Friday, May 25, 2012

PERUTUSAN MA'AL HIJRAH AQSA ASY-SYARIFF 1433H

--------- Forwarded message ----------
From: ali firdaus
Date: 2011/11/26
Subject: [IKRAM Hulu Langat] Perutusan Maal Hijrah 1433H Aqsa Syarif
To: ikram-hululangat@googlegroups.com

Assalamu'alaykum

http://www.aqsasyarif.org.my/2011/11/perutusan-maal-hijrah-1433h-aqsa-syarif/

Aqsa Syarif mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya. Sebagaimana sudah menjadi tradisi setiap menjelang tahun baru maka setiap orang akan menanam azam untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan. Bersempena dengan tahun baru Hijrah 1433, kami mengajak seluruh umat Islam untuk memberi perhatian kepada umat Islam di tanah suci Al-Quds yang kini sedang menghadapi penindasan dan penjajahan. Di saat kita meletakkan sasaran untuk meningkatkan pencapaian dalam pelbagai bidang yang diceburi dan memperbaiki taraf hidup, saudara-saudara kita berhadapan dengan persoalan bagaimana untuk meneruskan kehidupan itu sendiri dalam keadaan dinafikan hak mereka yang paling asas sebagai manusia.

Mereka disekat dari mendapat bekalan makanan, air bersih untuk minuman, ubat-ubatan dan bahan bakar. Mereka juga tiada jaminan keselamatan tempat tinggal kerana bila-bila masa sahaja tanah mereka akan dirampas, mereka dihalau keluar dan rumah mereka dirobohkan. Bahkan nyawa mereka sentiasa berada dalam keadaan bahaya akibat terdedah kepada serangan Israel yang boleh dilancarkan tanpa amaran dan secara tiba-tiba.

Inilah senario yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin di saat kita menyambut Maal Hijrah. Bagi mereka tahun baru Hijrah hanya menjanjikan satu kepastian iaitu perjuangan untuk pembebasan Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa pasti diteruskan. Itulah azam yang tertanam kukuh di dalam setiap umat Palestin. Cita-cita untuk melihat tanah suci al-Quds kembali ke pangkuan umat Islam tidak pernah luput dari ingatan mereka. Bahkan inilah azam yang tidak pernah luntur dalam diri para pejuang sejak 66 tahun yang lalu. Semangat jihad yang terus membara disanubari mereka menjadi obor yang menerangi seluruh dunia Islam dan menyuntik kekuatan meski berhadapan dengan pelbagai pengkhianatan dan pembelotan dari kalangan pemimpin-pemimpin negara Islam yang berkepentingan yang bersekongkol dengan pihak musuh.

Jika diamati, setiap orang akan merasa insaf bagaimana mungkin sebuah umat yang diperangi oleh kuasa tentera yang ke empat terbesar di dunia dan mendapat sokongan padu dari kuasa besar dunia Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah dapat bertahan puluhan tahun lamanya. Bahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang sering memihak kepada kepentingan Zionis kerana didalangi oleh Amerika dan sekutu-sekutunya sering gagal membela kepentingan dan hak rakyat Palestin. Apakah rahsia kekuatan mereka sehingga mereka tidak berganjak langsung dari prinsip perjuangan meskipun diasak dengan begitu hebat oleh Zionis, negara kuasa besar bahkan rejim-rejim negara Arab yang menjadi boneka kepada kepentingan Amerika?

Semua ini menuntut umat Islam di Malaysia untuk mengambil inspirasi dari satu perjuangan yang amat menakjubkan. Apakah yang mendorong satu umat yang tidak punya kekuatan tentera dan senjata untuk berhadapan dengan Israel yang mendapat bantuan hampir USD3 billion setahun dalam bentuk pelbagai senjata terkini. Bahkan mereka bukan sahaja berhadapan dengan jet pejuang, kereta kebal, peluru berpandu, bom pintar, pesawat ‘predator’ kawalan jauh, tetapi mereka turut dihujani dengan bom fosforus putih yang diharamkan. Kemusnahan kepada nyawa, harta benda dan tempat tinggal tidak dapat dibayangkan. Tetapi semua ini hanya meningkatkan semangat juang dan menyemarakkan lagi jihad di bumi Palestin. Pastinya umat yang berjuang di atas dasar jihad yang benar tidak akan dapat ditundukkan oleh mana-mana kekuatan di bumi ini. Meskipun seluruh dunia menalakan senjatanya kepada umat yang sedemikian, mereka tidak akan mampu menumpaskan satu umat yang kekuatannya datang langsung dari Allah SWT.

Hari ini di saat rakyat Gaza sedang bergelut dengan persoalan hidup dan mati, para pejuang menyibukkan diri mereka dengan mempersiapakan generasi akan datang. Lima puluh peratus anak-anak Gaza berhadapan dengan masalah kurang zat makanan. Sebahagian besar dari mereka tidak dapat meneruskan persekolahan. Bukan sahaja bangunan sekolah sudah ranap menyembah bumi, bahkan kertas dan alat tulis juga tidak dapat dibekalkan akibat sekatan Israel dan penutupan sempadan Gaza dengan dunia luar. Namun dalam serba kekurangan dan kedaifan ini, mereka tidak pernah putus pergantungan dengan Allah SWT. Mereka tetap meletakkan harapan penuh yakin bahawa masa depan Palestin sudah dijamin di dalam Islam. Oleh itu salah satu agenda yang penting yang diberikan perhatian penuh para pejuang ialah membina generasi pelapis. Mereka ditarbiyah dengan al-Quran.

Mereka ditarbiyah untuk menjadi para hufaz dan membawa al-Quran di dalam dada-dada mereka. Pada musim panas yang lalu mereka berjaya menghasilkan 30,000 para hufaz cilik dari kalangan anak-anak lelaki dan perempuan. Sebahagian dari mereka bergelar hufaz hanya dalam tempoh tiga bulan atau lebih pendek dari itu. Program melahirkan generasi Rabbani ini akan menjamin kelangsungan jihad untuk mem pertahankan tanah suci dan Masjid al-Aqsa. Dengan nukleus para rijal yang mempunyai kualiti tarbiyah imaniah ini, benteng-benteng pertahanan umat di bumi al-Quds akan terus dijamin terpelihara dari pencerobohan dan pengkhianatan golongan yang cuba mengkhianati perjuangan ini.

Kami mengajak umat Islam untuk mengimbau perjuangan umat Islam di Palestin sempena Maal Hijrah. Apakah kaitan peristiwa hijrah Nabi SAW dengan perjuangan yang ditempa oleh umat Islam zaman ini terutama di Tanah Suci Al-Quds. Apakah hubungkait peristiwa besar di dalam perjuangan Nabi SAW 1,400 tahun yang lalu dengan kesinambungan perjuangan umat Islam pada hari ini. Pastinya peristiwa hijrah bukan hanya satu peninggalan sejarah tetapi satu panduan yang terus relevan sepanjang zaman. Perjuangan Nabi SAW adalah kemuncak segala perjuangan di antara hak dan batil, di antara kebenaran dan kepalsuan. Allah SWT telah menjadikan resam perjuangan yang batil sentiasa berada di pihak yang kuat dari sudut zahir dan luarannya. Semua itu menjadi ujian kepada orang-orang yang beriman agar mereka tidak silau dan goyah melihat kekayaan dan kekuatan pendukong-pendukong kezaliman.

Nabi SAW berhadapan dengan penindasan dan penyeksaan golongan penguasa Quraish selama 13 tahun menerajui perjuangan menegakkan kalimah Allah dan kebenaran di bumi Mekah. Mereka merupakan golongan minoriti yang sentiasa diasak oleh pemuka-pemuka Quraish yang berkuasa, berpengaruh dan kaya-raya. Golongan inilah yang memegang tampuk kekuasaan dan tidak pernah henti-henti menyakiti Rasulullah SAW dan orang-orang yang beriman. Sebahagian mereka syahid di tangan penguasa-penguasa ini dan apa yang mampu dilakukan oleh Rasulullah SAW hanyalah menyuruh para sahabatnya bersabar. Apabila semua penyeksaan dan penindasan ini tidak berjaya melemahkan keimanan maka mereka telah mengambil satu pendekatan di luar batas-batas persaudaraan bahkan di luar batas kemanusiaan.

Umat Islam diboikot dan dikepung selama tiga tahun lamanya. Mereka tidak dibenarkan menghubungi dan menyambung silaturrahim meskipun dengan ahli keluarga yang terdekat. Bekalan makanan disekat sehingga ada umat Islam yang meninggal dunia akibat kebuluran. Bahkan Saidatina Khadijah RA dikatakan meninggal akibat kesan dari kekurangan makanan. Namun umat Islam tetap bertahan dan tidak sekali-kali menggadaikan keimanan mereka hanya untuk mengalas perut yang pedih menahan lapar. Mereka tetap bertahan meskipun anak-anak merintih pada waktu malam menahan lapar. Tangisan yang memilukan pada waktu malam telah mendorong orang-orang Quraish yang masih punya hati untuk membekalkan makanan secara sembunyi-sembunyi supaya tidak diketahui orang lain.

Allah SWT telah menguji Rasulullah SAW sehingga kemuncak dan kemudian memberi kelegaan kepada umat Islam dengan campur tangan Allah SWT sendiri. Berakhirnya boikot rupa-rupanya menjanjikan dugaan yang lebih berat kepada Rasulullah SAW. Kematian dua orang yang paling disayangi dan yang paling kuat menyokong dan melindungi Rasulullah SaW iaitu isteri dan bapa saudaranya, Abu Talib sudah tentu meninggalkan kesan yang amat besar pada jiwa Rasulullah SAW. Dalam keadaan menanggung sedih itu Rasulullah SAW tidak berputus asa dan tetap menjalankan amanat dakwah yang dipikulkan ke atas dirinya.

Kunjungannya ke Taif bukan disambut dengan baik bahkan dilempari dengan batu sehingga menanggung luka yang berat. Pada saat sedemikianlah Allah SWT memperjalankan Nabi dalam satu peristiwa yang menakjubkan iaitu Isra’ dan Mikraj. Perjalanan ke Masjid al-Aqsa dan kemudian ke Sidratul Muntaha adalah langkah pertama ke arah kemenangan yang bakal datang. Kembalinya Rasulullah SAW disusuli dengan siri-siri pertemuan dengan penduduk Yathrib. Rasulullah Saw dinanti-nantikan oleh penduduk Yathrib dan diangkat sebagai pemimpin di Madinah. Peristiwa hijrah adalah kunci kepada kemenangan ini.

Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin pada hari ini, peristiwa hijrah adalah satu jaminan dari Allah SWT bahawa kemenangan pasti akan berpihak kepada pejuang kebenaran. Kekuatan fizikal dan sokongan antarabangsa yang dinikmati oleh Israel tidak akan melindungi rejim haram itu dari kemusnahan. Sebagaimana kepungan dan boikot ke atas Rasulullah SAW gagal maka begitu juga sekatan ekonomi dan kepungan ke atas Gaza akan gagal dengan kuasa Allah SWT. Sebagaimana komplot dan persekongkolan golongan Yahudi dan munafiq di Madinah begitu juga persekongkolan rejim-rejim Arab bersama Zionis untuk menekan gerakan Hamas dan gerakan Islam di Palestin akan menemui kegagalan.

Golongan Ahzab moden yang diterajui oleh Amerika Syarikat akan gagal sebagaimana gagalnya golongan Ahzab dalam peperangan Khandak. Keyakinan yang bulat inilah yang terus memercikkan api kebangkitan rakyat Palestin. Kini persoalannya ialah apakah peranan umat Islam sejagat? Apakah kita hanya sekadar menonton dan memberi ulasan-ulasan yang kadangkala terpisah dari realiti sebenar. Ramai umat Islam di luar sana merasa sangsi dengan janji Allah SWT. Mereka bukan sahaja mengambil sikap tidak peduli dengan apa yang menimpa tanah suci al Quds bahkan tergamak mencemuh para pejuang dengan kata-kata nista dan penghinaan.

Sebabnya ialah umat Islam tidak kembali kepada persoalan dasar iaitu melihat perjuangan yang berlaku ini dalam konteks Al-Quran dan sunnah. Mereka mengukur kekuatan musuh dengan penilaian kebendaan lalu membuat kesimpulan bahawa perjuangan rakyat Palestin adalah usaha yang sia-sia. Kami menyeru seluruh umat Islam supaya kembalilah kepada Allah dan Rasulnya dalam menilai perjuangan umat Islam di Palestin. Kemenangan sebenarnya telah ditetapkan oelh Allah SWT bagi hamba-hambanya yang berjihad dengan ikhlas dan penuh keimanan.

Sebagaimana yang disebut lewat hadis-hadis sahih Rasulullah SAW bahawa umat ini akan terus berjuang sehingga Allah memberi kemenangan mutlak kepada mereka. Apabila ditanya oleh sahabat di manakah mereka itu, dijawab oleh Rasulullah SAW, mereka itu berada di Baitul Maqdis. Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW memberi jaminan bahawa pengkhianatan golongan yang berkhianat tidak akan memudaratkan mereka. Mereka akan tetap menjadi golongan yang menang. Golongan ini disebut oleh Rasulullah berjuang di pintu-pintu Dimasq (Damsyik) dan pitu-pintu al-Quds (Baitul Maqdis).

Sempena Maal Hijrah 1433 ini Aqsa Syarif menyeru seluruh umat Islam supaya meletakkan satu azam untuk bersama di dalam jihad mempertahankan tanah suci. Umat Islam diseru memperuntukkan sebahagian dari penghasilan mereka untuk perjuangan pembebesan al-Quds. Barangsiapa yang memberi bekal kepada para mujahidin maka dia juga adalah mujahidin. Dengan hadis Nabi SAW ini, kami mengakhiri perutusan Maal Hijrah ini dengan harapan agar seluruh umat Islam bersama berganding bahu berjuang dengan segala daya dan upaya untuk menyokong jihad di bumi Palestin.

Dr. Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
Aqsa Syarif Berhad
1 Muharram 1433H

Reference:
http://www.aqsasyarif.org.my/2011/11/perutusan-maal-hijrah-1433h-aqsa-syarif/

Different Angle of Criticism from Prof Dr Tareeq Ramadhan

Egypt: A complex equation
In reality, the Brotherhood and Al Nour's political forces and visions differ greatly from their Islamist ideologies

By Tariq Ramadan, Special to Gulf News
Published: 00:00 December 13, 2011

0.
Image Credit: Ramachandra Babu/©Gulf News

It is not easy to assess what is really happening in Egypt. After the first round election results, all hypotheses remain possible; the outcome is unpredictable. The two Islamist parties, Freedom and Justice representing the Muslim Brotherhood and Al Nour, representing the Salafists, have emerged as the main political forces in Egypt, giving rise to questions about the nature of the future state.

Things are moving rapidly and many elements are surprising, unclear and even unknown: it is difficult to identify not only the protagonists but also the new alliances that are taking shape at this historical turning point.

In less than six months, the Salafist movement has completely changed its ideological and religious position toward “democracy”. Their leaders had been repeating for years that “democracy” was not Islamic, that it was even kufr (rejection of Islam), and that true Muslims should not take part in elections — or in politics at all — as the whole system is corrupt to its very foundations.

Then, suddenly, the Salafists set up a party, started to be active everywhere in the country, producing leaflets and booklets, calling the people to vote for them and, if not, at least for the Brotherhood. Their 180-degree turnabout was as quick as it was surprising and curious. How could they now declare to be Islamically legitimate what only yesterday they called kufr? How can they ask the people to vote for the Brotherhood who they constantly criticised, almost from the beginning, as being too far from “true Islam”, too open to harmful innovations (bida), and, in a nutshell, too “westernised and modern?” Why are the Salafists changing so dramatically?

Article continues below

It is not the first time we have observed such changes among the more literalist and traditional Islamic organisations. In the mid-nineties in Afghanistan and Pakistan, the Taliban refused to consider political involvement; for them it was Islamically wrong. In less than eight months, they organised themselves into one of the main forces in Afghanistan and got involved politically.

We later learned that they had been pushed into that position under Saudi pressure (even though the Saudis considered the Taliban to be following a distorted Islamic school of thought) in response to American strategy in the region.
The Americans have never had a problem in dealing with the more literalist Islamist trends. On the ground, in Afghanistan, as today in Egypt, the Salafists are playing a contradictory game: they have adopted a completely new — for them — Islamic position, while in practice they work for the very interests (such as those of the US) that they reject and demonise in theory.

The same scenario may well be unfolding in Egypt today.

The problem with the Salafists and the traditionalists (such as the Taliban) is not only their interpretation of Islam (literalist, narrow-minded and often obdurate) but also the potential use that can be made of their presence in political terms. No one can deny they can be (and very often are) religiously sincere. At the same time, they are politically naive and easy to manipulate. This became clear in Afghanistan and may hold true in Egypt again.

The world is looking at the first-round election results, and concluding that the two Islamist parties account for almost 60 per cent of the vote (as there should be a natural alliances between the two). That might be a completely wrong interpretation. It is possible that the Al Nour party may have another role to play in the Egyptian equation. Supported, ideologically and financially, by the Saudi government, it may emerge as one of the actors of America’s Egypt strategy.

Al Nour would be a tool to weaken the Brotherhood’s influence and power by forcing it into risky alliances. If the Brotherhood chooses to conclude a pact with the literalists it will very quickly lose its credibility and put itself at odds with its proclaimed reformist agenda. If it decides to avoid the Salafists, it would have no alternative but to consider an alliance with other political forces (which are very weak) and mainly the military, which remains very powerful.

The Brotherhood decided to contest only 40 per cent of the electoral positions and not to contest the presidency. It announced it would be an active and key political force but would avoid exposing itself. This strategy was a way to appease the West and to avoid losing its credibility, as it would be acting in a more discreet mode.

The Brotherhood now finds itself in a very tricky, and for it, quite a dangerous, position. Al Nour may become the strongest enemy of the Brotherhood and the objective ally of the military. On the ground, the two Islamist parties invoke the same references and promote several common objectives; in reality they represent quite distinct political forces and visions.

Over the years, the Brotherhood has shown how pragmatic it can be: evolving with history, adapting its strategy and diversifying its contacts (Saudi Arabia, the US, the European countries, the emerging countries, etc). It seems it will not be possible for the Brotherhood to avoid dealing, one way or another, with the military.

There were rumours of an agreement but nothing was clear: now it seems such an agreement is quite unavoidable. This is what the US government, which is maintaining close links with the generals, is working for in order to keep some control over the situation.

A civilian face such as Mohammad Al Baradei (also close to the Americans contrary to what is said) might be democratically elected later, yet true power will be elsewhere.

Despite what we have witnessed over the last few weeks, it would be better to suspend judgement and remain cautious in our conclusions. Egypt is a critical country in the Middle East and neither Israel nor the US will remain passive onlookers when the Egyptians choose the Brotherhood, whose ideology is the same as Hamas’s (when it comes to the Palestinian-Israeli conflict).

Some other regional actors, which do not really care about democracy, such as the monarchies, are playing a key role in neutralising the Islamist forces. And, in any event, these forces still have much to prove; no one knows whether they will keep their promises when in charge.

The way towards democracy in Egypt is far from transparent; we should avoid taking appearances for realities. Islamists might work against Islamists just as a democratic western government might support a non-democratic military apparatus. This is politics; we must remain vigilant even in our optimism. Religious or not, sincerity in politics is never enough.



Tariq Ramadan is professor of Contemporary Islamic Studies in the Faculty of Oriental Studies at Oxford University and a visiting professor at the Faculty of Islamic Studies in Qatar. He is the author of Islam and the Arab Awakening

Reference:

Warga Malaysia Perlu Tahu Tentang Revolusi Syria

Revolusi Syria (Al-Thaurah al-Suriyyah)*
(DUNIA PERLU TAHU KEKEJAMAN BASYAR ASAD)

Jinsiyyatunā al-Islām (Kewarganegaraan kita ialah Islam);

Di dunia sebelah sini (Asia Tenggara), pertengahannya adalah Malaysia (Awsaṭuha Maliziā) yang sedang memberi banyak sumbangan kepada perjuangan Islam;

Syria jantung umat Arab dan juga miftāh ‘ala al-gharb (kunci ke Barat);

Makam sahabi Hasan ibn Thabit al-Ansari (Makam di Hama); Hama dan Homs merupakan markaz Aiyubin (Salahuddin al-Aiyubi); Hama terkenal melahirkan ulama mujahidin; Balad Nawa (tempat Imam al-Nawawi);

Kelompok Nusairiyin, ‘Alawiyin, adalah cabang daripada golongan Syiah – mereka tidak wajib salat, puasa, zakat, haji, maka mereka bukanlah umat Islam;
Komponen rakyat Syria: (6% Nusairi); (10% Kristian, Druz & Kurdi Sunni); (84% Arab Sunni – 70% sekular, 30% multazim);

Dalam sejarah perjuangan Islam mutakhir di Syria: ulama dibakar, wanita diperkosa;
1973 Hafiz al-Asad (dibantu oleh para penasihat Russia) berkuasa selama 32 tahun dan menukar perlembagaan “Islam sebagai masdar” kpd “Islam satu dpd masadar”, supaya presiden Syria tak perlu daripada kalangan umat Islam;

Hafiz Asad mengumpulkan ulama dan menyatakan bahawa tiada satu ayat Qur’an pun yang bercakap tentang hijab – tapi Syeikh Abdul Wahab Zuhaili menyangkal Asad dan menegaskan bahawa wujud enam ayat Qur’an tentang hijab;

Pasukan payung terjun wanita ‘Alawi ditugaskan untuk membuka hijab para mukminat, tapi akhirnya hijab dibenarkan selepas bom dibaling ke arah mereka yang menentang hijab;

Di penjara Tadmur di padang pasir, setiap hari Isnin dan Khamis 10 orang ikhwan dibunuh – 950 orang Ikhwan syahid pada tahun 1980 (semuanya 1150 orang Ikhwan syahid);

Rifa’at Asad (adik Hafiz Asad) mempunyai 40,000 orang tentera yang menjaga rejim; berkata bahawa Stalin telah mengorbankan 10 juta nyawa untuk mempertahankan rejim dan ia pula “bersedia untuk membunuh...”; antara perangai buruknya ialah ia suka menculik wanita jelita di jalanan.

Majoriti tentera daripada golongan Sunni, tapi empat tahap kuasa teratas daripada puak ‘Alawi, tahap yang ke-5 barulah daripada puak Sunni yang fasiq;

Hingga 2 Mac 1982, 46,000 rakyat terkorban, menyebabkan 1.5 juta rakyat berhijrah ke negara-negara lain;

Asad mendakwa negara Syria benteng yang berdepan dengan Israel – satu pembohngan kerana tak pernah sebiji peluru pun ditembakkan ke arah Israel, Bukit Golan masih milik Israel;

Bashar Asad dan saudara perempuannya Bushra menghubungi Netanyahu yang menyatakan bahawa Bashar tetap pemimpin yang menjaga maslahah Israel;

Lapan bulan sebelum revolusi, rejim telah mengaharamkan pemakaian niqab dan 2,500 orang guru telah dipindahkan ke bahagian pentadbiran kerana memakai niqab;

Sebab thaurah: ‘Atif Najib (rapat dengan Bashar Asad) antara para penzalim; punca revolusi ialah kezaliman dalaman yang sudah lama yang dilakukan oleh Bashar;

Pencetus thaurah: 28 pelajar sekolah yang menulis protes di papan dinding ditangkap –seorang dibunuh dan selainnya diseksa, apabila bapa mahu mengambil anaknya yang sudah tiada, para penyiksa mengatakan bahawa “biar kami bersama wanita kamu supaya dapat anak baru!”

15 Mac 2011 bermula pemberontakan besar-besaran hingga kini; 157 tempat memberontak (hancurkan patung Asad); Jumaat 2 Disember yang lepas 3 juta rakyat memberontak;
Pada mulanya Asad menggunakan senjata sementara rakyat tidak menggunakan senjata;
Damsyik dan Haleb pun sudah mula bangun; sebuah kampung 6 km dari Golan diserang, tapi Asad tak menyerang Israel;

Kini 29,000 orang tentera telah berpaling tadah;
Kapal terbang, 400 kereta kebal digunakan untuk menyerang rakyat dan 21 masjid serta 4 gereja telah dimusnahkan;

Duta di Malaysia ‘Alawi, di Indonesia Sunni fasiq;Para pemberontak keluar rumah bersedia untuk syahid, berwuduk dan berwangi-wangian dan keluar setiap hari dan malam; pihak kerajaan mesti dibayar untuk keluar;Kini sudah 10,000 syahid (termasuk budak Kristian yang mati), ada juga puak Druz bersama-sama pemberontak; 39,000 rakyat telah cedera; ambulan tidak boleh membantu, 19 doktor dibunuh, rakyat cedera dibunuh;109,000 dipenjara, mata dicungkil, lidah dipotong, 413 syahid setelah diseksa, 400 kanak-kanak syahid, wanita diperkosa depan suami;

Zainab al-husni 23 berusia tahun cuba melawan – beliau diseksa dan terus keempat-empat anggotanya dipotong, kemudian dilemparkan ke depan keluarganya;
Umm ‘Abdillah diperkosa oleh lima orang tentera, mereka mengatakan bahawa anaknya bukan Abdullah tapi ‘Abdu Bashar, ‘Abdu Maher (saudara Bashar Asad);
Pemberontak yang ditangkap dipaksa menukar syahadah kepada lailahaillabashar (kelihatan jelas dalam video CD yang mengandungi banyak adega yang mengerikan termasuk anak-anak kecil lelaki dan perempuan yang dibunuh setelah diseksa);
Tanzim an-nisa’ wujud di Syria;

Antakia Ard Mubarak (bumi keberkatan): tentera berada di sana; 29,000 tentera telah memerdekan diri mereka dan menyiapkan diri untuk bertempur dengan tentera Asad;
Pelarian: 16,000 di Turki, 6,000 di Lubnan, 6,000 di Jordan;
Lubnan (Hizbulla), Iraq (Syiah) dan Iran (Syiah) menyokong rejim Bashar Asad;
Syeikh Qaradawi berperanan besar untuk membantu revolusi Syria.

* Noktah-noktah ringkas oleh BungHatta ini berasaskan ucapan Dr Khaled Hasan Hendawi (keturunan Syria, orang kanan Syeikh Yusuf al-Qaradhawi) yang disampaikan selama hampir tiga jam kepada beberapa orang pemimpin IKRAM Pusat, Selangor dan Wilayah Persekutuan di Pejabat IKRAM Pusat, bermula sekitar jam 09.30 malam 3 Disember 2011.

Refereence:
https://mail-attachment.googleusercontent.com/attachment?view=att&th=1340f3f7027acee4&attid=0.1&disp=vah&safe=1&zw&saduie=AG9B_P_uXGGDBxEfv_nDYW8nYAco&sadet=1323154111522&sads=9sCGN2pPMILBPeIVj_uC74Pcf2A&sadssc=1

Kenyataan Khairy Tentang Dana Harta RM589.14 Juta Timbul Tandatanya..?

Kerajaan ditekan berhubung kes Tajudin selepas dakwaan Khairy Oleh Shazwan Mustafa KamalMay 24, 2012KUALA LUMPUR, 24 Mei — Penyelesaian sulit kerajaan dengan Tan Sri Tajudin Ramli timbul kembali selepas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata minggu ini syarikat susunan semula aset nasional Danaharta tidak kehilangan duit dalam penyelesaian luar mahkamah.
DAP hari ini menuntut jawapan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas Khairy membuka semula perbalahan mengenai penyelesaian sulit yang kontroversial ini dengan menuntut semasa debat yang disiarkan di televisyen dengan Rafizi Ramli dari PKR bahawa dia telah diberitahu sumber bahawa kerajaan tidak kehilangan dalam pengaturan dengan Tajudin (gambar). “Datuk Seri Najib Razak mesti mengesahkan dengan serta-merta jika ketua Pemuda Umno-nya bercakap benar atau sedang menipu orang awam tentang skandal tersebut. “Terutamanya kerana ini kali pertama seorang ahli politik Barisan Nasional (BN) telah membuat tuntutan bahawa Tan Sri Tajudin telah membayar separuh atau semua hutang tertunggaknya sebagai sebahagian penyelesaian,” ketua publisiti DAP Tony Pua, berkata dalam kenyataan media hari ini. Khairy telah berkata ada sumber bahawa bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) itu mungkin telah membayar lebih dari RM589 juta yang dihutang kepada Danaharta berikutan suatu penyelesaian luar mahkamah yang jumlahnya masih belum didedahkan. Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pada tahun lalu mengarahkan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk Danaharta untuk menarik balik kes sivil terhadap Tajudin kerana kerajaan telah memutuskan semua kes diselesaikan di luar mahkamah. “Dakwaan Khairy itu adalah langsung tidak boleh dipercayai dan kurang kredibiliti, berdasarkan cara sulit di mana kerajaan telah mencuba untuk menutup episod ini dan keengganan sebarang menteri untuk mengesahkan atau menafikan tuntutan bahawa Danahara sebenarnya telah melupuskan semua hutang Tajudin,” ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata. Danaharta dan Tajudin telah menamatkan kes yang telah lama berlanjutan ini apabila mereka membuat penyelesaian luar mahkamah pada 14 Februari selepas Putrajaya telah mengarahkan Ogos lalu supaya semua GLC menguggurkan kes sivil terhadap bekas anak buah Tun Daim Zainuddin itu. Tetapi terma penyelesaian luar mahkamah itu kekal sebagai rahsia antara dua pihak itu walaupun Mahkamah Tinggi telah memutuskan pada Disember 2009 supaya Tajudin membayar Danaharta RM589.14 juta dengan faedah tahunan dua peratus yang bermula dari 1 Januari 2006. Ahli politik dari pihak kerajaan dan pembangkang telah menggesa supaya butiran lengkap penyelesaian luar mahkamah antara Tajudin dan Danaharta diumumkan kepada orang awam, tetapi setakat ini kerajaan masih senyap. Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen telah menuntut pada bulan Mac supaya Putrajaya mendedahkan butiran penyelesaian luar mahkamah yang dicapai antara bekas syarikat pengurusan aset nasional Pengurusan Danaharta Bhd (Danaharta) dan Tajudin. The Malaysian Insider memahami bahawa panel yang mempunyai 13 ahli itu membuat keputusan yang hampir sekata untuk tanya Kementerian Kewangan dan Prokhas, unitnya yang mengurus baki aset Danaharta, untuk menjelaskan penyelesaian sulit yang dicapai pada 14 Februari. Polisi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjadi bahan kritikan selepas pentadbiran Najib memutuskan untuk mengadakan penyelesaian di luar mahkamah terhadap hutang RM589 juta oleh Tajudin ketika membuat pinjaman untuk membeli MAS pada 1994. Kes antara Danaharta dan Tajudin timbul selepas beliau melakukan perjanjian kemudahan pada 13 Julai, 1994 untuk meminjam RM1.79 bilion daripada sindiket bagi membiayai pembelian saham sejumlah 32 peratus saham MAS. Namun begitu, pada 1994 ke 1998, beliau gagal menyelesaikan hutang berkenaan dan menjadikannya pinjaman tidak memuaskan (NPL). Pada tahun 1998, Danaharta mengambil alih NPL daripada peminjam tetapi Tajudin juga gagal menyelesaikan hutangnya dengan Danaharta sehingga mereka berhutang sebanyak RM1.41 billion pada 8 Oktober 2001. Pada 31 Disember 2005, amaun yang belum dibayar adalah RM589.14 juta dan pada 11 Mei 2006, Danaharta dan anak syarikatnya telah mula ambil tindakan untuk mendapatkan semula kesemua duit itu. Tajudin mendakwa dalam afidavitnya beliau diarahkan oleh Dr Mahathir dan Daim pada 1994 untuk membeli dan mengawal pegangan saham MAS untuk menjamin daripada kerajaan. Ahli perniagaan itu mendakwa pembeliaan itu adalah “khidmat negara” yang dipaksa, kerana kerajaan ingin menenangkan para pelabur dan orang awam. Dr Mahathir bagaimanapun menafikan dakwaan Tajudin berkenaan dalam memoir yang ditulisnya. Reference: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kerajaan-ditekan-tentang-kes-tajudin-selepas-dakwaan-khairy/

Sunday, April 1, 2012

Global March to Jurusalem - Nuha Iffah Nordin

[ikram-ajk-DISKUSI] Fwd: [IKRAM_JOHOR] perkongsian: GMJ live dari Jordan
Nordin Yahaya Sun, Apr 1, 2012 at 2:26 PM
Reply-To: ikram-ajk-diskusi@googlegroups.com
To: Ikram Ajk Diskusi Nasional

Dipanjangkan perkongsian dari pelajar kita di Jordan yg telah juga bersama GMJ di sana. Mereka juga sempat bertemu dgn team MyGMJ.

Dr Nordin Yahaya
Johor Bahru

Begin forwarded message:

From: nuha iffah
Date: 1 April 2012 14:05:25 GMT+08:00
To: ikram_johor@yahoogroups.com
Subject: [IKRAM_JOHOR] perkongsian: GMJ live dari Jordan
Reply-To: IKRAM_JOHOR@yahoogroups.com

Assalamualaikum, sedikit perkongsian pengalaman.

Itulah yang dikatakan, "Siapa kamu menentukan cara kamu melihat."

Kesannya pula ialah "Cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat"

Malam sehari sahaja sebelum tarikh keramat 30/3 itu baru kami berkumpul. Duduk sebentar bersama, mahu mengsettingkan arah kompas hati-hati yang bakal berarak ke sempadan Palestin esok. Kita bukan pergi untuk menyerah diri ditembak tentera Yahudi, niat kita hanya mahu berhimpun secara aman, sekadar hadir dan tunjukkan kita serius ambil berat isu ini dan mahu sang keparat Israel sedar berjuta-juta lagi manusia tidak menyokong apa yang mereka lakukan ini. Niat kita mahu menghasilkan mass effect! Nampak usaha ini seperti sangat mini apabila dilihat dari cermin mata usaha seorang individu, tetapi apabila melibatkan berjuta-juta individu, usaha ini akan nampak gergasi bukan. Itu teori lidi dan penyapu lidi yang kita faham sejak kecil. Cuma kali ini kita niat mahu gunakan penyapu lidi ini untuk menyapu keluar kepala-kepala zionis dari tanah haram ini. Mungkin bukan tahun ini, namun sekurang-kurangnya ia telah pun bermula.

Angin sejuk pagi itu tidak membataskan semangat pemuda-pemuda itu. Awal 8 pagi, 2 coaster memulakan perjalanan sekitar 2 jam menuju ke persekitaran laut mati, tempat khas yang disediakan oleh kerajaan Jordan sebagai tuan rumah GMJ tahun ini. Rasa bersyukur dan terpilih kerana bertitle pelajar Jordan, delegasi dari Malaysia perlu menyediakan rm5,000 untuk terbang membawa semangat sampai ke sini. Bukan dia tak tahu betapa ramai penggerak di luar sana yang berkobar-kobar mahu pergi, namun atas keterbatasan kewangan. Kehadiran di stadium Sham Alam, Melawati juga sudah cukup menunjukkan keprihatinan anda. Neraca Allah sangat peka, walau seberat zarah pasti tidak terlepas dinilai. Moga Allah redha.

Sempat kami singah di masjid abu ubaidah al-Jarah dalam perjalanan itu, mengambil ruh dan semangat juang para sahabat sebelum tiba di medan berarak. Untung sungguh berada di bumi anbiya' dan para pejuang, ruh pejuang bersepah merata-rata di atas mahupun di dalam tanah. Serah kepada hati mahu dibuka seluas laut, menyerap seperti span atau tutup dibiar kering. Sungguh beruntunglah mereka yang membukanya, dan sungguh rugilah yang mengotorinya.

Tiba di medan berarak, barisan kereta kebal tersusun rapi beserta tentera-tentera bertopeng memegang senjata. Aduh! penyambut tetamu paling ekstrem pernah dijumpainya. Telan air liur juga. Jujur ini bukan seperti yang disangka, Tanah yang sangat lapang terbentang umpama sahara, disetiap penjuru punya pengawal bersenjata menjaga batas-batas supaya tiada yang memandai melebih-lebih masuk ke sempadan israel atau lebih tepat palestin itu. Almaklumlah 15km sahaja, bukan jarak yang jauh langsung. Coaster yang kami naiki mengambil tempat parking dan diturunkan kami bebas mencari posisi terbaik membina markaz khas tempat berkumpul.

Manusia pagi itu belum seramai yang dijangka, barangkali masih awal juga kami tiba disana. Siap-siap mendirikan khemah dan membentang tikar, kami telah pun diserbu warga Arab berpusu-pusu. Menemuramah dan bersalam ukhwah. Warga Arab pelbagai kabilah dari serata jordan yang datang amat mengkagumkan. Ada pemudi-pemudi datang sendiri-sendiri, ini series menakjubkan! Bukan kita tidak tahu betapa arab jordan ini pantang pemudi mereka berjalan sendiri tanpa keluarga, tapi hari ini situasinya berbeza. Yang pasti sangat ramai juga yang datang dengan keluarga masing-masing, dari datuk nenek sehingga bayi yang dikendong. Sekali pandang memang umpama family day. Sekeluarga datang bersama-sama umpama sedang berkelah, namun perkelahan kali ini dengan matlamat yang lebih besar, demi caknanya terhadap saudara jiran mereka di sebelah. Keluarga-keluarga melayu pun belum pasti mampu cakna seperti mereka ini. Menghidupkan semangat cakna dalam institusi kekeluargaan.

penjaga pemisah antara kawasan lelaki dan perempuan. sweetkan!

Selain mereka yang datang atas kapasiti individu, mahupun kapasiti keluarga, tidak kurang juga yang datang atas kapasiti persatuan mahupun mana-mana organisasi dan syarikat-syarikat. Antara yang paling dominan dari syarikat izzat marji dan ikhwanulmuslimin pastinya.

Sejurus azan berkumandang, tanah lapang yang awal paginya tadi agak hambar dibanjiri lautan manusia berbaris menghadap kiblat mendengarkan khutbah jumaat dari khatib. Selalu dilihatnya dari televisi sahaja, hari ini benar-benar diberi peluang untuk solat jemaah jumaat di tanah lapang. Allah! pengalaman yang sangat manis.Bagi yang memahami bahasa Arab,pasti ini antara khutbah yang paling bersemangat pernah didengari. Bayangkan negara Palestin benar-benar di sebelah anda, dan insan-insan disekeliling anda ialah manusia yang sangat bersemangat seolah-olahnya tidak sabar mahu mendirikan solat di dalam masjidil Aqsa di depan sana. Insyaallah suatu hari, alquds pasti kembali kepada kita.

Paling menaikkan bulu roma saat imam melaungkan "Celakalah manusia yang duduk tidak berbuat apa-apa!" Sebanyak tiga kali dengan nada yang sungguh keras. Telan air liur sekali lagi. Peluh juga menitik-nitik. Dalam hati, kalimah istighfar diulang seberapa banyak kali, risau dirilah manusia yang terlaknat itu.

Astaghfirullah...Astaghfirullah...Astaghfirullah... almaklumlah doa imam Arab memang sangat bersemangat, seolahnya seluruh jiwanya sedang berkata bukan lidahnya semata, terus tepat menusuk kepada telinga sang pendengar.

Usai solat jumaat dan qasar jamaie, seorang demi seorang wakil delegasi dari pelbagai negara dan latar belakang memberi ucapan dan motivasi tanda sepenuh hati dalam isu ini. Wakil delegasi Malaysia, Norazmi Talib telah membuat ucapan dalam 3 bahasa- Bahasa Malaysia, Bahasa English dan Bahasa Arab sebelum disambut dengan sorakan dan lagu-lagu penaik semangat serta laungan slogan dari wakil delegasi dan pelajar-pelajar yang lain. Pada saat ini, rasa bangga dengan kesensitifan rakyat malaysia menyerbu hati-hati kami.

Kalau dinilai pada apa yang dilihat mata, mungkin kita akan mampu melihat beberapa kekurangan dari segi pengurusan dan teknikaliti. Bagi delegasi-delegasi manusia seluruh dunia (80 wakil pelbagai negara) yang datang, mungkin pengurusan program bertaraf dunia ini agak mengecewakan dan mampu jauh diperbaiki pada masa akan datang. Jika benar mahu melaksanakan program GMJ sebagai program tahunan yang melibatkan lebih ramai wakil dari seluruh dunia, ruang-ruang pembaikan memang banyak untuk sama dicadangkan. Namun bagi kami yang sudah biasa dengan cara kerja Arab, ini mungkin terbaik pada situasi dan kemampuan mereka sebagai tuan rumah.

Apa yang penting bukan persoalan materi itu dan apa yang dinilai sekadar dengan mata, namun apa yang mampu dilihat dengan mata hati. Beberapa gambaran yang menusuk ke hati ialah melihatkan seorang wanita muda yang patah kaki, namun masih bersemangat berarak membawa bendera palestin sambil melaung-laung walaupun bergerak mengunakan kerusi roda. Aduhaaii~ Sungguh menusuk jiwa. Ibu-ibu muda yang begitu berkobar mengendong anak-anak kecil mereka dengan conteng-conteng di seluruh pipi dan wajah juga begitu menginspirasikan. Di saat itu, kami mengevaluasi. Semangat pemuda Melayu memang tidak terbanding pemuda Arab dalam perjuangan. Adakah kerana pemuda Melayu terlalu lama dalam zon selesa. Allah~

Namun saat akhir sebelum majlis penutup, betapa tersentuhnya hati melihat sebuah pemandangan yang sangat menyejukkan hati. Kelihatan beberapa ikhwah atau pelajar malaysia Jordan yang beramai-ramai membantu mengutip sampah-sarap yang pastinya sudah bersepah-sepah di serata kawasan lapang itu, ketika mana ramai pemuda Arab lain berlalu tanpa membantu. Tidak hairan sampah yang dihasilkan oleh ribuan manusia ini begitu banyak, lebih-lebih lagi sepanjang hari berkampung di sana.

Benarlah, bukan semangat semata yang diperlukan pada seorang pejuang, namun iman yang sensitif itu juga paling utama dalam pembinaan kader-kader perjuangan. Moga kita tidak tertipu antara semangat yang sementara dengan iman yang berkekalan lama. Semangat itu perlu dibakar, namun iman itu sentiasa perlu dibaja juga. Kerana kunci istiqamah itu pada iman seorang pejuang yang disertai hammasah.

Jazakumullahukhair juga kepada akhawat-akhawat yang siap sedia membantu memasak untuk ratusan orang dalam satu malam sahaja. Walaupun anda tidak dapat menghadirkan diri kerana tidak mendapat izin ibu bapa, namun ruh dan semangat anda bersama di sana.

Walau sudah pulang, lirik lagu ini masih terngiang-ngiang di dalam gegendang telinga kami.

Ya Rabbi izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Allah masukkanlah kami
tercatat sebagai syuhadaMu

Bangun pagi hari ini, mendapat berita kematian seorang sahabat Arab dari fakulti pergigian yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Muhasabah sebentar. Memetik kata-kata pakcik norazmi sebulan yang lalu, manusia ini tidak perlu menghadiri demo pun untuk mati, betapa kematian akibat kemalangan jalan raya jauh lebih ramai dan lebih merisaukan.

Sungguh benarlah bukan mudah-mudah untuk dapat title syuhada' itu, kadang-kadang kita terlalu risau isu keselamatan, sedangkan Allah hanya akan memilih hambanya yg benar-benar layak sahaja untuk mendapat syafaat seorang syahid itu.

Global March to Jerussalem tamat dengan aman. Moga semua terus bersemangat dalam jihad sebenar kita saat ini, jihad kejiwaan dan jihad dakwah dan tarbiyah.

"Allah ghayatunna"

p/s:
Balik-balik dapat 'arahan' suruh buat 'laporan', ramai juga meseg-meseg minta perkongsian.

Nuha Iffah Nordin
Irbid, Jordan

...tunaikan hak Tuhanmu terhadap agamaNya,
nescaya hakmu kan tertunai tanpa dipinta...

Reference:
https://mail.google.com/mail/h/lgfytitc7ak7/?&v=c&th=1366ef89e71c9138

Monday, March 26, 2012

PERUTUSAN AQSA SYARIF SEMPENA MyGMJ 30MAC2012

Hafidzi Mohd Noor Tue, Mar 27, 2012 at 11:20 AM
Reply-To: ikram-ajk-diskusi@googlegroups.com

Assalamualaikum,

Berikut ialah perutusan Pengerusi Aqsa Syarif sempena MyGMJ. (Sila hubungi ibu pej untuk dapatkan cetakan rasmi Perutusan Penegrusi Aqsa Syarif).

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat.

Aqsa Syarif mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menyahut seruan ‘Global march to Jerusalem’ GMJ pada 30 Mac 2012 yang akan berjalan serentak di seluruh dunia.

GMJ atau Perarakan menuju Baitul Maqdis adalah satu program yang menggabungkan inisiatif global untuk membela dan membebaskan Baitul Maqdis dan bumi Palestin dari cengkaman Zionis yang telah menceroboh tanah suci dan pusat tiga agama besar dunia iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Sepanjang 64 tahun yang lalu sejak berdirinya Negara haram Israel dan sejak 45 tahun Baitul Maqdis dan Tebing Barat diduduki oleh Israel pelbagai bentuk kebiadaban telah dilakukan ke atas tempat-tempat suci dan rumah-rumah ibadah khususnya yang dimiliki oleh umat Islam dan Kritsian

Ancaman ke atas baitul Maqdis dan sekitarnya bermula dalam perang 1948, di mana Israel mengusir hampir 800,000 penduduk Palestin, 100,000 dari mereka adalah golongan Kristian. Tentera zionis memusnahkan 492 perkampungan termasuk 480 masjid dan 14 buah masjid di tukar menjadi kilang, kelab-kelab hiburan dan kandang ternakan haiwan. 410 tanah perkuburan Islam diratakan dan tanda-tanda maqam dimusnahkan. Ini termasuklah Hotel Hilton di Tel Aviv yang didirikan di atas tanah perkuburan Islam Abed an-Nabi. Tragedi tersebut disusuli pula dengan pencerobohan ke atas Baitul Maqdis dan Tebing Barat ekoran pendudukan Israel pada tahun 1967. Dari tahun 1967 sehingga 2004, The Arab Association for Human Rights melaporkan sebanyak 247 masjid dan 19 gereja dicemari dengan pelbagai bentuk penghinaan, diserang dan dirobohkan. Di sekitar Baitul Maqdis sahaja sebanyak 14 masjid menjadi sasaran Zionis.

Sepanjang tahun 2011 sahaja AFEH (Al-Aqsa Foundation for Endowment and Heritage - Yayasan al-Aqsa untuk Waqf dan Warisan) telah mencatat lebih dari 100 serangan ke atas masjid al-Aqsa oleh elemen-elemen zionis. Selain dari Masjid al-Aqsa, serangan juga melibatkan 8 buah masjid yang dibakar, cubaan untuk membakar sebuah lagi dan tindakan merobohkan 3 buah masjid yang lain. Tiga belas buah masjid lagi dicemari dan tiga tempat suci Kristian diserang. Di samping itu 9 tanah perkuburan dicemar dan dimusnahkan. Sebanyak 120 kubur dirosakkan di tanah perkuburan Mamanullah. Sumber AFEH melaporkan serangan ini dilakukan oleh pihak kerajaan, tentera dan pendatang haram yahudi.

Selain dari memusnahkan tempat-tempat suci untuk memadamkan wajah Islam dan Kristian di Baitul Maqdis dan Palestin secara keseluruhan, pihak Zionis secara terang-terangan telah melakukan pelbagai tindakan yang melanggar hak asasi rakyat Palestin dan membelakangkan undang-undang antarabangsa. Tindakan-tindakan biadap ini adalah di dalam rangka untuk mengyahudikan Baitul Maqdis dan memadamkan ciri asal kota suci yang merupakan pusat agama, budaya dan kesenian tiga agama utama dunia sejak zaman-berzaman.

Mereka telah membina temboh pemisah (Separation Wall) yang menghalang penduduk Baitul Maqdis dari berhubung di antara satu dengan lain. Panjang tembok ini ialah 181 km yang menutup dan mengepung sepenuhnya Baitul Maqdis . Tembok ini mengepung kawasan seluas 235 km persegi atau merangkumi 4% dari wilayah Tebing Barat. Ini bererti jalan keluar masuk ke Baitul Maqdis dan masjid al- Aqsa akan dikawal ketat dari semua arah. Terdapat sebanayk 23 sekatan jalan (roadblocks) di sekitar Baitul Maqdis. Sekatan-sekatan jalan ini diwujudkan untuk menghalang pergerakan rakyat Palestin dari Tebing Barat masuk ke al Quds dan sebaliknya. Mereka menjadikan sekatan jalan ini sebagai pintu masuk antarabangsa (international crossing points) yang hanya bolih dilalui dengan visa yang dikeluarkan oleh zionis Israel.

Zionis Israel juga telah dan sedang membina penempatan-penempatan haram Yahudi di sekitar Baitul Maqdis. Penempatan haram ini meliputi kawasan seluas 112.13 km persegi atau menyamai 47.7% dari kawasan al Quds yang di kelilingi oleh tembok (Jerusalem envelope) yang menempatkan 236,480 pendatang yahudi. Jumlah ini jelas untuk menandingi bilangan rakyat Palestin seramai 151,423 yang terkepung di dalam kawasan tembok sedangkan 251,259 rakyat Palestin berada di luar tembok.

Anjuran GMJ ini juga adalah bersempena dengan Land Day atau 'Hari Tanah' Palestin yang bermula pada 30 Mac, 1977 apabila tentera zionis menyerang orang awam Palestin yang berdemonstrasi untuk membantah rampasan tanah secara berleluasa di Galilee, utara 'Israel' atau lebih tepat lagi wilayah Palestin yang dijajah sejak 1948. Pada hari tersebut, tentera zionis membunuh enam orang Palestin, mencederakan 96 orang dan menahan dan memenjarakan kira-kira 300 orang. Seluruh bangsa Palestin di dalam 'Israel', Tebing Barat, Gaza dan mereka yang berada di khemah-khemah pelarian di negara-negara Arab mengistiharkan hari tersebut sebagai Land Day atau 'Hari Tanah' untuk mengingati kehilangan tanah rakyat Palestin yang masih berlaku untuk meluaskan lagi negara haram Israel.

Kini setelah 32 tahun, regim zionis terus rakus merampas tanah-tanah milik orang Palestin samada di Tebing Barat, Baitul Maqdis Timur dan di negara haram Israel sendiri. Bahkan perjanjian Oslo 1993 yang kononnya menjanjikan sebuah wilayah Palestin yang merdeka berasaskan resolusi PBB 242 1967 terus dicabuli sendiri oleh regim zionis apabila terus merampas tanah rakyat Palestin dan merobohkan kediamam mereka bagi membina lebih banyak penempatan haram Yahudi. Penipuan-penipuan yang berselindung disebalik perjanjian damai terus berlaku sehingga kini. Ini termasuklah merancakkan aktiviti pembinaan penempatan Yahudi di Ma'ale Adoumin di Tebing Barat sebaik sahaja Konferens Annapolis selesai pada tahun 2007.

Rampasan tanah ini juga berlaku akibat pembinaan tembok pemisah di sepanjang Tebing Barat yang menyebabkan 45% dari tanah rakyat Palestin kini berada di dalam wilayah negara haram Israel. Tembok pemisah ini menyebabkan rakyat Palestin kehilangan tanah-tanah pertanian mereka, telaga air bahkan rumah kediaman. Kadar keciciran di kalangan pelajar sekolah juga amat tinggi kerana perjalanan ke sekolah terhalang oleh tembok.

Pada tarikh yang sama iaitu 30 Mac 2009, kempen BDS (Boycott, Divestment and Sanctions) atau 'Boikot, Mengalihkan pelaburan dan Sekatan' dilancarkan bersempena dengan seruan World Social Forum di Belem, Brazil yang menyeru seluruh dunia memboikot produk, dan institusi Israel. Kempen boikot Israel adalah sangat penting dan menjadi sebahagian dari perjuangan untuk membebaskan bumi Palestin dan mengembalikan hak rakyat Palestin termasuk hak untuk pulang ke negara mereka seperti yang dijamin oleh piagam dan resolusi-resolusi PBB. Dalam keadaan rakyat Palestin terus dikepung dan dipenjarakan di Gaza dan di Baitul Maqdis maka BDS merupakan satu seruan yang wajib untuk disambut oleh seluruh masyarakat antarabangsa bagi menamatkan kepungan Israel.

Kesemua kezaliman ini menuntut kepada satu tindakan yang padu dari masyarakat antarabangsa untuk memelihara Baitul maqdis dan Palestin dari terus dirosakkan dan dimusnahkan oleh tangan-tangan zionis yang anti kemanusiaan. Tindakan biadap mereka bukan sahaja menzalimi rakyat Palestin yang sudah berlanjutan lebih dari enam dekad malah mereka sedang bekerja siang-malam untuk memusnahkan warisan dan tamaddun kemanusiaan yang tidak ternilai. Perbuatan biadap ini mesti dihentikan segera dan rakyat Malaysia diseru untuk bersama-sama seluruh masyarakat antarabangsa dalam menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin. Solidariti bolih dizahirkan dengan menyertai perhimpunan perarakan MyGMJ yang akan berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor pada Jumaat 30 Mac 2012.

Di masa yang sama seramai 23 orang rakyat Malaysia akan bersama dengan anggaran 2 juta masyarakat antarabangsa dari 80 negara yang akan berkumpul di empat buah negara yang berjiran dengan Palestin. Kesemua delegasi Malaysia akan bersama dengan rakyat Jordan dan Palestin dan warga Malaysia yang berada di Jordan yang akan akan bersama menyatakan solidariti mereka bersama rakyat Palestin di Baitul Maqdis dan di Palestin.

Aqsa Syarif menyeru semua pihak yang cintakan kedamaian dan menghormati prinsip hak asasi manusia supaya berganding bahu sempena Global March to Jerusalem dengan menyemarakkan kempen kesedaran ini dengan menyertai Perhimpunan MyGMJ yang telah dirancang pada 30 Mac 2012.

Perkembangan tentang Perhimpunan MyGMJ bolih diikuti di

http://www.mygmj.org.my/

http://www.twitter.com/myGMJ

http://www.facebook.com/MalaysiaGMJ

https://mail.google.com/mail/h/d8uu57gptowf/?&v=c&th=13652552ec345dfc


Pengerusi Sekretariat MyGMJ Dr Mohd Tahir b Abdul Rahman +6017-9720700

SU Ar Hj Syed Mohd Radzi Sayyid Sakkaf +6013-3909881


Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

Pengerusi Aqsa Syarif


MEMPERKASA UMMAH

MEMBEBASKAN AL-AQSA

Sunday, March 4, 2012

Pengakuan Yang Tepat Masanya - Najib Mengaku Kesilapan

NAJIB MENGAKU BN SILAP - UMPAMA TAUBAT DI HUJUNG NYAWA

Najib pohon maaf bukti benarnya PAS lawan Umno - Harakahdaily, 04 Mac 2012

KUALA LUMPUR, 4 Mac: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kesilapan yang dilakukan Umno BN selama ini membuktikan bahawa perjuangan PAS menentang dasar-dasar Umno BN selama ini adalah benar.


Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din ketika mengulas laporan media semalam yang menyatakan bahawa Perdana Menteri memohon maaf di atas kesilapan Umno BN yang terdahulu dan berjanji untuk memperbetulkannya semula.

“Kita amat yakin dengan kebenaran perjuangan PAS , dan rakyat yakin dengan perjuangan kita untuk melakukan perubahan di Malaysia, dan ini diperkukuhkan lagi dengan permohonan maaf oleh Najib kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap kesilapan yang lalu,” tegas beliau.

Menurut beliau lagi, walaupun Najib terpaksa berlutut kepada rakyat dengan mengeluarkan kenyatan seperti itu, namun rakyat yakin bahawa rakyat Malaysia tidak akan membiarkan pisang berbuah dua kali.

“Kita percaya rakyat Malaysia tidak akan membiarkan pisang berbuah kali, atau dipatuk dua kali oleh kerajaan Umno BN, bisa patukan pertama masih belum hilang.

“55 tahun rakyat Malaysia menderita dek kerajaan Umno BN, baru sekarang dia (Najib) minta maaf, tapi kita percaya permohonan maaf itu ada makna sebab pilihan raya sudah berada diambang pintu, kita percaya kesilapan sama akan berulang dan rakyat akan terus menjadi mangsa kiranya Umno BN terus diberikan mandat,” kata beliau.

Justeru itu, beliau menyeru agar rakyat Malaysia terus melakukan agenda perubahan dengan menumbangkan kerajaan Umno BN dalam PRU13 yang akan datang serta tidak termakan dengan pujuk rayu dan permohonan maaf mereka khususnya ketika nyawa mereka berada di penghujung halkum.

Reference:
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/8537-najib-pohon-maaf-bukti-benarnya-pas-lawan-umno