Wednesday, March 23, 2011

Konspirasi Video Lucah Datuk T KANTOI

LEBURLAH SEBUAH FITNAH JAHAT

DETIK TERBAIK MELEBUR FITNAH 1, 2 DAN 3 !! Jam 2.48 am, malam ini walaupun aku belum tidur, jiwa aku rasa tenang. Kalau nak tidur pun bila-bila masa boleh lelap. Tapi sebab nak menulis sikit tentang rentetan peristiwa tiga hari ini, aku mengambil keputusa...n untuk tidur lewat sikit walaupun esok kerja. Menulis dengan bahasa yang santai. Aku yakin malam ini tidur aku nyenyak, begitu juga dengan rakan-rakan seperjuangan, blogger, penyokong Pakatan Rakyat dan bakal pengundi baru Pakatan Rakyat (setelah melalui detik dua hari ini semenjek video seks halal ditayangkan di hotel terkemuka negara) dan semua yang berjuang menegakkan keadilan, pasti akan tidur nyenyak. Tak tau lah pulak apa nasib Najib dan gerombolannya yang sudah terkantoi sepanjang hari ini. Sudah tidur ke belum si Najib? Sudah tidur ke belum wahai datuk-datuk 'T' stooges? Pertama, aku bersyukur kepada tuhan kerana telah menerbitkan secebis kebenaran. Benarlah bahawa doa orang-orang yang teraniaya akan diangkat tanpa hijab lalu dimakbulkan. Kesempatan ini ingin aku ceritakan detik-detik penting yang aku lalui sejak semalam yang menjadi crucial time kepada perlawanan menentang fitnah demi fitnah. Ia seolah-olah satu kemuncak kepada beberapa siri fitnah yang tiap kalinya menemui kegagalan walaupun dirancang dengan bantuan yahudi lakhnatullah. Bermula kelmarin (21 Mac 2010), pagi-pagi lagi aku dikejutkan dengan satu BBM yang mengatakan sekumpulan wartawan akan dipanggil untuk sesi tayangan video seks yang membabitkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Aku terus check twitter, memang benar bahawa satu tayangan lucah akan berlangsung di Carcosa Sri Negara. Bayangkan sekiranya rakyat awam seperti aku telah ketahui lebih awal aktiviti jahat ini, mengapa tidak pihak polis yang punya intel mengambil tindakkan wajar? Contoh tindakkan ialah menahan Datuk T dan merampas klip video yang ditayangkan. Tetapi ia tidak berlaku! Dalam masa yang sama, aku terfikir di manakah anak muda dari AMK pagi-pagi Isnin itu? Adakah mereka bangun lewat pada hari tersebut? Sepatutnya AMK harus bertindak pantas menghimpit perjumpaan di Carcosa yang menjurus kepada penayangan video lucah kononnya membabitkan Anwar Ibrahim. Mengapa aku katakan membabitkan Anwar ialah kerana Datuk T sendiri mengatakan pemimpin PR terlibat itu harus berundur bersama isterinya! Ini bermakna isteri si tertuduh adalah merupakan seseorang yang mempunyai jawatan dalam parti, yang membolehkan satu ugutan supaya berundur telah berlaku. Polis masih tidak mengambil tindakkan, begitu juga dengan kelembapan AMK. Ketika itu aku yakin bahawa bukan Anwar Ibrahim yang terlibat. Aku tidak akan mudah terbeli dengan penyebaran berita Anwar Ibrahim melanggan pelacur di spa, begitu juga dengan kepimpinan PR yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim. Sekiranya Anwar adalah orangnya, maka wajar Anwar Ibrahim berundur. Aku petik quote ini dari che'GuBard. Apa yang salahnya kenyataan ini berbanding dengan kenyataan "Tidak kira walau Anwar dalam video itu ataupun bukan, kita tetap mahukan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Pakatan Rakyat"? Apa yang penting adalah keyakinan kita sejak azali, kerana ini adalah fitnah ke-tiga buat Anwar Ibrahim. Apa yang jauh lebih penting ialah, peranan kita menyampaikan kebenaran kepada pelbagai lapisan masyarakat agar mereka juga yakin seperti apa yang kita yakin - Anwar tidak terlibat dalam Fitnah 1, 2 atau 3! Baca lagi kenyataan che'GuBard dan fahamkan dalam tajuk "Isu video : awat anak muda kalut ?" Masuk tarikh 22hb, keadaan tiba-tiba berubah apabila tersebarnya berita yang menyatakan pelakon dalam video seks itu berperut buncit walaupun irasnya seperti DSAI. Ketika ini, blog-blog pro-BN yang berpesta sehari sebelumnya dengan kenyataan Anwar Ibrahim lah lelaki X dalam video tersebut, telah mula bertukar rentak dengan sungguh-sungguh mengatakan video itu direkayasa oleh Anwar Ibrahim. Blogger murahan Zul Nordin sudah langsung diam seribu bahasa. Aku malas cerita pasal YB binatang nie, kalau nak baca klik di entry "Ahli Parlimen Binatang Punya Teori Bangsat Junjung Pemerintah Zalim". Zul Nordin juga sungguh-sungguh mengatakan video seks itu kerja DSAI untuk mengalih perhatian mengenai penyerahan DNA. Kemudian datanglah tanggal 23 Mac 2010, tarikh yang harus dikenang sebagai hari pembalasan kecil kepada si pendusta besar. Pagi-pagi lagi Malaysia dikejutkan dengan keputusan mahkamah yang menterbalikkan keputusan awal, apabila dengan dengan tidak semena-mena menerima semula bukti DNA lokap yang telah ditolak sebelum ini. Bayangkanlah jika hakim dah jatuh hukum, tapi menarik balik hukuman tersebut tanpa alasan munasabah. Ini sesuatu yang agak pelik seumpama ada yang tidak kena di sebalik penyebaran betapa Anwar Ibrahim tidak sebuncit si pelakon porno. Memang masa itu semua syak ada yang tak kena sebab skandal video seks dikatakan sudah gagal, tetapi belum kantoi lagi ketika itu. Rakyat