Monday, November 16, 2015

Syria Muslim Brotherhood Rejects Russian Occupation

Syria Muslim Brotherhood Rejects Russian Occupation
Sunday, September 13,2015 14:54
In a new and significant development, Russian military movements began in the heart of Syrian territories, proving the permanent member of the Security Council is now playing the role of a direct occupier and partner in war crimes as well as crimes against humanity, including the targeting of civilians, mass murders, sectarian displacement and forcing demographic changes throughout Syria.

The Muslim Brotherhood in Syria affirms that this blatant aggression on our country and our people puts Russia along with Iran in direct partnership with Assad's criminal regime in the killing of our people and the destruction of our country, after its long support for the war criminal and its tireless justification of his killing, maiming and displacement of civilians.

This aggression is bound to make Russia a direct target for those who are defending themselves, their honor and their country in all Syrian territories, which will be a graveyard for all invaders, occupiers, despots and tyrants.

We appeal to the free world and international organizations. Failure to stop the direct occupation and direct partnership in war crimes and crimes against humanity committed by the criminal regime in Syria today will end all hope for the political solution proposed by the Security Council through various resolutions and statements, which also demanded a halt to the targeting of civilians and stressed in the clearest terms the unity of Syrian land and people.

This blatant military occupation requires all friends, especially in the Arab League and the Organization of Islamic Cooperation – and indeed, the entire international community, solid and bold steps, beyond the usual statements of concern and alarm, towards immediate action, to play all cards to pressure the criminal regime, and take real and direct political and diplomatic action to stop this absurd invasion led by Russia and Iran, and which will drag the whole region into a spiral of chaos, with dire consequences.

Finally, we stress that these and other developments will not save Assad's criminal regime, and will not deter our people from moving forward in the achievement of their aspirations to freedom and dignity, no matter how long this takes.

The Political Bureau of the Muslim Brotherhood in Syria

Saturday – September 12, 2015

  http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=32274

Muslim Brotherhood New Hijri Year 1437H Message

:: News > MB News
Muslim Brotherhood New Hijri Year Message
Muslim Brotherhood New Hijri Year Message
Marking the start of the Hijri (Islamic) new year 1437H, the Muslim Brotherhood calls all Muslims to unite against common enemies..

Thursday, October 15,2015 05:20

The Muslim world starts this new year in a critical moment of its history, as our countries receive armies of occupiers in Sana'a, Baghdad, Damascus, Tripoli, Jerusalem and Al-Ahwaz. The new year finds the capitals of the Muslim world, including Cairo, suffer tragically under occupation, while traitors rule over them, kill and jail its honorable men, violate sanctities and rape its women.

A new Hijri year is a new hope. For it is based on the migration of the Prophet (peace be upon him) and the Companions to a new life in Medina, to lay the foundation for our great Islamic state. On their return to Mecca, the good Prophet announced that "there is no migration after the Conquest (returning to Mecca), only jihad – and if you are called to arms, go forth".

The new year requires a determined fighting nation, capable of confronting the aggression. It requires great leaders untainted by past failures or bygone apathy, and a young nation that does not know defeat or compromise, does not give in to occupiers nor invaders - an educated, alert and aware nation, armed with science, filled with faith.

The start of this new year coincides with the birthday of martyred Imam Hassan Al-Banna, founder of the Muslim Brotherhood, who led a generation that rejuvenated religion in the darkest days of our nation's history, with no weakness or hesitation. They built for the glory of Islam and raised its banner high.

To Muslims in the East and the West… your nation is facing the most serious pivotal moment in its history. Close ranks and unite, rally around the word of truth, justice and jihad. Look among you for an innovating, rejuvenating leader. Do not despair.

Muslims never despair. Today's realities are yesterday's dreams; and today's and yesterday's dreams are tomorrow's realities.

There is still sufficient time. Good elements remain strong in the hearts of our great people despite the apparent tyranny of corruption. The weak does not remain weak all his life; and the strength of the strong does not last forever.

The Muslim Brotherhood

Cairo: Wednesday - October 14, 2015 / Muharram 1, 1437AH
tags: Muslim Brotherhood / Jerusalem / Damascus
Posted in MB News

Saturday, November 14, 2015

Ciri-Ciri Khusus Dakwah Imam al-Banna Hassan – Thawabit al-Khususiyah li ad-Da’wah

Ciri-Ciri Khusus Dakwah Imam
al-Banna Hassan – Thawabit al-Khususiyah li ad-Da’wah

DITULIS OLEH WAS PADA 09:40

Dakwah Islam memiliki beberapa ciri yang menggambarkan bagaimana Islam sebenarnya. Ia adalah dakwah yang juga mempunyai karakter dan sifat-sifat Islam itu sendiri. Dengan memahami ciri-ciri ini maka kita akan mendapatkan suatu kefahaman yang jelas tentang dakwah lalu kesedaran akan kepentingan dakwah pun akan muncul sehingga kita dapat memelihara dan mengembangkan dakwah ke dalam masyarakat. Di antara ciri-ciri dakwah tersebut adalah :

PERTAMA : RABBANIYYAH Dakwah yang rabbani adalah dakwah yang berorientasi kepada Tuhan. Rabbani bererti segala aktiviti dakwah Islam mestilah merujuk kepada Allah sebagai ‘Rabb’. ‘Minhaj’ dan matlamat mestilah dikembalikan kepada Allah swt. Beberapa petunjuk yang dapat dijelaskan disini adalah ciri dakwah rabbani bererti mereka yang terlibat dalam dakwah perlulah melakukan proses belajar dan mengajar. Pendukung dakwah rabbani mestilah memiliki sifat : 

a.      Tidak lemah.
b.      Tidak bersedih hati. 
c.       Tidak cinta dunia. 
d.      Tidak takut mati. 
e.       Berani dan sedia berhadapan dengan siapapun. 

Dakwah rabbani juga menjunjung tinggi proses syura yang merujuk kepada : 
1.      Allah sebagai sumber pengambilan. 
2.      Rasul sebagai contoh ikutan. 
3.      Ulil amri’ pelaksana sistem dan peraturan. Dakwah rabbani juga mengambil aqidah dan tauhid sebagai sesuatu yang utama. 

Selain itu ia juga mewarnai akhlak Islamiyah, ukhuwah Islamiyah dan jihad yang juga merupakan sebahagian dari ciri dakwah rabbani. Dakwah rabbani juga memberikan penumpuan kepada tarbiyah ‘takwiniyah’ dalam membentuk aktivis dakwah dan kemudiannya menurunkan mereka ke dalam masyarakat melalui ketokohan, kepakaran dan kebersamaan mereka.

KEDUA : ISLAM SEBELUM JAMAAH Islam mengajak dan menyeru kepada persatuan dan bukan perpecahan. Di antara penyebab kepada perpecahan adalah ta’asub dengan jamaah atau kumpulan. Allah swt berfirman dengan melarang kita berpecah belah dan berbangga-bangga dengan kumpulan, tetapi Allah swt menyuruh kita bersatu di dalam Islam melalui aqidah Islamiyah dan berpegang dengan tali Allah. Konsep Islam sebelum jamaah bukan bererti menafikan peranan jamaah atau tidak memerlukan jamaah atau kumpulan. Kenyataan ini adalah usaha untuk meluruskan dan mendahulukan Islam dari jamaah sehingga mengenal Islam dan kesedaran terhadap Islam adalah suatu keutamaan yang kemudiannya dapat menerima peranan jamaah setelah wujudnya kesedaran Islam. Hal ini akan membentuk sikap kepada peribadi untuk menerima semua golongan atau mahu berdakwah kepada semua golongan sehingga memudahkan munculnya dakwah “ustaziyatul ‘alam” (pelopor dunia). Pendedahan terhadap jamaah diberikan setelah kesedaran ‘mad’u’ kepada Islam sehingga penerimaan jamaah dilakukan dengan cara yang baik. Sikap kepada jamaah sebagai wasilah dan bukan satu-satunya tujuan adalah cukup penting walaupun jamaah digunakan untuk membawa dakwah Islamiyah. Pendekatan Islamiyah juga bererti kita menceritakan bagaimanakah semestinya sikap kita sebagai seorang muslim dengan dakwah Islamiyah yang akan membentuk syakhshiyah Islamiyah. Siapakah yang akan melaksanakan dakwah ini? Jawabannya adalah ‘jamaah’. Menyebarkan fikrah mengenai ciri-ciri dakwah Islam adalah usaha untuk mengajak manusia ke dalam jamaah setelah mereka memerlukan atau memahami kepentingannya.

KETIGA : LENGKAP TANPA TERPISAH-PISAH Dakwah Islam adalah sesuai dengan nilai Islam sehingga dakwah Islam mestilah bersifat ‘syamilah’ (sempurna) dan tidak boleh bersifat ‘juz’iyyah’ (terpisah-pisah). Sempurna dari segi program, aktiviti, tujuan dan minhaj. Dakwah yang sempurna juga mencakupi bidang tarbiyah, dakwah, sosial, budaya, politik, ekonomi, pertahanan dan keamanan. Aspek ini perlu dibicarakan oleh dakwah. Tanpa membahas masalah ini atau hanya membahas masalah dakwah semata-mata maka dakwah seperti itu adalah masih bersifat ‘juziyyah’. Dakwah yang sempurna juga menekankan peranan dan aktiviti dakwah yang membahas tentang masyarakat dan keahlian juga bertumpu kepada jihad dan tertegaknya syariat. Dakwah yang sempurna juga berperanan di dalam membangun masyarakat melalui potensi dirinya. Kefahaman terhadap dakwah yang sempurna ini akan membuka pemikiran aktivis dakwah betapa perlunya dakwah dan agar Islam dapat diterima oleh masyarakat. Penerimaan aktivis dakwah oleh masyarakat sudah tentu mempunyai beberapa ciri misalnya kerana ketokohan, status, kemampuan, kepakaran dan sebagainya. Untuk mencapai ciri-ciri ini maka mulai dari sekarang, jamaah dan dakwah perlu memikirkan dan bergerak dalam berbagai bidang.

KEEMPAT : KONTEMPORARI DAN TIDAK MENGIKUT TANPA USUL PERIKSA Dakwah ini bersifat ‘mu’asirah’ (kontemporari) dan tidak ‘taqlidiyah’ (mengikut tanpa usul periksa). Pendekatan dakwah secara ‘minhaj’ mestilah mengikuti keasliannya iaitu Al Qur’an dan As Sunnah walaupun ada yang menyebutkan bahwa pendekatan ini adalah ‘taqlidiyah’ tetapi secara uslub seperti wasilah dan strategi, ia mestilah canggih dan mengikuti perkembangan semasa. Pendekatan kontemporari bererti mengambil situasi dan keadaan, peristiwa, sikap, keperluan dan kemudian dikaitkan dengan sasaran. Contoh yang nyata misalnya pendekatan dakwah melalui ‘internet’, menggunakan ‘power point’ dan sebagainya. Dakwah kontemporari juga menggunakan pendekatan semasa seperti parti, pilihanraya dan sebagainya. Dalam isu peperangan, ia juga dilakukan dengan senjata yang canggih bukan dengan panah atau pisau, begitu juga kenderaan bukan lagi menggunakan kuda atau unta. Pendekatan ‘taqlidiyah’ adalah pendekatan lama yang tidak memperhatikan perkembangan zaman dan merujuk secara membuta tuli kepada sesuatu yang lama dan mungkin tidak lagi sesuai dengan keadaan sekarang. Sikap ‘taqlid’ juga muncul kerana kurangnya pengetahuan sehingga mengikuti sesuatu tanpa kefahaman yang jelas atau melaksanakan sesuatu tanpa ilmu.

KELIMA : SESUAI UNTUK SEMUA TEMPAT DAN BERSIFAT SEJAGAT Dakwah Islam adalah sesuai dengan nilai Islam sejagat. Islam adalah agama untuk semua manusia dan juga rahmat bagi seluruh alam. Kehadiran Islam adalah untuk manfaat dunia dan juga untuk kebahagiaan makhluk, khususnya manusia. Dakwah yang bersifat global dan bertaraf dunia adalah ciri dakwah Islam, maka oleh kerana itulah dakwah dan jamaah juga mestilah bertaraf antarabangsa. Umat Islam ada di setiap penjuru dunia maka dakwah dan jamaah pun perlu ada di penjuru tersebut. Tanzim dan jamaah di setiap negara mestilah juga berkaitan dengan tanzim yang ada di luar negara dan menyatu di dalam kekuatan dakwah Islam. Walaupun dakwah adalah bersifat antarabangsa tetapi dari segi operasinya adalah bersifat tempatan. Tempat di mana kita berada, berdiri dan menginjakkan kaki itulah sebagai tempat dakwah kita, tetapi secara fikrah dan hubungan mestilah bertaraf antarabangsa. Dengan yang demikian, kerjasama dan kesatuan umat akan dapat diwujudkan. Suatu kenyataan yang tidak dapat disangkal bahwa kita menghadapi musuh Islam yang bersifat antarabangsa dan mereka pun bersatu untuk melawan kita dan menghancurkan secara berkumpulan dari berbagai arah di dunia ini. Keadaan yang demikian juga menuntut kita untuk melakukan dakwah secara sejagat di mana  selain bagi menghadapi musuh bersama, ia juga untuk menegakkan syari’ah. Tuntutan dunia ke arah globalisasi juga akan membawa dakwah Islam dilaksanakan secara  global, terbuka dan sejagat.

KEENAM :  PENDEKATAN BERDASARKAN KEILMUAN Dakwah yang Islami adalah dakwah yang berjalan melalui pendekatan berdasarkan keilmuan sehingga muncul kesedaran Islam. Pendekatan kuliah, ceramah, perbincangan, latihan adalah sebahagian usaha pendekatan dakwah secara ‘ilmiyah’. Tanpa pendekatan ‘ilmiyah’, maka dakwah akan diikuti oleh mereka yang taqlid, jahil, tidak sedar dan ikut-ikutan sehingga akan membahayakan jamaah itu sendiri. Allah swt melalui firmanNya di dalam Al Qur’an atau Nabi Muhammad saw melalui sabdanya di dalam hadits sentiasa menekankan ilmu dan cara pendekatan Al Qur’an dan Al Hadits dengan cara ‘ilmiyah’ iaitu usaha menyedarkan Islam bukan memaksa dan juga bukan memberikan tekanan. Masalah tekanan dan paksaan adalah sesuatu yang dilarang oleh Islam. Pendekatan ‘ilmiyah’ ini mengajak manusia berfikir dan mengerjakan amalan Islam secara bertahap mengikuti kefahaman dan kesedaran. Cara yang demikian akan menghasilkan suatu kesan yang sangat efektif  dalam membentuk kesedaran Islam.

KETUJUH : KETERANGAN DAN BUKTI ISLAM YANG NYATA Keterangan yang nyata dengan bukti yang jelas dan benar adalah sifat Islam. Dakwah mestilah sentiasa meletakkan asas ‘minhaj’ dan programnya kepada Islam. Dalil-dalil, rujukan dan panduan dari Islam adalah ciri dakwah Islam dan bukannya ‘minhaj’ yang berasal dari luar Islam. Keadaan yang kadang-kadang boleh menipu adalah keadaan orang Barat yang sudah maju dan mengeluarkan banyak produknya misalnya masalah pengurusan. Hal ini boleh mempengaruhi kita untuk memakai teori-teori itu tanpa dipilih atau disaring menurut Islam. Pengurusan Barat berbeza dengan pengurusan Islam. Penerapan pengurusan Barat ke dalam dakwah dan Jamaah Islamiyah adalah suatu yang keliru atau akan menghancurkan dakwah itu sendiri. Hal ini adalah suatu bukti dari dakwah yang tidak berdasarkan penelitian secara Islam. Masalah yang berkaitan dengan dugaan atau pengalaman yang terbatas juga akan menghalang sikap kepada bukti dan keterangan Islam. Oleh kerana itu, perlu rujukan yang kuat kepada Islam sehingga Islam akan mewarnai seluruh gerak dakwah kita.

KELAPAN : KEKEBALAN DAN BENTENG ISLAM Dakwah Islam perlu mempunyai ciri-ciri kekebalan atau benteng kepada Islam. Untuk mencapai ini maka dakwah mestilah berorientasi kepada pencapaian : 
a.       Penguasaan teori. 
b.       Penguasaan maknawi. 
c.        Penguasaan amal. Penguasaan teori ini dicapai apabila peribadi yang didakwahkan itu diberi bekalan dengan pengenalan kepada prinsip Islam seperti rukun Islam, rukun iman dan prinsip lainnya. 

Selain itu juga mereka perlu diberi pengenalan kepada fikrah dan pengenalan minhaj. Ketiga-tiga pengenalan ini dilakukan agar ia mampu mencapai penguasaan teori. Penguasaan maknawi dicapai dengan cara menumbuhkan sesuatu melalui latihan, amalan dan aplikasi iaitu kehendak yang kuat. Sasaran ini boleh dicapai dengan mengamalkan konsep yang sudah difahami dalam bentuk amal, biasanya dalam bentuk latihan, tugas dan program bersama yang dilakukan. Sedangkan penguasaan amal pula dicapai dengan gerakan yang terus-menerus dan semangat pengorbanan.


KESEMBILAN : PERUBAHAN BERTAHAP DAN TIDAK MENDADAK Perubahan yang dikehendaki oleh dakwah adalah perubahan yang bertahap di dalam proses yang dikehendaki untuk mencapai sasaran yang ditentukan. Perubahan ini bukanlah secara mendadak dan asal berubah semata-mata tetapi lebih kepada perubahan yang bertahap mengikuti kemampuan, kefahaman, dan tingkatan seseorang ‘mad’u’ tersebut. Dengan perubahan yang demikian maka ianya mampu menghasilkan peribadi yang berbeza dan mempunyai semangat yang kuat. Dengan ciri-ciri dakwah tersebut, ia akan dapat menjelaskan bagaimana dakwah dan Jamaah Islamiyah yang sebenarnya. Penggambaran ciri dakwah ini juga akan membentuk suatu fikrah dan kesedaran bagaimana dakwah yang baik, benar dan perlu diikuti. Persaingan antara dakwah dan Jamaah Islamiyah serta berbagai persoalan yang berkaitan dengan jamaah dapat dijawab dengan memahami ciri-ciri khusus dakwah Islamiyah. Berbagai bentuk ciri-ciri ini ada yang berkaitan dengan program, sasaran, sifat, aktiviti dan proses perjalanan dakwah. 

Penggambaran ciri dakwah ini hanyalah sebahagian sahaja tetapi semuanya merupakan bahagian dari sifat dan ciri Islam itu sendiri. Akhirnya marilah kita melihat apakah ciri-ciri fikrah Ikhwanul Muslimin yang dikumandangkan oleh Imam Hasan Al Banna : “Wahai sekalian manusia, kami adalah pemikiran dan aqidah, sistem dan minhaj yang : 

1.      Tidak dibatasi oleh tempat. 
2.      Tidak diikat oleh jenis suku bangsa. 
3.      Tidak terhalang oleh batasan geografi. 
4.      Tidak berhenti hingga Allah mewarisi bumi beserta segala isinya. Yang demikian itu kerana ia adalah sistem Tuhan semesta alam dan manhaj Rasulnya yang dipercayai.” 

“Wahai sekalian manusia, tanpa membanggakan diri, kami adalah : 
a.      Pengikut setia Rasulullah saw. 
b.      Pembawa benderanya setelah ketiadaan baginda. 
c.       Penegak panjinya sebagaimana para sahabat menegakkannya. 
d.      Pengibar benderanya sebagaimana mereka mengibarkannya.
e.       Penjaga Al Qur’annya sebagaimana mereka menjaganya. 
f.       Penyebar dakwahnya sebagaimana mereka menyebarkannya. Kami inilah rahmat Allah untuk seluruh alam. “Dan sungguh engkau pasti mengetahui (kebenaran) berita Al Qur’an setelah beberapa waktu lagi.” (QS Shaad : 88) “Barangsiapa mengikuti kami hari ini, maka ia beruntung sebagai pendahulu. Dan, orang-orang yang ikhlas (mukhlisin) yang enggan bersama kami hari ini, maka ia akan bersama kami esok hari.

Namun  yang lebih dahulu tentu lebih utama. Sedangkan, barangsiapa yang benci pada dakwah kami, samada kerana : 
1.      Merasa tidak perlu. 
2.      Menghinanya. 
3.      Meremehkannya. 
4.      Tidak mempunyai harapan akan mendapat kemenangan. Maka, perjalanan hari akan membuktikan kesalahannya dan Allah swt akan melontar kebenaran kami pada kebatilannya hingga dapat mengalahkannya, maka lenyaplah kebatilan tersebut.” “Marilah bersama kami, wahai para aktivis dakwah dan para mujahid yang ikhlas. 

Di sinilah jalan yang lurus, maka janganlah engkau pecah-pecahkan kekuatan dan kesungguhanmu hingga ianya hilang.” “Dan sesungguhnya, inilah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu ikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah agar kamu bertaqwa.” (QS Al Anaam : 153) Ya Allah, berilah kefahaman Islam yang sebenar kepada kami sehingga kami tetap berada di atas jalanMu yang lurus, berkorban dan berjihad di atasnya. Kurniakanlah keyakinan yang teguh di dalam hati kami akan pertolonganMu dan perasaan tidak ragu terhadap dukunganMu semoga kebenaran itu akan terserlah apabila berlalunya masa. 

Ameen Ya Rabbal Alameen 

Karya :WAS

Copy the BEST Traders and Make Money : 
http://bit.ly/fxzulu