Wednesday, November 5, 2014


Adis El-Merbawiy, MY


Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kerana menegur sikap SIS mencabar fatwa MAIS. Semoga rakyat dapat berhat-hati dan banyak mempersoalkan keputusan-keputusan yg dibuat oleh SIS menjauhi kehendak Syariat Islam dan Ruh sebenar Islam agama yang Syumul. Jika mahu mencari keluasan Islam, tidak boleh diadukkan dengan pragmatik dan liberal barat, kerana sudah pasti Maqasidnya dan sumber Authoriti Hukum dan Pengesahan Legalitinya berbeza. Namun SIS boleh mencadangkan perkara-perkara yg positif dalam budaya barat tetapi tidak dikatakan Islam..kecuali nilai dan prinsip serta doktrin Peradaban Barat tersebut, benar-benar berakar umbi dari Islam seperti budaya menjaga masa, menepati janji, membela kebenaran dan realiti keilmuan yg dipertahankan sehingga ke talian hayat terakhir. Maka itu SIS seharusnya lebih berhati-hati dan faham nuansa Muslim dan Islam dalam mengemukakan cadangan penyelesaian Islam dan mencabar hukum hakam yang tersedia utuh di dalam perundangan Islam.
______________________________________

SIS wajar diharamkan - Pemuda PAS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berpendirian tegas bahawa usaha yang giat dikembangkan SIS dengan menyebarkan fahaman liberal atas nama Islam adalah satu kesesatan terang lagi nyata.

Timbalan Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan ia sama sekali tidak mencapai tujuan Islam diturunkan untuk manusia akhir zaman serta membuka kewenangan kepercayaan, pegangan dan amalan, yakni penyimpangan dari syariat dan manhaj Islam sebenar.

Malah, katanya SIS adalah kewujudan baru atau penyelewengan agama di mana diasaskan oleh tokoh yang disepakati hampir semua ulama sebagai sesat iaitu Amina Wadud.

Menurutnya, asas Islam yang disesatkan Amina kepada umum dan pernah menimbulkan kontroversi seluruh dunia rupanya disambung di negara ini menerusi wadah SIS.

"Dari bertunjang isu feminisme yang diperjuangkan SIS, golongan ini dilihat semakin berani menyanggah asas-asas Islam pegangan masyarakat negara ini iaitulah mensepakati pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, selain mempermain-main dan menyindir usaha-usaha penegasan syariat Islam kepada masyarakat Muslim negara ini seperti isu tudung wanita di Kelantan, SIS juga mencabar fatwa pengharamannya oleh Jawatankuasa Fatwa MAIS sebelum ini kerana berpegang kepada pluralisme dan liberalisme agama.

"Secara terang nyata juga, SIS telah mencabar akidah Islamiyah apabila turut mempromosikan pemikiran Yahudi dan Nasrani dengan menyatakan manusia sebagai anak-anak Allah. Bermakna SIS menolak keesaan Allah SWT sebagaimana Surah al-Ikhlas," jelasnya.

Tambahnya, DPPM kesal, SIS bersikap mencabar pihak-pihak berkuasa agama negara ini dan kontradik dengan keterbukaan yang diperjuangkan sendiri apabila gagal menjawab atau menjelaskan segala dakwaan atas mereka terutama berkaitan kesesatan pegangan SIS.

Beliau berkata, SIS hanya berselindung dan beralasan dengan kebebasan bersuara dan hak memberikan pandangan.

"Kesemua tindak tanduk dan pendirian SIS mewajarkan ia diharamkan serta merta tanpa kompromi lagi setelah barah ini berpanjangan dan kedegilan SIS mencetus pelbagai polemik fahaman dan pegangan umat Islam negara ini," katanya.

Tegasnya, atas itulah DPPM berdiri bersama dengan keputusan pihak Jawatankuasa Fatwa MAIS. - HARAKAHDAILY 5/11/2014

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/31926-sis-wajar-diharamkan-pemuda-pas

Buli: Krisis akhlak yang perlu diselesai segera

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Sebuah NGO, 'Come On Remaja Untuk Malaysia' (CORUM), mahu semua pihak memandang serius kejadian buli khususnya di asrama yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Pengerusinya, Mohd Fadhlullah Ismail(gambar) berkata punca dan penyelesaian perlu dikenal pasti segera agar krisis akhlak ini tidak terus menjadi barah dalam pembinaan modal insan negara.

"Semua pihak baik kerajaan, pentadbiran sekolah dan guru-guru, organisasi masyarakat, ibu bapa dan pelajar agar berperanan secara lebih proaktif bagi mengenal pasti punca dan penyelesaian terbaik bagi menghadapi krisis akhlak ini.

"Bagi CORUM, kami berusaha membantu semaksima mungkin melalui kekuatan yang ada dalam menggerakkan pelbagai aktiviti dan program ke arah membangunkan pelajar atau remaja yang bermanfaat untuk kebaikan negara ini termasuk aksi-aksi lasak yang diminati remaja," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa rakaman video buli yang tersebar luas di media sosial sejak beberapa hari lalu.

CORUM adalah sebuah NGO yang memberi tumpuan khusus kepada para remaja tanpa mengira jantina diantara usia 13-19 tahun, dalam permasalahan yang melibatkan remaja golongan itu.

Mereka turut dianggotai ratusan selebriti dan ikon masyarakat di seluruh negara dan menganjurkan pelbagai program yang sesuai dengan jiwa dan generasi masa kini.

Sementara itu, Fadhlullah yang juga Pengarah Akademi Kepimpinan Remaja (AKR) Dewan Pemuda PAS Wilayah berkata, nilai akhlak sebagai Muslim dan jati diri rakyat Malaysia yang terkenal dengan lemah lembut dan ramah, kini makin menghilang.

Selain itu, sikap saling hormat dan menyayangi antara yang muda dengan yang tua juga semakin terhakis. - HARAKAHDAILY 6/11/2014

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/31944-buli-krisis-akhlak-yang-perlu-diselesai-segera



Friday, March 21, 2014

Kehilangan MH370 - 12 hari dengan 7 Teori yg utama : Malaysian Insider

MH370: 12 hari, 7 teori
MARCH 19, 2014
Description: http://www.themalaysianinsider.com/assets/uploads/resizer/MAS-signpost-BM_129_113_100.jpgMasa semakin suntuk bagi penyiasat untuk mengesan kotak hitam penerbangan Malaysia Airlines MH370 sebelum baterinya habis dalam masa 18 hari, dan kini debat antara pakar dan mereka yang mengikuti siasatan ini semakin berkisar sekitar tujuh teori yang muncul sejak 12 hari ini.
Ketujuh-tujuh teori tersebut yang disenaraikan oleh akhbar Australia, The Age, termasuklah teori juruterbang MH370 berpatah balik ke Pulau Langkawi kerana kecemasan di dalam kapal terbang hinggalah ke rampasan kapal terbang.
The Age menyenaraikan beberapa teori yang paling menarik perhatian setakat ini:
1. SUMBER: Chris Goodfellow, mendakwa diri seorang juruterbang yang berpengalaman.
TEORINYA: Goodfellow menulis di Google Plus bahawa dia mempercayai juruterbang MH370 mungkin menuju ke arah pulau Langkawi untuk mencari tempat bagi pesawat itu mendarat selepas transponder radar mereka dirosakkan oleh api.
TEORINYA: Ross memberi teori yang hampir sama dengan Goodfellow. Dia berkata pesawat tersebut mungkin kekurangan tekanan selepas sesuatu kejadian, kemungkinan sebuah letupan yang membentuk lubang di kotak fius.TEORINYA: Teori ini berdasarkan premis seseorang merampas pesawat tersebut.TEORINYA: Pesawat tersebut kemungkinan dirampas dan diterbangkan ke pengkalan Taliban.TEORINYA: Pihak berkuasa sedang menyiasat samada juruterbang atau penumpang membuat keputusan bunuh diri adalah penjelasan bagi misteri kehilangan pesawat itu.TEORINYA: Kumpulan dikenali sebagai Chinese Martyr's Brigade mendakwa bertanggungjawab atas kehilangan pesawat MH370 dalam sebuah emel kepada wartawan China.TEORINYA: Letupan mungkin disembunyikan di dalam kargo pesawat itu dalam barangan buah-buahan eksotik.


"Arah tuju ke kiri adalah penting di sini. Ini seorang kapten yang sangat berpengalaman dengan jumlah masa penerbangan 18,000." tulisnya.
"Mungkin juruterbang lebih muda yang diwawancara CNN tidak nampak arah tuju ini. Juruterbang lebih senior sentiasa ditetapkan untuk mengetahui lapangan terbang yang manakah paling dekat semasa penerbangan.
"Serta-merta apabila saya nampak hala tuju kiri itu saya tahu dia menuju ke lapangan terbang. Sebenarnya dia mengambil jalan terus ke Pulau Langkawi, mengikut jalur sepanjang 13,000 kaki dengan pendekatan atas air waktu malam tanpa halangan. Dia tidak berpatah balik ke Kuala Lumpur kerana tahu di sana akan ada rabung 8,000 kaki untuk dilintas. Dia tahu muka bumi di sekitar Langkawi lebih mudah dan pendek.
"Lihat lapangan terbang ini pada Google Earth. Juruterbang ini melakukan semua yang sepatutnya. Dia berjumpa kejadian tidak diingini di dalam kapal terbang yang membuatkannya berpatah balik ke lapangan terbang yang paling dekat.
"Apa yang saya rasa berlaku adalah mereka mungkin dilitupi asap dan pesawat itu terus berjalan menggunakan George (autopilot) sehingga kehabisan minyak, atau api merosakkan papan kawalan sehingga ia terhempas. Saya sudah katakan empat hari lalu anda boleh jumpainya sepanjang jalan itu – mencari pesawat itu di tempat lain membuang masa sahaja.
2. SUMBER: Desmond Ross, juruterbang Australia komersil dan pakar keselamatan penerbangan.
"Para juruterbang menyedari mereka perlu turunkan pesawat tersebut," kata Ross yang pernah menjalankan kajian keselamatan pada Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada tahun 2005.
"Salah satu daripada mereka mula memprogramkan semula sistem penerbangan dan meletakkan altitud yang rendah, dan mulai meletakkan semula program untuk kembali ke Kuala Lumpur... tetapi dia pengsan sebelum dapat memprogramkan semula pesawat tersebut.
"Pesawat itu kemudian berada di luar kawalan kerana letupan awal itu, dan mula jatuh tetapi pada ketinggian 45,000 mulai lambat.
"Ia hilang kawalan untuk sementara pada ketinggian yang ditetapkan juruterbang sebentar tadi, tetapi tidak melengkapkan arahnya ke Kuala Lumpur kerana juruterbangnya tadi hanya sempat memasukkan separuh nombornya sebelum pengsan. Kini ia terbang entah di mana..."
3. SUMBER: Keith Ledgerwood, peminat penerbangan dan 'hobbyist' juruterbang daripada Amerika Syarikat
Ledgerwood mengatakan MH370 boleh sahaja menutup radar mereka, kemudian secara senyap mengikut belakang pesawat lain – Singapore Airlines dengan nombor penerbangan SQ68 dalam perjalanan dari Singapura ke Barcelona – sebelum mendarat di utara India atau Afghanistan.
Saya percaya MH370 mungkin mengikut di belakang SIA68 melalui ruang udara India dan Afghanistan," tulis Ledgerwood dalam Tumblr.
"Disebabkan MH370 sedang terbang secara tersembunyi tanpa transponder atau keluaran ADS-B, SIA68 tidak akan perasan kehadiran MH370 di mana-mana, dan apabila ia memasuki ruang udara India ia akan muncul sebagai satu blip sahaja pada radar dengan data daripada transponder SIA68 sahaja yang menerangi ATC dan skrin radar tentera."
4. SUMBER: Diterangkan oleh akhbar The Independent.
The Independent melaporkan kebenaran diplomatik penuh diperlukan supaya dapat menolak teori yang mengatakan pesawat tersebut mungkin terbang di bawah kawasan radar Afghanistan dan Pakistan yang tidak dikawal kerajaan.
Sebahagian besar kawasan selatan Afghanistan diperintah oleh Taliban, sementara kawasan di utara barat Pakistan berdekatan adengan sempadan Afghanistan yang dikawal oleh Taliban.
Pegawai penerbangan awam Pakistan berkata mereka sudahpun meneliti rakaman radar mereka dan tidak menjumpai pesawat tersebut.
Seorang komando Taliban berkata kumpulannya yang berbelah bahagi itu hanya mampu mimpi sahaja tentang rampasan sebegitu.
"Kami harap sahajalah dapat peluang merampas pesawat seperti itu," katanya kepada Reuters.
5. SUMBER: Penyiasat
Adanya contoh bersejarah bagi teori ini.
Pada 1997, penerbangan SilkAir 185 terhempas di Sumatera, membunuh semua 97 penumpang apabila juruterbangnya menjunamkan pesawat itu ke dalam sungai.
Juruterbang membunuh diri juga disyaki dalam penerbangan EgyptAir yang terhempas pada 1999, walaupun ia belum dibuktikan.
Teori ini dapat menjelaskan mengapa tiada serpihan jika MH370 terhempas ke dalam laut. Kapal terbangnya tidak akan bercerai sebelum impak, dan akan tenggelam dengan cepat.
6. SUMBER: Emel kepada wartawan mendakwa daripada Chinese Martyr's Brigade
Emel yang dilindungi itu tertulis, "Anda bunuh salah seorang daripada kami, kami akan bunuh 100 daripada kamu sebagai balas dendam."
Tetapi mesej itu tidak memberi sebab mengapa pesawat itu hilang.
Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau sangsi dengan kenyataan tersebut.
"Tiada asas kukuh atau sebab yang mengesahkan dakwaan mereka," katanya.
7. SUMBER: Polis Malaysia dikatakan sedang menyiasat teori ini
Pihak berkuasa Malaysia mengatakan satu-satunya kargo di dalam MH370 adalah muatan manggis, buah yang terkenal di Asia Tenggara.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya berkata ada sebanyak 3 ke 4 tan manggis di dalam pesawat itu.
Beliau berkata kargo tersebut sudahpun dikesan semasa rutin sebelum dimasukkan ke dalam pesawat, tetapi pihak berkuasa sedang menyiasat jika letupan boleh dimuatkan bersama buah-buahan tersebut.
"Ini hanya satu lagi teori," seorang polis yang tidak dinamakan memberitahu Daily Mail. "Tetapi kita tidak menolak apa-apa kemungkinan." – 19 Mac, 2014.
Reference: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/12-hari-7-teori  

Sunday, March 2, 2014

Bagaimanakah Menilai Pemikiran Salafiyah

Penilaian Pemikiran Salafiyah

Dr Farouk Musa | 25th Oct 2008  Monash University
“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada mereka yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh seraya berkata : Sesungguhnya aku adalah salah seorang MUSLIM” [Surah Fussilat 41:33]
Mereka yang memerhatikan perkembangan dakwah yang berlaku di kalangan umat ketika ini terutamanya dalam masyarakat di tanah air pasti akan mempersoalkan apakah itu yang di namakan “Salafiyah”.
Yang dimaksudkan dengan perbincangan kita tentang “Pemikiran Salafiyah” di sini ialah kerangka berfikir – manhaj fikri – yang tercermin melalui pemahaman generasi terbaik daripada ummat ini, yakni para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan setia, dengan mempedomani hidayah al-Qur’an dan tuntunan Nabi yang tercinta.
Merekalah yang telah berhasil menterjemahkan al-Qur’an dalam kehidupan generasi sesudah mereka. Mereka mengerti kehendak as-Sunnah dalam peribadatan dan kepentingan akal dalam kehidupan seharian. Mereka mempelopori berbagai kemenangan serta menyebar-luaskan keadilan dan ihsan. Mereka mendirikan “negara ilmu dan iman”. Mereka membangun “peradaban rabbani yang manusiawi”, dan merupakan contoh “masyarakat madani”. Bahkan, segala pencapaian mereka masih tercatat di dalam sejarah hingga ke hari ini.
Adapun kini terdapat banyak trend dalam aliran salafiyah ini dan kita juga sedar akan pertelingkahan yang timbul akibat daripada sikap sesetengah para penyeru kepada dakwah salafiyah ini. Sesungguhnya malapetaka yang paling besar bagi umat Islam [ ialah perpecahan dan perselisihan].
Sesungguhnya [faktor yang membantu kemenangan umat Islam] pula ialah kasih sayang dan perpaduan. Generasi akhir ini hanya akan mampu dibaiki dengan apa yang digunakan untuk memperbaiki generasi pertama. Hal ini adalah kaedah asas dan juga matlamat yang diketahui oleh setiap saudara seIslam. Ia adalah sesuatu yang kita yakini, kita perjuangkan dan kita seru.
Apakah yang dimaksudkan dengan Salafiyah itu?
Daripada segi bahasa, Salafiyah dinisbahkan kepada salaf, dan perkataan salaf adalah satu istilah yang penuh misteri.
Salaf seringkali diertikan sebagai generasi yang terdahulu iaitu generasi awal Islam. Bukanlah menjadi hasrat kami untuk memperbincangkan epistemologi Salafiyah kerana ia akan melibatkan huraian yang sangat panjang. Masalah ini telahpun dikesan oleh Dr Muhammad Imarah di mana beliau menyebut di dalam bukunya Tayyarat al-Fikr al-Islamiy:
“Sesungguhnya perkara yang terdahulu yang diikuti masih tidak terhad kerana ianya sendiri tidak berbilang, adakah ia Qur’an dan Sunnah? Atau termasuk di dalamnya makthurat yang diriwayatkan daripada sahabat? Adakah ia nas-nas itu saja atau termasuk juga di dalamnya mazhab-mazhab Tabi’in dan Tabi’-Tabi’in. Kalau kita katakan bahawa Salaf adalah Qur’an dan Sunnah bagaimana pula halnya dengan manhaj-manhaj mufassirin. Kalau kita katakan bahawa Salaf adalah kata- kata sahabat dan tabi’in, maka kita sedia maklum bahawa kata-kata mereka dan mazhab- mazhab mereka bukan satu bahkan ada yang bertentangan. Oleh sebab itu, kita tidak mempunyai satu mazhab tertentu yang boleh kita namakan dengan mazhab Salaf.”
Setelah menghuraikan masalah ini dengan panjang lebar, Dr Muhammad Imarah menerangkan bahawa Salafiyah adalah fenomena yang lahir daripada aliran pemikiran pimpinan Imam Ahmad bin Hanbal. Apa yang nyata daripada kata-kata ini ialah Dr Muhammad Imarah berpendapat Salafiyah adalah mazhab Ahmad bin Hanbal dan salafiyyun adalah mereka yang mengikuti mazhab Hanbali.
Huraian Dr Muhammad Imarah ini telah diperjelaskan lagi oleh al-Imam Dr Muhammad Abu Zahrah di dalam Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah, sebuah buku yang tersangat penting untuk dikaji dan wajib dibaca oleh mereka yang bergerak di jalan dakwah, terutama oleh golongan yang mendakwa diri mereka sebagai “Salafi”. Antara lain beliau memperjelaskan bahawa aliran Salafiyah yang diasaskan oleh Imam Ahmad bin Hanbal ini telah diperkembangkan semula oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah beberapa kurun sesudah itu.
Adapun Syeikh Muhammad al-Ghazali mempunyai pandangan yang berbeza. Salafiyah menurut beliau adalah aliran pemikiran dan perasaan yang berhubung kait dengan kurun yang baik, kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap al-Qur’an dan as-Sunnah, serta kesungguhan mengumpulkan usaha-usaha umat sama ada berbentuk material atau spiritual demi menegakkan kalimah Allah tanpa membezakan warna kulit dan keturunan.
“Salafiyyun” bukanlah kumpulan tertentu yang menghuni kawasan tertentu di negara Arab dan hidup dengan cara yang tertentu. Sheikh Muhammad al-Ghazali selanjutnya menghuraikan di dalam bukunya Dustur al-Wihdat al-Thaqaffiyyah baina al- Muslimin bahawa ada orang yang memahami 1) Salafiyah sebagai feqah Ahmad bin Hanbal, ataupun 2) Salafiyah itu adalah satu aliran yang terikat dengan “nas” yang bersikap literal dalam penafsirannya.
Menurut beliau, 3) Salafiyah juga bukan dengan kembali kepada yang terdahulu di mana banyak terdapat perkara-perkara yang remeh-temeh yang sepatutnya lenyap di zaman itu juga.
Salafiyah menurut tafsiran beliau adalah “satu nama yang besar bagi hakikat yang besar yang asasnya adalah akal yang bebas mengkaji dan aktif, walaupun paksinya tetap merupakan al-Qur’an dan as-Sunnah. Akal yang bebas lagi merdeka inilah yang membuatkan mereka yang berada di atas landasan Salafiyah berupaya untuk menterjemah tuntutan nas berdasarkan maqasid atau tujuan yang hendak dicapai daripada nas tersebut.”
Akal yang bebas dan merdeka inilah yang telah mengangkat darjat manusia mengatasi segala makhluk termasuklah mengatasi para malaikat yang suci berdasarkan firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 31-33.
Sheikh Muhammad al-Ghazali melihat Salafiyah sebagai suatu aliran pemikiran dan perasaan yang menjadikan al-Qur’an dan as-Sunnah sebagai sumber kekuatannya, namun memberikan ruang yang luas kepada akal yang rasional.
*Sebenarnya bukanlah beliau seorang sahaja yang melihat Salafiyah sebagai aliran pemikiran, ramai lagi yang lain kebanyakannya daripada Madrasah al-Imam Muhammad Abduh; seperti Allamah Sayyid Rasyid Ridha, Syeikh Muhammad al-Khudari, Syeikh Mustafa al-Maraghi, Syeikh Jamaluddin al-Qasimi, Syeikh Mahmud Shaltut, Muhammad Abdullah Diraz, Muhammad al- Baki, Muhammad al-Madani, Imam Muhammad Abu Zahrah, Syeikh Yusuf al-Qaradawi dan terlalu ramai para ulama yang seperti mereka.[ melihatnya sebagai madrasat al-fikriyyah – School of thought in Islam]
Sesungguhnya *aliran ini bernama Salafiyah tetapi mereka memberikan banyak ruang kepada akal, berlainan dengan **Salafiyah Nususiah yang diketuai oleh Sheikh Muhammad Abdul Wahhab yang mempelopori aliran literalis. Kedua golongan ini mempunyai pandangannya masing-masing mengenai Salafiyah.
Salafiyah pada pandangan Imam Muhammad Abduh ialah aliran pemikiran yang bersandar kepada al-Quran dan as-Sunnah serta kemerdekaan akal sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali.
Hal keadaan yang sama telah dimaksudkan oleh al-Imam asy-Syahid Hassan al-Banna apabila beliau menyatakan bahawa dakwah al-Ikhwan al-Muslimun adalah dakwah Salafiyah. Beliau yang merupakan murid kepada Allamah Sayyid Rasyid Ridha telah meneruskan dakwah Salafiyah yang merupakan manhaj al-Ikhwan al-Muslimun dari dahulu hingga ke hari ini.
Maka amat hairanlah kita apabila melihat al-Ikhwan dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan oleh mereka yang mengaku diri mereka sebagai “Salafi”.
Citra “Salafiyah” dirosakkan oleh mereka yang mendokong dan mereka yang menentangnya.
Menurut Syeikh Yusuf al-Qaradawi, istilah “Salafiyah” ini telah dirosakkan citranya oleh kedua-dua golongan yang mendokong dan menentang.
Orang-orang yang mendokong manhaj Salafiyah – baik yang selama ini dianggap orang dan menamakan diri mereka sedemikian, atau yang sebahagian mereka yang dianggap memahami konsep Salafiyah – telah membatasinya dalam skop formaliti dan kontroversi sahaja, seperti masalah-masalah tertentu dalam Ilmu Kalam, Ilmu Fiqh atau Ilmu Tasawuf.
Mereka tersangat keras dan garang terhadap orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka dalam masalah-masalah kecil dan tidak prinsipal ini. Sehingga memberi kesan kepada sesetengah orang bahwa manhaj Salafiyah adalah merupakan metodologi “debat” dan “polemik”, bukan manhaj yang konstruktif dan praktikal.
Dan juga memberi kesan bahawa yang dimaksudkan dengan “Salafiyah” ialah mempersoalkan perkara yang kecil dan remeh dengan mengorbankan hal-hal yang yang pokok dan mendasar. Mereka mempermasalahkan khilafiah dengan mengabaikan masalah-masalah yang disepakati. Mereka mementingkan formaliti dan kulit dengan melupakan inti dan jiwa.
Kita melihat di negara kita betapa obsesnya mereka dengan janggut, isbal dan niqab seakan-akan yang demikian itu menjadi lambang Salafiyah.
Sedangkan pihak yang menentang Salafiyah menuduh faham ini sebagai kefahaman yang “mundur”, senantiasa menoleh ke belakang, tidak pernah memandang ke hadapan. Faham Salafiyah, menurut mereka, tidak memberi perhatian terhadap hal ehwal masa kini dan masa depan.
Golongan Salafiyah ini juga dilihat sangat fanatik terhadap pendapat sendiri, tidak mahu mendengar suara dan pendapat orang lain. Salafiyah membawa pengertian anti pembaharuan atau permodenan, mematikan kreativiti dan daya cipta. Salafiyah juga merupakan suatu bentuk pemikiran yang ekstrim, yang tidak mengenal apa itu moderat dan pertengahan.
Kata Syeikh Yusuf al-Qaradawi lagi, sebenarnya tuduhan-tuduhan ini merosak citra Salafiyah yang hakiki dan penyeru-penyerunya yang asli. Barangkali tokoh yang paling menonjol dalam menyebarkan “Salafiyah” dan membelanya bermati-matian pada masa lampau ialah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berserta muridnya Imam Ibnul Qayyim. Mereka inilah orang yang paling layak mewakili gerakan”pembaruan Islam” pada masa mereka kerana pembaharuan dan tajdid yang mereka lakukan benar-benar meliputi seluruh disiplin ilmu Islam.
Mereka telah 1) menumpaskan faham taqlid, fanatik madzhab fiqh dan ilmu tasawuf yang menyeleweng yang telah mendominasi dan mengekang pemikiran Islam selama beberapa abad. Namun, di samping kegarangan mereka dalam 2) membasmi ashabiyah madzhabiyah ini, mereka tetap menghargai para Imam Madzhab dan memberikan hak-hak mereka untuk dihormati. Hal itu jelas terlihat dalam risalah Raf’ul – malaam ‘anil – A’immatil A’lam karya Ibnu Taimiyah.
Demikian juga hebatnya 3) serangan mereka terhadap “tasawuf” kerana penyimpangan- penyimpangan pemikiran dan aqidah yang menyebar di dalamnya. Khususnya di tangan para pengasas madzhab Al-Hulul Wal-Ittihad (penyatuan). Dan penyelewengan perilaku yang dilakukan para orang jahil dan yang menyalahgunakan “tasawuf” untuk kepentingan peribadinya.
Namun, mereka menyedari akan tasawuf yang benar lagi sahih. 4) Mereka memuji para pemuka tasawuf yang ikhlas dan rabbani. Bahkan dalam bidang ini, mereka meninggalkan warisan yang sangat berharga, yang tertulis dalam dua jilid kitab daripada Majmu’ Fatawa karya besar Imam Ibnu Taimiyah. Demikian pula dalam beberapa karangan Ibnu-Qayyim. Yang termasyhur ialah Madarijus Salikin syarah Manazil as-Sairin ila Maqomaat Iyyaka Na’budu wa-Iyyaka Nasta’in, dalam tiga jilid.
Mengikut Manhaj Salaf Bukan Sekadar Ucapan Mereka
Syeikh Yusuf al-Qaradawi menekankan bahawa mengikut manhaj Salaf, tidaklah bererti sekadar menuruti ucapan-ucapan mereka dalam masalah-masalah kecil tertentu. Adalah suatu hal yang mungkin terjadi, anda mengambil pendapat-pendapat Salaf dalam masalah yang juz’i, sedangkan pada hakikatnya anda telah meninggalkan manhaj mereka yang universal, integral dan seimbang. Sedangkan apa yang lebih wajar, anda memegang teguh manhaj mereka yang kulli (universal), jiwa dan tujuan-tujuannya, walaupun anda menyalahi sebagian pendapat dan ijtihad mereka.
Inilah sikap saya secara peribadi terhadap kedua Imam tersebut, yakni Imam Ibnu Taimiyah dan Ibnul Qayyim, kata Syeikh Yusuf al-Qaradawi. Saya sangat menghargai manhaj mereka secara global dan memahaminya. Namun, ini tidak bererti bahawa saya harus mengambil semua pendapat mereka. Jika saya melakukan hal itu bererti saya telah terperangkap dalam taqlid yang baru. Dan bererti telah melanggar manhaj yang mereka pegang dan perjuangkan sehingga mereka disiksa kerananya iaitu manhaj “nalar” dan “mengikuti dalil”. Melihat setiap pendapat secara objektif, bukan memandang orangnya. Apa ertinya anda mengkritik orang lain yang bertaqlid kepada Imam Abu Hanifah atau Imam Malik, jika anda sendiri bertaqlid kepada Ibnu Taimiyah atau Ibnul Qayyim.
Juga termasuk dalam perbuatan menzalimi kedua Imam tersebut jika hanya disebutkan sumbangan mereka daipada segi ilmiah dan pemikiran dan mengabaikan sudut-sudut lain yang tidak kurang pentingnya daripada yang pertama. Sering kita terlupa sisi Rabbani daripada kehidupan Ibnu Taimiyah yang pernah menuturkan kata-kata:
“Aku melewati hari-hari dalam hidupku di mana suara hatiku berkata, kalaulah yang dinikmati ahli syurga itu seperti apa yang kurasakan, pastilah mereka dalam kehidupan yang bahagia”.
Di dalam sel penjara dan penyiksaannya, beliau pernah mengatakan: “Apakah yang hendak dilakukan musuh terhadapku? Sekiranya aku di penjara, maka aku berkhalwah, sekiranya aku di buang daerah, maka aku melakukan rehlah, dan jika aku dibunuh nescaya aku menikmati syahadah”.
Beliau adalah seorang lelaki rabbani yang mempunyai kekuatan rohani. Demikian pula muridnya Ibnul Qayyim, dan hal ini dapat dirasakan oleh semua orang yang membaca kitab-kitabnya dengan hati yang terbuka.
Namun, orang seringkali melupakan, segi “dakwah” dan “jihad” di dalam kehidupan dua orang Imam tersebut. Imam Ibnu Taimiyah terlibat langsung dalam beberapa medan pertempuran dan bertindak sebagai penggerak kebangkitan umat. Kehidupan kedua-dua tokoh itu penuh diwarnai perjuangan dalam memperbaharui seruan Islam. Mereka dihumban ke dalam penjara beberapa kali kerana usaha pembaharuan yang dilakukan. Akhirnya Syaikhul Islam mengakhiri hidupnya di dalam penjara, pada tahun 728 H. Inilah makna “Salafiyah” yang sebenarnya.***
Berkata Syeikh Yusf al-Qaradawi lagi, apabila kita mengalihkan pandangan ke zaman sekarang, kita akan bertemu tokoh yang paling menonjol yang mendakwahkan “Salafiyah”, dan paling gigih mempertahankannya menerusi artikel, kitab karangan dan majalah pembawa misi “Salafiyah”, ialah Imam Muhammad Abduh dan muridnya Allamah Sayyid Muhammad Rasyid Ridha.
Menerusi majalah Al-Manar dalam tempoh lebih tiga puluh tahun telah membawa “bendera” Salafiyah ini. Syeikh Rasyid Ridha kemudiannya menulis Tafsir al-Manar hasil daripada pengajian tafsir yang dipelajari daripada gurunya Imam Muhammad Abduh, dan dimuatkan di dalam majalah yang sama, yang telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia hinggalah ke nusantara ini.
Menerusi al-Manar-lah, tumbuhnya gerakan Salafiyah di nusantara ini dengan para pemimpinnya seperti Ustaz Ahmad Dahlan dengan “Muhammadiyyah”nya, Syeikh Ahmad Surkati dengan “Al-Irsyad”nya, dan Ustaz A. Hassan dengan “Persatuan Islam”nya.

Begitu juga dengan para tokoh ilmuan daripada kalangan mufassir dan muhaddith seperti Prof Hasbi as-Siddiqui. Gema Salafiyyah yang dicanangkan oleh Imam Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha itu juga disambut oleh para ulama’ di Tanah Melayu yang bangun memperjuangkan risalah Tauhid dan menggerakkan Tajdid seperti Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Syeikh al-Hadi.
Imam Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha adalah para Mujaddid Islam pada masanya. Barangsiapa yang membaca tafsir al-Manar dan buku-bukunya, seperti Al-Wahyu Al-Muhammadi, Yusrul-Islam, Nida’ Lil-Jins Al-Lathief, Al-Khilafah, Muhawarat Al-Mushlih wal-Muqollid dan sejumlah kitab dan makalah-makalahnya, akan melihat bahawa pemikiran para tokoh ini benar-benar merupakan “Manar” yang memberi petunjuk dalam perjalanan Islam di masa moden. Kehidupan amali mereka merupakan bukti bagi pemikiran “Salafiyah” yang mereka terokai.
Rasyid Ridhalah yang merumuskan suatu kaedah “emas” yang terkenal dan kemudiannya dilanjutkan oleh Imam Hasan al-Banna iaitu kaedah:
“Marilah kita saling bekerja sama dalam hal-hal yang kita sepakati. Dan marilah kita saling memaafkan dalam masalah-masalah yang kita berbeza pendapat.”
Betapa indahnya kaedah ini jika difahami dan diterapkan oleh mereka yang mengaku diri mereka sebagai “Salafi”.
Penutup
Kami menyeru kepada semua yang berada di atas landasan dakwah agar mengelakkan diri kita daripada cepat menuduh orang lain yang bebeza pendapat dan berbeza penafsiran dengan kita dengan tuduhan “LIBERAL” dan sebagainya.
Ingatlah pesanan asy-Syahid Imam Hassan al-Banna: “Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa yang memberi kebaikan”.
Dan nasihatnya lagi: “Sesungguhnya kewajipan-kewajipan kita adalah lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya”.

Sumber: