Tuesday, March 24, 2009

Sidang Dewan Bersejarah yang Sah - di bawah Pokok Demokrasi

Prof Dr Aziz Bari akui “Sidang Tergempar Dun Perak” sah.

Posted by MBO on 05/3/09 • Categorized as Berita Umum

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh)- Sidang tergempar Dun Perak yang terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridhwan, 3 Mac lalu adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada Speaker untuk menetapkan tempat dan lain-lain perkara berkaitan.

Menurut pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang ‘Tragedi Hitam Demokrasi’ di Perak itu, pihak polis awal-awal lagi sudah melanggar Perlembagaan apabila menerima arahan dan perintah dari Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bukan dari Speaker yang menjadi kuasa tertinggi dalam dewan.

“Apa yang berlaku sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada speaker untuk menetapkan tempat bersidang,” tegas beliau ketika dihubungi.

Dua usul yang diluluskan oleh dewan diperakui sah dan perlu dilaksanakan. Malah Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamalauddin boleh mengadap Tuanku Sultan dan persembahkan usul dewan untuk tindakan seterusnya.

Aziz berkata, mahkamah tidak ada kuasa untuk mengeluarkan injunksi kepada dewan. Beliau kesal, pihak pentadbiran negeri (SUK), polis dan lain-lain pihak terpaksa menyekat dan menutup dewan dari digunakan untuk sidang tergempar Dun.

“Mereka (BN) tidak ada pilihan lain,” ujar pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu.

Aziz mempersoalkan sejak bila seorang setiausaha dewan (Abdullah Antong) diberi kuasa mentafsirkan peraturan tetap dewan sedangkan setiausaha hanya kakitangan biasa yang bekerja di bawah arahan Speaker.

Polis juga, tegas beliau boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) kerana menghalang dewan bersidang dan perkara ini telah disebut oleh Speaker, V Sivakumar.

Mengimbas apa yang terjadi pada pagi 3 Mac lalu, insiden di Perak itu cukup menyedihkan kerana ini membuktikan bagaimana institusi rakyat seperti pentadbiran awam termasuk polis yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak memihak serta menjunjung perlembagaan, rela dijadikan ‘kuda tunggangan’ oleh pihak tertentu, kata Aziz.

“Demokrasi tidak akan makmur tanpa kerjasama insititusi itu. Anehnya Zambry tidak mengaku mengeluarkan arahan menutup bangunan sekretariat. Begitu juga dengan Dato’ SS. Jadi, bagaimanapun OCPD terus tidak membenarkan ahli dewan masuk?” soal Aziz kehairanan.

Dari satu sudut, ini telah menimbulkan persoalan, “Apa asas pihak polis untuk tidak membenarkan 28 Adun Pakatan Rakyat masuk ke Dewan? Takkan mereka (polis) tak kenal Speaker? Takkan Adun-Adun Pakatan ini dianggap pengganas dan penjenayah? Ini perlu dijawab oleh pihak polis.”

Tegas Aziz lagi, insiden di Perak itu gagal menyuburkan proses demokrasi kerana institusi awam seperti polis tidak memainkan peranan dengan betul.


Reference:
http://siasahdaily.com/v2/?p=305#comment-112

1 comment:

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

abu muhammad el-Merbawiy

25/03/2009 • 4:58 am Your comment is awaiting moderation.

Saudara MSO,

Kepada Parti UMNO dan BN, berhati-hatilah ketika membuat sesuatu tindakan. Kerana kegopohan tindakan yang tidak bertanggung jawab itulah Negeri Perak dan Paduka Seri Sultan Perak mendapat aib yang cuba disandarkan kepada Pakatan Rakyat. Cuba teliti poltical movement yang pakatan telah laksanakan, adakah melanggari dan menyalahi undang-undang dan perlembagaan serta undang-undang tubuh Negeri Perak?. Melihat keadaan ini sepatutnya UMNO dan Kerajaan BN wajar merasa malu dan aib juga, sama aibnya menjatuhkan kedudukan Paduka Seri Sultan Perak di mata rakyat dengan mengheret baginda ke arah tindakan yang kelam-kabut ini. Kalau boleh ditegaskan, secara resminya…memanglah Pakatan Rakyat yang lebih rasional, sekali pun terpaksa bersidang di bawah pokok DEMOKRASI.

Sedarlah bangsa Melayuku dan semua bangsa-bangsa lain yang ada di Malaysia bahawa kita hanya akan boleh bersama-sama membina masyarakat dengan baik jika patuhi peraturan dan berdasarkan Ilmu pengetahuan serta PETUNJUK DARI AGAMA WAHYU, ISLAM, untuk kebaikan sejagat dan semua umat.

Terima kasih.