MH370: 12 hari, 7 teori
MARCH
19, 2014
Masa semakin
suntuk bagi penyiasat untuk mengesan kotak hitam penerbangan Malaysia Airlines
MH370 sebelum baterinya habis dalam masa 18 hari, dan kini debat antara pakar
dan mereka yang mengikuti siasatan ini semakin berkisar sekitar tujuh teori
yang muncul sejak 12 hari ini.
Ketujuh-tujuh teori tersebut yang disenaraikan
oleh akhbar Australia, The Age, termasuklah teori juruterbang MH370 berpatah
balik ke Pulau Langkawi kerana kecemasan di dalam kapal terbang hinggalah ke
rampasan kapal terbang.
The Age menyenaraikan beberapa teori yang paling
menarik perhatian setakat ini:
1. SUMBER:
Chris Goodfellow, mendakwa diri seorang juruterbang yang berpengalaman.
TEORINYA: Goodfellow menulis di Google Plus bahawa dia mempercayai
juruterbang MH370 mungkin menuju ke arah pulau Langkawi untuk mencari tempat
bagi pesawat itu mendarat selepas transponder radar mereka dirosakkan oleh api.TEORINYA: Ross memberi teori yang hampir sama dengan Goodfellow. Dia berkata pesawat tersebut mungkin kekurangan tekanan selepas sesuatu kejadian, kemungkinan sebuah letupan yang membentuk lubang di kotak fius.TEORINYA: Teori ini berdasarkan premis seseorang merampas pesawat tersebut.TEORINYA: Pesawat tersebut kemungkinan dirampas dan diterbangkan ke pengkalan Taliban.TEORINYA: Pihak berkuasa sedang menyiasat samada juruterbang atau penumpang membuat keputusan bunuh diri adalah penjelasan bagi misteri kehilangan pesawat itu.TEORINYA: Kumpulan dikenali sebagai Chinese Martyr's Brigade mendakwa bertanggungjawab atas kehilangan pesawat MH370 dalam sebuah emel kepada wartawan China.TEORINYA: Letupan mungkin disembunyikan di dalam kargo pesawat itu dalam barangan buah-buahan eksotik.
"Arah tuju ke kiri adalah penting di sini.
Ini seorang kapten yang sangat berpengalaman dengan jumlah masa penerbangan
18,000." tulisnya.
"Mungkin juruterbang lebih muda yang
diwawancara CNN tidak nampak arah tuju ini. Juruterbang lebih senior sentiasa
ditetapkan untuk mengetahui lapangan terbang yang manakah paling dekat semasa
penerbangan.
"Serta-merta apabila saya nampak hala tuju
kiri itu saya tahu dia menuju ke lapangan terbang. Sebenarnya dia mengambil
jalan terus ke Pulau Langkawi, mengikut jalur sepanjang 13,000 kaki dengan
pendekatan atas air waktu malam tanpa halangan. Dia tidak berpatah balik ke
Kuala Lumpur kerana tahu di sana akan ada rabung 8,000 kaki untuk dilintas. Dia
tahu muka bumi di sekitar Langkawi lebih mudah dan pendek.
"Lihat lapangan terbang ini pada Google
Earth. Juruterbang ini melakukan semua yang sepatutnya. Dia berjumpa kejadian
tidak diingini di dalam kapal terbang yang membuatkannya berpatah balik ke
lapangan terbang yang paling dekat.
"Apa yang saya rasa berlaku adalah mereka
mungkin dilitupi asap dan pesawat itu terus berjalan menggunakan George
(autopilot) sehingga kehabisan minyak, atau api merosakkan papan kawalan
sehingga ia terhempas. Saya sudah katakan empat hari lalu anda boleh jumpainya
sepanjang jalan itu – mencari pesawat itu di tempat lain membuang masa sahaja.
2. SUMBER: Desmond
Ross, juruterbang Australia komersil dan pakar keselamatan penerbangan.
"Para juruterbang menyedari mereka perlu
turunkan pesawat tersebut," kata Ross yang pernah menjalankan kajian
keselamatan pada Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada tahun 2005.
"Salah satu daripada mereka mula
memprogramkan semula sistem penerbangan dan meletakkan altitud yang rendah, dan
mulai meletakkan semula program untuk kembali ke Kuala Lumpur... tetapi dia
pengsan sebelum dapat memprogramkan semula pesawat tersebut.
"Pesawat itu kemudian berada di luar
kawalan kerana letupan awal itu, dan mula jatuh tetapi pada ketinggian 45,000
mulai lambat.
"Ia hilang kawalan untuk sementara pada
ketinggian yang ditetapkan juruterbang sebentar tadi, tetapi tidak melengkapkan
arahnya ke Kuala Lumpur kerana juruterbangnya tadi hanya sempat memasukkan
separuh nombornya sebelum pengsan. Kini ia terbang entah di mana..."
3. SUMBER: Keith
Ledgerwood, peminat penerbangan dan 'hobbyist' juruterbang daripada Amerika
Syarikat
Ledgerwood mengatakan MH370 boleh sahaja menutup
radar mereka, kemudian secara senyap mengikut belakang pesawat lain – Singapore
Airlines dengan nombor penerbangan SQ68 dalam perjalanan dari Singapura ke
Barcelona – sebelum mendarat di utara India atau Afghanistan.
Saya percaya MH370 mungkin mengikut di belakang
SIA68 melalui ruang udara India dan Afghanistan," tulis Ledgerwood dalam
Tumblr.
"Disebabkan MH370 sedang terbang secara
tersembunyi tanpa transponder atau keluaran ADS-B, SIA68 tidak akan perasan
kehadiran MH370 di mana-mana, dan apabila ia memasuki ruang udara India ia akan
muncul sebagai satu blip sahaja pada radar dengan data daripada transponder
SIA68 sahaja yang menerangi ATC dan skrin radar tentera."
4. SUMBER: Diterangkan
oleh akhbar The Independent.
The Independent melaporkan kebenaran diplomatik
penuh diperlukan supaya dapat menolak teori yang mengatakan pesawat tersebut
mungkin terbang di bawah kawasan radar Afghanistan dan Pakistan yang tidak
dikawal kerajaan.
Sebahagian besar kawasan selatan Afghanistan
diperintah oleh Taliban, sementara kawasan di utara barat Pakistan berdekatan
adengan sempadan Afghanistan yang dikawal oleh Taliban.
Pegawai penerbangan awam Pakistan berkata mereka
sudahpun meneliti rakaman radar mereka dan tidak menjumpai pesawat tersebut.
Seorang komando Taliban berkata kumpulannya yang
berbelah bahagi itu hanya mampu mimpi sahaja tentang rampasan sebegitu.
"Kami harap sahajalah dapat peluang
merampas pesawat seperti itu," katanya kepada Reuters.
5. SUMBER: Penyiasat
Adanya contoh bersejarah bagi teori ini.
Pada 1997, penerbangan SilkAir 185 terhempas di
Sumatera, membunuh semua 97 penumpang apabila juruterbangnya menjunamkan
pesawat itu ke dalam sungai.
Juruterbang membunuh diri juga disyaki dalam
penerbangan EgyptAir yang terhempas pada 1999, walaupun ia belum dibuktikan.
Teori ini dapat menjelaskan mengapa tiada
serpihan jika MH370 terhempas ke dalam laut. Kapal terbangnya tidak akan
bercerai sebelum impak, dan akan tenggelam dengan cepat.
6. SUMBER: Emel
kepada wartawan mendakwa daripada Chinese Martyr's Brigade
Emel yang dilindungi itu tertulis, "Anda
bunuh salah seorang daripada kami, kami akan bunuh 100 daripada kamu sebagai
balas dendam."
Tetapi mesej itu tidak memberi sebab mengapa
pesawat itu hilang.
Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk
Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau sangsi dengan kenyataan tersebut.
"Tiada asas kukuh atau sebab yang
mengesahkan dakwaan mereka," katanya.
7. SUMBER: Polis
Malaysia dikatakan sedang menyiasat teori ini
Pihak berkuasa Malaysia mengatakan satu-satunya
kargo di dalam MH370 adalah muatan manggis, buah yang terkenal di Asia
Tenggara.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Ahmad
Jauhari Yahya berkata ada sebanyak 3 ke 4 tan manggis di dalam pesawat itu.
Beliau berkata kargo tersebut sudahpun dikesan
semasa rutin sebelum dimasukkan ke dalam pesawat, tetapi pihak berkuasa sedang
menyiasat jika letupan boleh dimuatkan bersama buah-buahan tersebut.
"Ini hanya satu lagi teori," seorang
polis yang tidak dinamakan memberitahu Daily Mail. "Tetapi kita tidak
menolak apa-apa kemungkinan." – 19 Mac, 2014.
Reference: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/12-hari-7-teori
No comments:
Post a Comment