Allah swt memilih sepasukan daripada Umat Islam untuk mewakili seluruh umat Islam bagi menghadapi Komplot Zionis antarabangsa. Bermula dengan dengan pendudukan Yahudi di Palestin tanggal 1948 dengan resmi Teriti Arthur Balfore sehingga kini Tanah Air Palestin masih di dalam gengaman Israel dengan sokongan blok barat terutama Amerika syarikat dan juga Britain. Maka atas fakta itu, Umat Islam seluruh dunia perlu merasakan suatu kewajipan dan isu semerta untuk sama-sama membantu HAMAS bagi menjayakan ke atas komplot terbesar dan terkuat antarabngsa ini. Sekali pun Barat menyifatkan HAMAS sebagai pengganas dan terrorist, namun gelaran ini sebenarnya adalah "eksploitasi isu" bahawa pihak yang berkomplot adalah sebenarnya berindak sebagai PENGGANAS TEGAR yang wajib diperangi sehingga dunia akan menikmati sudut pandang yang merdeka dari kongkongan "Polis Dunia" atas nama keselamatan bersama, namun mereka tetap melakukan polisi yang tidak seimbang kepada Dunia. Kuasa Veto di PBB semuanya menjadi alat dan kuda tunggangan Amerika Syarikat dan Eropah untuk menghapuskan Palestin dan Menundukkan perjuangan HAMAS yang hanya menuntut dikembalikan Tanah air mereka. Mereka selaku prompak dan pengganas sudah selayaknya tidak ada wibawa untuk menyatakan umat Islam yang menyokong perjuangan HAMAS di Palestin sebagai pengganas. Sebaliknya mereka adalah HERO dan WIRA PERKASA di abad ini di dalam mempertahankan Hak dan milik Tanah air nereka ke atas Bumi Palestin.
Semoga Umat Islam insaf dan sedar bahawa mereka wajib menghadapi komplot ganas antarabngsa ini dengan apa juga cara demi mengembalikan Palestin ke pangkuan Umat Islam. Sehingga Dunia akanmengetahuai bahawa komplot Amerika dan Britain serta Israel selama ini adalah suatu rencana yang batil, bercanggah dengan hakl asasi manusia. Kita minta kepada Allah swt agar tunjukkan keperkasaan umat Islam dan tentera Allah swt menghadapi komplot jahat manusia Idelaistik-Materialisma. Semoga Allah swt kalahkan tipu daya golongan kufur dan penjahat antarabngsa ini. Allahu Akbar wa lillahi al-hamdu.
Abu Muhammad ADIS el-Merbawiy
DUNGUN MY
___________________________________________
Kejayaan 22 tahun perjuangan Hamas
Oleh:
Harakahdaily
Gerakan Islam Hamas kini mencecah usia 22 tahun berjuang membebaskan Palestin daripada penjajahan Yahudi Zionis, dan bertekad untuk meneruskan lagi perjuangan getir ini tanpa kompromi.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyah, menyatakan janji ini di depan puluhan ribu warga Palestin yang hadir di Semenanjung Gaza untuk menyambut ulangtahun penubuhan kumpulan ini.
Ismail menegaskan, Hamas tidak akan mengiktiraf Israel dan akan terus berjuang, ketika ujian getir menimpa kumpulan ini yang terbukti menerima sokongan rakyat apabila menang besar dalam pilihan raya pada awal 2006.
Hamas melepasi ujian sejurus menang pilihan raya itu, yang menyaksikan tekanan-tekanan diberikan kepada kerajaan baharu dikuasai Hamas.
Sebelum itu, jutaan dolar dihulurkan oleh Amerika Syarikat kepada Pihak Berkuasa Palestin dikuasai Fatah sebagai dana pilihan raya. Barat tidak mahu melihat kumpulan Hamas menang dalam pilihan raya itu, menewaskan agennya, Fatah.
Mahmoud Abbas daripada Fatah kini masih memegang jawatan presiden Palestin, tetapi bukan sebuah negara seperti yang difahami ramai, cuma autoriti yang diiktiraf Barat sebagai mewakili Palestin.
Bukan itu sahaja, pengundi-pengundi di kawasan Baitulmaqdis Timur dihalang mengundi kecuali beberapa kerat, dan yang lain menghadapi cabaran merentasi kawalan Israel untuk mengundi.
Selepas Hamas menang, penyokong kuat Israel, pentadbiran George W Bush tetap enggan menghormati kejayaan besar Hamas mengaut 76 kerusi parlimen, apabila mengugut untuk membatalkan bantuan sebanyak AS$400 juta setahun kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA).
Manakala Kesatuan Eropah walaupun meneruskan bantuan tahunan sebanyak AS$606 juta, terus mendesak Hamas menghentikan perjuangan bersenjata dan mengiktiraf Israel.
Hanya Hamas dan Palestin didesak menerima syarat-syarat tidak masuk akal itu, sedangkan Zionis yang datang menjajah, membina penempatan haram yang mempunyai kemudahan (tidak seperti penempatan rakyat Palestin), membunuh rakyat Palestin dan membina tembok penghalang diberi bantuan berterusan oleh Barat.
Hal ini memberi pengajaran kepada gerakan-gerakan Islam seluruh dunia tentang sikap Barat terhadap mereka. Gerakan Islam sebenar tidak akan mendapat restu dan penghormatan daripada pihak Barat.
Kumpulan-kumpulan (atau tokoh-tokoh) yang diberi penghormatan Barat perlu diragui oleh ahli-ahli gerakan Islam, dan tidak melihatnya sebagai Barat akhirnya mengiktiraf kita.
Hamas secara konsisten menolak perjanjian-perjanjian damai tajaan AS seperti Perjanjian Oslo yang sangat berat sebelah dan tidak diwakili kumpulan yang paling dizalimi.
Istilah-istilah seperti "penyelesaian dua negara" yang digambarkan sebagai mengiktiraf wilayah Palestin hanya cara lain untuk memecahkan wilayah asal Palestin dan memberikan bahagian yang terbaik kepada pihak Yahudi.
Tidak seperti pemimpin kumpulan Fatah, pemimpin-pemimpin Hamas tidak diiktiraf malah diburu dan dibunuh.
Pada tahun 2004, dua orang pemimpin besar Hamas dibunuh Zionis. Syeikh Ahmad Yassin dibunuh pada 22 Mac 2004, dan kemudian Abdul Aziz al-Rantissi pada 17 April melalui serangan daripada helikopter bersenjata.
Syeikh Ahmad berjasa besar dalam menubuhkan Hamas, yang seperti juga PAS di Malaysia, mendapat pengaruh daripada Ikhwan al-Muslimin di Mesir. Walaupun secara rasmi tertubuh pada 1987, gerakan ini telah wujud lama sebelum Intifadah pertama itu.
Dari sudut susur galurnya, Hamas boleh disifatkan sebagai sayap Ikhwan di Palestin.
Gerakan Islam perlu sentiasa ingat bahawa musuh tidak sekali-kali akan reda dengan perjuangan Islam, kecuali apabila perjuangan itu terpesong atau terpengaruh dengan agenda-agenda yang berlandaskan kepentingan lain yang tidak kena dengan perjuangan Islam.
Apa yang berlaku kepada Hamas sejak penubuhannya, sehingga akhirnya menang pilihan raya dan berdepan serangan di Gaza menunjukkan istiqamah gerakan ini, yang tidak seperti Fatah, menerima pengiktirafan Barat dan pelbagai bantuan.
Kini, dunia melihat selepas hampir setahun konflik Gaza yang menunjukkan Hamas dan penduduk kawasan sempit itu hampir tidak berupaya melawan serangan Zionis, sokongan kepada Hamas tidak luntur, seperti juga prinsip perjuangan yang dipegang Hamas.
Ismail dalam ucapannya itu menegaskan, "Kami tidak akan berundur memperjuangkan wilayah Palestin dari sungai hingga ke laut," merujuk kepada sempadan sebelum Inggeris menyerahkan tanah Palestin kepada Yahudi yang membolehkan Israel diwujudkan secara haram pada 1948.
Dalam tindakan-tindakan masyarakat antarabangsa yang dikuasai Barat, pernah disebut sempadan tahun 1967, kemudian sempadan 1973 sedangkan sempadan Palestin tahun 1948 perlu ditangani terlebih dahulu.
Hamas sendiri, melalui seorang pemimpinnya Khalid Mashaal, menegaskan sejurus menang pilihan raya pada 2006, rundingan dengan Israel perlu terlebih dahulu menangani isu perdamaian dan bukan isu sempadan, yang kini telah jauh daripada sempadan 1967 yang pernah ditegaskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai had Israel perlu berundur.
Menurut Hamas, sempadan 1967 itu juga sudah merupakan sesuatu yang sangat tidak adil kepada rakyat Palestin. Kekejaman yang berlaku pada 1948 masih segar dalam ingatan ramai mangsanya yang masih hidup, dan masih jelas dalam rakaman sejarah.
Sikap istiqamah Hamas dan kejelasan prinsip perjuangan dan pemimpin-pemimpinnya membolehkan Hamas mendapat sokongan dan meraikan sambutan ulangtahun ke-22 dengan gemilang.
"Sepanjang 22 tahun penubuhannya, Hamas berjaya mencapai satu bahagian besar matlamatnya dan mengatasi setiap cabaran dihadapi, termasuk penjara, pembuangan, pembunuhan dan pilihan raya," kata seorang lagi pemimpinnya, Mahmoud Zahar.
Hamas kini terus membuktikan apa yang diucapkannya, mempertahankan prinsip perjuangan dalam menghadapi cabaran kalah dan menang, menjadi salah satu contoh utama kepada gerakan-gerakan Islam seluruh dunia.
Reference:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23787:kejayaan-22-tahun-perjuangan-hamas&catid=94:global2&Itemid=135
Tuesday, December 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment