Saturday, December 24, 2011

Malang Sungguh Melayu - Parti Melayu Terkuat, Melemahkan Melayu

Dari dulu sampai sekarang, Melayu tidak ke mana juga

Oleh:
Aspan Alias
aspanaliasnet.blogspot.com

December 21, 201121 DIS — Agenda Melayu! Itulah isu yang tidak lekang di mulut pemimpin Umno sejak tiga dekad dahulu. Semasa perlaksanaan DEB dahulu pun tidak begitu kuat pemimpin-pemimpin Umno menyebut tentang isu agenda Melayu ini.

Sekarang di mana-mana pemimpin-pemimpin terbesar negara bercakap tentang agenda Melayu tetapi Melayu masih dalam keadaan ketinggalan dan kerana itu isu itu masih mahu dihidupkan terutamanya dalam menghadapi PRU yang semakin hari semakin hampir ini.

[Demo membantah Senarai Pengundi PRU 13 yang perlu dibersihkan. Lalu demo ini dikenali sebagai Bersih 2.0]


Umno masih mengharapkan yang isu ini akan dapat menyatukan orang Melayu di bawah ketiak Umno kononnya untuk menyempurnakan agenda Melayu. Kalau agenda Melayu sudah begitu lama di nyanyikan oleh kepimpinan Melayu Umno, bagaimana orang Melayu terutamanya yang terlingkung dalam kumpulan generasi muda masih mahu mempercayainya?

Oleh kerana itu ada kemungkinan yang ketinggalan orang Melayu dalam semua bidang sekarang ini merupakan isu yang sangat “expedient” bagi pimpinan Umno untuk menyatukan mereka. Lagi ketinggalan Melayu ini lagi untung bagi parti Umno yang sudah begitu selekeh ini untuk meneruskan kuasa.

Umno seolah-olah tidak mahu Melayu ini maju kedepan kerana jika Melayu sudah maju maka Umno akan hilang isu untuk menyaingi parti-parti lain yang kian hari kian mendapat sambutan dari rakyat yang rata-rata sudah menggunakan akal anugerah Tuhan untuk menilai dan berfikir untuk memilih yang mana yang baik dan yang sebaliknya.

Saya menyebut ini kerana yang menjadi mangsa di atas keghairahan Umno untuk terus berkuasa ini menjadikan orang Melayu mangsa kepada nafsu Umno untuk terus berkuasa. Orang Melayu masih dalam ketakutan kerana mereka terpedaya dengan cara Umno yang suka menakut-nakutkan mereka (orang Melayu). Umno sudah menjadi zalim kerana menekan bangsanya sendiri dan memundurkan pemikiran mereka sehingga mereka tidak boleh bergerak untuk memajukan diri mereka (Melayu).

Apabila orang Melayu mempunyai sedikit pandangan yang berbeza, Umno akan mengungkit kononnya jasa-jasa yang telah diberikan Umno kepada mereka itu harus dibalas dengan memberikan sokongan walaupun mereka merompak dan menyamun. Kita sedih dengan kelemahan bangsa kita dalam hal ini walaupun setengah dari mereka telah belajar jauh di antara dunia tetapi mempunyai pemikiran yang masih dijajah dengan kumpulan penjenayah politik dan ekonomi seperti Umno ini. Nampak sangat sikap pemimpin-pemimpin Umno yang mereka tidak suka kepada bangsanya yang berfikir.

Menakut-nakutkan orang Melayu merupakan satu-satunya cara untuk menyatukan orang Melayu pada pandangan Umno. Isu yang digunakan oleh Umno bagi menakutkan orang Melayu ialah Pakatan Rakyat, jika berkuasa akan menghilangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Jika PR memerintah, orang Melayu akan di kafirkan oleh DAP dengan mengkristiankan orang Melayu. Jika PR memerintah, DAP dan komponen PR akan melenyapkan orang Melayu kononnya.

Umno sudah ketandusan idea untuk menjawab perbahasan dalam banyak isu politik. Umno hanya tinggal dengan taktik gertak menggertak serta melakukan pembelian undi dan melakukan penipuan dalam pilihanraya nanti seperti yang mereka lakukan selama ini. Taktik yang lain ialah dengan menghina dan menggunakan kata-kata kesat yang tidak bertemadun dan beragama. Umno seolah-olah sedang menghadapi penyakit gila talak dan tidak keruan lagi.

Mencarut-carut di alam cyber sekarang ini sudah menjadi pakaian penyokong-penyokong Umno untuk berkempen bagi menegakkan benang basah mereka. Mereka tidak sedar manusia sekarang sudah lebih tinggi tamadunnya. Memaki hamun dan mencarut itu hanya membayangkan betapa “desperado” nya Umno masa kini dan memaki hamun itu hanya dilakukan oleh mereka yang sengkek sahaja.

Kita sudah mengiktiraf bahawa jika sesebuah parti itu memenangi pilihanraya seperti itu ia merupakan satu kemenangan yang tidak “legitimate”. Tetapi Umno tidak peduli dengan isu “legitimacy” ini. Yang penting berkuasa terus menerus. PM Najib Razak secara terbuka telah berkata yang Umno akan lakukan apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya. Bagi Umno yang penting ialah kuasa bukannya untuk bertanggungjawab kepada rakyat.

Umno menekan orang Melayu dengan isu sensitif seperti yang saya sebutkan di atas. Lagi takut orang Melayu lagi untung kepimpinannya. Jadi Umno hanya membina sifat penakut kepada orang Melayu sahaja kerana jika orang Melayu takut dengan isu rasis yang di gembar gemburkan olehnya lagi berpeluang mereka untuk berkuasa dan melakukan perkara-perkara yang merosakkan orang Melayu lagi.

Maka orang Melayu dididik supaya tidak menggunakan pemikiran yang rasional, sebaliknya menggunakan sentimen dan emosi semata-mata. Hasilnya wujudlah kumpulan penyokong-penyokong Umno yang tidak dapat berfikir dan membahaskan isu-isu penting dalam negara, justeru mereka hanya menggunakan kata-kata yang tidak baik seperti babi, anjing, baruah dan sebagainya yang kotor-kotor belaka. Bahasa yang mereka gunakan tidak langsung melambangkan bangsa mereka.

Sekarang ini kata-kata kotor dan menjijikkan merupakan “attribute” yang jelas bagi parti yang sementara ini masih memerintah negara setidak-tidaknya sehingga pilihanraya nanti. Penyokong-penyokongnya sudah tidak lagi mampu berfikir dan bertindak dalam kebijaksanaan.

Orang yang nazak memang tidak lagi boleh berfikir kerana orang dalam keadaan begitu itu adalah orang yang sedang mengalami “brain death”. Jadi bagi parti yang sedang mengalami “brain death” ini, tentulah saudara-saudari tahu apakah “consequence of event” yang akan berlaku kepada parti yang semasa kuat dan berkuasa dulu begitu bongkak dan sombong itu.

Sejak akhir-akhir ini Umno sebenarnya bukan berusaha untuk melaksanakan agenda Melayu, sebaliknya untuk melaksanakan agenda pemimpin-pemimpin Melayu yang mabuk dengan kuasa serta kekayaan dan wang ringgit yang tidak berkesudahan itu sahaja.

Kalau dahulu kita dijajah oleh Inggeris dan sebagainya, sekarang kita bukan setakat dijajah tetapi seperti kita sedang ditekan oleh kuasa seperti “Malayan Union” dahulu, tetapi kali ini dari sekumpulan bangsa sendiri yang menamakan kumpulan mereka Umno (baru) yang mula dipelupori oleh Dr Mahathir Mohamad dahulu.

Orang Melayu hanya diperguna untuk bertepuk dan bersorak dan pemimpin-pemimpin terus menipu dan mengelirukan mereka (orang Melayu). Lagi mereka (orang Melayu) ditipu lagi kuat mereka bertepuk dan bersorak. Kalau kita cuba menegur orang yang di tipu tadi akan memaki hamun kita pula dengan menggunakan perkataan-perkataan yang kesat dan tidak punya temadun.

Itulah situasi sekarang ini. Penyelesaiannya hanya dengan mengingati Pak ABU sentiasa. Jangan berkasar seperti penyokong Umno sekarang ini. Dengan senyum simpul hanya gunakan kuasa undi anda setelah berfikir panjang-panjang. Jika ada penyokong Umno membabikan kita, jangan lawan mereka... hanya beristighfar banyak-banyak. — aspanaliasnet.blogspot.com

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.


Reference:
http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/dari-dulu-sampai-sekarang-melayu-tidak-ke-mana-juga-aspan-alias/

Monday, December 19, 2011

Pemerkasaan Tarbiyah dan Ta'dib di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia

Pemerkasaan tarbiah dan taadib di universiti

Oleh:
Mohamad Iqbal Ab Wahab

Pendidikan sering diertikan sebagai tarbiyah yakni proses yang berterusan dalam mendidik seorang insan berdasarkan acuan yang ingin dibentuk. Namun, Syed Naquib al-Attas telah mendefinisikan proses pendidikan itu sebagai taadib yang bermaksud penyemaian dan penanaman adab dalam diri seseorang. Syed Hussein Nasr juga mengikuti garis hujah yang sama dengan menekankan bahawa prinsip pendidikan itu bukan sekadar untuk melatih fikiran semata-mata, tetapi juga untuk melatih keseluruhan potensi manusia.

Secara prinsipnya, pendidikan dilihat sebagai instrumen penting dalam mempersiapkan manusia untuk memahami tentang tugas dan tanggungjawab yang akan dilaksanakan sama ada tanggungjawab sebagai seorang manusia yang mempunyai identiti pelbagai dalam konteks manusiawi seperti seorang anak, pelajar, ibu, bapa, warganegara dan ahli dalam masyarakat ataupun memenuhi tanggungjawab dalam konteks profesion dan skill dalam pekerjaan.

Sesungguhnya tugas yang paling penting bagi seorang manusia adalah sebagai seorang khalifah yang mampu mentadbir urus dunia sebagaimana yang difirmankan Allah dalam surah Baqarah, ayat 30 dan juga seorang hamba-Nya yang menjulang ketaatan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Tanpa proses pendidikan yang disertai dengan proses adab, kedua-dua tugas ini tidak akan mampu untuk melahirkan produk-produk insan yang mempunyai perwatakan seorang khalifah tetapi berjiwa seorang hamba.

Hujah Syed Naquib berhubungan dengan konsep taadib melangkaui definisi pendidikan sebagai tarbiyah. Konsep taadib yang menuntut suatu proses yang berterusan di samping pemeliharaan adab sepanjang proses pengajaran dan penerimaan ilmu merupakan suatu definisi yang harus menjadi sarana yang jelas terhadap seluruh masyarakat yang benar-benar menjulang kemuliaan ilmu.

Proses taadib itu pula tidak dihadkan terhadap pengajar dan penuntut semata-mata, malahan dikembangkan sehingga mencakupi suasana mahupun pengurusan sesebuah institusi. Inilah perkara yang seringkali dilupakan, lantas, berlakulah penodaan ilmu dalam kalangan masyarakat yang membudayakan semangat keilmuan, seterusnya membawa kepada korupsi pendidikan yang ketara. Perkara yang perlu ditinjau oleh sebuah pengurusan di sebuah taman ilmu adalah mengenai kejujuran dan ketelusan dalam menguruskan proses kewangan serta hak-hak pembudayaan ilmu dalam kalangan para penuntut dan pengajar benar-benar terjamin tanpa sebarang campur tangan yang berkepentingan. Pengurusan inilah yang menjadi akar kepada seluruh pembentukan suasana keilmuan yang didasari dengan adab, semacam satu perumpamaan, andai mahu dilihat rakyat jelatanya, lihatlah pada pimpinannya.

Berbalik kepada soal pendidikan sebagai taadib, wahyu Tuhan yang pertama yang mendengungkan kalimah Iqra’ bukanlah semata-mata untuk dibaca berulang-ulang tanpa kesedaran. Namun, itu merupakan suatu petanda daripada Tuhan untuk menggalakkan proses pencarian ilmu itu berterusan dalam usaha untuk membentuk generasi ulul albab, yang mampu untuk menggunakan seluruh inderanya menghayati hakikat penciptaan dan pencipta dan seterusnya bermanfaat kepada alam yang merangkumi hubungan dengan manusia dan alam sekitar. Walaupun begitu, telah dijelaskan juga melalui firman-Nya dalam surah al-Alaq, ayat 6 dan 7 yang bermaksud: “Sekali-kali tidak! Sungguh manusia itu benar-benar melampaui batas, apabila melihat dirinya serba cukup.”