kebanyakkan yang mengikuti skandal video seks ini telah lebih ramai yang meragui daripada mempercayai. Tiba-tiba seorang sahabat aku yang bernama ephol telah menjumpai satu berita dari MalaysianUnpluge yang mendedahkan siapakah Datuk 'T'. Entry tersebut di sini, dan entry ini meletup kerana belum ada pendedahan lain dalam entry pro-pakatan rakyat yang regular. Sewaktu entry tersebut dipublish, aku dapat beberapa panggilan yang bertanya akan kesahihan maklumat yang aku dapat. Belum sempat aku jawab, kira-kira sejam selepas pendedahan di blog edyesdotcom, maka hadirlah kenyataan akhbar yang merungkai segala persoalan, yang mengsahihkan sebijik-sebijik dengan maklumat awal yang dipapar sebelumnya. Maka tidak hairanlah mengapa mahkamah menterbalikkan keputusan asalnya apabila tetap menerima DNA yang diperolehi secara tidak sah. Apakah rakyat semua tidak sedar lagi? Adalah menjadi tanggungjawab pembaca blog edyesdotcom untuk sampai menyampaikan kebenaran. Pikullah amanah ini dengan yakin! Syabas dan tahniah YB Johari Abdul kerana berani dan tidak tumbang dengan umpan yang dilempar. Kenyataan YB Johari kemudiannya dipublish dalam entry "Kenyataan Akhbar Dato Johari Merungkai Segalanya !!!" . Sebuah kenyataan yang mendedahkan modus operandi UMNO memikat ahli parlimen Pakatan Rakyat bagi melunaskan nafsu mereka dengan cubaan mencukupkan bilangan majoriti dua per tiga Dewan Rakyat. Sedari tidak, perancangan jahat ini juga merupakan satu cubaan checkmate buat Anwar Ibrahim kerana dengan pelbagai tohmahan termasuk dua siri fitnah, DSAI diyakini tidak akan mampu lagi menahan beban satu lagi fitnah lebih besar dan jahat biarpun ia secalit persepsi, ia akan memusnahkan terus karier DSAI. Ini dinamakan political assasination. Namun, Allah itu maha pengasih dan penyayang, tidak membenarkan negara Malaysia terus hanyut. Justeru itu, kita harus bersyukur kerana kebenaran itu tiba tepat pada masanya. Najib sudah pening, Muhyidin sudah semak, Datuk 'T' stooges sudah tak tahu mana mau lari, cybertrooper UMNO sudah ontok seontoknya, Zul Kulim dah surrender dek dua kenyataan baghalnya yang tidak menepati sasaran dari awal hingga akhir. Binawe sungguh, aku masih petik namanya. Penyokong tegar UMNO yang tiada kepentingan mulai rasa menyesal dan rasa bersalah, bukan kepada Anwar Ibrahim, tetapi kepada apa yang mereka dukungi selama ini. Penyokong atas pagar sudah mula memilih haluan yang lebih tepat, iaitu menolak regim jahat yang mengotorkan siaran tv dengan aksi berita lucah, lucah dan lucah! Apa lagi idea yang masih belum digunapakai untuk menyelamatkan maruah UMNO apabila mereka yang terlibat adalah seorang pengerusi RISDA, seorang pembida jambatan bengkok dan seorang lagi adalah bendahari pejuang melayu tulen PERKASA. Ini dah menghampiri check-mate buat BN. Rakyat di bandar dan di kampung harus buka mata luas-luas! Lebih penting, pastikan maklumat ini sampai kepada semua. Akhir sekali, timbul satu lagi cubaan penghabisan apabila Datuk 'T' stooges tampil dalam satu sidang media. Dengan membuat pengakuan oleh datuk Eskay sendiri berada dalam video seks tersebut, tanpa menyatakan kedudukkannya sebagai pelakon yang mana. Pelakon utama ataupun tambahan. Kegemparan ini dirakam dalam sebuah lagi entry yang bertajuk "Datuk Eskay: Saya Dalam Video Itu" Kecelaruan tahap maksimum cuba ditimbulkan daripada sidang media ini. Tiba-tiba juga beberapa menteri melenting dengan mengatakan UMNO dan kerajaan BN tidak terlibat. Tetapi persoalan lebih parah yang tertimbul secara automatis; Mengapa RISDA terlibat sehingga dikatakan membuat tempahan dan membayar kos hotel Carcosa? PERKASA juga terlibat? Mengapa ketiga-tiga stooges ini masih belum ditangkap walaupun pengakuan penglibatan mereka dalam pembikinan dan penayangan video seks itu adalah sangat jelas? Muka Datuk Eskay agak seiras dengan muka DSAI, mungkin perbezaannya adalah perut siapa yang lebih buncit. Adalah sesuatu yang janggal apabila dikatakan Datuk Eskay adalah teman rapat Anwar sebulan yang lalu, benarkah begitu?? Paling penting, mereka juga telah mengugut Anwar Ibrahim dan Kak Wan pada Isnin lalu supaya berundur dari jawatan dalam parti melalui satu video seks fitnah (yang akhirnya terbongkar dibikin sendiri). Kalau Datuk 'T' stooges menyuruh Anwar dan isterinya berundur, bukankah itu yang UMNO dan Barisan Nasional mahu supaya mereka selamat di PRU ke 13? Akhir kalam, aku menyeru agar artikel peristiwa yang aku lalui sepanjang tiga hari berturut ini disampaikan kepada semua blog dan facebook. Aku yakin, rakyat hari ini telah terbuntang matanya menyaksikan kejahatan sebenar sebuah kerajaan terdesak yang ingin mempertahankan kuasa dengan slogan; Biarpun hancur tulang belulang(rakyat), Putrajaya harus dipertahankan. Hanya satu ayat yang bermain dalam kepalaku di saat ini; "Wama karu wama karullah.. Allahukhairun makireen.." yang bermaksud "Kita merancang, Allah juga merancang.. Namun perancangan Allah itu lebih baik" Takbir!! Takbir!! Di hari tumbangnya sebuah regim jahat, ketika itu jugalah sebuah REVOLUSI bermula !!

INI ADALAH eHSAN DARI:
EDYES @ edyesdotcom COURT oF PUBLIC OPINION Artikel asal untuk bacaan lebih baik, sila klik sini: http://edyesdotcom.blogspot.com/2011/03/detik-terbaik-melebur-fitnah-1-2-dan-3.html

Friday, March 11, 2011

Western View had Changed upon Islam

James Carroll, Where Did All the Fatwas Go?
Posted by James Carroll at 10:05am, March 8, 2011.

A week or so ago, a friend of mine noticed a poster taped to a wall inside the rotunda of the Wisconsin State Capitol building, where American demonstrators were camped out. It showeda lone demonstrator walking toward a line of helmeted Egyptian police, holding high a protest sign. Under the photo, a caption said simply: “Walk like an Egyptian.”

If you want to know something new about our American world, just think about that. No further explanation was needed. Across this country Americans undoubtedly understood just what that meant and what it represented: an unbelievably brave explosion of desire for freedom in the Arab world. If that caption had said, “Walk like a Tunisian (or Bahraini, Algerian, Iranian, Iraqi, Omani, Libyan, etc.),” few would have found that strange either. It’s already as normal here as mom and apple pie. And yet, had you predicted that this was coming as 2010 ended, you would have been laughed out of the American living room by experts, among others, who assured you that Arabs were incapable of such acts, that their religion prevented it, and that “walk like an Egyptian” was nothing more than a 1986 hit by the Bangles about the bizarre way Egyptians of old moved.

Sometimes the tectonic plates of our cultural world shift radically and we hardly know it’s happened. This seems to be such a moment and today one of my favorite columnists, James Carroll of the Boston Globe, considers just that shift. In the disastrous early years of the George W. Bush era, Carroll put the rest of the mainstream media and the punditocracy to shame. As a weekly columnist, he was perhaps the first media figure to notice -- and warn against -- a presidential "slip of the tongue" just after the assaults of 9/11, when President Bushreferred to his new Global War on Terror as a "crusade." He was possibly the first mainstream columnist to warn against the consequences of launching a war on Afghanistan in response to those attacks. In September 2003, he was possibly the first to pronounce the Iraq War "lost" in print.

He’s still ahead of the game. As he so strikingly summed up events in the Middle East in his column last week, “The revolutions in the Arab streets, whatever their individual outcomes, have already overturned the dominant assumption of global geopolitics -- that hundreds of millions of impoverished people will uncomplainingly accept their assignment to the antechamber of hell.” Tomorrow, his newest book, Jerusalem, Jerusalem: How the Ancient City Ignited Our Modern World, is officially published. It is a stunning reconsideration of much of Western (even American) as well as Middle Eastern history. It offers a new way of looking at the origins and development of Judaism, Christianity, and Islam, of the Christopher Columbus story, of the history of printing, and of so much else, including the moment in 1973 when the Middle East nearly went nuclear. There is no way to sum it up, except to indicate that the bestselling author of Constantine’s Sword has done it again. Here’s my advice: buy this book. It will change the way you see our world. (To catch Timothy MacBain’s latest TomCast audio interview in which Carroll discusses just how the Arab revolutions, the last acts of the post-colonial drama, punctured American myths, click here, or download it to your iPod here.) Tom

The Disappearance of the Nightmare Arab
How a Revolution of Hope Is Changing the Way Americans Look at Islam
By James Carroll

Since 2001, Americans have been living with a nightmare Arab, a Muslim monster threatening us to the core, chilling our souls with the cry, “God is great!” Yet after two months of world-historic protest and rebellion in streets and squares across the Arab world, we are finally waking up to another reality: that this was our bad dream, significantly a creation of our own fevered imaginations.

For years, vestigial colonial contempt for Arabs combined with rank prejudice against the Islamic religion, exacerbated by an obsession with oil, proved a blinding combination. Then 9/11 pulled its shroud across the sun. But like the night yielding to dawn, all of this now appears in a new light. Americans are seeing Arabs and Muslims as if for the first time, and we are, despite ourselves, impressed and moved. In this regard, too, the Arab revolution has been, well, revolutionary.

The Absence of Arab Perfidy, the Presence of God

For those same two months, jihadists who think nothing of slaughtering innocents in the name of Allah have been nowhere in sight, as millions of ordinary Arabs launched demonstration after demonstration with a non-violent discipline worthy of Mohandas Gandhi. True, rebels in Libya took up arms, but defensively, in order to throw back the murderous assaults of Muammar Qaddafi’s men.

In the meantime, across North Africa and the Middle East, none of the usual American saws about Islamic perfidy have been evident. The demonizing of Israel, anti-Semitic sloganeering, the burning of American flags, outcries against “Crusaders and Jews” -- all have been absent from nearly every instance of revolt. Osama Bin Laden -- to whom, many Americans became convinced in these last years, Muslims are supposed to have all but sworn allegiance -- has been appealed to not at all. Where are the fatwas?

Perhaps the two biggest surprises of all here: out of a culture that has notoriously disempowered women has sprung a protest movement rife with female leadership, while a religion regarded as inherently incompatible with democratic ideals has been the context from which comes an unprecedented outbreak of democratic hope. And make no mistake: the Muslim religion is essential to what has been happening across the Middle East, even without Islamic “fanatics” chanting hate-filled slogans.

Without such fanatics, who in the West knows what this religion actually looks like?

In fact, its clearest image has been there on our television screens again and again. In this period of transformation, every week has been punctuated with the poignant formality of Friday prayers, including broadcast scenes of masses of Muslims prostrate in orderly rows across vast squares in every contested Arab capital. Young and old, illiterate and tech savvy, those in flowing robes and those in tight blue jeans have been alike in such observances. From mosque pulpits have come fiery denunciations of despotism and corruption, but no blood-thirst and none of the malicious Imams who so haunt the nightmares of Europeans and Americans.

Yet sacrosanct Fridays have consistently seen decisive social action, with resistant regimes typically getting the picture on subsequent weekends. (The Tunisian prime minister, a holdover from the toppled regime of autocrat Zine Ben Ali, for example, resigned on the last Sunday in February.) These outcomes have been sparked not only by preaching, but by the mosque-inspired cohesion of a collectivity that finds no contradiction between piety and political purpose; religion, that is, has been a source of resolve.

It’s an irony, then, that Western journalists, always so quick to tie bad Muslim behavior to religion, have rushed to term this good Muslim behavior “secular.” In a word wielded by the New York Times, Islam is now considered little but an “afterthought” to the revolution. In this, the media is simply wrong. The protests, demonstrations, and uprisings that have swept across the Middle East have visibly built their foundations on the irreducible sense of self-worth that, for believers, comes from a felt closeness to God, who is as near to each person -- as the Qu’ran says -- as his or her own jugular vein. The call to prayer is a five-times-daily reminder of that infinite individual dignity.

A Rejection Not Only of Violence, But of the Old Lies

The new Arab condition is not Nirvana, nor has some political utopia been achieved. In no Arab state is the endgame in sight, much less played out. History warns that revolutions have a tendency to devour their children, just as it warns that every religion can sponsor violence and war as easily and naturally as nonviolence and peace.

History warns as well that, in times of social upheaval, Jews are the preferred and perennial scapegoat, and the State of Israel is a ready target for that hatred. Arab bigotry has not magically gone away, nor has the human temptation to drown fear with blood. But few, if any, revolutions have been launched with such wily commitment to the force of popular will, not arms. When it comes to “people power,” Arabs have given the concept several new twists.

Because so many people have believed in themselves -- protecting one another simply by standing together -- they have been able to reject not only violence, but any further belief in the lies of their despotic rulers. The stark absence of Israel as a major flashpoint of protest in these last weeks, to take a telling example, stands in marked contrast to the way in which the challenged or overthrown despots of various Middle Eastern lands habitually exploited both anti-semitism (sponsoring, for instance, the dissemination through Arab newsstands of the long-discredited Protocols of the Elders of Zion) and the plight of Palestinians (feigning sympathy for the dispossessed victims of Israeli occupation while doing nothing to help them, precisely because Arab dictators needed suffering Palestinians to distract from the suffering of their own citizens).

Not surprisingly, if always sadly, the Arab revolution has brought incidents of Jew-baiting in its wake -- in late February in Tunis, for example, by a mob outside the city’s main synagogue. That display was, however, quickly denounced and repudiated by the leadership of the Free Tunisia movement. When a group of Cairo thugs assaulted CBS correspondent Lara Logan, they reportedly hurled the word “Jew” at her as an epithet. So yes, such incidents happened, but what makes them remarkable is their rarity on such a sprawling landscape.

To be sure, Arabs broadly identify with the humiliated Palestinians, readily identify Israel as an enemy, and resent the American alliance with Israel, but something different is unfolding now. When the United States vetoed the U.N. Security Council resolution condemning Israeli settlements in the very thick of February’s revolutionary protests, to flag one signal, the issue was largely ignored by Arab protesters. In Palestinian areas of the West Bank and Gaza, the spirit of Arab revolt showed itself mainly in a youth-driven and resolutely non-violent movement to overcome the intra-Palestinian divisions between Fatah and Hamas. Again and again, that is, the Arab Muslim population has refused to behave as Americans have been conditioned to expect.

The Mainstreaming of Anti-Muslim Prejudice

Conditioned by whom? Prejudice against Arabs generally and Islam in particular is an old, old story. A few months ago, the widespread nature of the knee-jerk suspicion that all Muslims are potentially violent was confirmed by National Public Radio commentator Juan Williams, who said, “I get worried. I get nervous” around those “in Muslim garb,” those who identify themselves “first and foremost as Muslims.”

Williams was fired by NPR, but the commentariat rallied to him for simply speaking a universal truth, one which, as Williams himself acknowledged, was to be regretted: Muslims are scary. When NPR then effectively reversed itself by forcing the resignation of the executive who had fired him, anti-Muslim bigotry was resoundingly vindicated in America, no matter the intentions of the various players.

Scary, indeed -- but no surprise. Such prejudice had been woven into every fiber of American foreign and military policy across the previous decade, a period when the overheated watchword was “Islamofascism.” In 2002, scholar Bernard Lewis’s book What Went Wrong? draped a cloak of intellectual respectability around anti-Muslim contempt. It seemed not to have occurred to Lewis that, if such an insulting question in a book title deserves an answer at all, in the Arab context it should be: “we” did -- with that “we” defined as Western civilization.

Whether the historical marker is 1099 for Crusader mayhem; 1417 for the Portuguese capture of Ceuta, the first permanent European outpost in North Africa; 1492 for the expulsion from Spain of Muslims (along with Jews); 1798 for Napoleon’s arrival as a would-be conqueror in Cairo; 1869 for the opening of the Suez Canal by the French Empress Eugenie; 1917 for the British conquest of Palestine, which would start a British-spawned contest between Jews and Arabs; or the 1930s, when vast oil reserves were discovered in the Arabian peninsula --- all such Western antecedents for trouble in Arab lands are routinely ignored or downplayed in our world in favor of a preoccupation with a religion deemed to be irrational, anti-modern, and inherently hostile to democracy.

