Sunday, March 28, 2010

MASALAH MORAL BUKAN PENGETAHUAN SEKS

Para pembaca budiman,

Bila dada-dada akhbar setiap hari penuh dengan agenda Jahiliah Milinium ini iaitu pembunuhan bayi yang tidak dikehendaki, maka timbul lah idea lapuk mengemukakan dan menekankan bahawa Malaysia tidak melaksanakan Pendididkan Seks di peringkat awal lagi. Alasan yang kononnya wajar anak-nak remaja tidak pandai melakukan hunbungan seks yang selamat. Mereka tidak boleh dipersalahkan kerana tidak boleh menahan gejolak hawa nafsu dan syahwat yang begitu mendesak.Dari manakah syahwat itu diperolehi?. Ya benar dari peningkatan umur baligh, pendedahan bahan-bahan bacaan dan visual yang terfokus kepada hubungan Sex terlarang. Jauh dari sudut itu, bangkit isu-isu moral dan pegangan kepercayaan bahawa mungkin seronok jika kita dapat lakukan, dirasakan juga tidak salah jika dibuat berkumpulan dan beramai-ramai. Boleh juga kita akan mengugut ibu bapa yang enngan MERESTUI CINTA MEREKA dengan mengandung untuk kahwin muda dan jika tidak berkesan ambil langkah lari dari rumah, kerana di luar sana ramai jantan-jantan yang bersedia menjual dan membeli mereka kepada sesiapa sahaja peminat-peminat wanita dan gadis remaja terlarang ini dengan kos LUMAYAN.

Fenomena yang digambarkan di atas TIDAK DISEBABKAB OLEH KEKURANGAN PENGETAHUAN SEKS. Malah kerana terlebih pengetahuan sekslah remaja mencipta ruang-ruang INOVATIF di alam kehidupan seksual bebas dan terlarang ini. Agama dan adat serta sifat semulajadi kemanusiaan sahaja mengatakan demikian. Namun bagi remaja dan orang tua yang tidak sedar diri dan tidak terdidik hati budi mereka, tidak pernah yakin dengan mana-mana kepercayaan agama dan moral serta adat menganggap bahawa HUBUNGAN SEX TERLARANG INI - HALAAAAL.Inilah gejala yang menimpa sistem pendidikan kita dan cara asuhan kita terhadap generasi yang telah kita keluarkan. Jangan sembarangan membuat TUDUHAN, kerana semua dari kita rakyat Malaysia bertanggung jawab, paling besar tanggung jawabnya adalah ibu bapa dan pemerintah atau kerajaan serta kementerian-kementerian terbabait.

Jelas sekali kita menghadapi KEMEROSOTAN MORAL DAN PENDIDIKAN AGAMA SERTA ADAT TERADISI TIMUR yang menjunam pada kedudukan yang sangat parah. Bukti ini boleh diperolehi di Mahkamah-Mahkamah Syariah dan Mahmakah sivil, ketika kes rogol dan bersekedudukan berlaku ia tidak melibatkan golongan remaja sahaja, malah golongan berpendidikan tinggi pun terlibat dengan gejala persundalan ini dan aktiviti-aktiviti seks rambang atau terlarang ini. Latar pendidikan dan ijazah tidak menjadi PENDINDING KEPADA WABAK KERUNTUHAN MORAL UMAT INI. Benteng pendidikan dan kesedaran kemanusiaan dan moral yang tinggi sahaja mampu mengawal generasi Malaysia di masa yang akan datang. Pendidikan seks sebagai alternatif TIDAKLAH TEPAT, kerana akal boleh diberi maklumat dan difahamkan dengan intelek dan rasional, NAMUN jiwa, hawa nafsu dan hati budi manusia memerlukan ASUHAN DAN DIDIKAN KEAGAMAAN DAN ADAT TERADISI KETIMURAN SERTA AMALANNYA berkuatkuasa dari generasi ke generasi. Segulung Ijazah Ph.D di dalam Pendidikan Seks (Ph D in Sex Education) tidak mampu membendung sex rambang, sedangkan golonga yang taat beragama dan berpegang kuat dengan adat teradisi ketimuran, sekali pun tidak ada Ph.D di dalam Adat dan Akhlak Ketimuran (Ph D in Religious Ethics and Oriental Studies) mampu menjaga marwah diri mereka sehingga mereka berkahwin dan hidup bahagia sebagai MANUSIA YANG TINGGI TAMADUN DAN PERADABAN.

Abu Muhammad ADIS El-Merbawiy

Dungun MALAYSIA

No comments: