OLEH JAMILAH KAMARUDIN
Published: 11 April 2015 7:35 AM
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor itu berkata, bidang kuasa mahkamah tinggi itu juga terpakai kepada bahagian pentadbiran negeri lain melibatkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Pendidikan Islam.
Pindaan itu memperuntukkan: "Mahkamah Tinggi Syariah, boleh, demi kepentingan keadilan, atas permohonan mana-mana orang, mempunyai bidang kuasa memberi kebenaran dan mendengar permohonan bagi semakan kehakiman ke atas keputusan yang dibuat oleh Majlis atau jawatankuasa-jawatankuasa yang menjalankan fungsi di bawah Enakmen ini."
Sebelum ini katanya, mahkamah syariah tiada kuasa untuk menyemak fatwa kerana kes hanya boleh dibawa ke mahkamah sivil.
"Pindaan ini dibuat demi kepentingan institusi kehakiman syariah terutama kes yang melibatkan hal ehwal agama Islam yang di bawah bidang kuasa negeri," katanya kepada The Malaysian Insider.
Katanya, rang undang-undang itu diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan akan diwartakan sebagai enakmen Pindaan 2015.
Adun Sijangkang itu berkata, usaha itu dibuat selepas meneliti keperluan dan mendapat persetujuan daripada badan agama negeri sejak tahun lalu.
Katanya, DUN turut meluluskan 18 pindaan lain dalam enakmen itu, antaranya menggantikan tafsiran "wakaf am" kepada "wakaf khas", pelantikan ketua hakim syarie, dan ketua pendaftar mahkamah syariah. – 11 April, 2015.