How deep-seated is such a prejudice? European Christians made expert pronouncements about the built-in violence of Islam almost from the start, although the seventh century Qur’an was not translated into Latin until the twelfth century. When a relatively objective European account of Islam’s origins and meaning finally appeared in the eighteenth century, it was quickly added to the Roman Catholic Index of forbidden books. Western culture is still at the mercy of such self-elevating ignorance. That’s readily apparent in the fact that a fourteenth century slander against Islam -- that it was only “spread by the sword” -- was reiterated in 2006 (on the fifth anniversary of 9/11) by Pope Benedict XVI. He did apologize, but by then the Muslim-haters had been encouraged.

Western contempt for Islam is related to a post-Enlightenment distrust of all religion. In modern historiography, for instance, the brutal violence that killed millions during paroxysms of conflict across Europe in the sixteenth and seventeenth centuries is remembered as the “religious wars,” even though religion was only part of a history that included the birth of nations and nationalism, as well as of industrial capitalism, and the opening of the “age of exploration,” also known as the age of colonial exploitation.

“Secular” sources of violence have always been played down in favor of sacred causes, whether the Reformation, Puritan fanaticism, or Catholic anti-modernism. “Enlightened” nation-states were all-too-ready to smugly denounce primitive and irrational religious violence as a way of asserting that their own expressly non-religious campaigns against rival states and aboriginal peoples were necessary and therefore just. In this tale, secular violence is as rational as religious violence is irrational. That schema holds to this day and is operative in Iraq and Afghanistan, where the United States and its NATO allies pursue dogmatically ideological and oil-driven wars that are nonetheless virtuous simply by not being “religious.”

No fatwas for us. Never mind that these wars were declared to be “against evil,” with God “not neutral,” as George W. Bush blithely put it. And never mind that U.S. forces (both the military and the private contractors) are strongly influenced by a certain kind of fervent Christian evangelicalism that defines the American enemy as the “infidel” -- the Muslim monster unleashed. In any case, ask the families of the countless dead of America’s wars if ancient rites of human sacrifice are not being re-enacted in them? The drone airplane and its Hellfire missile are weapons out of the Book of the Apocalypse.

The Revolution of Hope

The new Arab revolution, with its Muslim underpinnings, is an occasion of great hope. At the very least, “we” in the West must reckon with this overturning of the premises of our prejudice.

Yes, dangers remain, as Arab regimes resist and revolutionaries prepare to erect new political structures. Fanatics wait in the wings for the democrats to falter, while violence, even undertaken in self-defense, can open onto vistas of vengeance and cyclic retribution. Old hatreds can reignite, and the never-vanquished forces of white supremacist colonial dominance can reemerge. But that one of the world’s great religions is essential to what is unfolding across North Africa and the Middle East offers the promise that this momentous change can lead, despite the dangers, to humane new structures of justice and mercy, which remain pillars of the Islamic faith. For us, in our world, this means we, too, will have been purged of something malicious -- an ancient hatred of Muslims and Arabs that now lies exposed for what it always was.

James Carroll, bestselling author of Constantine’s Sword, is a columnist for the Boston Globe and a Distinguished Scholar-in-Residence at Suffolk University in Boston. His newest book, Jerusalem, Jerusalem: How the Ancient City Ignited Our Modern World (Houghton Mifflin Harcourt), has just been published. To listen to Timothy MacBain’s latest TomCast audio interview in which Carroll discusses just how the Arab revolutions, the last acts of the post-colonial drama, punctured American myths, click here, or download it to your iPod here.

Copyright 2011 James Carroll

Reference:
https://mail.google.com/mail/h/qx38txf1q5n9/?v=c&th=12ea3bacc932e8be

Tuesday, March 8, 2011

Siri Fikrah Kita : Tarbiyah wa Maqaasiduhaa

Siri Fikrah Kita : Tarbiah Islamiah dan Tujuannya
by kram Terengganu on Monday, March 7, 2011 at 1:27pm.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Menyebut tentang tarbiah di kalangan aktivis dakwah dan gerakan Islam seringkali dikaitkan dengan Ikhwanul Muslimun (IM) atau menyertakan bersama muassis gerakan ini iaitu Hasan al-Banna, pendiri jamaah Ikhwan. Ikhwan telah diakui menjadi sumber inspirasi arus kebangkitan Islam abad ke-20 sejak tertubuhnya pada tahun 1928 oleh sang pendiri yang berusia 22 tahun ketika itu. IM menyakini bahawa untuk mengembalikan kembali kepimpinan umat Islam sebagai peneraju dan guru dunia melalui gagasan khilafah islamiah menerusi kesyumulan islam (syumuliyatul islam) iaitu Islam sebagai satu sistem ajaran yang lengkap serta menyentuh seluruh segi kehidupan.

Islam adalah..."negara dan tanahair, pemerintahan dan umat, akhlak dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, peradaban dan undang-undang, ilmu dan kehakiman, sebagaimana ia adalah aqidah yang lurus dan ibadah yang benar." (Risalah al-Ta'alim, Hasan al-Banna)

Seawal sejarah IM, as-Syahid Imam Hasan al-Banna telah menyerukan secara lantang bahawa peringkat atau tahapan aktiviti dalam IM berlangsung dalam fasa ta'rif (pengenalan), takwin (pembentukan) serta tanfizh (pelaksanaan) dan setiap fasa tersebut akan hanya tegak dengan tarbiah. Ikhwan menjadikan tarbiah islamiah sebagai teras kepada kebangunan semula gagasan kebangkitan semula ummah ini.

Tarbiah islamiah menurut catatan IM ialah "cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata mahupun secara tidak langsung dalam bentuk keteladanan, sesuai dengan sistem dan wasilah khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju keadaan yang lebih baik."

Umumnya ia bermakna proses mempersiapkan seseorang dengan persiapan yang menyentuh seluruh aspek kehidupannya meliputi rohani, jasmani dan akal fikiran. Proses menyiapkan manusia yang salih (baik pada peribadi) dan muslih (memperbaiki orang lain) dalam suatu keseimbangan potensi, tujuan, ucapan dan tindakannya secara keseluruhan.

Firman Allah SWT di dalam Surah al-Baqarah:143 sebagaimana yang disyarah oleh Allamah Maududi rh. di dalam ceramahSyahaadatul-Haq beliau :

"Dan demikianlah (pula) Kami jadikan kamu (umat Islam) umat yang yang adil dan pilihan (wasothan)."

Tujuan atau sasaran (ahdaf) tarbiah islamiah secara umumnya adalah untuk menciptakan satu keadaan atau kondisi yang kondusif bagi manusia untuk dapat hidup di dunia secara lurus dan baik, serta hidup di akhirat dengan naungan redha Allah dan pahala Allah SWT. Ianya dapat dihuraikan di dalam lima perkara iaitu :

Pertama, ibadah kepada Allah semata-mata sesuai dengan syariat-Nya (rujuk adz-Dzariat:56) - tujuan pertama dan terpenting tarbiah islamiah. Ibadah menuntut wujudnya banyak unsur daripada seorang muslim iaitu antara lain unsur iman, unsur islam, unsur ihsan, unsur keadilan, unsur amar makruf nahi mungkar dan unsur jihad di di jalan Allah untuk menjadikan kalimah Allah sebagai yang tertinggi.

Kedua, tegaknya khilafah Allah di muka bumi (rujuk al-Baqarah:30; Hud:61) - ini menuntut aktiviti pemakmuran bumi dan pemanfaatan segala sesuatu yang Allah berikan untuk umat manusia. Oleh itu, berinteraksi dengan seluruh alam yang terbentang ini - dengan menggunakan potensi ilmu dan seluruh produk penemuan ilmiah yang baik - untuk mengambil manfaat sebesar-besarnya adalah kewajipan syarak dan merupakan tujuan pokok dari berbagai tujuan tarbiah islamiah bagi manusia.

Ketiga, saling mengenal sesama manusia (rujuk al-Hujurat:13) - penciptaan manusia yang beragam jenis, warna kulit, bahasa, suku, lelaki dan wanita adalah untuk saling berkenalan (li ta'aarafu), berkasih sayang dan saling membantu di bawah naungan persaudaraan. Setelah beriman kepada Allah SWT pula, hendaklah hidup di bawah satu aqidah yang benar dengan kehidupan yang penuh kasih sayang, saling menolong dan menasihati dalam kesabaran dan memperatkan hubungan itu agar semakin sempurna.

Keempat, kepimpinan dunia (rujuk an-Nur:55) - inilah janji Allah kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih dengan 3 janji iaitu (1) mengangkat kekhalifahan mereka di bumi ini dan menjadikan untuk mereka kekuasaan yang dapat mengambil manfaat sebesar-besarnya seluruh nikmat bagi kehidupan dan kematian mereka. (2) pengukuhan kedudukan (tamkeen li deenillah) di bumi dengan Islam dan sistemnya. (3) menggantikan keadaaan umat dari rasa takut kepada rasa aman (di bawah keadilan Islam). Selama kaum muslimin berada jauh dari penguasaan dunia bermakna mereka jauh dari hakikat iman dan amal salih. Tarbiah islamiah berupaya - dengan segenap potensi yang dimiliki - untuk mengeluarkan umat manusia dari dosa dan kemaksiatan.

Kelima, menghukum dengan syariat. (rujuk al-Jatsiah:18; al-Maidah:49) - inilah tujuan inti dari empat tujuan di atas kerana semua tujuan di atas memang untuk menghalakan kepada tegaknya syariat Allah tanpa tawar menawar, terpisah-pisah apalagi bertolak ansur kepada sistem lain buatan manusia.

Inilah tujuan tarbiah islamiah secara global dan itulah juga tujuan Islam yang sebenarnya, baik aqidah, syariah, akhlak, dakwah, lembaga, sistem, perilaku mahupun jihadnya sekaligus dalam rangka menjadikan kalimah Allah sebagai yang tertinggi (kalimatullahi hiyal-'ulya). Ini semua hanya akan wujud dengan tarbiah ruhani, akal fikiran, fizikal, akhlak dan perilaku.

Tarbiah islamiah pula memiliki bidang cakupan yang bermula dengan membangun individu muslim, rumahtangga muslim, masyarakat muslim, umat muslimah dan negara Islam dengan sistem dan undang-undang yang harus ditegakkan di dalamnya.

Tarbiah di dalam manhaj IM memiliki kepentingannya tersendiri yang tiada taranya. Bagi IM, langkah yang paling efektif untuk proses pengislahan adalah pembinaan keperibadian muslim yang sesuai dengan nilai-nilai Islam dan sistemnya untuk menghantarkannya kepada suatu tujuan iaitu masyarakat muslim, umat muslimah, kemudian negara Islam yang menegakkan syariat Allah.

Tarbiah islamiah tidak sepi daripada memahami dan mendepani tuntutan-tuntutan realiti atau konteks semasa umat yang dinamik dalam kehidupan manusia. Ini melibatkan arus pemikiran dan peradaban yang melanda umat manusia, arus sistem nilai sosial dan politik, arus politik dan ekonomi, sarana-sarana kehidupan dan pola-polanya serta tradisi-tradisi kehidupan.

(disaring daripada kitab "Wasailut Tarbiah 'inda Ikhwanil Muslimin (Dirasah Tahliliyah Tarikhiyah)" oleh Prof Dr Ali Abdul Halim Mahmud, 1990)

Fakhrul Anuar Zulkawi (FAZ)
Pen. Setiausaha IKRAM Terengganu

Reference:
http://www.facebook.com/notes/ikram-terengganu/siri-fikrah-kita-tarbiah-islamiah-dan-tujuannya/191013774272169

Wednesday, March 2, 2011

Turkey Kuasa Baru Asia Barat - Dr Maszlee Malik

February 27, 2011

27 FEB — Di awal pertabalan Presiden Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), beliau menegaskan prinsip baru berhubung dasar luar negaranya. Jika Presiden George Bush sebelumnya telah menggadaikan prinsip demokrasi dan kebebasan dan menggantikannya dengan prinsip keselamatan dalam negara, Obama pula mengambil pendekatan yang agak berbeza. Penegasan beliau tentang berakhirnya hegemoni sebuah kuasa di dunia dan diganti dengan kepelbagaian sistem antarabangsa (multilateral international system) telah memberikan bayangan terhadap sikap AS dalam isu-isu antarabangsa di zaman pentadbirannya.

PM:Racip Tayep Ardogan

Kini, sewaktu berlangsungnya revolusi (dan ada yang menamakan sebagai kebangkitan) di negara-negara Arab, dasar luar Obama terserlah. Dasar luar presiden dari Parti Demokrat ini hampir menyerupai pendekatan Jimmy Carter yang telah membawa kepada kebangkitan Islam di seluruh dunia Islam di tahun 70’an. Kemuncaknya Revolusi Islam Iran pada tahun 1979. Persamaan dasar luar kedua-dua Presiden AS dari Parti Demokrat ini telah membawa kepada lanskap baru politik di Asia Barat, malah kepada dunia. Menariknya, kedua-dua presiden tersebut konsisten dengan pendirian dan juga ideologi mereka, berbanding pentadbiran presiden-presiden dari parti Republikan. Jikalaulah Bush atau mana-mana Presiden AS dari parti Republikan berkuasa pada hari ini, belum tentu Hosni Mubarak dan Ben Ali akan berada di mana beliau berada hari ini. Dasar Obama sekaligus memudahkan lagi teori domino berkaitan kebangkitan umat Arab dan kejatuhan rejim-rejim diktator di Asia Barat dan Afrika Utara untuk berlaku. Keadaan di Libya yang terang-terangan mencabuli hak asasi manusia dan nilai kemanusiaan pun tidak dapat mengundang AS untuk campur tangan seperti mana Presiden Bush bertindak ke atas Saddam Hussein di Iraq dan Taliban di Afghanistan.

Dasar luar Obama yang agak pasif berbanding pentadbiran Bush mengundang kemunculan kuasa diplomatik dan kuasa geo-politik baru di rantau berkenaan untuk muncul, iaitu Turki. Sebagai negara di tangga ke-16 dalam pencapaian ekonomi di peringkat dunia, dan juga negara ke enam kuasa ekonomi di peringkat Eropah, Turki mempunyai banyak lagi kelebihan lain untuk menjadi pengganti AS sebagai broker perdamaian dan juga kuasa pengimbang di rantau Asia Barat dan Utara Afrika. Kelebihan Turki sebagai anggota NATO, anggota aktif OIC, ahli G20, dan juga anggota negara-negara D8 menjadikan negara tersebut lebih daripada layak untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh AS. Para penganalisis politik antarabangsa kebanyakannya melihat dasar luar Turki pada hari inilah yang menjadi antara faktor lain kepada kemunculan Turki sebagai kuasa baru. Lebih unik hubungan Turki-Amerika di dalam isu-isu di Asia Barat dan Afrika Utara boleh diungkapkan sebagai hubungan frenemy (friend-enemy) seperti yang diungkapkan di dalam buku Charles Kuplan, How Enemies Become Friends. Sungguhpun Obama menyifatkan keunikan hubungan AS-Turki dalam fasa baru ini sebagai model partnership, hakikatnya peranan yang dimainkan Turki telah menjadikan mereka rakan yang lebih dipercayai oleh negara-negara jirannya berbanding AS yang lebih dilihat sebagai ‘Big Brother’.

Kemampuan Turki untuk menjadi sebuah kuasa geo-politik di rantau tersebut boleh dilihat kepada kejayaannya di dalam bidang ekonomi serantau. Penstrukturan semula sistem politik dan ekonomi Turki semenjak parti AK berkuasa menurut formula Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) telah berjaya meningkatkan Keluaran Negara Kasar (KNK) mereka (dari -9.5 peratus pada 2001, kepada 9.9 peratus pada 2004, dan konsisten pada tahap 7.8 peratus untuk 2010) dan berjaya mengundang FDI. Turki juga dikategorikan Bank Dunia sebagai negara maju, dan majalah The Economist menyebut sebagai ‘kuasa ekonomi yang sedang muncul’. Komitmen Turki terhadap ekonomi pasaran juga dapat dilihat daripada dasar luar yang berjaya meningkatkan hubungan dagang dengan negara-negara jiran. Begitu juga keterlibatan aktif mereka di dalam FTA yang melibatkan EU-Mediteranean, peranan utama dalam D8 dan juga aktiviti dagang serta pelaburan mereka dengan negara-negara di Asia Barat dan Afrika Utara.

Pada waktu yang sama, melalui dasar luar Turki yang baru, negara tersebut diterima oleh pihak-pihak bertelagah di rantau Asia Barat dan Mediteranean sebagai orang tengah (mediator). Mereka juga berjaya menguruskan isu dalaman yang sensitif dengan melibatkan pihak ketiga secara damai, seperti isu Armenia, Cyprus dan juga isu puak pemisah Kurdi. Turki di fasa baru juga berjaya mengikat jiran-jirannya dengan peningkatan hubungan dagang, seperti membuka sempadannya untuk Syria dan negara-negara strategik yang lain demi mengurangkan konflik yang telah lama membelenggu. Turki juga bersikap pro-aktif dengan mengadakan pertukaran dagang nuklear (uranium)-petrol dengan Iran (melalui Tehran Research Reactor) bersama dengan Brazil di waktu negara-negara lain di rantau tersebut melihat Iran sebagai ancaman utama. Turki juga berani untuk mengiktiraf aktor bukan negara dalam suasana konflik seperti Hamas dan Hezbollah, tetapi pada waktu yang sama tetap menjaga hubungan diplomasi dan dagang dengan rejim Zionis Israel. Sungguhpun demikian, Turki tetap konsisten dengan isu-isu berhubung hak asasi dan demokrasi. Ini dapat dilihat jelas dalam isu Gaza 2008, isu flotilla, dan juga yang terkini isu berhubung dengan kebangkitan rakyat Arab menentang rejim diktator. Turki menyatakan sokongan kepada rakyat yang bangkit dan mengecam pihak diktator yang menindas rakyat mereka, lebih cepat sebelum AS mengeluarkan kenyataan rasmi. Walaupun Turki mempunyai kepentingan dagang, contohnya seperti di Libya (dengan pelaburan Turki di sana yang mencapai USD 15 bilion), namun mereka tetap konsisten mengecam rejim Muammar Gadaffi yang membunuh rakyat Libya yang tidak berdosa. — Mingguan Malaysia

* Dr. Maszlee Malik ialah pensyarah jurusan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

Reference:
http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/turki-kuasa-baru-di-asia-barat-dr-maszlee-malik/

Tuesday, March 1, 2011

DR MUHAMMAD NUR MANUTY JAWAB NAJIB

TUDUHAN NAJIB TERHADAP QARDHAWI ADALAH KERJA JAHAT

PARTI KEADILAN RAKYAT amat terkejut dan dukacita dengan kenyatan Najib di Istanbul baru-baru ini yang membuat tuduhan melulu dan berbaur prejudis terhadap pertubuhan Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Yusuf Qardawi. Kenyataan beliau itu jelas menunjukkan bahawa beliau amat tidak senang dengan penglibatan aktif pertubuhan itu dalam proses pendemokrasian yang sedang berlaku di beberapa buah negara Timur Tengah sekarang ini. Ia juga menyerlahkan keyakinan beliau bahawa pertubuhan itu memang sekian lama telah mengamalkan keganasan dan tidak layak melibatkan diri dalam sistem pendemokrasian selagi tidak merubah sikap „ganas‟ mereka.

Malah, tanpa segan silu beliau melafazkan kerisauan tidak tentu fasal sambil membuat menuduh melulu kepada Presiden Ulama Islam Sedunia sekarang ini iatu Sheikh Yusuf Qardawi. Bagi Najib, Sheikh Yusuf Qardawi dan dan para ulama lain seperti beliau telah mengakibatkan sebegitu banyak bumi Arab yang telah terlepas ke tangan para ektremis Islam.

Sesungguhnya, PKR amat memandang serius kenyataan Najib di atas. Ini menyerlahkan sikap sebenar beliau mengenai agama Islam dan pertubuhan-pertubuhan Islam lain yang bersifat sederhana sepertinya. Pertubuhan seperti inilah yang telah banyak melahirkan para ulama dan pendakwah yang telah banyak menabur jasa memperkukuhkan masyarakat Islam dan membantu pembangunan umat di seluruh dunia.

DS Najib sebenarnya keliru mengenai hakikat Islam, sejarah perjuangan Ikhwanul Muslimin yang tepat dan siapakah sebenarnya Sheikh Yusuf Qardawi. PKR bimbang kekeliruan ini adalah hasil dari maklumat salah yang diterima dari kumpulan penasihat antarabangsa di Pejabat Perdana Menteri sekarang ini.

PKR ingin menegaskan bahawa agama Islam yang sebenar memang menolak keganasan. Sejarah membuktikan bahawa inilah yang telah menjadi prinsip perjuangan Ikhwanul Muslimin sejak bermula ia ditubuhkan. Kesemua pemimpin utama pertubuhan ini - Hassan al Banna, Hassan Hudhaibi, Omar Tilmisani, Mustafa Mashur, Mahdi Akib, dan sekarang ini Muhammad Bada‟I – jelas menolak keganasan.

Malah, prinsip ini tetap konsisten meskipun menerima pelbagai tekanan dan penindasan dari para pemerintah diktator dan zalim di negara mereka. PKR yakin, sikap inilah yang telah menjadi faktor utama kejayaan rakyat Mesir menjatuhkan rejim pemerintah diktator Husni Mubarrak tidak menggunakan keganasan.

Sesungguhnya, salah seorang tokoh utama yang mewarnai sikap kesederhaan Ikhwnul Muslimin adalah Sheikh Yusuf Qardawi sendiri. Beliau telah menghasilkan pelbagai karya besar yang jelas menolak keganasan dan mengamalkan kesederhanaan. Antara karya utama beliau adalah “Islam: Antara Penentang dan Ekstremis‟ dan “Fiqhul Jihad” yang khusus menolak kegananasan dan menyanjung kedamaian. Lebih jauh, Yusuf Qardawi adalah salah seorang tokoh utama pendokong dialog peradaban dunia.

Seharusnya, kenyataan-kenyataan seperti di atas tidak keluar dari seorang Perdana Menteri Malaysia. Dengan ini PKR menuntut supaya Najib perlu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka.

Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan PKR

Reference:
http://tukartiub.blogspot.com/search?updated-min=2011-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&updated-max=2012-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&max-results=50