizens under 21 cannot organise an assembly, citizens fewer than 15 cannot take part in assembly whereas children can only attend religious and custom assemblies, funerals, and assemblies approved by the Minister.

5. The Bill imposes hefty fine on organisers and participants of public assemblies. Those who fail to disperse according to the police order will be fined RM 20,000. Those who fail to serve notification to the police in time or observe restrictions imposed by the police will be fined RM 10,000.

6. We call upon all Malaysians to rise up to protest against this bill. Malaysians must be ready to stage civil disobedience to expose the abuse and arrogance of power embodied by this bill.

[1] See Tommy Thomas, “Peaceful Assembly Bill 2011 : unconstitutional and undemocratic” at the Malaysian Insider, November 23, 2011. URL: http://www. themalaysianinsider.com/ sideviews/article/peaceful- assembly-bill-2011- unconstitutional-and-anti- democratic-tommy-thomas/

"DiMana Sahaja kita pergi akan mempunyai sahabat sekiranya kita berada dalam perjuangan yang Agung ini"

Reference:
https://mail.google.com/mail/h/1lni5epq96m32/?&v=c&th=133dee73054912b6

Friday, November 25, 2011

Ilmuan Islam : Dr Maszlee Malik, Suatu Pembaharuan Pendokumentasian


Ilmuwan Islam saingi National Geographic

SIRI dokumentari Islam di media tempatan sering mempunyai ciri yang tipikal. Nasihat, fakta sejarah, emosi dan juga kerangka fahaman Islam konvensional.

Isi kandungan dokumentari Islam juga seringkali dapat diagak oleh para penonton kerana persamaan pendekatan, skrip dan juga elemen normatif yang disogokkan.

[ISTAC UIAM, Mercu Peradaban Islam di Rantau Timur Jauh]

Tidak mustahil jika pihak media penyiaran di Malaysia sendiri tidak bersungguh di dalam mempromosikan dokumentari Islam, hatta yang mereka terbitkan sendiri.

Hal ini berlainan pula dengan sambutan yang mereka tunjukkan kepada rancangan ala-hiburan seperti rancangan realiti. Para penonton pun seringkali merupakan kelompok yang sama dan majoriti penonton sering gagal disentuh oleh dokumentari-dokumentari Islam berkenaan.

Akhirnya, apa sahaja dokumentari Islam yang diterbitkan, seakan ada persepsi di kalangan masa tentang isi kandungannya, penyampaian dan fakta yang seringkali bersifat stereotaip.

Atas kesedaran inilah, penerbit rancangan Ilmuwan Islam Primeworks Media cuba menongkah arus dan menyanggah persepsi. Walaupun siri dokumentari Ilmuwan Islam diterbitkan sejak tahun 2005, namun di dalam siri tahun 2011, ia diterbitkan dengan banyak pembaharuan dan penambahbaikan.

Penerbit cuba menggabungkan di antara dunia akademik dan juga dunia penyiaran. Untuk tujuan tersebut, khidmat pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Maszlee Malik ditagih untuk menjalankan kajian ke atas topik yang menjadi subjek utama perbincangan Ilmuwan Islam siri 2011.

Konsep pembuatan dokumentari berteraskan kajian akademik dan kerjasama di antara pihak media penyiaran dengan menara gading bukanlah sesuatu yang baru di dunia barat.

British Broadcasting Corporation (BBC), al-Jazeerah, National Geographic dan lain-lain media penyiaran terkemuka telah berdekad mengamalkan budaya penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kerjasama bijak tersebut.

Hasilnya, dokumentari mereka mempunyai mutu dan kualiti bertaraf antarabangsa dan mempunyai nilai akademik dan keilmuan yang tinggi.

Bukan sekadar budaya baru yang diperkenalkan, malah pihak penerbit melalui penerbitnya, Hisham Abdullah cuba membawa konsep mempromosikan idea dan kesan rekaan ilmuwan Islam terdahulu kepada zaman moden.

Berbanding konsep menceritakan biografi ilmuwan silam yang kebanyakannya bersikap fakta yang membosankan, Ilmuwan Islam tahun 2011 membawa kesan idea dan rekaan para ilmuwan Muslim terdahulu di dalam kehidupan manusia di zaman ini.

Untuk tujuan tersebut, idea dan karya tujuh Ilmuwan Muslim silam dipilih. Sepanjang lapan episod dokumentari yang disiarkan setiap Jumaat pada pukul 6.30 petang, penonton dibawa berkenalan dengan Al-Jazari melalui konsep kejuruteraan mekanikal melalui menara jam gajah, di mana replikanya boleh didapati di British Museum dan juga di dalam Ibn Batuta Mall di Dubai.

Demikian juga al-Kindi dan al-Farabi sebagai pencipta nota muzik telah dipilih untuk melihat konsep terapi muzik yang mereka hasilkan dan juga pengunaannya sepanjang zaman dulu dan kini. Juga Ibn Khaldun dan juga teori Division of Labour' dan kesannya kepada ekonomi pasaran-bebas masa kini dan juga Banu Musa tiga beradik dan juga tekonologi 'automata' yang merupakan konsep primitif kepada tekonolgi robotik moden.

Selain pendekatan isi kandungan yang menongkah arus itu, pihak penerbit juga melakukan revolusi di dalam dunia dokumentari Islam dengan mengambil pengkaji dan perunding siri tersebut sendiri, Dr. Maszlee sebagai hos dokumentari.

Berbanding tugas penyampai dokumentari Islam yang berbentuk stereotaip, beliau cuba memperkenalkan konsep baru di dalam penghasilan dan penyampaian dokumentari.

Caranya, membawa para penonton bersama menyelami falsafah dan makna-makna tersirat di sebalik perjalanan beliau menerokai Ilmuwan Muslim-Ilmuwan Muslim yang agung itu dengan membawanya ke kerangka kehidupan seharian mereka.

Maka, bukan hanya sekadar penyampaian terhadap maklumat dan fakta yang tersedia, Dr. Maszlee cuba meletakkan para penonton sebagai penilai, pengamat dan juga pengkritik sumbangan dan idea ilmuwan yang diperbincangkan.

Menyelami

Pelbagai aspek pendidikan, budaya, politik, ekonomi, keagamaan, sikap, psikologi, sosiologi dan juga motivasi dipersembahkan di dalam keadaan para penonton berfikir, bersikap kritis dan menyelami idea-idea yang dipersembahkan melalui 'perjalanan' ilmu para ilmuwan tersohor yang dibincangkan merentasi kurun-kurun yang lampau.

Objektif utama yang cuba diperkenalkan oleh Dr. Maszlee melalui lapan episod tersebut adalah 'mencari makna kehidupan para penonton melalui perjalanan ilmuwan silam dan idea mereka yang kekal sehingga kini'.

Lebih menarik, demi membawa para penonton berkenalan dengan idea-idea hebat ilmuwan silam yang dibincangkan lebih intensif, Dr. Maszlee membawa para penonton menemui cendekiawan hebat antarabangsa, di kalangan Muslim dan bukan Muslim untuk memahaminya.

Tokoh falsafah Muslim di Eropah, Prof. Tariq Ramadan dari Universiti Oxford, tokoh perbankan Islam di United Kingdom, Prof. Rodney Wilson dan Dr. Mehmet Asutay, ahli Royal Society dan juga pengarah pusat kajian sains dan tamadun Islam yang berprestij, The Foundation for Science Technology and Civilisation (FSTC), Prof. Selim Husseini, pakar perubatan Osmaniyyah dan juga muzik terapi Prof. Nil Sari adalah di antara tokoh yang diwawancara sepanjang lapan episod Ilmuwan Islam tahun 2011.

Konsep profesionalisme dan juga usaha mencapai standard dokumentari bertaraf antarabangsa selari dengan BBC dan National Geographic menjadi tema penerbitan dokumentari Ilmuwan Islam musim ini. Pendek kata, para penonton seolah-oleh menyaksikan rancangan dokumentari yang dihasilkan oleh penerbit luar negara yang ditayangkan tanpa sebarang stereotaip dan norma-norma kebiasaan.

