Salam Dato' dan sahabat-sahabat,
Kehairanan Dato' adalah kehairanan khalayak juga. Namun bila perisytiharan suruhanjaya itu dibuat, semacam rakyat mesti terima dan tidak dapat menolaknya. Kalau ingin menolak bagaimana Ye?.
Biasanya Suruhanjaya akan dilantik berdasarkan tugasan penyiasatan unsur-unsur yang tidak betul di dalam prosedur kehakiman dan penghakiman, bukan melibatkan perlantikan, kerana peruntukan sedia ada di dalam prosedur perlantikan mencukupi, laksakanlah dan patuhilah. (Persoalan timbul apabila berlaku perlantikan tidak mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan)
Pertikaian rakyat terhadap pihak kehakikaman ialah;
1) Apabila ada menteri kehakiman, maka ia bertanggung jawab kepada menteri. Lalu Badan Kehakiman bukan lagi badan bebas.
2) Apabila semacam ada kawalan keputusan atau "postscript" kepada setiap kes perbicaraan agar dibentuk plot bicaranya telah diputuskan. Perkara ini nampak ketara berlaku dengan bukti-bukti pertukaran hakim bertugas untuk kes-kes tersebut secara JELAS TIDAK BERSELINDUNG dari pengetahuan rakyat.
3) Apabila masih banyak lagi kes-kes berprofail tinggi sedang berjalan dan akan menyusuli diselenggarakan di mahkamah-mahkamah di Malaysia, maka SuruhanJaya Kehakiman(yang tidak ada jaminan telusnya itu)WAJIB diwujudkan agar dapat melincinkan keputusan-keputusan pemilihan hakim dan keputusan penghakiman yang selalu mendapat kritikan rakyat dan kalangan ahli-ahli undang-undang.
Permintaan Ikhlas.
1. Tidak Perlu suruhan jaya tersebut. Namun laksanakan sahaja dengan efisyen "DASAR PENGASINGAN KUASA" dan "TIADA CAMPUTANGAN" antara Badan Eksekutif dan Badan Judiciary secara tegas. Para pakar perundangan Malaysia sangat mengalu-alukan perkara ini. Ianya rahmat kepada mereka kerana tidak akan tersepit dengan beberapa pihak yang bercanggahan kepentingan KETIKA MEMBUAT KEPUTUSAN di mahkamah.
2. HENTIKANLAH JENAYAH BERPROFAIL TINGGI, maka dengan sendirinya kerajaan tidak akan bersusah payah "bersilat pulut" dengan media dan rakyat jelata untuk menyakini apakah yang telah diputuskan oleh mahkamah di Malaysia itu BENAR atau DIPERTIKAIKAN.
3. Berilah KUASA KEPADA BADAN KEHAKIMAN SEPENUHNYA agar Malaysia dapat merasai KEMULIAAN DAN KETINGGIAN BADAN TERSEBUT. Tidak lagi bernaung dan terikat dengan mana-mana pihak yang boleh mencacatkan kebenaran dan keadilan sejagat yang menjadi tugas mereka untuk merealisaikannya.
Semoga semua pihak tidak lagi mencari dalih-dalih yang meruntuhkan marwah diri dan merendahkan martabat Badan Kehakiman di Negara ini.
Terima kasih Dato' dan sahabat-sahabat sekelian.
Arau
PERLIS DARUS SUNNAH
1:47 PM
Reference:
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=22873867&postID=4928119570455062237
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment