Tuesday, January 24, 2012

Kedudukan Hukum Qazaf : Pendirian WADAH

Pendirian Wadah mengenai isu Qazaf
Oleh:
Abdul Halim Ismail, 20 Dis 2011

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah mengeluarkan Pernyataan Bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengenai isu yang sama dengan tajuk Pernyataan Sikap Terhadap Isu Jenayah Qazaf, pada 27 Mac 2011 (sila rujuk Kenyataan Media di www.wadah.org.my/).

Sebagai reaksi kepada beberapa persoalan yang berbangkit serta kekeliruan-kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat ekoran kenyataan-kenyataan beberapa orang mantan pimpinan ABIM mengenai isu tuduhan tuduhan liwat dan zina terhadap DS Anwar Ibrahim, maka WADAH ingin menegaskan kembali sikap dan pendirian yang telah diambil dengan merujuk kepada Pernyataan yang telah dibuat 27 Mac tersebut.

Pertama: Sikap dan pendirian mestilah berasaskan syari`at

“Sesungguhnya kembali kepada syari`at adalah satu-satunya jalan keluar yang adil dan selamat. Demikianlah petunjuk Ilahi yang terungkap dalam kitab suci-Nya, "… Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Al-Nisa':59). Apakah yang sebenarnya dicari oleh pendakwa dan penuduh? Andainya yang dicari adalah keadilan, bukankah ia wujud dalam hukum syari`at? Apakah ada hukum lain yang lebih adil daripada hukum Allah? Apabila seseorang mengatakan "Aku ridha dengan Allah sebagai Tuhan……." (رضيت بالله رباً...) bererti ia rela menerima hukum-hakam-Nya. Jika benar demikian, mereka harus membuktikan kejujuran menepati ikrar dan pengakuan tersebut. Ternyata kesediaan rujuk (kembali) kepada Allah (hukum-hakam-Nya) adalah ujian iman. Hanya yang benar-benar beriman (kepada Allah dan Hari Akhirat) sahaja yang akan dengan senang dan rela menerima hukum Allah. Demikianlah makna tersirat di balik kalimat-kalimat,"…, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian." (إن كنتم تؤمنون بالله واليوم الآخر).”

Kedua: Hukum qazaf (menuduh liwat dan zina) adalah berat hingga kerana itu hal-hal berkaitan dengannya diperincikan oleh syari`at.

“Dalam kaitan inilah motif hukum qadhaf dalam syari`at Islam itu harus difahami. Mereka yang berleluasa menabur fitnah, melemparkan tuduhan keji (zina/liwat) tanpa pembuktian secara syar`i (menghadirkan empat orang saksi yang adil dan berwibawa) seharusnya menginsafi betapa buruknya perilaku mereka, dan betapa beratnya kesalahan jenayah qadhaf yang membawa hukuman deraan fizikal lapan puluh kali sebatan (ثمانين جلدة), di samping sanksi sosial dan moral: hilang kelayakan menjadi saksi (tentang apa pun dan sampai bila pun), dan seterusnya terlempar ke dalam kelompok orang-orang fasiq (الفاسقون) sebagaimana yang disebut dalam surah al-Nur:4-5. Demikianlah ketetapan hukum syari`at yang tidak boleh ditawar-tawar lagi. Cara pembuktiannya hanya satu: hadirkan empat saksi, dan tidak lain daripada itu. Dalam kes seperti ini pembuktian dengan cara bersumpah sama sekali tidak relevan.”

Ketiga: Menyebarkan tuntutan yang benar berasaskan syari`at adalah amanah dan tanggungjawab agama.

“Terlepas dari maksud mencampuri konflik politik antara parti, dengan niat murni semata-mata demi amanatu 'l-balagh serta tanggungjawab dakwah dan tazkirah, kita menyeru seluruh umat dan rakyat agar berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya, yang dalam hal ini pembuktiannya harus berdasarkan hukum syara`. Pembuktian yang tidak dilakukan secara syara` adalah tidak sah. Dalam kaitan ini seluruh rakyat yang menginsafi hakikat kesucian maruah dan ketinggian nilai kehormatan diri harus sedia memberikan sokongan dan dukungan kepada perjuangan suci mempertahankan maruah, kehormatan dan nama baik dari pencemaran fitnah.

Keempat: Menolak gejala fasik dan pertuduhan liwat dan zina terhadap DS Anwar Ibrahim.


“Selaras dengan itu seluruh umat Islam yang setia kepada idealisme masyarakat bersyari`at harus menolak gejala fusuq (kefasikan) yang menjelma dalam bentuk fitnah terhadap seseorang yang berintegriti moral. Dalam kaitan ini YB. Dato' Seri Anwar Ibrahim, atau siapa sahaja yang dilempari tuduhan (qadhaf) tanpa pembuktian secara syar`i berhak membela diri dan menuntut keadilan berasaskan hukum syara`: penuduh yang gagal menghadirkan empat orang saksi harus didakwa di bawah hukum qadhaf. Demi menghormati kedaulatan Islam, tuduhan yang tidak memenuhi persyaratan syara` seharusnya digugurkan. Dalam hubungan ini fatwa para ulama dunia yang berautoriti besar mengenai isu ini seperti al-Shaykh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan al-Shaykh Dr. Wahbah al-Zuhayli (kedua-duanya adalah penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah dari kerajaan Malaysia) serta yang lain-lainnya harus dihormati dan didukung tanpa ragu. Fatwa-fatwa mereka cukup jelas, tegas, kuat, berwibawa dan meyakinkan.

Kelima: Menegaskan tanggungjawab bersama dalam membina masyarakat berakhlak berdasarkan syari`at.

“Demi tanggungjawab membina umat dan masyarakat bermaruah yang saling hormat dan saling percaya, setiap warga harus memiliki keberanian bersikap, menolak budaya fasiq aib mengaib dan fitnah memfitnah. Masyarakat Islam bukan sebuah ladang fitnah, dan bukan juga sebuah pasar gosip. Al-Qur'an telah memberikan petunjuk jelas bagaimana menyikapi gejala fasiq seperti itu, iaitu dengan menolaknya secara jelas, tegas dan tanpa basa-basi, "… ini dusta yang nyata!" ,(...هذا إفك مبين)"…ini pembohongan besar!" .(هذا بهتان عظيم) Komitmen terhadap misi amar makruf nahi munkar menuntut setiap orang bertindak melawan gerakan penyebaran kebejatan (al-fahishah).

Keenam: Menasihati mereka yang terlibat dalam membuat jenayah qadhaf supaya kembali menginsafi ketelanjuran mereka dan merujuk kembali kepada amaran Allah.

“Mereka yang terlibat dengan kegiatan jahat menabur fitnah dan menyebarkan berita bohong di kalangan umat seharusnya menyedari dan menginsafi amaran keras pembalasan Tuhan sebagaimana ditegaskan dalam kitab suci-Nya: “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu (juga). Janganlah kamu mengira berita itu buruk bagi kamu bahkan itu baik bagi kamu. Setiap orang dari mereka akan mendapat balasan dari dosa yang diperbuatnya. Dan barang siapa di antara mereka yang mengambil bahagian terbesar (dari dosa yang diperbuatnya), dia mendapat azab yang besar (pula) - Al-Nur:11” “Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang sangat keji itu (berita bohong) tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, mereka mendapat azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. - Al-Nur:19”.

Sehubungan dengan ini juga, WADAH ingin menegaskan bahawa sebarang kenyataan, pandangan atau pendapat yang dikeluarkan oleh Prof Dato’ Dr Sidek Baba dan Dr Yusri Muhammad, termasuk yang berkaitan dengan isu ini, adalah tidak mewakili pandangan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Prof Dato’ Dr Sidek Baba ialah seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah memegang beberapa jawatan dalam ABIM termasuk sebagai Naib Presiden. Dr Yusri Muhammad pernah memimpin ABIM sebagai Presiden. Beliau baru melepaskan jawatannya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan kini selaku Yang Di Pertua Yayasan Sofa, Negeri Sembilan.

Abdul Halim Ismail
Setiausaha Agung WADAH.

23 Muharram 1433

19 Disember 2011

Ikhwan Muslimuun Menerajui Hasrat Rakyat Mesir

Ikhwan Muslimin terajui kerajaan baru Mesir


Oleh:
MOHD RASHIDI HASSAN | rashidi@harakah.net.my, 24 Jan 2012





PESANAN SYED QUTTB R.AH YG DISEMPURNAKAN INSYA ALLAH SWT

Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka di atas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah di syurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

- As-Syahid Syed Qutb Rahimahullah..
______________________________________________
Selepas 46 tahun pujangga dan sasterawan ulung as-syahid Syed Qutb melakarkan syairnya di sebalik jeriji besi penjara, kini gerakan Islam di Mesir yang diterajui Ikhwan Muslimin sedang bergerak merebut kemenangan bagi seluruh rakyat Mesir.

Kemenangan besar Ikhwan di bawah kepimpinan Mursyidul Am, Dr Mohamed Badie, menerusi Parti al-Hurriyah wal 'Adalah (parti Kebebasan dan Keadilan atau Freedom and Justice Party - FJP) dan parti-parti gabungannya dalam Pilihan Raya Umum Mesir minggu lepas, iaitu hampir setahun selepas Presiden Hosni Mubarak digulingkan, merupakan suatu perubahan besar kepada landskap politik di negara-negara Arab.

Walaupun Syed Qutb dan beberapa orang pimpinan Ikhwan dizalimi sehingga mati syahid di tali gantung pada pagi Isnin 29 Ogos 1966, tidak dapat merasai nikmat kemenangan perjuangan Islam, sekurang-kurangnya roh mereka berbahagia disisi Allah, kerana pengorbanan mereka sudah ditebus Ikhwan.

Selepas tiga pusingan pilihan raya yang dianjurkan secara bebas dengan pemantauan dunia, keputusan muktamad pilihan raya umum Mesir mencatatkan FJP menang 232 kerusi Parlimen (lebih 45 peratus kerusi), Parti Nur Salafi meraih 113 kerusi, Parti Wafdu (Sekular) dengan 47 kerusi, Parti Kutlah (Sekular) mendapat 39 kerusi, Parti Fulul (bekas penyokong Hosni) memperolehi 17 kerusi, Parti Wasot Islami 10 kerusi, Parti Thaurah Mustamirah dengan 8 kerusi dan parti bebas mendapat 14 kerusi.

Sementara 18 lagi kerusi Parlimen sedang menanti untuk diadakan pilihan raya dalam masa terdekat.

Secara keseluruhannya FJP mendapat 13 juta undi, Parti Nur Salafi dengan 7 juta undi dan golongan sekular mendapat 5 juta undi. Gabungan golongan Islam FJP dan Salafi mencatatkan undi keseluruhan 20 juta undi.

Dengan kemenangan besar ini, sudah pasti FJP iaitu parti tajaan Ikhwan akan menerajui Kerajaan Mesir. Sementara dalam tempoh peralihan ini (selepas Mubarak dijatuhkan) sehingga kerajaan baru mengangkat sumpah, khususnya tugas-tugas mentadbir masih lagi di bawah tugasan tentera.

Ikhwan menerusi FJP akan menjadi peneraju utama untuk menggubal Perlembagaan baru Mesir. Dalam perlembagaan baru yang bakal digubal nanti, akan ditetapkan sama ada kuasa pemerintahan akan diserahkan kepada Parlimen, atau kepada Presiden.

Penggubalan Perlembagaan sudah dipersetujui untuk diserahkan kepada Parlimen yang dipilih secara demokratik oleh rakyat Mesir menerusi pilihan raya yang adil dan bebas.

Perlembagan ini digubal kerana, sebelum ini Mesir diperintah secara diktator oleh Mubarak. Pada zamannya Parlimen hanya diberi kuasa sebagai legislatif, tetapi hak mutlak administratif dan eksekutif di bawah kuasa penuh Presiden.

Pengubalan Perlembagaan ini juga akan menentukan terma-terma pembahagian kuasa antara Parlimen dan Presiden. Apa pun Perlembagaan baru Mesir akan disiapkan sebelum Pilihan Raya Presiden Mesir yang dijangka akan diadakan awal Jun depan.

Sebagai langkah peralihan kuasa, Perdana Menteri (sementara), Dr Kamal Ganzouri mengadakan perbincangan dengan Presiden FJP Dr Mohamed Morsi dan Setiausaha Agung FJP, Dr Mohamed Sa'du Katatni.

Dalam pertemuan itu Dr Morsi menegaskan bahawa agenda utama yang menjadi fokus FJP untuk digubal Perlembagaan Mesir adalah, mengutamakan kepentingan rakyat termiskin.

Pada pertemuan itu Dr Morsi menegaskan,"Keutamaan kami (FJP) adalah untuk mencapai kestabilan dan harmoni untuk kepentingan seluruh rakyat Mesir.

"Untuk itu, saya menekankan peri pentingnya kerjasama semua golongan dalam masyarakat, terutamanya golongan pasca revolusi yang menguasai Parlimen yang bakal dibentuk. Buat pertama kalinya dalam dekad ini (Parlimen) akan mewakili kepentingan seluruh rakyat Mesir."

Dalam langkahnya bertahaluf siyasi dengan pelbagai golongan untuk mencapai kestabilan politik dan keharmonian rakyat, FJP mencalonkan Setiausaha Agungnya sebagai calon Speaker Parlimen, yang merupakan jawatan yang mempunyai kuasa besar di dalam sistem demokrasi berpresiden.

Selain Dr Sa'du Katatni, FJP juga mengumumkan akan menyokong seorang wakil Parti Nur Salafi (golongan Islam) dan wakil Parti Wafdu yang berhaluan sekular sebagai Timbalan Speaker.

Dr Katatni bukannya calang-calang orang. Beliau merupakan antara seorang pejuang Ikhwan yang ulung. Di zaman diktator Mubarak, beliau dipenjarakan dan diseksa bersama dengan Dr Mohamed Morsi dan Essam El-Erian.

Dr Katatni merupakan sarjana Phd dalam jurusan sains yang pernah bertugas sebagai Profesor, mengajar subjek mikro biologi dalam bidang botani di Universiti Minia. Kemudiannya dilantik sebagai dekan fakulti pada tahun 1994-1998.

Beliau juga memperolehi ijazah dalam bidang Pengajian Islam di bawah Fakulti Sastera pada tahun 2000. Selain itu beliau merupakan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pengajar Universiti berkenaan.

Selain pengalaman politik, pengamalan Dr Katatni dalam bidang akademik sangat hebat. Sepanjang kariernya, beliau mengawasi lebih 21 kajian untuk pemegang Master dan Phd dalam hal ehwal botani selain menulis 36 kajian, di mana beliau menjadi Pengerusi Persatuan Saintis di Minia.

Katatni menceburi bidang politik selepas menyertai Ikhwan Muslimin. Beliau bertanding dalam pilihan raya umum Mesir pada tahun 2005 dan menang mewakili daerah Minia.

Di dalam Parlimen (pada zaman Mubarak) Dr Katatni merupakan Ketua Whip Parlimen Ikhwan sebelum disumbat ke dalam penjara oleh rejim Mubarak.

Justeru pelantikan Dr Katatni sebagai calon Speaker dari FJP berdasarkan pengalaman yang luas serta sumbangan besar beliau dalam bidang akademik dan politik di Mesir.

Tidak dinafikan bahawa perhatian dunia khususnya golongan Barat tertumpu ke Mesir pada waktu ini. Wakil-wakil Barat saban hari mengunjungi Ibu Pejabat Ikhwan di Jabal Muqattam dan pejabat FJP di Manial al-Roda.

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter turut berkunjung. Beliau menemui Mursyidul Am, Dr Badie. Manakala Timbalan Setiausaha Luar Amerika, William Branze menemui Presiden FJP, Dr Morsi.

Malah dalam pertemuan berasingan Duta Besar British ke Mesir, James Watt menegaskan pihaknya bersedia untuk memberikan sokongan bagi memulihkan ekonomi Mesir.

Kemenangan Ikhwan menerusi FJP turut menarik perhatian diplomat German. Dalam satu artikelnya dalam akhbar Frankfurter Allgemeine Zeitung, Menteri Luar German, Guido Westerwelle membicarakan tentang peranan parti-parti politik Islam yang sedang membuat perubahan kepada landskap politik di negara Benua Afrika Utara dan dunia Arab yang disifatkan sebagai Arab Spring.

Westerwelle berpendapat, perubahan besar yang melanda negara-negara seperti Tunisia, Maghribi, Libya dan Mesir terutamanya, masih berhadapan dengan beberapa ancaman, antaranya pada saat kritikal peralihan kuasa dari rejim lama kepada kerajaan baru. Selain itu, Arab Spring menghadapi cabaran besar untuk memulihkan ekonomi kerana rakyat di kebanyakan negara terbabit berada dalam belengu kemiskinan.

"Kita harus membantu proses transisi di utara Afrika dan dunia Arab dalam bentuk politik dan ekonomi. Menerusi pelaburan, kerjasama pendidikan dan pasaran terbuka. Kita boleh bantu menaiktarafkan prospek ekonomi rakyat dengan memberikan peluang yang lebih kepada mereka untuk mendapat kehidupan yang selesa," ujar Westerwelle.

Reference:
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/mohd-rashidi-hasana/7730-ikhwan-muslimin-terajui-kerajaan-baru-mesir

Malaysia Perlu berubah 10 tahun dari sekarang...

Apa Malaysia perlu ubah 10 tahun dari sekarang
http://ata-timetochange.blogspot.com, 24 Jan 2012

Malaysia, pada sekilas pandang boleh dikatakan sebagai negara yang cukup bertuah kerana ada pelbagai bantuan alam kepadanya yang tiada di negara-negara lain. Sekilas pandang juga, orang akan menyangka bahawa rakyat Malaysia sudah tentu amat beruntung dilahirkan dan dibesarkan di negara ini. Itu mungkin telahan mereka yang memandang negara ini secara "surface" tanpa menilai secara kritikal dan rasional.

Seringkali saya mengutarakan dalam banyak-banyak perbincangan yang kami adakan, bahawa setiap individu yang merasa nikmat sebagai rakyat Malaysia wajib berfikir dengan lebih matang dan mempunyai cita-cita mereka tersendiri buat negara yang dicintai ini.

Orang akan bertanya, apa lagi yang tidak cukup di Malaysia?

Bangunan tertinggi?

Lapangan terbang yang tercanggih?

Pengeluaran hasil minyak yang berjuta-juta sehari?

Tidak bersyukur lagikah kamu dengan nikmat yang pelbagai ini?

Ya, saya bersyukur. Namun itu tidaklah menyebabkan saya buta pada hal-hal yang lain yang lebih kritikal dan mampu membawa kepada kesan buruk pada masa jangka panjang.

Tahun 2012 sahaja telah mencatat pelbagai isu dan konflik yang besar sehingga bukan sahaja saya, malah sesiapa sahaja pun turut mempersoalkan tentang perkara ini iaitu di manakah letaknya bangsa Malaysia pada 50 tahun akan datang jilalau hal-hal sebegini berterusan.

Maka hal ini menjadi kebimbangan dan kegusaran terbesar dalam diri saya secara jujurnya sehingga saya merasakan bahawa perlunya ada tindakan secara progresif bagi mencapai 2-3 perkara dalam tempoh 10 tahun akan datang demi memastikan mandiri bangsa Malaysia dari sudut budaya, sahsiah dan jati diri terus wujud di dunia ini.

Rejuvenisasi Sistem Pendidikan Secara Menyeluruh

Saya merasa amat yakin bahawa, apa yang terbentuk dalam diri saya dan rakan-rakan segenerasi ini pada waktu sekarang adalah hasil didikan dan proses pembentukan yang saya lalui sepanjang berada di alam persekolahan dan universiti (sekarang) oleh guru-guru saya yang mungkin lahir pada dalam era akhir 60-an sehingga 80-an.

Mereka menjadi guru, ibu bapa dan orang-orang berkepentingan dalam masyarakat (penggubal dasar) dan kemudiannya mereka inilah yang membentuk generasi sekarang sehingga anda sendiri boleh menilai wajah dan identiti generasi kelahiran 1990 dan ke atas sekarang.

Jikalau kita jemu dengan berita buang anak hampir setiap hari pada hari ini oleh generasi saya, berita menteri dan bijak pandai rasuah sana sini, berita politikus bercakaran hampir setiap masa dan ketika, berita pelajar cemerlang tetapi rosak moralnya dan pelbagai bentuk berita lain yang memualkan, tidak pernahkah kita bertanyakan soalan - kenapa boleh menjadi begini wajah bangsa Malaysiaku?

Dari faktor inilah, saya merumuskan bahawa, generasi saya sekarang terbentuk dengan wajah sebegini kerana memang kami dibentuk dengan acuan sebegini oleh sistem pendidikan yang bertanggungjawab membentuk kami sejak kami lahir lagi.

Maksud secara jelas ialah, sistem pendidikan yang generasi kami terima dari ibu bapa, guru-guru di sekolah, pensyarah-pensyarah di universiti, pemimpin-pemimpin masyarakat, dan suasana di sekeliling kami membesar inilah yang menjadi tukang ketuk dan bina dalam sistem ini.

Mereka di atas adalah orang yang bertanggungjawab membentuk kami. Saya tidak menyalahkan mereka secara keseluruhan, kerana mereka membentuk kami ini dengan cara seperti itu adalah juga merupakan hasil didikan yang mereka terima.

Dalam hal ini, mereka yang diberi amanah menggubal sistem pendidikan negara adalah bertanggungjawab untuk menjawab persoalan ini. Sudah tentu mereka mempunyai alasan untuk membentuk generasi bangsa Malaysia dengan cara sebegini, samada alasan itu mempunyai kaitan dengan kepentingan periuk nasi mereka atau hayat politik mereka maka hal itu saya serahkan kepada mereka untuk dijawab di hadapan ALLAH kelak.

Cuma, sebagai seorang rakyat Malaysia, saya memandang bahawa perlunya saya menyatakan pandangan dan komentar ini. Mungkin ia sama sekali tidak akan dibaca oleh para menteri (blog sebegini daif, mana mungkin menteri boleh tergugat) atau mereka yang berada di peringkat atasan, tetapi saya optimis bahawa rakan-rakan segenerasi dengan saya yang membaca artikel ini dan memahaminya, maka itu sudah menjadi suatu benih yang cukup baik untuk menimbulkan ketumbukan kesedaran dalam diri generasi akan datang mengenai hal ini.

Kita perlu berusaha mengubah kelaziman sistem pendidikan negara yang tidak mampu membentuk manusia menjadi manusia ini. Wajib untuk rakan-rakan pembaca sedar hakikat bahawa, kita sekarang dibentuk dan dididik adalah untuk memegang amanah membentuk dan mendidik generasi akan datang.

Dalam keadaan kita telah dibentuk dengan acuan yang salah, menjadi suatu produk yang tidak cukup sifatnya, tetiba kita mengharapkan generasi akan datang yang dibentuk oleh kita agar menjadi lebih baik, sudah tentu jawapannya sukar!

Mudahnya, sistem pendidikan sekarang masih gagal membentuk manusia menjadi manusia.Bagi saya, gagalnya sisitem pendidikan maka sudah pasti bangsa tersebut bakal menuju saat kehancurannya.Kerajaan di Putrajaya sekarang begitu berhak dan berkuasa untuk mengkaji dan mengubah kembali hal ini.Ini pilihan yang mereka ada.

Pilihan kami adalah cuma memilih siapa yang bakal menduduki pejabat di Putrajaya itu.

Perubahan Politik Negara - Perubahan Tahap Pemikiran Masyarakat

Saya yakin pasti ada yang tertanya-tanya, kenapa tidak meletakkan perubahan politik itu di tempat yang pertama?

Bagi saya, kerajaan yang sedia ada lebih dari mampu untuk merealisasikan hasrat di atas.Mereka ada kuasa dan diberi amanah untuk membentuk bangsa Malaysia sekarang. Jika mereka benar-benar amanah, sudah pasti mereka akan memikirkan persoalan di atas.

Jika mereka keras kepala, maka pilihan yang kami ada ialah menukarkan mereka dengan orang yang lagi baik untuk berada di tempat itu dan menjalankan amanah ini.

Kenapa Malaysia wajib melalui perubahan suasana politik?

Hal ini berkait rapat dengan tahap pemikiran masyarakat. Jikalau saya diberi peluang untuk migran ke negara lain, maka saya akan memilih negara yang pernah melalui prubahan politiknya secara menyeluruh dan matang. Contoh yang mudah ialah, Jepun dan Korea.

Masyarakat mereka begitu matang dalam hal politik sehingga mereka tidak lansung terkongkong dengan stigma bahawa cuma parti itu sahaja mampu membimbing negara mereka, dan yang lain tidak.

Seingat saya, Jepun mengalami tsunami politik secara besar-besaran dalam 3-4 tahun yang lepas apabila parti yang sudah memerintah negara itu puluhan tahun akhirnya tumbang kepada sebuah parti lain yang membawa harapan baru kepada penduduk negara matahari terbit tersebut.

Mungkin isu yang dihadapi oleh rakyat mereka tidak sama seperti yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Namun, nilai utama di sini ialah mereka berani dan matang dalam membuat keputusan sehingga rakyat Jepun sanggup mengubah kelaziman dengan suatu yang begitu mengejutkan.

Hal ini jelas menggambarkan tahap pemikiran rakyat mereka jauh lebih matang dan mereka memahami konsep patriotik secara jelas.Begitu juga hal yang berlaku di Taiwan dan Korea Selatan.

Maka, rakyat mereka tidak akan senang dikongkong dan ditipu oleh pemerintah. Mereka yakin dengan kuasa mereka sebagai rakyat yang berhak memilih siapa pemimpin mereka.Berbanding di Malaysia, kita masih tidak dapat mengelak dari stigma bahawa, dulu kini dan selamanya hanyalah UMNO/BN sahaja mampu menyelamatkan bangsa Malaysia.

Ini yang menjadi barah dalam masyarakat terutamanya kepada lapisan yang tidak mampu untuk mencapai maklumat dalam pelbagai isu secara tepat.Mudahnya mereka di felda-felda dan pedalaman masih kuat memegang stigma ini.

Saya tidak mengatakan semua dari mereka masih berkeadaan sebegitu, cuma sebahagian besarnya adalah begitu.Maka tidak hairanlah kenapa UMNO/BN masih mengharapkan felda-felda sebagai kubu kuat mereka untuk meraih undi dalm pilihan raya.

Berbanding di kawasan yang mempunyai akses maklumat secara meluas, kebanyakan rakyat Malaysia di kawasan-kawasan bandar sudah berani mengubah kelaziman ini.Buktinya, PRU-12 jeas menunjukkan UMNO/BN tergugat di kawasan-kawasan bandar.

Namun begitu, hal ini sepatutnya tidak menyebabkan Pakatan Rakyat merasa selesa kerana tugas menjernihkan stigma ketakutan kepada perubahan ini wajib terus dilaksanakan demi mencapai cita-cita berlakunya perubahan politik secara menyeluruh di Malaysia.

Saya sendiri kecewa, dengan kenyataan berupa ketakutan yang tidak berasas oleh rakan-rakan saya berkenaan dengan "ruler party", kedudukan Islam dan orang Melayu, Cina menguasai politik, dan sebagainya yang asalnya merupakan kesan daripada didikan yang mereka terima bahawa cuma UMNO/BN sahaja yang terbaik dulu kini dan selamanya.

Jikalau masyarakat Malaysia ingin melihat bangsa ini terus maju ke hadapan, adalah menjadi kewajipan untuk kita menghapuskan stigma ini dan melakukan sebuah perubahan politik secara besar-besaran dengan harapan ini akan membuka minda sesetengah rakyat yang masih terkongkong pemikiran mereka dengan ketakutan-ketakutan tersebut.

Secara asasnya, hal ini juga merupakan kesan daripada sistem pendidikan di Malaysia yang tidak pernah berhasrat melahirkan warga yang benar-benar matang politiknya secara jujur.Maka, untuk mencapai taraf yang lebih baik dan melihat negara dan bangsa Malaysia semakin maju, maka mereka perlu berani melakukan perubahan ini.

Media Yang Membina, Bukan Meruntuhkan

Kekadang, masyarakat boleh berubah kerana peranan yang media mainkan secara progresif dan konsisten.Peranan media adalah untuk membentuk suasana dalam masyarakat. Jika media sifatnya membina, maka masyarakat yang positif akan terbina.

Namun, jika medianya bersifat meruntuhkan, maka masyarakat pasti akan runtuh sepertimana yang ditunjuki oleh media tersebut.

Media juga merupakan medan pendidikan kepada masyarakat, malah mungkin memainkan peranan besar dalam membentuk rakyat Malaysia selama 54 tahun kemerdekaan ini. Jika kita merenung kembali mengenai peranan media di Malaysia, kita akan dapati bahawa wajah generasi Malaysia menjadi sebegini adalah kerana peranan yang dimainkan oleh media selama ini.

Saya ada menulis mengenai media di Malaysia semasa memberi komentar mengenaiisu iklan Ramadhan 8TV tahun lepas, iaitu perlunya media di Malaysia bergerak ke hadapan mengubah paradigma yang menyelubungi mereka selama ini.

Dalam artikel tersebut, saya mempertegaskan bahawa media Malaysia cuma menjadi alat propaganda sesetengah pihak berbanding mereka cuba berperanan mendidik masyarakat melalui penyiaran mereka. Sambil mengambil kira faktor tekanan politik, saya merumuskan bahawa inilah rupa media di Malaysia yang begitu meruntuhkan masyarakat.

Dalam pemerhatian saya terhadap rakan-rakan di kampus dan corak penyiaran media di Malaysia, saya merasa bimbang dengan generasi saya yang bakal memegang amanah kepimpinan masa hadapan dibentuk dengan cara sebegini. Ia seolah-olah telah menjadi suatu ukiran kekal bahawa anak-anak muda atau remaja di Malaysia pada waktu sekarang begitu mandul dalam mengambil tahu tentang isu yang kritikal dan berat yang sedang berlaku berbanding mereka lebih senang terbuai-buai dengan isu-isu sensasi seperti gosip artis, sukan, filem bapa rogol anak, bola sepak dan pelbagai lagi.

Ini hakikat yang mungkin menteri penerangan pun tidak sedar. Media di Malaysai telah berperanan mendidik masyarakat di negara ini supaya suka dan terbiasa dengan isu-isu sensasi yang akhirnya menyebabkan generasi kami terutamanya gagal untuk bertindak secata effektif sebagai warganegara yang demokratik dalam apa jua isu lain hyang lebih kritikal.

Walaupun mereka berada di kampus-kampus pengajian yang di atas bahu mereka sudah jelas bebanan amanah untuk membentuk generasi selepas mereka, namun lansung tiada kesedaran dalam diri mereka untuk mengambil tahu isu-isu yang lebih kritkal dan berkait rapat dengan pembentukan generasi akan datang untuk dibicarakan berbanding lebih mudah bersenang-lenang dengan isu-isu sensasi.

Saya tidak akan salahkan mereka, kerana setiap pagi apabila mereka menyelak halaman surat khabar sudah pasti mereka akan membaca tajuk berita utama yang kebanyakannya berbunyi, "Artis A Kahwin Lari Di Siam", "Bapa Bersifat Iblis Rogol Anak Gadisnya", "Angkara Cinta Terlarang, Artis Bunuh Diri" dan pelbagai lagi tajuk berita yang begitu memualkan!

Maka, suasana media yang sebeginikah yang mahu kita harapkan demi membentuk jiwa generasi di Malaysia?

Sampai bila hal ini mahu diteruskan oleh pengamal-pengamal media di Malaysia?

Tidakkah mereka memikirkan tentang kesan negatif yang begitu dahsyat akibat penularan paradigma sebegini terhadap seluruh bangsa ini?

Maka tidak hairanlah ramai rakan-rakan saya di kampus, juga di halaman sosial seperti Twitter, blog dan Facebook lebih selesa mengisi masa mereka dengan perbincangan isu-isu yang sensasi dan remeh-temeh sebegini.

Timbul persoalan dalam benak saya, mampukah generasi saya yang terbiasa dengan keadaan ini mahu mengambil alih tampuk amanah mentadbir negara pada masa hadapan dan menjadi lebih baik dari sekarang jika hal ini berterusan.

Rakan saya yang belajar di UK memberitahu, sebelum dia pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, antara perkara yang dia lakukan ialah dia menyusun dan mengumpulkan surat khabar di sana menjadi bahan rujukan atau "buku teks" kerana isi kandungan akhbar berkenaan yang begitu analitik dan berfakta.

Hampir keseluruhan akhbar berkenaan menyiarkan artikel yang berkualiti, membicarakan isu-isu kenegaraan secara kritikal, menyiarkan komentar kolumnis yang berwibawa, dengan cuma memberi ruang yang sedikit untuk isu-isu hiburan semasa dan memberi maklumat secara jujur kepada pembaca.Ini yang diperkatakan oleh rakan saya, kini dia sedang menjawat jawatan peguam di sebuah firma di Malaysia.

Hari demi hari, tahun demi tahun, dekad demi dekad masyarakat di UK dibiasakan minda dan pembacaan mereka dengan suasana media sebegini.Dan kita melihat hasilnya sekarang yang mungkin menerbitkan perasaan cemburu dalam hati kita kepada mereka.

Begitu juga dalam hal penghasilam filem, drama, majalah, dan pelbagai lagi bentuk media, Malaysia perlu mengubah hakikat ini.

Saya mempersoalkan kenapa Filem Gadoh (2009) diharamkan penyiarannya secara rasmi sedangkan filem berkenaan begitu bagus dan penuh dengan nilai mendidik mayarakat Malaysia. Jikalau pihak kerajaan memberi alasan filem tersebut diharamkan kerana penggunaan dialog yang kasar dan berterus terang, saya ingin bertanyakan pula apakah babak-babak ranjang dalam Ombak Rindu dan pelbagai filem melayu sebelum ini begitu baik nilainya untuk tontonan umum?

Atau filem itu diharamkan semata-mata filem tersebut membawa idea bahawa kesilapan terbesar dalam proses pembentukan pelajar di sekolah adalah SISTEM yang menyebabkan semangat perkauman begitu tinggi, pergaduhan antara para pendidik dan sebagainya.

Secara halusnya, filem tersebut dianggap mengkritik kerajaan. Maka saksikanlah kejujuran media di Malaysia yang cuma menjadi medan mengaut keuntungan dan menjaga kepentingan politik sesetengah pihak.

Maka, lahirlah generasi Malaysia sepertimana yang kita saksikan di kampus-kampus, kampung, jalan raya, pusat serenti, pasar raya dan sebagainya.

Jika masyarakat Malaysia mahu melihat generasi ini berubah, maka lihat dulu bagaiman rupa media kita.

Bulatkan Tekad, Pilihan Di Tangan Kita

Pilihan di tangan kita. Saya cuma mengutarakan 3 perkara utama ini sebagai pemain utama yang perlu diubah oleh semua rakyat Malaysia sekiranya kita bercita-cita mahu melihat generasi akan datang yang lahir di tanah bekas jajahan British ini akan terus mampu mandiri dengan jati diri, budaya dan sahsiah yang begitu tinggi.

Kalau kita menghisabnya secara teliti, sudah pasti pelbagai masalah lagi yang perlu diubah.Itu tidak dinafikan.Namun, perlu kita sedar bahawa bukan semua perubahan yang kita harapkan dapat dilaksanakan dalam sekelip mata.

Dalam perbincangan ini, tiada istilah silap mata. Masing-masing perlu berperanan secara progresif menimbulkan kesedaran demi cita-cita Malaysia lebih baik pada masa akan datang. Kerana itulah saya meletakkan tempoh selama 10 tahun dari sekarang untuk melihat perubahan ini benar-benar berlaku.

Kerajaan yang sedia ada sekarang, lebih dari mampu untuk melaksanakan perubahan-perubahan di atas, Maka, ini juga merupakan teguran kami di peringkat rakyat terhadap kepimpinan negara ini.

Kalian punya kuasa untuk mengubahnya menjadi lebih baik.Kalian diberi amanah mentadbir dan membentuk kami di peringkat rakyat untuk menjadi manusia yang bersifat seperti manusia.

Tugas kami yang kalian sedia maklum, ialah memilih siapa yang berhak untuk berada di Putrajaya.Jika kalian enggan mengubah keadaan, kami bersedia mengubah kalian dengan orang yang lagi beramanah untuk mengubah keadaan masyarakat sekarang.

Dalam isu ini, saya tidak akan mengajak pembaca untuk menyokong sesiapa baik Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Buatlah pilihan sendiri secara bijak.Namun, saya masih yakin bahawa, PR adalah pilihan yang lagi baik untuk rakyat Malaysia pada PRU-13 daripada BN.

Namun itu tidak bermakna mereka adalah yang terbaik!

Cuma, di peringkat kita teruskanlah usaha memberi kefahaman dan pencerahan kepada masyarakat di luar sana. Itu tanggungjawab hakiki.Seperti saya katakan di atas, perkara ini tiada istilah silap mata di dalamnya.Ia merupakan suatu proses, sudah tentu ianya akan memakan suatu tempoh masa yang lama.

Wallahualam.


Reference:
http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/7734-apa-malaysia-perlu-ubah-10-tahun-dari-sekarang

Saturday, December 24, 2011

Malang Sungguh Melayu - Parti Melayu Terkuat, Melemahkan Melayu

Dari dulu sampai sekarang, Melayu tidak ke mana juga

Oleh:
Aspan Alias
aspanaliasnet.blogspot.com

December 21, 201121 DIS — Agenda Melayu! Itulah isu yang tidak lekang di mulut pemimpin Umno sejak tiga dekad dahulu. Semasa perlaksanaan DEB dahulu pun tidak begitu kuat pemimpin-pemimpin Umno menyebut tentang isu agenda Melayu ini.

Sekarang di mana-mana pemimpin-pemimpin terbesar negara bercakap tentang agenda Melayu tetapi Melayu masih dalam keadaan ketinggalan dan kerana itu isu itu masih mahu dihidupkan terutamanya dalam menghadapi PRU yang semakin hari semakin hampir ini.

[Demo membantah Senarai Pengundi PRU 13 yang perlu dibersihkan. Lalu demo ini dikenali sebagai Bersih 2.0]


Umno masih mengharapkan yang isu ini akan dapat menyatukan orang Melayu di bawah ketiak Umno kononnya untuk menyempurnakan agenda Melayu. Kalau agenda Melayu sudah begitu lama di nyanyikan oleh kepimpinan Melayu Umno, bagaimana orang Melayu terutamanya yang terlingkung dalam kumpulan generasi muda masih mahu mempercayainya?

Oleh kerana itu ada kemungkinan yang ketinggalan orang Melayu dalam semua bidang sekarang ini merupakan isu yang sangat “expedient” bagi pimpinan Umno untuk menyatukan mereka. Lagi ketinggalan Melayu ini lagi untung bagi parti Umno yang sudah begitu selekeh ini untuk meneruskan kuasa.

Umno seolah-olah tidak mahu Melayu ini maju kedepan kerana jika Melayu sudah maju maka Umno akan hilang isu untuk menyaingi parti-parti lain yang kian hari kian mendapat sambutan dari rakyat yang rata-rata sudah menggunakan akal anugerah Tuhan untuk menilai dan berfikir untuk memilih yang mana yang baik dan yang sebaliknya.

Saya menyebut ini kerana yang menjadi mangsa di atas keghairahan Umno untuk terus berkuasa ini menjadikan orang Melayu mangsa kepada nafsu Umno untuk terus berkuasa. Orang Melayu masih dalam ketakutan kerana mereka terpedaya dengan cara Umno yang suka menakut-nakutkan mereka (orang Melayu). Umno sudah menjadi zalim kerana menekan bangsanya sendiri dan memundurkan pemikiran mereka sehingga mereka tidak boleh bergerak untuk memajukan diri mereka (Melayu).

Apabila orang Melayu mempunyai sedikit pandangan yang berbeza, Umno akan mengungkit kononnya jasa-jasa yang telah diberikan Umno kepada mereka itu harus dibalas dengan memberikan sokongan walaupun mereka merompak dan menyamun. Kita sedih dengan kelemahan bangsa kita dalam hal ini walaupun setengah dari mereka telah belajar jauh di antara dunia tetapi mempunyai pemikiran yang masih dijajah dengan kumpulan penjenayah politik dan ekonomi seperti Umno ini. Nampak sangat sikap pemimpin-pemimpin Umno yang mereka tidak suka kepada bangsanya yang berfikir.

Menakut-nakutkan orang Melayu merupakan satu-satunya cara untuk menyatukan orang Melayu pada pandangan Umno. Isu yang digunakan oleh Umno bagi menakutkan orang Melayu ialah Pakatan Rakyat, jika berkuasa akan menghilangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Jika PR memerintah, orang Melayu akan di kafirkan oleh DAP dengan mengkristiankan orang Melayu. Jika PR memerintah, DAP dan komponen PR akan melenyapkan orang Melayu kononnya.

Umno sudah ketandusan idea untuk menjawab perbahasan dalam banyak isu politik. Umno hanya tinggal dengan taktik gertak menggertak serta melakukan pembelian undi dan melakukan penipuan dalam pilihanraya nanti seperti yang mereka lakukan selama ini. Taktik yang lain ialah dengan menghina dan menggunakan kata-kata kesat yang tidak bertemadun dan beragama. Umno seolah-olah sedang menghadapi penyakit gila talak dan tidak keruan lagi.

Mencarut-carut di alam cyber sekarang ini sudah menjadi pakaian penyokong-penyokong Umno untuk berkempen bagi menegakkan benang basah mereka. Mereka tidak sedar manusia sekarang sudah lebih tinggi tamadunnya. Memaki hamun dan mencarut itu hanya membayangkan betapa “desperado” nya Umno masa kini dan memaki hamun itu hanya dilakukan oleh mereka yang sengkek sahaja.

Kita sudah mengiktiraf bahawa jika sesebuah parti itu memenangi pilihanraya seperti itu ia merupakan satu kemenangan yang tidak “legitimate”. Tetapi Umno tidak peduli dengan isu “legitimacy” ini. Yang penting berkuasa terus menerus. PM Najib Razak secara terbuka telah berkata yang Umno akan lakukan apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya. Bagi Umno yang penting ialah kuasa bukannya untuk bertanggungjawab kepada rakyat.

Umno menekan orang Melayu dengan isu sensitif seperti yang saya sebutkan di atas. Lagi takut orang Melayu lagi untung kepimpinannya. Jadi Umno hanya membina sifat penakut kepada orang Melayu sahaja kerana jika orang Melayu takut dengan isu rasis yang di gembar gemburkan olehnya lagi berpeluang mereka untuk berkuasa dan melakukan perkara-perkara yang merosakkan orang Melayu lagi.

Maka orang Melayu dididik supaya tidak menggunakan pemikiran yang rasional, sebaliknya menggunakan sentimen dan emosi semata-mata. Hasilnya wujudlah kumpulan penyokong-penyokong Umno yang tidak dapat berfikir dan membahaskan isu-isu penting dalam negara, justeru mereka hanya menggunakan kata-kata yang tidak baik seperti babi, anjing, baruah dan sebagainya yang kotor-kotor belaka. Bahasa yang mereka gunakan tidak langsung melambangkan bangsa mereka.

Sekarang ini kata-kata kotor dan menjijikkan merupakan “attribute” yang jelas bagi parti yang sementara ini masih memerintah negara setidak-tidaknya sehingga pilihanraya nanti. Penyokong-penyokongnya sudah tidak lagi mampu berfikir dan bertindak dalam kebijaksanaan.

Orang yang nazak memang tidak lagi boleh berfikir kerana orang dalam keadaan begitu itu adalah orang yang sedang mengalami “brain death”. Jadi bagi parti yang sedang mengalami “brain death” ini, tentulah saudara-saudari tahu apakah “consequence of event” yang akan berlaku kepada parti yang semasa kuat dan berkuasa dulu begitu bongkak dan sombong itu.

Sejak akhir-akhir ini Umno sebenarnya bukan berusaha untuk melaksanakan agenda Melayu, sebaliknya untuk melaksanakan agenda pemimpin-pemimpin Melayu yang mabuk dengan kuasa serta kekayaan dan wang ringgit yang tidak berkesudahan itu sahaja.

Kalau dahulu kita dijajah oleh Inggeris dan sebagainya, sekarang kita bukan setakat dijajah tetapi seperti kita sedang ditekan oleh kuasa seperti “Malayan Union” dahulu, tetapi kali ini dari sekumpulan bangsa sendiri yang menamakan kumpulan mereka Umno (baru) yang mula dipelupori oleh Dr Mahathir Mohamad dahulu.

Orang Melayu hanya diperguna untuk bertepuk dan bersorak dan pemimpin-pemimpin terus menipu dan mengelirukan mereka (orang Melayu). Lagi mereka (orang Melayu) ditipu lagi kuat mereka bertepuk dan bersorak. Kalau kita cuba menegur orang yang di tipu tadi akan memaki hamun kita pula dengan menggunakan perkataan-perkataan yang kesat dan tidak punya temadun.

Itulah situasi sekarang ini. Penyelesaiannya hanya dengan mengingati Pak ABU sentiasa. Jangan berkasar seperti penyokong Umno sekarang ini. Dengan senyum simpul hanya gunakan kuasa undi anda setelah berfikir panjang-panjang. Jika ada penyokong Umno membabikan kita, jangan lawan mereka... hanya beristighfar banyak-banyak. — aspanaliasnet.blogspot.com

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.


Reference:
http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/dari-dulu-sampai-sekarang-melayu-tidak-ke-mana-juga-aspan-alias/

Monday, December 19, 2011

Pemerkasaan Tarbiyah dan Ta'dib di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia

Pemerkasaan tarbiah dan taadib di universiti

Oleh:
Mohamad Iqbal Ab Wahab

Pendidikan sering diertikan sebagai tarbiyah yakni proses yang berterusan dalam mendidik seorang insan berdasarkan acuan yang ingin dibentuk. Namun, Syed Naquib al-Attas telah mendefinisikan proses pendidikan itu sebagai taadib yang bermaksud penyemaian dan penanaman adab dalam diri seseorang. Syed Hussein Nasr juga mengikuti garis hujah yang sama dengan menekankan bahawa prinsip pendidikan itu bukan sekadar untuk melatih fikiran semata-mata, tetapi juga untuk melatih keseluruhan potensi manusia.

Secara prinsipnya, pendidikan dilihat sebagai instrumen penting dalam mempersiapkan manusia untuk memahami tentang tugas dan tanggungjawab yang akan dilaksanakan sama ada tanggungjawab sebagai seorang manusia yang mempunyai identiti pelbagai dalam konteks manusiawi seperti seorang anak, pelajar, ibu, bapa, warganegara dan ahli dalam masyarakat ataupun memenuhi tanggungjawab dalam konteks profesion dan skill dalam pekerjaan.

Sesungguhnya tugas yang paling penting bagi seorang manusia adalah sebagai seorang khalifah yang mampu mentadbir urus dunia sebagaimana yang difirmankan Allah dalam surah Baqarah, ayat 30 dan juga seorang hamba-Nya yang menjulang ketaatan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Tanpa proses pendidikan yang disertai dengan proses adab, kedua-dua tugas ini tidak akan mampu untuk melahirkan produk-produk insan yang mempunyai perwatakan seorang khalifah tetapi berjiwa seorang hamba.

Hujah Syed Naquib berhubungan dengan konsep taadib melangkaui definisi pendidikan sebagai tarbiyah. Konsep taadib yang menuntut suatu proses yang berterusan di samping pemeliharaan adab sepanjang proses pengajaran dan penerimaan ilmu merupakan suatu definisi yang harus menjadi sarana yang jelas terhadap seluruh masyarakat yang benar-benar menjulang kemuliaan ilmu.

Proses taadib itu pula tidak dihadkan terhadap pengajar dan penuntut semata-mata, malahan dikembangkan sehingga mencakupi suasana mahupun pengurusan sesebuah institusi. Inilah perkara yang seringkali dilupakan, lantas, berlakulah penodaan ilmu dalam kalangan masyarakat yang membudayakan semangat keilmuan, seterusnya membawa kepada korupsi pendidikan yang ketara. Perkara yang perlu ditinjau oleh sebuah pengurusan di sebuah taman ilmu adalah mengenai kejujuran dan ketelusan dalam menguruskan proses kewangan serta hak-hak pembudayaan ilmu dalam kalangan para penuntut dan pengajar benar-benar terjamin tanpa sebarang campur tangan yang berkepentingan. Pengurusan inilah yang menjadi akar kepada seluruh pembentukan suasana keilmuan yang didasari dengan adab, semacam satu perumpamaan, andai mahu dilihat rakyat jelatanya, lihatlah pada pimpinannya.

Berbalik kepada soal pendidikan sebagai taadib, wahyu Tuhan yang pertama yang mendengungkan kalimah Iqra’ bukanlah semata-mata untuk dibaca berulang-ulang tanpa kesedaran. Namun, itu merupakan suatu petanda daripada Tuhan untuk menggalakkan proses pencarian ilmu itu berterusan dalam usaha untuk membentuk generasi ulul albab, yang mampu untuk menggunakan seluruh inderanya menghayati hakikat penciptaan dan pencipta dan seterusnya bermanfaat kepada alam yang merangkumi hubungan dengan manusia dan alam sekitar. Walaupun begitu, telah dijelaskan juga melalui firman-Nya dalam surah al-Alaq, ayat 6 dan 7 yang bermaksud: “Sekali-kali tidak! Sungguh manusia itu benar-benar melampaui batas, apabila melihat dirinya serba cukup.”

Inilah satu peringatan daripada Tuhan kepada manusia, ilmu itu harus disertasi dengan adab, yang tidak melahirkan golongan manusia yang bongkak dengan ilmu yang dimilikinya, apatah pula sehingga mengagungkan ilmu itu melebihi pemilik ilmu itu sendiri, sehingga merasakan dirinya adalah manusia yang cukup sempurna. Oleh kerana itulah, proses beradab dengan ilmu harus dititikberatkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Seorang pelajar harus mematuhi etika seorang pelajar serta menghormati pensyarah yang mengajar dengan menunjukkan kesungguhan dan komitmen sepanjang proses pembelajaran termasuk dari sudut kehadiran dan penyiapan tugas-tugas.

Manakala seorang pensyarah pula, seharusnya beradab terhadap ilmu termasuklah jujur terhadap pengetahuan yang dimiliki serta seringkali mampu untuk mengaitkan segala yang diajari itu dalam konteks sebagai seorang muslim. Perkara inilah yang harus dititikberatkan dalam proses membudayakan pembentukan adab dalam kalangan warga taman ilmu supaya graduasinya mereka daripada taman ini, menjadi manusia yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat melalui pengetahuan dan karakter yang dimiliki.

Sebagaimana yang telah dinyatakan pada awalnya, pemerkasaan adab dalam universiti tidak difokuskan kepada satu pihak semata-mata. Permasalahan utama adalah apabila seluruh pihak menunding jari hanya kepada pelajar apabila berlaku permasalahan dari sudut krisis adab sama ada dalam bentuk aplikasi ilmu atau dalam konteks mendalami ilmu, namun, harus diingatkan, pepatah Arab ada menyebut, setiap bekas akan mengeluarkan apa yang berada di dalamnya. Maka, proses taadib itu sendiri adalah suatu proses yang merangkumi semua pihak, bermula daripada pihak atasan universiti, pengajar mahupun penuntut.

Penulis ialah Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIAM, Gombak


Reference:
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/press-unedited/7127-pemerkasaan-tarbiah-dan-taadib-di-universiti

Friday, December 16, 2011

Different Angle of Criticism from Prof Dr Tareeq Ramadan

Egypt: A complex equation
In reality, the Brotherhood and Al Nour's political forces and visions differ greatly from their Islamist ideologies

By
Tariq Ramadan, Special to Gulf News
Published: 00:00 December 13, 2011

It is not easy to assess what is really happening in Egypt. After the first round election results, all hypotheses remain possible; the outcome is unpredictable. The two Islamist parties, Freedom and Justice representing the Muslim Brotherhood and Al Nour, representing the Salafists, have emerged as the main political forces in Egypt, giving rise to questions about the nature of the future state.

Things are moving rapidly and many elements are surprising, unclear and even unknown: it is difficult to identify not only the protagonists but also the new alliances that are taking shape at this historical turning point.

In less than six months, the Salafist movement has completely changed its ideological and religious position toward “democracy”. Their leaders had been repeating for years that “democracy” was not Islamic, that it was even kufr (rejection of Islam), and that true Muslims should not take part in elections — or in politics at all — as the whole system is corrupt to its very foundations.

Then, suddenly, the Salafists set up a party, started to be active everywhere in the country, producing leaflets and booklets, calling the people to vote for them and, if not, at least for the Brotherhood. Their 180-degree turnabout was as quick as it was surprising and curious. How could they now declare to be Islamically legitimate what only yesterday they called kufr? How can they ask the people to vote for the Brotherhood who they constantly criticised, almost from the beginning, as being too far from “true Islam”, too open to harmful innovations (bida), and, in a nutshell, too “westernised and modern?” Why are the Salafists changing so dramatically?

Article continues below

It is not the first time we have observed such changes among the more literalist and traditional Islamic organisations. In the mid-nineties in Afghanistan and Pakistan, the Taliban refused to consider political involvement; for them it was Islamically wrong. In less than eight months, they organised themselves into one of the main forces in Afghanistan and got involved politically.

We later learned that they had been pushed into that position under Saudi pressure (even though the Saudis considered the Taliban to be following a distorted Islamic school of thought) in response to American strategy in the region.

The Americans have never had a problem in dealing with the more literalist Islamist trends. On the ground, in Afghanistan, as today in Egypt, the Salafists are playing a contradictory game: they have adopted a completely new — for them — Islamic position, while in practice they work for the very interests (such as those of the US) that they reject and demonise in theory.

The same scenario may well be unfolding in Egypt today.

The problem with the Salafists and the traditionalists (such as the Taliban) is not only their interpretation of Islam (literalist, narrow-minded and often obdurate) but also the potential use that can be made of their presence in political terms. No one can deny they can be (and very often are) religiously sincere. At the same time, they are politically naive and easy to manipulate. This became clear in Afghanistan and may hold true in Egypt again.

The world is looking at the first-round election results, and concluding that the two Islamist parties account for almost 60 per cent of the vote (as there should be a natural alliances between the two). That might be a completely wrong interpretation. It is possible that the Al Nour party may have another role to play in the Egyptian equation. Supported, ideologically and financially, by the Saudi government, it may emerge as one of the actors of America’s Egypt strategy.

Al Nour would be a tool to weaken the Brotherhood’s influence and power by forcing it into risky alliances. If the Brotherhood chooses to conclude a pact with the literalists it will very quickly lose its credibility and put itself at odds with its proclaimed reformist agenda. If it decides to avoid the Salafists, it would have no alternative but to consider an alliance with other political forces (which are very weak) and mainly the military, which remains very powerful.

The Brotherhood decided to contest only 40 per cent of the electoral positions and not to contest the presidency. It announced it would be an active and key political force but would avoid exposing itself. This strategy was a way to appease the West and to avoid losing its credibility, as it would be acting in a more discreet mode.

The Brotherhood now finds itself in a very tricky, and for it, quite a dangerous, position. Al Nour may become the strongest enemy of the Brotherhood and the objective ally of the military. On the ground, the two Islamist parties invoke the same references and promote several common objectives; in reality they represent quite distinct political forces and visions.

Over the years, the Brotherhood has shown how pragmatic it can be: evolving with history, adapting its strategy and diversifying its contacts (Saudi Arabia, the US, the European countries, the emerging countries, etc). It seems it will not be possible for the Brotherhood to avoid dealing, one way or another, with the military.

There were rumours of an agreement but nothing was clear: now it seems such an agreement is quite unavoidable. This is what the US government, which is maintaining close links with the generals, is working for in order to keep some control over the situation.

A civilian face such as Mohammad Al Baradei (also close to the Americans contrary to what is said) might be democratically elected later, yet true power will be elsewhere.

Despite what we have witnessed over the last few weeks, it would be better to suspend judgement and remain cautious in our conclusions. Egypt is a critical country in the Middle East and neither Israel nor the US will remain passive onlookers when the Egyptians choose the Brotherhood, whose ideology is the same as Hamas’s (when it comes to the Palestinian-Israeli conflict).

Some other regional actors, which do not really care about democracy, such as the monarchies, are playing a key role in neutralising the Islamist forces. And, in any event, these forces still have much to prove; no one knows whether they will keep their promises when in charge.

The way towards democracy in Egypt is far from transparent; we should avoid taking appearances for realities. Islamists might work against Islamists just as a democratic western government might support a non-democratic military apparatus. This is politics; we must remain vigilant even in our optimism. Religious or not, sincerity in politics is never enough.

Tariq Ramadan is professor of Contemporary Islamic Studies in the Faculty of Oriental Studies at Oxford University and a visiting professor at the Faculty of Islamic Studies in Qatar. He is the author of Islam and the Arab Awakening

Reference:
http://gulfnews.com/opinions/columnists/egypt-a-complex-equation-1.949653#

Sunday, December 11, 2011

KRISIS EKONOMI EURO-SENARIO POLITIK DUNIA DAN IKRAM (MY)

Krisis Euro Zone, PRU 13 dan IKRAM

Oleh:
Sdr Arifin Hassan
Institut Kajian Dasar (IKDIP)
Sekretariat Biro Politik,IKRAM Pusat

EURO ZONE CRISIS

Pada hari sabtu,10 hb Disember 2011,satu peristiwa besar telah berlaku di Brussels yang akan mempunyai kesan yang berganda kepada keadaan geopolitik Asia dan seterus para penggerak masyarakat di Malaysia..Dua puluh enam buah negara Eropah telah bersetuju untuk menanda tangani satu perjanjian baru menyelamatkan mereka dari satu keadaan Sovereign Debt Crisis yang meruncing.United Kingdom yang berada dalam zon ini telah tidak mahu bersama dalam pakatan baru kerana PM berhujjah ia merugikan Britain.

Perlu diingatkan bahawa krisis ini bermula di Eropah pada tahun 2008 di Ireland. Kerajaan Dublin akhirnya tumbang dan bermulalah satu proses pemulihan ekonomi. Tetapi ini tidak berhenti di situ bagi Eropah kerana 4 negara lain turut menghadapi krisis yang sama, yaitu Portugal, Sepanyol, Greece dan Itali. Sebagai satu blok, bank pusat Eropah terpaksa mengeluarkan E 750 billion pada tahun 2008 untuk mengadakan bailout kewangan.
Kini krisis ini semakin memuncak dengan keadaan terbaharu dengan tersingkirnya PM Greece dan Itali pada awal bulan November 2011 dan kerajaan Sosialis Sepanyol kalah dalam PRU. Kesannya amat besar sekali kerana adanya kejatuhan harga saham, kerajaan tumbang,penggangguran meningkat , indeks industri merosot dan pasaran bond yang tidak menentu.Kesan pergandaan akan berlaku dan mengena Asia di antara 3 - 6 bulan dari skrg.

KESAN TERHADAP ASIA

Dengan kedudukan ekonomi Amerika Syarikat kini yang juga bermasalah ,krisis ekonomi Eropah adalah satu mimpi ngeri untuk Asia.Barangan keluaran industri Asia sebahagian besarnya adalah untuk pasaran Eropah dan Amerika. Walaupun kedudukan Krisis Kewangan Asia 97/98 bukan akan berulang , tempias dari bahang ekonomi global cukup menakutkan. Obama pun tidak mampu bantu Eropah kerana ia menghadapi tentangan yang hebat dari calon-calon Republikan, tahun 2012 adalah Presidential Election Year

PRU 1999 di Malaysia telah menggugat sedikit sebanyak kerajaan Dr Mahathir pada masa itu.Sekali lagi, kenaikan harga barangan dan minyak petrol yang mencecah USD 120 satu tong telah memberi kesan besar Kerajaan BN pimpinan Pak Lah pada tahun 2008 dalam PRU 12..Sayugia di ingatkan bahawa kerajaan PAP Singapura juga mengalalami keputusan terburuk dalam sejarah apabila undi polpular mereka menurun kebawah dari 60% dalam pilihanraya umum pada awal tahun 2011.

NAJIB DAN PRU 13

Fenomena luar biasa Arab Spring telah banyak memberi kesan terhadap diktator sedunia, negara yang kurang demokratik ( akhirnya beri duit rm 500 sekeluarga pun tak cukup) dan yang di lihat sebagai negara-negara yang mengamalkan winner-take-all. Terbaharu dan cukup mengejutkan adalah yang berberlaku di Russia dimana rakyat keluar beramai-ramai memprotes terhadap Putin kerana PRU yang tidak adil. Gorbachov (Presiden Rusia terakhir dalam sistem Komunis) pun menyeru agar PRU di ulangi.

Soalannya pergolakan yang masih berlaku di Syria, Bahrain dan Yemen membuat rakyat di Malaysia dan seluruh dunia berfikir .. only one group of people's opinion is correct is not right anymore. Apatah lagi, disebaliknya kekayaan negara yang bernilai berbillionlah yang sebenarnya yang menjadi rebutan.

Perhimpunan UMNO yang baru berakhir baru-baru ini adalah satu wadah untuk Najib menilai akan kesediaan UMNO menghadapi PRU 13. Amaran keras telah diberikan kepada ahli yang bakal ingkar akan pilihan calon Najib, mereka ini merupakan all the President's men yang akan mengukuhkan PM.Sebenarnya UMNO menghadapi masaalah sebab sejak berzaman, perjuangan yang sebenarnya adalah untuk mengkayakan diri sendiri,....it's all about money, not even about Malay Nationalism, ... jauh sekali untuk Islam, kalau ya untuk Islam, dah ramai orang UMNO atau bini mereka yang pulang dari Haji mulai pakai tudung.!!!!!!!!!

UNTUK AHLI IKRAM

Kejatuhan ekonomi Euro Zone boleh membawa satu fenomena lingkaran tanpa hujung yang tidak menentu, ..anything can happen. Arab spring pula telah membuahkan parti Islam menang di Tunisia, Moroko dan yang terbaharu di Mesir.Cosine / sine curve dalam kalah-menang-kalah-menang untuk bn-pr-bn-pr dalam PRU tidak semestinya boleh dipakai all the time, every time.

Kefahaman ini penting untuk ahli ikram kerana perkara yang mengejut ini akan sentias berulang. Dari ucapan Presiden IKRAM, Yang Berbahagia Dr Farid pada 1 Oktober 2011 di Klang dalam Konvensyen Tarbiyah Nasional, saya rumuskan teks ucapan sebagai berikut :

1. Perkukuhkan tarbiyyah yang asas dalam perhubungan dengan Allah swt. Ini kena berterusan sejak dahulu, sekarang dan sampai akhir zaman.Akhlaq yang mulia dan peradaban yang mukhlis perlu di tekankan dalam usrah oleh semua masul.

2. Tarbiyyah mestilah bersifat waqie', yakni sesuai dengan keperluan semasa. Ini adalah berat kerana sebahagian besar dari para dai telah mempunyai persepsi sendiri terhadap masyarakat dan terkadang kala adalah agak inward looking dan tidak inclusive. Parti An Nahdah telah mengambil kira penyokongnya dan calonnya yang merupakan atheist, perempuan tak pakai tudung dan Kristian Qibti - this is really mind boggling !!!!!!!

(Saya juga membuat pemerhatian dari TV Al Jazeera dan BBC, masyarakat Kaherah, majoriti perempuannya tak pakai tudung, berani saya kata di sini mungkin 80/20, tetapi kenapa ikhwah mula2 menang 48%, masa run off kini mendapat 61% - kalau Mesir pakai sistem PRU Malaysia, Ikhwan sekarang ini adalah kerajaan sah Mesir. Maksudnya ramai orang lain yang support IM)

Moral of the story, ramai juga penyokong parti Islam bukan dari mereka yang Islamik. Why, why....... Kawan-kawan kita dalam PKS Indonesia membuat kajian secara saintific, empirical, dan bertanya WHO ARE THE SUPPORTERS OF THE PKS?? Dan mereka dapati bahawa mereka adalah dari pelbagai spektrum masyarakat Indonesia.

WE MUST MAXIMISE OUR ENGAGEMENT with the society. Dalam beberapa majlis saya hadiri bila Dr Farid berucap, satu topik, without fail, beliau tekan dan tekan ...ENGAGEMENT. The reason, this is the way of the Rasulullah. Dan apabila IM tertekan di Mesir mereka menggunakan strategi rabtul am dan bergerak mencari pengaruh dari keluarga sendiri, tempat kerja, kampung atau taman kita, surau kita, NGO, PIBG, dll.

In conclusion, pergolakkan di Eropah boleh membawa kesan positif exponential kepada perubahan. Semua di antara kita dalam IKRAM mestilah bersedia untuk masa mendatang yang tidak menentu. Semalam saya baca dalam Ikhwan Web, Shadow Spokesman for Tourism for Parti Ikhwan, bersiar2 di bandar Kaherah untuk memberi pandangan bagaimana boleh meningkatkatkan pendatapan tourism untuk Mesir.Kedutaan Britain dan Amerika telah mula berjumpa dengan IM. We must be ready, hence our tarbiyyah must answer to this future need. We must be able to seize the moment...... and that moment is not far away. May Allah help us.

(Article ini memang panjang. Sila beri komen dengan terbuka dan sebarkan. Penulisan ini adalah pandangan saya secara peribadi )

From: arifin hassan Date: 2011/12/11
Subject: Krisis Euro Zone, PRU 13 dan Ikram
To: arifin.pdn@gmail.com

Reference:
https://mail.google.com/mail/h/xn3ggng1kea6/?&v=c&th=1342f56f9da58225