Inilah satu peringatan daripada Tuhan kepada manusia, ilmu itu harus disertasi dengan adab, yang tidak melahirkan golongan manusia yang bongkak dengan ilmu yang dimilikinya, apatah pula sehingga mengagungkan ilmu itu melebihi pemilik ilmu itu sendiri, sehingga merasakan dirinya adalah manusia yang cukup sempurna. Oleh kerana itulah, proses beradab dengan ilmu harus dititikberatkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Seorang pelajar harus mematuhi etika seorang pelajar serta menghormati pensyarah yang mengajar dengan menunjukkan kesungguhan dan komitmen sepanjang proses pembelajaran termasuk dari sudut kehadiran dan penyiapan tugas-tugas.

Manakala seorang pensyarah pula, seharusnya beradab terhadap ilmu termasuklah jujur terhadap pengetahuan yang dimiliki serta seringkali mampu untuk mengaitkan segala yang diajari itu dalam konteks sebagai seorang muslim. Perkara inilah yang harus dititikberatkan dalam proses membudayakan pembentukan adab dalam kalangan warga taman ilmu supaya graduasinya mereka daripada taman ini, menjadi manusia yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat melalui pengetahuan dan karakter yang dimiliki.

Sebagaimana yang telah dinyatakan pada awalnya, pemerkasaan adab dalam universiti tidak difokuskan kepada satu pihak semata-mata. Permasalahan utama adalah apabila seluruh pihak menunding jari hanya kepada pelajar apabila berlaku permasalahan dari sudut krisis adab sama ada dalam bentuk aplikasi ilmu atau dalam konteks mendalami ilmu, namun, harus diingatkan, pepatah Arab ada menyebut, setiap bekas akan mengeluarkan apa yang berada di dalamnya. Maka, proses taadib itu sendiri adalah suatu proses yang merangkumi semua pihak, bermula daripada pihak atasan universiti, pengajar mahupun penuntut.

Penulis ialah Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIAM, Gombak


Reference:
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/press-unedited/7127-pemerkasaan-tarbiah-dan-taadib-di-universiti

Friday, December 16, 2011

Different Angle of Criticism from Prof Dr Tareeq Ramadan

Egypt: A complex equation
In reality, the Brotherhood and Al Nour's political forces and visions differ greatly from their Islamist ideologies

By
Tariq Ramadan, Special to Gulf News
Published: 00:00 December 13, 2011

It is not easy to assess what is really happening in Egypt. After the first round election results, all hypotheses remain possible; the outcome is unpredictable. The two Islamist parties, Freedom and Justice representing the Muslim Brotherhood and Al Nour, representing the Salafists, have emerged as the main political forces in Egypt, giving rise to questions about the nature of the future state.

Things are moving rapidly and many elements are surprising, unclear and even unknown: it is difficult to identify not only the protagonists but also the new alliances that are taking shape at this historical turning point.

In less than six months, the Salafist movement has completely changed its ideological and religious position toward “democracy”. Their leaders had been repeating for years that “democracy” was not Islamic, that it was even kufr (rejection of Islam), and that true Muslims should not take part in elections — or in politics at all — as the whole system is corrupt to its very foundations.

Then, suddenly, the Salafists set up a party, started to be active everywhere in the country, producing leaflets and booklets, calling the people to vote for them and, if not, at least for the Brotherhood. Their 180-degree turnabout was as quick as it was surprising and curious. How could they now declare to be Islamically legitimate what only yesterday they called kufr? How can they ask the people to vote for the Brotherhood who they constantly criticised, almost from the beginning, as being too far from “true Islam”, too open to harmful innovations (bida), and, in a nutshell, too “westernised and modern?” Why are the Salafists changing so dramatically?

Article continues below

It is not the first time we have observed such changes among the more literalist and traditional Islamic organisations. In the mid-nineties in Afghanistan and Pakistan, the Taliban refused to consider political involvement; for them it was Islamically wrong. In less than eight months, they organised themselves into one of the main forces in Afghanistan and got involved politically.

We later learned that they had been pushed into that position under Saudi pressure (even though the Saudis considered the Taliban to be following a distorted Islamic school of thought) in response to American strategy in the region.

The Americans have never had a problem in dealing with the more literalist Islamist trends. On the ground, in Afghanistan, as today in Egypt, the Salafists are playing a contradictory game: they have adopted a completely new — for them — Islamic position, while in practice they work for the very interests (such as those of the US) that they reject and demonise in theory.

The same scenario may well be unfolding in Egypt today.

The problem with the Salafists and the traditionalists (such as the Taliban) is not only their interpretation of Islam (literalist, narrow-minded and often obdurate) but also the potential use that can be made of their presence in political terms. No one can deny they can be (and very often are) religiously sincere. At the same time, they are politically naive and easy to manipulate. This became clear in Afghanistan and may hold true in Egypt again.

The world is looking at the first-round election results, and concluding that the two Islamist parties account for almost 60 per cent of the vote (as there should be a natural alliances between the two). That might be a completely wrong interpretation. It is possible that the Al Nour party may have another role to play in the Egyptian equation. Supported, ideologically and financially, by the Saudi government, it may emerge as one of the actors of America’s Egypt strategy.

Al Nour would be a tool to weaken the Brotherhood’s influence and power by forcing it into risky alliances. If the Brotherhood chooses to conclude a pact with the literalists it will very quickly lose its credibility and put itself at odds with its proclaimed reformist agenda. If it decides to avoid the Salafists, it would have no alternative but to consider an alliance with other political forces (which are very weak) and mainly the military, which remains very powerful.

The Brotherhood decided to contest only 40 per cent of the electoral positions and not to contest the presidency. It announced it would be an active and key political force but would avoid exposing itself. This strategy was a way to appease the West and to avoid losing its credibility, as it would be acting in a more discreet mode.

The Brotherhood now finds itself in a very tricky, and for it, quite a dangerous, position. Al Nour may become the strongest enemy of the Brotherhood and the objective ally of the military. On the ground, the two Islamist parties invoke the same references and promote several common objectives; in reality they represent quite distinct political forces and visions.

Over the years, the Brotherhood has shown how pragmatic it can be: evolving with history, adapting its strategy and diversifying its contacts (Saudi Arabia, the US, the European countries, the emerging countries, etc). It seems it will not be possible for the Brotherhood to avoid dealing, one way or another, with the military.

There were rumours of an agreement but nothing was clear: now it seems such an agreement is quite unavoidable. This is what the US government, which is maintaining close links with the generals, is working for in order to keep some control over the situation.

A civilian face such as Mohammad Al Baradei (also close to the Americans contrary to what is said) might be democratically elected later, yet true power will be elsewhere.

Despite what we have witnessed over the last few weeks, it would be better to suspend judgement and remain cautious in our conclusions. Egypt is a critical country in the Middle East and neither Israel nor the US will remain passive onlookers when the Egyptians choose the Brotherhood, whose ideology is the same as Hamas’s (when it comes to the Palestinian-Israeli conflict).

Some other regional actors, which do not really care about democracy, such as the monarchies, are playing a key role in neutralising the Islamist forces. And, in any event, these forces still have much to prove; no one knows whether they will keep their promises when in charge.

The way towards democracy in Egypt is far from transparent; we should avoid taking appearances for realities. Islamists might work against Islamists just as a democratic western government might support a non-democratic military apparatus. This is politics; we must remain vigilant even in our optimism. Religious or not, sincerity in politics is never enough.

Tariq Ramadan is professor of Contemporary Islamic Studies in the Faculty of Oriental Studies at Oxford University and a visiting professor at the Faculty of Islamic Studies in Qatar. He is the author of Islam and the Arab Awakening

Reference:
http://gulfnews.com/opinions/columnists/egypt-a-complex-equation-1.949653#

Sunday, December 11, 2011

KRISIS EKONOMI EURO-SENARIO POLITIK DUNIA DAN IKRAM (MY)

Krisis Euro Zone, PRU 13 dan IKRAM

Oleh:
Sdr Arifin Hassan
Institut Kajian Dasar (IKDIP)
Sekretariat Biro Politik,IKRAM Pusat

EURO ZONE CRISIS

Pada hari sabtu,10 hb Disember 2011,satu peristiwa besar telah berlaku di Brussels yang akan mempunyai kesan yang berganda kepada keadaan geopolitik Asia dan seterus para penggerak masyarakat di Malaysia..Dua puluh enam buah negara Eropah telah bersetuju untuk menanda tangani satu perjanjian baru menyelamatkan mereka dari satu keadaan Sovereign Debt Crisis yang meruncing.United Kingdom yang berada dalam zon ini telah tidak mahu bersama dalam pakatan baru kerana PM berhujjah ia merugikan Britain.

Perlu diingatkan bahawa krisis ini bermula di Eropah pada tahun 2008 di Ireland. Kerajaan Dublin akhirnya tumbang dan bermulalah satu proses pemulihan ekonomi. Tetapi ini tidak berhenti di situ bagi Eropah kerana 4 negara lain turut menghadapi krisis yang sama, yaitu Portugal, Sepanyol, Greece dan Itali. Sebagai satu blok, bank pusat Eropah terpaksa mengeluarkan E 750 billion pada tahun 2008 untuk mengadakan bailout kewangan.
Kini krisis ini semakin memuncak dengan keadaan terbaharu dengan tersingkirnya PM Greece dan Itali pada awal bulan November 2011 dan kerajaan Sosialis Sepanyol kalah dalam PRU. Kesannya amat besar sekali kerana adanya kejatuhan harga saham, kerajaan tumbang,penggangguran meningkat , indeks industri merosot dan pasaran bond yang tidak menentu.Kesan pergandaan akan berlaku dan mengena Asia di antara 3 - 6 bulan dari skrg.

KESAN TERHADAP ASIA

Dengan kedudukan ekonomi Amerika Syarikat kini yang juga bermasalah ,krisis ekonomi Eropah adalah satu mimpi ngeri untuk Asia.Barangan keluaran industri Asia sebahagian besarnya adalah untuk pasaran Eropah dan Amerika. Walaupun kedudukan Krisis Kewangan Asia 97/98 bukan akan berulang , tempias dari bahang ekonomi global cukup menakutkan. Obama pun tidak mampu bantu Eropah kerana ia menghadapi tentangan yang hebat dari calon-calon Republikan, tahun 2012 adalah Presidential Election Year

PRU 1999 di Malaysia telah menggugat sedikit sebanyak kerajaan Dr Mahathir pada masa itu.Sekali lagi, kenaikan harga barangan dan minyak petrol yang mencecah USD 120 satu tong telah memberi kesan besar Kerajaan BN pimpinan Pak Lah pada tahun 2008 dalam PRU 12..Sayugia di ingatkan bahawa kerajaan PAP Singapura juga mengalalami keputusan terburuk dalam sejarah apabila undi polpular mereka menurun kebawah dari 60% dalam pilihanraya umum pada awal tahun 2011.

NAJIB DAN PRU 13

Fenomena luar biasa Arab Spring telah banyak memberi kesan terhadap diktator sedunia, negara yang kurang demokratik ( akhirnya beri duit rm 500 sekeluarga pun tak cukup) dan yang di lihat sebagai negara-negara yang mengamalkan winner-take-all. Terbaharu dan cukup mengejutkan adalah yang berberlaku di Russia dimana rakyat keluar beramai-ramai memprotes terhadap Putin kerana PRU yang tidak adil. Gorbachov (Presiden Rusia terakhir dalam sistem Komunis) pun menyeru agar PRU di ulangi.

Soalannya pergolakan yang masih berlaku di Syria, Bahrain dan Yemen membuat rakyat di Malaysia dan seluruh dunia berfikir .. only one group of people's opinion is correct is not right anymore. Apatah lagi, disebaliknya kekayaan negara yang bernilai berbillionlah yang sebenarnya yang menjadi rebutan.

Perhimpunan UMNO yang baru berakhir baru-baru ini adalah satu wadah untuk Najib menilai akan kesediaan UMNO menghadapi PRU 13. Amaran keras telah diberikan kepada ahli yang bakal ingkar akan pilihan calon Najib, mereka ini merupakan all the President's men yang akan mengukuhkan PM.Sebenarnya UMNO menghadapi masaalah sebab sejak berzaman, perjuangan yang sebenarnya adalah untuk mengkayakan diri sendiri,....it's all about money, not even about Malay Nationalism, ... jauh sekali untuk Islam, kalau ya untuk Islam, dah ramai orang UMNO atau bini mereka yang pulang dari Haji mulai pakai tudung.!!!!!!!!!

UNTUK AHLI IKRAM

Kejatuhan ekonomi Euro Zone boleh membawa satu fenomena lingkaran tanpa hujung yang tidak menentu, ..anything can happen. Arab spring pula telah membuahkan parti Islam menang di Tunisia, Moroko dan yang terbaharu di Mesir.Cosine / sine curve dalam kalah-menang-kalah-menang untuk bn-pr-bn-pr dalam PRU tidak semestinya boleh dipakai all the time, every time.

Kefahaman ini penting untuk ahli ikram kerana perkara yang mengejut ini akan sentias berulang. Dari ucapan Presiden IKRAM, Yang Berbahagia Dr Farid pada 1 Oktober 2011 di Klang dalam Konvensyen Tarbiyah Nasional, saya rumuskan teks ucapan sebagai berikut :

1. Perkukuhkan tarbiyyah yang asas dalam perhubungan dengan Allah swt. Ini kena berterusan sejak dahulu, sekarang dan sampai akhir zaman.Akhlaq yang mulia dan peradaban yang mukhlis perlu di tekankan dalam usrah oleh semua masul.

2. Tarbiyyah mestilah bersifat waqie', yakni sesuai dengan keperluan semasa. Ini adalah berat kerana sebahagian besar dari para dai telah mempunyai persepsi sendiri terhadap masyarakat dan terkadang kala adalah agak inward looking dan tidak inclusive. Parti An Nahdah telah mengambil kira penyokongnya dan calonnya yang merupakan atheist, perempuan tak pakai tudung dan Kristian Qibti - this is really mind boggling !!!!!!!

(Saya juga membuat pemerhatian dari TV Al Jazeera dan BBC, masyarakat Kaherah, majoriti perempuannya tak pakai tudung, berani saya kata di sini mungkin 80/20, tetapi kenapa ikhwah mula2 menang 48%, masa run off kini mendapat 61% - kalau Mesir pakai sistem PRU Malaysia, Ikhwan sekarang ini adalah kerajaan sah Mesir. Maksudnya ramai orang lain yang support IM)

Moral of the story, ramai juga penyokong parti Islam bukan dari mereka yang Islamik. Why, why....... Kawan-kawan kita dalam PKS Indonesia membuat kajian secara saintific, empirical, dan bertanya WHO ARE THE SUPPORTERS OF THE PKS?? Dan mereka dapati bahawa mereka adalah dari pelbagai spektrum masyarakat Indonesia.

WE MUST MAXIMISE OUR ENGAGEMENT with the society. Dalam beberapa majlis saya hadiri bila Dr Farid berucap, satu topik, without fail, beliau tekan dan tekan ...ENGAGEMENT. The reason, this is the way of the Rasulullah. Dan apabila IM tertekan di Mesir mereka menggunakan strategi rabtul am dan bergerak mencari pengaruh dari keluarga sendiri, tempat kerja, kampung atau taman kita, surau kita, NGO, PIBG, dll.

In conclusion, pergolakkan di Eropah boleh membawa kesan positif exponential kepada perubahan. Semua di antara kita dalam IKRAM mestilah bersedia untuk masa mendatang yang tidak menentu. Semalam saya baca dalam Ikhwan Web, Shadow Spokesman for Tourism for Parti Ikhwan, bersiar2 di bandar Kaherah untuk memberi pandangan bagaimana boleh meningkatkatkan pendatapan tourism untuk Mesir.Kedutaan Britain dan Amerika telah mula berjumpa dengan IM. We must be ready, hence our tarbiyyah must answer to this future need. We must be able to seize the moment...... and that moment is not far away. May Allah help us.

(Article ini memang panjang. Sila beri komen dengan terbuka dan sebarkan. Penulisan ini adalah pandangan saya secara peribadi )

From: arifin hassan Date: 2011/12/11
Subject: Krisis Euro Zone, PRU 13 dan Ikram
To: arifin.pdn@gmail.com

Reference:
https://mail.google.com/mail/h/xn3ggng1kea6/?&v=c&th=1342f56f9da58225

Saturday, December 10, 2011

Outspoken Cleric Changed the Muslim Political Ummah

Outspoken cleric guides Arabs on revolution
By Roula Khalaf in London

The Arab spring is turning into the spring of the Islamists, as religious parties score the biggest gains in elections. And one man is drawing particular satisfaction – Youssef al-Qaradawi, the 86-year-old controversial cleric named by many Arabs as a spiritual guide for their revolutions.

From his base in Doha, the Egyptian-born Qatari citizen has long been one of the most influential religious authorities in Sunni Islam, an influence derived partly from an unlikely standing as a media celebrity. His weekly show on Qatar’s Al Jazeera draws millions of viewers from across the Muslim world.

Sheikh Qaradawi’s endorsement of Nato-led intervention in Libya lent legitimacy to a contentious mission. His call for the end of the Syrian regime helped galvanise Arab states’ pressure on Damascus. If Arab states cannot force an end to the slaughter of civilians, he now says, Syrians too will have the right to seek UN-backed intervention.
“We were among those who called for revolution,” says the sheikh in an interview with the Financial Times, acknowledging his important role “before, after and in the future”.

Sheikh Qaradawi works out of the expansive office of his Muslim foundation on the outskirts of the Qatari capital, past a dusty library stacked with books on Islamic thought and history. An aide asks visitors to raise their voice to accommodate the cleric’s poor hearing.

He speaks slowly, supporting his arguments with Koranic verses, but also makes more than one reference to the Tunisian poet Abou el-Kacem al-Chebbi, whose most famous words, “If, one day, a people desires to live, then fate will answer their call”, have been a rallying cry in a year of popular upheaval.

The specificity of the Arab revolutions is that they have been popular uprisings, leaderless and uncompromising in demanding total change, says Sheikh Qaradawi. “People have to change from inside and fate will respond.”

Sheikh Qaradawi is banned in the US and reviled in Israel for his support for Palestinian suicide attacks against the Jewish state. He condemned the September 11 attacks in the US and backed a religious edict allowing American Muslims to fight for their country even against a Muslim state, but also maintains that Palestinian suicide attacks are justified.

Within the Middle East and North Africa too, he has his detractors, many of them liberals who scoff at his reputation as an Islamist reformer and others who are suspicious of his motives, seeing him as a convenient tool of Qatari foreign policy.
He has been criticised for playing down the Shia revolt in Bahrain, where he supports Gulf Arab states’ line that the popular protests were sectarian and had links with Shia, non-Arab Iran.

But his supporters are numerous. After five decades in exile – he left Egypt in 1961 after spending time in jail for his ties to the Muslim Brotherhood – he returned to Cairo to pray in Tahrir square in February to the adulation of crowds. As Islamists emerge as the biggest political force in the Arab world, his pragmatic views on Islam and democracy could be a useful moderating guide for Arab societies.

Sheikh Qaradawi expresses a sense of inevitability about the Islamists’ rising power. “What’s forbidden is desired and we [Islamists] were always forbidden,” he says.

“Islamist movements and Islamic da’wa [preaching] were fought, repressed, they had no luck, no place … Now that the tyrants have been removed … nothing prevents Islamists from taking their rightful place in the heart of society.”

His advice to Islamist movements is to stick to a moderate, middle course and not seek to impose their will on society. He ridicules the suggestion that a country such as Tunisia, which relies on tourism, could force an Islamic dress code on visitors. “All there is to it is that people [visitors] should be considerate and not overdo things, and that is said to them only as a matter of advice.”

He says he has counselled Egypt’s Nour party, the Salafi newcomer to the political scene whose strict religious strand is alarming liberals, to adopt “new thinking”. “I told our Salafi brothers … you are in your first political experience and have to deal with people with moderation, and I hope they will.”

He expects a change in the foreign policy of the region and says western nations have to “think” about how to deal with Islam, while Israel cannot continue to base its policies on “force”.

“Countries that are going through this awakening and where Islamists rule will be very wise in their dealings with the west and Israel but they will not accept oppression,” he says.

Although he sees no perfect model of an Islamic state today, he is impressed by Turkey, citing it as an example of a peaceful comeback for Islam in an entrenched secular state. “It’s excellent,” he says of the Turkish government led by the AK party.

“Our brothers the Turks … were able to serve their country and produce an economic and social renaissance … they have won over secularism calmly.” Turkey is the model of moderation, he adds, “and it’s a model that Arab countries can benefit from”.

Reference:
https://mail.google.com/mail/h/1rw1ntwg0k93g/?&v=c&d=u&n=2&th=1342ad456072725f#m_1341f8fd9bec0485
http://www.ft.com/cms/s/0/96a52b92-21a7-11e1-a19f-00144feabdc0.html#ixzz1fyqnrXLO

Tuesday, December 6, 2011

MENGAPAKAH REVOLUSI SYRIA TERJADI?.

Revolusi Syria (Al-Thaurah al-Suriyyah)*

Jinsiyyatunā al-Islām (Kewarganegaraan kita ialah Islam);

Di dunia sebelah sini (Asia Tenggara), pertengahannya adalah Malaysia (Awsaṭuha Maliziā) yang sedang memberi banyak sumbangan kepada perjuangan Islam;
Syria jantung umat Arab dan juga miftāh ‘ala al-gharb (kunci ke Barat);

Makam sahabi Hasan ibn Thabit al-Ansari (Makam di Hama); Hama dan Homs merupakan markaz Aiyubin (Salahuddin al-Aiyubi); Hama terkenal melahirkan ulama mujahidin;

Balad Nawa (tempat Imam al-Nawawi);

Kelompok Nusairiyin, ‘Alawiyin, adalah cabang daripada golongan Syiah – mereka tidak wajib salat, puasa, zakat, haji, maka mereka bukanlah umat Islam;

Komponen rakyat Syria: (6% Nusairi); (10% Kristian, Druz & Kurdi Sunni); (84% Arab Sunni – 70% sekular, 30% multazim);

Dalam sejarah perjuangan Islam mutakhir di Syria: ulama dibakar, wanita diperkosa;
1973 Hafiz al-Asad (dibantu oleh para penasihat Russia) berkuasa selama 32 tahun dan menukar perlembagaan “Islam sebagai masdar” kpd “Islam satu dpd masadar”, supaya presiden Syria tak perlu daripada kalangan umat Islam;

Hafiz Asad mengumpulkan ulama dan menyatakan bahawa tiada satu ayat Qur’an pun yang bercakap tentang hijab – tapi Syeikh Abdul Wahab Zuhaili menyangkal Asad dan menegaskan bahawa wujud enam ayat Qur’an tentang hijab;

Pasukan payung terjun wanita ‘Alawi ditugaskan untuk membuka hijab para mukminat, tapi akhirnya hijab dibenarkan selepas bom dibaling ke arah mereka yang menentang hijab;

Di penjara Tadmur di padang pasir, setiap hari Isnin dan Khamis 10 orang ikhwan dibunuh – 950 orang Ikhwan syahid pada tahun 1980 (semuanya 1150 orang Ikhwan syahid);

Rifa’at Asad (adik Hafiz Asad) mempunyai 40,000 orang tentera yang menjaga rejim; berkata bahawa Stalin telah mengorbankan 10 juta nyawa untuk mempertahankan rejim dan ia pula “bersedia untuk membunuh...”; antara perangai buruknya ialah ia suka menculik wanita jelita di jalanan.

Majoriti tentera daripada golongan Sunni, tapi empat tahap kuasa teratas daripada puak ‘Alawi, tahap yang ke-5 barulah daripada puak Sunni yang fasiq;
Hingga 2 Mac 1982, 46,000 rakyat terkorban, menyebabkan 1.5 juta rakyat berhijrah ke negara-negara lain;

Asad mendakwa negara Syria benteng yang berdepan dengan Israel – satu pembohngan kerana tak pernah sebiji peluru pun ditembakkan ke arah Israel, Bukit Golan masih milik Israel;

Bashar Asad dan saudara perempuannya Bushra menghubungi Netanyahu yang menyatakan bahawa Bashar tetap pemimpin yang menjaga maslahah Israel;

Lapan bulan sebelum revolusi, rejim telah mengaharamkan pemakaian niqab dan 2,500 orang guru telah dipindahkan ke bahagian pentadbiran kerana memakai niqab;

Sebab thaurah: ‘Atif Najib (rapat dengan Bashar Asad) antara para penzalim; punca revolusi ialah kezaliman dalaman yang sudah lama yang dilakukan oleh Bashar;

Pencetus thaurah: 28 pelajar sekolah yang menulis protes di papan dinding ditangkap –seorang dibunuh dan selainnya diseksa, apabila bapa mahu mengambil anaknya yang sudah tiada, para penyiksa mengatakan bahawa “biar kami bersama wanita kamu supaya dapat anak baru!”

15 Mac 2011 bermula pemberontakan besar-besaran hingga kini; 157 tempat memberontak
(hancurkan patung Asad); Jumaat 2 Disember yang lepas 3 juta rakyat memberontak;
Pada mulanya Asad menggunakan senjata sementara rakyat tidak menggunakan senjata;
Damsyik dan Haleb pun sudah mula bangun; sebuah kampung 6 km dari Golan diserang, tapi Asad tak menyerang Israel;

Kini 29,000 orang tentera telah berpaling tadah;
Kapal terbang, 400 kereta kebal digunakan untuk menyerang rakyat dan 21 masjid serta 4 gereja telah dimusnahkan;

Duta di Malaysia ‘Alawi, di Indonesia Sunni fasiq;
Para pemberontak keluar rumah bersedia untuk syahid, berwuduk dan berwangi-wangian dan keluar setiap hari dan malam; pihak kerajaan mesti dibayar untuk keluar;
Kini sudah 10,000 syahid (termasuk budak Kristian yang mati), ada juga puak Druz bersama-sama pemberontak; 39,000 rakyat telah cedera; ambulan tidak boleh membantu, 19 doktor dibunuh, rakyat cedera dibunuh;

109,000 dipenjara, mata dicungkil, lidah dipotong, 413 syahid setelah diseksa, 400 kanak-kanak syahid, wanita diperkosa depan suami;

Zainab al-husni 23 berusia tahun cuba melawan – beliau diseksa dan terus keempat-empat anggotanya dipotong, kemudian dilemparkan ke depan keluarganya;
Umm ‘Abdillah diperkosa oleh lima orang tentera, mereka mengatakan bahawa anaknya bukan Abdullah tapi ‘Abdu Bashar, ‘Abdu Maher (saudara Bashar Asad);

Pemberontak yang ditangkap dipaksa menukar syahadah kepada lailahaillabashar (kelihatan jelas dalam video CD yang mengandungi banyak adega yang mengerikan termasuk anak-anak kecil lelaki dan perempuan yang dibunuh setelah diseksa);
Tanzim an-nisa’ wujud di Syria;

Antakia Ard Mubarak (bumi keberkatan): tentera berada di sana; 29,000 tentera telah memerdekan diri mereka dan menyiapkan diri untuk bertempur dengan tentera Asad;
Pelarian: 16,000 di Turki, 6,000 di Lubnan, 6,000 di Jordan;

Lubnan (Hizbulla), Iraq (Syiah) dan Iran (Syiah) menyokong rejim Bashar Asad;
Syeikh Qaradawi berperanan besar untuk membantu revolusi Syria.

* Noktah-noktah ringkas oleh BungHatta ini berasaskan ucapan Dr Khaled Hasan Hendawi (keturunan Syria, orang kanan Syeikh Yusuf al-Qaradhawi) yang disampaikan selama hampir tiga jam kepada beberapa orang pemimpin IKRAM Pusat, Selangor dan Wilayah Persekutuan di Pejabat IKRAM Pusat, bermula sekitar jam 09.30 malam 3 Disember 2011.

Reference:

https://mail.google.com/mail/h/1rt3a7h6aqoyb/?&v=c&th=1341249ad0d090b4

Friday, December 2, 2011

Elakkan Kekeliruan : Utamakan Istilah Islam dari Peradaban Lain

Kenapa guna istilah Children of light dan Children of darkness

Mengapa ada Pemimpin gunakan istilah "Children of light dan Children of darkness” ?

Oleh: Shamsul Ma’arif Hj Ismail
1 Disember 2011

Saya termangu seketika dan terdetik apabila ada pemimpin parti politik yang menggunakan istilah “children of darkness to children of light” dalam ucapan di sebuah majlis besar yang dihadiri oleh umat Islam dan bukan Islam.
Dari mana sumber istilahat ini. Adakah ianya dari Al-Quran atau as-Sunnah?

Saya cuba merujuk sumber-sumber dan salah satu penulis menyatakan istilah ini ada digunakan di dalam Kitab Bible. Saya merujuk Kitab Bible yang kebetulan ada di perpustakaan kecil saya. Nyata jelas disebut dalam terjemahan Inggeris tersebut istilah di atas dengan sedikit perbezaan kecil. Isunya mengapakah kita harus meminjam istilah agama lain dalam menyatakan dasar perjuangan. Tidak salah mengungkap istilah bagi memahamkan masyarakat, namun jika ianya benar-benar mengambil contoh-contoh daripada sumber agama lain nyata kita seperti kehilangan asas dan sumber perjuangan. Saya harap beliau tidak bermaksud begitu.

Sebagai Muslim konsep keluar dari kegelapan jahiliah kepada nur atau cahaya Islam begitu jelas. Islam datang untuk membebaskan manusia dari cahaya kegelapan yakni ajaran-ajaran bersumberkan jahiliah kepada cahaya Islam, petunjuk yang benar dari Ar-Rasul s.a.w. Kebebasan dari sistem thagut, sistem sekular, cara hidup barat, kebebasan individu mutlak (liberty) kepada kebebasan dalam kerangka tauhid yakni ubudiah kepada Allah SWT. Keadilan yang diasaskan kepada sumber manusia yang korup dan pilih kasih kepada keadilan Islam yang berpaksikan kebenaran dari sumber Al-Quran dan petunjuk Muhammad s.a.w. Kebenaran yang diagungkan Barat yang relatif sifatnya, dan tidak berpaksi nas dan petunjuk Allah kepada kebenaran hakiki yang berpaksikan tauhid dan syariah.

Namun menyebutkan ayat seperti “children of light dan children of darkness hanya akan mengundang persepsi yang membahayakan dan boleh mencetuskan satu polemik agama. Bagi saya yang kurang arif Bible perlu mengkaji lagi konsep atau kisah sebenar disebalik kisah children of light dan children og darkness.

Di dalam Kitab Bible dinyatakan sumber-sumber dibawah:

Believe in the light, that ye may be the children of light. John 12:36

Isaiah 42:6 “I, the LORD, have called you in righteousness; I will take hold of your hand. I will keep you and will make you to be a covenant for the people and a light for the Gentiles.

Isaiah 42:16 I will lead the blind by ways they have not known, along unfamiliar paths I will guide them; I will turn the darkness into light before them and make the rough places smooth. These are the things I will do; I will not forsake them.

Isaiah 49:6 he says: “It is too small a thing for you to be my servant to restore the tribes of Jacob and bring back those of Israel I have kept. I will also make you a light for the Gentiles, that you may bring my salvation to the ends of the earth.

Apakah ini asas arguments Children of Light yang digunakan oleh ahli siasah ini. Teringat ketika mana Khalifah Umar Al-Khattab ingin menggunakan dalil dari Injil, Ar-Rasul s.aw menegur Umar kerana cukuplah Al-Quran sebagai dasar dan dalil bagi orang-orang yang beriman.
Selepas menyelidiki di dalam Al-Quran Allah menyebutkan istilah “nur-cahaya” dan “dhulumat-kegelapan” di dalam beberapa ayat seperti di bawah:

Dalam Al-Qur'an kata Minadh Dhulumaati Ilan Nuur disebutkan tujuh kali: QS. Al-Baqarah : 257, QS. Al-Maidah : 16, QS. Ibrahim : 1, QS. Ibrahim : 15, QS. Al-Ahzab : 43, QS. Al-Hadid : 9, dan QS. Ath-Thalaq : 11.

S. Al-Baqarah : 257. Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang Yang beriman. ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). dan orang-orang Yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut Yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

S. Al-Ma’idah :16. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa Yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) Yang terang-benderang, Dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan Yang lurus.

S. Ibrahim: 1. Alif, Laam, Raa'. ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan Dia kepadamu (Wahai Muhammad), supaya Engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - Dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.

S. Al-Ahzab: 43. Dia lah Yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya Yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah ia sentiasa melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang Yang beriman (di dunia dan di Akhirat).

S. Al-Hadid: 9. Dia lah Yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran Yang terang nyata, kerana ia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) Yang terang-benderang. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah Maha belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu.

S. At-Thalaq: 11. (dengan mengutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) Yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah Yang menerangkan kebenaran, supaya Allah mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal soleh - dari gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya (hidayah petunjuk). dan (ingatlah), sesiapa Yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh Allah ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan Yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian.

Moga kita semua sebagai ummah yang berwibawa dengan Al-Aquran sebagai sumber nusus dan hujjah yang sahih berhati-hati dengan sumber-sumber lain dalam sebarang idea atau buah fikiran yang ingin kita ungkapkan.

Merujuk juga istilah terkini seperti “masyarakat civil” atau civil society sangat indah maknanya dan kerap diguna Barat bagi menunjukkan satu piramid tinggi atau kemuncak ketamadunan satu Negara atau bangsa yang memperjuangkan hak asasi manusia. Benarkah idea ini? Apa asas civil society ini? Ternyata masyarakat civil atau madani bukanlah berasaskan kepada agama. Ianya datang dari buah fikiran Aristotle. Ianya adalah satu kemuncak bangsa atau Negara yang dianggap telah memelihara maruah insan dan memberi kebebasan mutlak kepada mereka untuk hidup bebas dana adil dengan satu undang-undang manusia yang dianggap adil dan benar melalui persetujuan bersama satu masyarakat. Jadi kebenaran, kebebasan dan keadilan mereka sudah tentu tidak sama dengan apa yang dibawa oleh Islam walaupun ayat dan istilah yang sama.

Ibnu Khaldun dalam kitabnya Mukaddimah tidak menggunakan istilah masyarakat madani sebagai kemuncak kejayaan sesebuah Negara. Masyarakat badawah (desa) kepada masyarakat madaniyah (bandar). Kerapkali Bandar lebih banyak terjerumus dengan akhlak yang lebih buruk disbanding desa (badawah) yang lebih murni.

Ibnu Khaldun malah menggunakan istilah “Umran al-‘Alam” atau kemakmuran sejagat. Kemakmuran sejagat ini adalah kemuncak satu bangsa dan tamaddun. Namun asas kemakmuran sejagat ini berasaskan nilai Al-Quran dan as-Sunnah. Berpijak di atas landasan tauhid yakni satu bangsa atau Negara yang menjadikan Allah satu-satu nya Ilah yang disembah, menjadikan Islam sebagai manhaj kehidupan dan menjadikan syariah sebagai terasnya. Kebenaran yang diungkapkan manusia boleh jadi benar atau salah namun kebenaran dari Allah SWT sentiasa benar dan hak dan tidak dapat disangkal oleh manusia yang faqir sifatnya atau kebenaran yang punya kepentingan nafsu dan kepentingan diri dan kelompok.

Seorang penulis Muhammad Abid Al-Jabri (1992:132-138,298) memberi huraian yang disebut oleh Ibnu Khaldun dalam konsep ‘Umran Al-‘Alam sebagai ; satu fenomena social yang digerakkan oleh sekumpulan masyarakat yang bekerjasama atau bermuafakat di kawasan kota (hadarah) atau desa (badawah) dalam sebuah Negara yang berdaulat dan berpengaruh bagi tujuan memenuhi keperluan kehidupan yang selesa dan makmur samada dari segi ruhani atau jasmani berpandukan agama dan akhlak serta hukum dan peraturan kejadian alam dan manusia ciptaan Ilahi”. ( Prof. Dr Mahayuddin Hj Yahya:, International Journal of West Asian Studies, V 3,No 1, 2011 (pp 1-28)

Konsep imarah ini disebut salah satunya dalam S. Hud: 61. dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi soleh. ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. Dia lah Yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadanya Dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya".

Ilmu baru inilah yang disebutkan sebagai ‘Ilmu al-‘Umran al-basyari wa al-ijtimak al-insani”.
(Lihat lagi S. Ar Ruum:9, Al-Thur:4, At-taubah: 19.)

Allah SWT menggunakan istilah kemuncak Negara yang baik itu sebagai ‘Baldatun taoyyibah wa Rabbun Ghaafur” Negara yang baik dan mendapat keampunan Ilahi” Mana mungkin masyarakat sivil yang tidak menjadikan Allah SWT sebagai Rabb dan Ilah serta menerima kebenaran Islam akan mendapat keampunan? Ternyata asas kebaikan sebuah Negara atau kemuncak masyarakat sivil hanya senya akan mendapat redha Ilahi apabila mereka menerima asas tauhid dan duduk di bawah pemerintahan orang-orang yang beriman dan menjadikan Islam sebagai sumber cara hidup bermasyarakat dan bernegara.

Dalam ayat lain, firman Allah swt :
"Dan kami Telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikanNya satu umat (sahaja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberianNya kepadamu, Maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukanNya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu." (QS Al-Maidah : 48)

Moga Allah SWT memberi taufik dan hidayahNya kepada kita semua yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Reference:
http://uk.mg40.mail.yahoo.com/neo/launch?.rand=3rjkvt774277s