Apa yang lebih menarik, konsep participant-observant yang dibawa oleh penerbit Ilmuwan Islam kali ini yang dihayati oleh penyampaian luar kebiasaan oleh pengkaji dan penyampainya membawa para penonton menyelami sejarah silam tanpa meninggalkan realiti moden mereka.

Banyak tempat-tempat yang dipaparkan sepanjang 'perjalanan' Dr. Maszlee bersama penonton untuk mereka mengutip makna-makna kehidupan untuk diaplikasikan.

Ini termasuklah, hospital muzik terapi di Edirne Turki, muzium perubatan Uthmaniyyah di Universiti Istanbul, Ibn Batuta Mall di Dubai, ladang ternakan unta di padang pasir di Sharjah, Emiriah Arab Bersatu, Royal Society di London, Picardlly Garden di Manchester, padang ragut biri-biri dan juga gereja kuno (Cathedral) berusia lebih 1000 tahun di Durham University, England, pusat mandian umum (Hamam) dan saliran air Aqueduct di Istanbul dan pusat pemulihan muzik terapi di Yalova.

Pendek kata, dokumentari Ilmuwan Islam 2011 yang bermula 4 November lalu adalah gabungan di antara beberapa teknik.

Iaitu teknik penyampaian hos dokumentari terkenal Tim Mackintosh Smith dan Datuk Bandar London, Boris Johnson di BBC, konsep penyelidikan dan misteri novel Da Vinci Code karya Dan Brown, Thriller filem National Treasure lakonan Nicholas Cage, konsep falsafah kehidupan dan perjalanan ala novel Alchemist' oleh Paulo Coelho dan novel The Little Prince (Le Petit Prince) karya Antoine de Saint-Exupéry, dan juga sikap pengamatan kritis Ibn Khaldun lewat karya agungnya al-Muqadimmah.

Kesimpulannya, inilah dokumentari Islam pertama di Malaysia.



Reference:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1124&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm&arc=hive

Memo GMI kepada PM

MEMORANDUM GERAKAN MANSUHKAN ISA (GMI)KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA
24 November 2011

1.0 PENDAHULUAN

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang dianggotai lebih daripada 80 buah organisasi terdiri daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Parti-parti Politik, Badan Hak Asasi Manusia, Wanita, Mahasiswa, dan Pertubuhan Pekerja, mengutuk tindakan polis dan Kerajaan Malaysia menahan 13 orang dari Tawau, Sabah di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) antara 14 hingga 16 November lepas. Ini seperti yang disahkan oleh Ketua Polis Negara.

Pada hari ini GMI bersama dengan ahli keluarga 5 tahanan yang ditahan ingin menuntut Perdana Menteri supaya membebaskan semua tahanan tersebut atau bicarakan mereka. Keluarga menderita akibat kehilangan suami dan bapa tanpa sebab dan alasan. Keluarga menanggung malu akibat dakwaan berat tanpa bukti serta penahanan tanpa bicara di bawah ISA.

Tindakan penahanan ini amat dikesali kerana ianya bercanggah dengan pengumuman Perdana Menteri pada 15 September 2011 berkenaan dengan pemansuhan ISA. Ia bercanggah dengan hasrat beliau untuk melihat demokrasi yang lebih dinamik di mana keamanan and ketenteraman awam dipertahankan selari dengan ketinggian Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan rasa hormat terhadap hak asasi manusia. Sebaliknya ia menimbulkan keraguan serius terhadap kredibiliti dan janji Perdana Menteri tersebut. Ia menunjukkan semua proses ‘berjalan seperti biasa’ atau ‘business as usual’ dalam kerja melanyak hak asasi manusia. Perdana Menteri perlu berasa malu atas penangkapan ini!

Apakah rasional di sebalik penahanan ini? Adakah Perdana Menteri cuba memperdayakan rakyat Malaysia dengan sikap hipokrasi beliau?

Menurut sumber kami, setakat ini tuduhan ke atas 13 orang ini masih tidak jelas tetapi dipercayai mereka dikaitkan dengan keganasan.

Berikut adalah 11 daripada 13 nama-nama yang diketahui, ditahan di bawah ISA pada 14 dan 15 November 2011 (tidak rasmi):

Bil Senarai Nama Pekerjaan
1 Mohd Nazri Bin Dollah Guru Agama SMK Kinabutan
2 Yusof Bin Saripuddin Peniaga Ayam
3 Muhd Adnan Bin Umar Guru Pusat Tuisyen MJU
4 Muhd Abduh Bin Umar Pemandu Lori
5 Adwan
6 Faizal Bin Hamma PengedarAkhbarHarian
7 Joni @ Muadz PengedarAkhbarHarian
8 Azmi
9 Suriadi
10 Darto Bin Bandu Guru PusatTuisyen MJU
11 Bakar Bin Baba Guru SmkUmas-Umas

Tangkapan tersebut dilakukan oleh pegawai-pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/ Counter Terrorism) Bukit Aman di ketuai oleh DSP Azman bin Omar. Keluarga/Waris tahanan hanya dimaklumkan sehari kemudian yang mereka ditangkap di bawah Seksyen 73 (1) AKDN 1960 (ISA).
Penangkapan tanpa waran, tanpa notis atau dimaklumkan yang dilakukan di hadapan isteri dan anak-anak amatlah tragis. Situasi ini dilakukan oleh pihak polis yang lengkap bersenjata dengan cara yang kasar bagai satu rompakan. Komputer riba (laptop) dan sejumlah wang tunai turut dirampas.

2.0 PENCABULAN YANG BERLAKU

Isu utama dalam undang-undang pencegahan adalah penahanan tanpa bicara. Menahan seseorang di bawah akta-akta yang tidak memberikan peluang untuk perbicaraan dan proses membela diri di mahkamah adalah sesuatu yang menyalahi hak asasi manusia dan piagam hak asasi antarabangsa seperti yang termaktub dalam Fasal 9, 10, 11 dan 13, Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dan juga Deklarasi Islam Hak Asasi Manusia Sejagat 1980; Fasal 9 dan 12, Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966; Fasal 12, Piagam Hak Asasi Manusia Malaysia dan Fasal 5, Perlembagaan Malaysia.

Ia juga bercanggah dengan semua kepercayaan agama kerana prinsip keadilan tidak boleh digadai semata-mata dengan alasan umum keselamatan negara yang tidak terbukti dan penuh syak wasangka.

Prinsip tiada seorang pun bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah adalah asas utama dalam persoalan penahanan tanpa bicara. Sekiranya ia tidak dihormati dan adanya pula peruntukan kuasa yang berlebihan di tangan kerajaan dan polis, maka undang-undang seperti ini seringkali disalahgunakan untuk mempertahankan kedudukan pihak kerajaan dan polis yang sering gagal untuk membuktikan sebarang individu yang ditahan di bawah akta ini.

Tambahan pula jika tuduhan dan dakwaan yang dibuat mendahului siasatan dan sesi perbicaraan. Pelbagai tohmahan dan fitnah boleh sahaja disebutkan sewenang-wenangnya sama ada oleh Menteri Dalam Negeri, Polis atau media seperti apa yang berlaku sekarang terhadap 13 tahanan tersebut. Tiada satu pun dakwaan tersebut perlu dibuktikan di bawah ISA!

3.0 BN Tidak Boleh Hidup Tanpa ISA

Penahanan terbaru ini mengesahkan kesangsian yang terdapat di kalangan rakyat Malaysia berkenaan keseriusan Kerajaan dalam pemansuhan ISA. Kini ianya amat pasti bahawa pengumuman oleh Perdana Menteri itu tidak jujur dan hanyalah untuk kepentingan survival politik beliau dan UMNO-Barisan Nasional. Apatah lagi, Menteri dalam Negeri, Hishammuddin Hussein telah mengesahkan bahawa elemen tahan tanpa bicara tetap dikekalkan walaupun setelah ISA dimansuhkan.

Tidakkah mereka sedar bahawa antara asas utama rakyat mahukan ISA dimansuhkan ialah kerana elemen tahan tanpa bicara tersebut? ISA adalah akta yang zalim kerana ia membenarkan penahanan tanpa bicara.

Kerajaan UMNO/BN memang tidak boleh bertahan tanpa ISA. Kerajaan UMNO/BN memerlukan alat politik ini untuk terus berkuasa dan mewujudkan ketakutan di kalangan rakyat Malaysia. Tindakan penggunaan ISA akan memberi tamparan hebat kepada kerajaan BN dalam pilihanraya akan datang kerana ianya melemahkan proses perubahan dan demokrasi luas yang dijanjikan oleh Perdana Menteri.

Walaupun benar ISA masih wujud dan boleh digunakan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, tetapi apa juga penahanan di bawah akta tersebut dalam tempoh sekarang menambah kesangsian dan persoalan terhadap kejujuran Perdana Menteri. Rakyat merasa tertipu dengan penggunaan ISA secara rahsia tersebut [tiada pengumuman dibuat oleh polis tentang penahanan 13 orang di bawah ISA sehinggalah ianya didedahkan oleh ahli keluarga].

4.0 PENDIRIAN GMI

Mansuhkan ISA Sekarang

GMI ingin mengingatkan Perdana Menteri bahawa sejak beberapa dekad yang lalu, beribu-ribu orang telah ditahan tanpa bicara di bawah ISA bukan untuk apa yang mereka lakukan atau katakan tetapi berdasarkan tuduhan tanpa bukti dan sering palsu daripada pihak ketiga. Malah sudah terbukti dalam pendedahan oleh ramai bekas tahanan bahawa tuduhan tersebut berniat jahat, mala fide dan bermotif politik.

Pemansuhan ISA sudah lama tertangguh. Akta tersebut dengan segala kandungannya yang menyalahi keadilan dan hak asasi manusia mesti dihapuskan, bukan sekadar diganti dengan akta-akta baru yang berbeza nama tetapi mengekalkan kandungan bermasalah.

Menurut Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Penahanan Arbitrari (UNWGAD) dalam laporannya pada 8 Febuari 2011, ISA tidak lagi diperlukan dengan pindaan yang telah dibuat ke atas Kanun Acara Jenayah (Penal Code) yang meletakkan keganasan sebagai satu jenayah yang spesifik di bawah Undang-undang Malaysia.

GMI dengan ini mendesak Perdana Menteri dan Kerajaan untuk:

I. Membuktikan kemahuan politik yang kukuh untuk menamatkan penahanan tanpa bicara dengan membentangkan usul mansuhkan ISA di Parlimen pada sesi kali ini atau sebelum Parlimen dibubarkan untuk Pilihan Raya;

II. Memansuhkan terus undang-undang zalim seperti Ordinan Darurat (EO) dan Akta Dadah Merbahaya (DDA);

III. Membebaskan semua tahanan ISA termasuk tahanan terbaru, dan EO dengan serta merta atau dakwa mereka di mahkamah terbuka;

IV. Tidak menggubal akta baru yang mempunyai ciri-ciri yang bercanggah dengan prinsip keadilan dan hak asasi manusia seperti tahan tanpa bicara, tiada semakan mahkamah dan kuasa yang melampau kepada polis dan Menteri Dalam Negeri;

V. Semua mangsa ISA perlu dibayar pampas setara dengan penyeksaan dan pengalaman pahit yang telah dilalui oleh tahanan dan keluarga;

VI. Semua pemuka yang terlibat dalam menyeksa dan menganiaya tahanan ISA mesti dibawa ke muka pengadilan;

VII. Amanah dalam melaksanakan pelbagai prinsip yang ditegaskan oleh Perdana Menteri dalam ucapannya pada 15 September 2011, bukan sekadar manis di bibir. Ternyata dengan penahanan ISA terbaru, prinsip yang ditegaskan oleh Perdana Menteri tidak membawa apa-apa makna kepada polis atau Menteri dalam Negeri;

VIII.Melaksanakan kajian semula dengan segera dalam tempoh yang spesifik terhadap undang-undang yang menghadkan kebebasan rakyat dan media seperti Akta Polis dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan;

IX. Patuh kepada piagam hak asasi manusia antarabangsa dalam soal berkaitan dengan aktiviti anti-pengganas dan melakar pelan jangkamasa panjang untuk negara dalam membangun mekanisme untuk menangani keganasan tanpa menjejaskan hak-hak asas dan prinsip keadilan; dan

X. Menandatangani dan meratifikasi International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR) dan Convention Against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (CAT)

Memorandum ini disediakan oleh Gerakan Mansuhkan ISA kepada BN Backbenchers dan Ketua Pembangkang.



Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi
Gerakan Mansuhkan ISA

Monday, November 21, 2011

Menyelak Kekeliruan Perpaduan Melayu, Islam Berdaulat

endoksempo@gmail.com Mon, Nov 21, 2011 at 11:35 AM

Assalam,

Satu penulisan (Malaysiakini) yg menarik untuk dikongsi dlm suam2 Pru13. Bila terdesak 'perpaduan melayu-islam' menjadi taruhan.

Wslm
Kak endok
frm wad 10
----
Berdaulatkah Islam apabila Umno, PAS bersatu?

Iskandar Kamarul Amin | 10:14AM Nov 21, 11

ULASAN Diskusi tentang perlunya Melayu bersatu supaya Islam dapat didaulatkan semakin hangat di laman sosial dan blog. Saya kurang berminat perbahasan dari sudut terminologi seperti Melayu atau Islam dahulu?

Islam bukan untuk Melayu sahaja, dan berbagai perbahasan lagi. Saya cuma ingin berkongsi sedikit pandangan saya:

PERTAMA: Dalam konteks Malaysia, bila sebut Melayu perlu bersatu, atau sepakat, atau apa sahaja istilah, pastinya semua fikiran tertumpu kepada Umno dan PAS mesti bersatu.

Maksudnya, untuk melihat Islam kembali berdaulat, maka Umno dan PAS perlu bersatu, jangan bertelagah dalam pilihan raya mahupun luar pilihan raya, duduk semeja, maafkan kesalahan lama dan sebagainya.

Signifikan yang cuba digambarkan mungkin berbunyi, apabila Umno dan PAS bersatu, maka Islam akan berdaulat di Malaysia. Atau fahaman terbaliknya, apabila Umno dan PAS tidak bersatu, maka Islam tidak akan berdaulat di Malaysia.

Walaupun ada yang kata bukan bersatu dalam satu parti baru, tapi hanya sepakat dalam hal-hal dasar dan aqidah, tapi saya rasa pandangan umum masyarakat tentang “kesatuan” ini adalah seperti gambaran di atas.

KEDUA: Apabila melihat kepada realiti dan peristiwa yang jelas berlaku di depan mata di negara kita, saya merasakan slogan-slogan kesatuan ini agak pelik dan berlawanan dengan fakta sejarah. Saya sedikit konfius dengan maksud Islam Berdaulat yang diutarakan.

Islam dari sudut mana yang cuba dimaksudkan? Dari sudut aqidah atau akhlak atau perlaksanaan nilai-nilainya taua macam mana?

Pertama, mungkin Islam yang dimaksudkan adalah sudut memelihara Ummat Islam dari murtad. Tapi pelik, adakah murtad berlaku kerana Umno-PAS tidak bersatu sejak puluhan tahun dulu? Bukankah fakta kajian mengatakan antara faktor murtad berlaku kerana kemiskinan, orang miskin tidak mendapat wang zakat secukupnya, lalu pergi ke gereja.

Murtad kerana Bollywood?

Ini menggambarkan kegagalan BN yang diterajui pemimpin Melayu Umno dalam menguruskan harta zakat. Kajian juga mengatakan ramai wanita melayu murtad menjadi Hindu kerana pengaruh filem Bollywood yang melampau.

Lalu apa kaitannya ketidaksatuan Umno-PAS dengan tindakan Kementerian Penerangan yang tidak membendung lambakan filem Bollywood ini?

Kedua, mungkin Islam yang dimaksudkan adalah dari sudut ketelusan pentadbiran dan pengurusan. Malangnya, semua orang mengetahui siapakah gerangannya yang paling kuat korupsi dan songlap duit rakyat.

Skandal PKFZ, skandal kapal selam Scorpene, skandal pemeberian AP suatu masa dahulu dan beratus-ratus lagi skandal penyelewengan berbillion duit rakyat, semuanya didalangi oleh pemimpin Melayu dari Umno. Lalu apa kaitannya ketidaksatuan Umno-PAS dengan sikap korupsi pemipin Umno yang jelas tidak mendaulatkan nilai Islam?

KETIGA:Mungkin Islam yang dimaksudkan adalah dari sudut keadilan kepada ummah selaras dengan puluhan hadis Rasulullah yang menyuruh berlaku adil. Cuba kita buka mata melihat sejarah dan kenyataan, apa yang berlaku di Malaysia.

Siapa lagi kalau bukan Umno yang bertindak tidak adil menafikan hak royalti rakyat Kelantan berpuluh tahun lamanya hanya kerana nafsunya bertuhankan politik, sebagai balasan rakyat Melayu Kelantan tidak mengundi Umno.

Ambil hati pemimpin Barat

Dan siapa lagi kalau bukan Umno yang zalim terus mempergunakan ISA untuk menahan dengan kejam aktivis-aktivis Islam yang kononnya terlibat dengan terroris demi untuk mengambil hati peimimpin dunia Barat.

Lebih meneyedihkan, di saat kerajaan umumkan ISA akan dimansuh baru beberapa bulan lalu, 14 November 2011 lepas dilaporkan 10 orang lagi aktivis islam ditahan di Sabah atas tuduhan pengganas. Lalu apa kaitannya ketidaksatuan Umno-PAS dengan kezaliman dan ketidakadilan pemimpin Melayu Umno ini?

KEEMPAT:Mungkin Islam yang dimaksudkan adalah dari sudut akhlak. Bermakna, apabila Umno dan PAS bersatu, maka kes zina, rogol dan buang bayi akan berkurangan. Dalam aspek keruntuhan akhlak ini, saya tidak mengatakan kerajaan adalah punca segala-galanya.

Ibu bapa yang berperanan besar sebenarnya. Tapi apa yang pemimpin Umno buat sebagai kerajaan pemerintah untuk membendung? Konsert-konsert liar yang berpermit masih berlambak.

Tiada sebarang tanda inginkan tapisan filem menjadi lebih ketat sedangkan banyak filem yang boleh mempengaruhi akhlak buruk remaja dibiarkan ditayang di media dan pawagam. Cadangan perlaksanaan perundangan Islam juga terus ditolak mentah-mentah dengan alasan tidak sesuai dan bimbang rakyat tidak dapat menerima, sedangkan tiada sebarang usaha unutk member kefahaman dan kesedaran.

Perangi program agama

Lalu apa kaitannya ketidaksatuan Umno-PAS dengan sikap lepas tangan pemimpin Umno dengan masalah akhlak rakyat, sedangkan hampir 50 tahun Malaysia ini diterajui perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri lain yang terdiri dari kalangan Melayu Islam Umno?

KELIMA: mungkin Islam berdaulat yang dimaksudkan adalah dari sudut kerancakan amar ma’ruf nahi mungkar. Dari sudut ini, umum mengetahui sikap pemimpin dan tali barutnya Umno yang sangat memerangi program agama yang kononnya dilihat memberi keuntungan kepada pembangkang terutamanya PAS.

Tindakan yang langsung tiada unsur mendaulatkan Islam itu biasanya dikaburi dengan alasan program tiada permit, penceramah tiada tauliah, dan sebagainya. Ustaz-ustaz yang dipercayai pro-PAS terus digam daripada muncul di kaca TV.

Campur tangan Umno dalam perlantikan dan pengurusan AJK masjid juga berlaku di merata-rata. Semuanya hanya kerana dendam kesumat takut hilang pengaruh politiknya. Ulama dalam Umno seolah hanya berperanan sebagai tukang baca doa di majlis dan di perhimpunan agung sahaja.

Perangai busuk [ Hodoh ]

Pandangan ulama dalam Umno hanya dipakai jika diperlukan sahaja, andai memberi keuntungan kepada isu yang dibawa. Tiada siapa yang lupa tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas presiden Umno yang telah menarik bantuan kepada sekolah agama rakyat hanya dengan tuduhan SAR menyebarkan ideologi PAS.

Semua ini perangai busuk yang telah lama berdarah daging dalam Umno. Lalu apa kaitannya ketidaksatuan Umno-PAS dengan sikap sikap kurang ajar pemimpin Melayu Umno terhadap perkembangan ilmu agama dan institusi amar ma’tuf nahi mungkar ini?

Banyak lagi tindakan-tindakan pemimpin Melayu UMNO yang jelas melacurkan kedaulatan Islam. Mereka masih konsisten dengan kerja “pelacuran” itu dari dahulu hingga sekarang.

Bagaimana logik kita ingin bersatu dengan “bapak ayam” untuk memerangi pelacuran? Adakah logik polis bekerjasama dengan pencuri untuk menjaga sebuah bank? Mungkin ada yang berkata, kenapa PAS tidak memaafkan saja kesalahan Umno dan mulakan hidup “rumahtangga” baru yang lebih harmonis.

Mungkin pemimpin PAS boleh maafkan mereka, tapi bagaimana dengan jutaan rakyat yang lain yang telah ditipu dan ditindas oleh pemimpin Umno BN?

KEENAM: Saya melihat isu perpaduan ini adalah senjata Umno untuk pecah belahkan Pakatan Rakyat. Mungkin ramai masih ingat sewaktu media hangat memainkan isu ini selepas PRU-13 yang lalu.

Cuba teliti balik kronogi isu ini. Bermula dengan pendedahan ada pemimpin PAS yang berjumpa secara sulit dengan pemimpin Umno, lalu media UMNO pun melagukan betapa indahnya perpaduan Melayu Islam ini. Segala pengharapan positif pemimpin UMNO tentang perpaduan dipaparkan.

Busuk hingga ke usus

Selang seminggu, mereka dapatkan pendangan dari pemimpin PKR dan DAP tentang isu ini, hingga akhirnya ada pemimpin DAP yang mengkritik pemimpin PAS secara terbuka. Selang seminggu selepas itu, lenggok bahasa media Umno ini mula berubah.

Tajuk-tajuk seperti “PAS dan DAP sudah tidak sehaluan”, “Pakatan pembangkang retak” dan sebagainya. Akhirnya keindahan perpaduan tidak lagi berbunyi. Inilah matlamat isu perpaduan ini dimainkan, bukannya ikhlas untuk bersatu, tapi hanya gimik untuk pecah belahkan Pakatan Rakyat.

Kemunafikan Umno dalam isu perpaduan ini sangat jelas, di saat muka surat hadapan akhbarnya bercakap tentang kepentingan perpaduan, muka surat keempatnya sedang memperlekehkan kerajaan PAS di Kedah.

Mulut Datuk Seri Najib Razak bercakap tentang perpaduan Umno-PAS, tapi dalam masa yang sama perbuatannya menafikan hak royalti rakyat Melayu Kelantan kerana menyokong PAS. Tidak layak sebenarnya, andai kepercayaan diperjudikan kepada ketidakjujuran.

Akhirnya, sekadar memetik tulisan Mahathir iaitu Umno kini busuk sehingga ke ususnya.

Kebusukan itu telah melimpahkan najis ke seluruh tanah air dan seluruh Malaysia terkesan dengan busuk itu. Najis perlu dibuang dari sejadah, baru boleh tunaikan solat, bukannya ambil dan letak bersama dalam poket baju Melayu kita!


Sent from my BlackBerry® smartphone

Reference:
https://mail.google.com/mail/h/dructneu8jtg/?&v=c&th=133c484263da150c