Tuesday, June 22, 2010

Isu JI mengahntui warga kampus?.

Sidang Pembaca yang dimuliakan.

Isu Jamaah Islamiah (JI)yang dikaitkan dengan rangkaian al-Qaedah adalah isu ISA - Akta Keselamatan Dalam Negeri yang diwujudkan untuk menahan sesiapa yang membawa bahaya dan ancaman kepada keselamatan negara tanpa bicara. Dalam gerakan Mansuh ISA masih berjalan, Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian dalam Negeri masih memainkan isu-isu JI di negara ini. Kali ini di kampus IPT pula menjadi sasaran. Di dalam Media tidak dicontohkan dan belum terdakwa seorang Mahasiswa pun yang dikaitkan dengan JI ini. Secara serkap jarang UTM menjadi sasaran terjahan itu kerana dulunya al-marhum saudara Azhari terlibat dengan JI. Sebenarnya apakah ciri-ciri yang hendak disabitkan dengan dakwaan JI ni?. Kalau perjuangan menegakkan Daulah Islamiah, ke arah Peraksanaan Syariat, menyokong pentadbiran Islam membenci Rasuah dan salah laku pentadbiran serta penyelewengan, sikap keras penentangan Lesen Judi bola sepak, sikap keras terhadap campur tangan APCO-Worldwide serta Asiasoft ke dalam keselamatan Negara Malaysia dan sebagainya ini dijadikan ciri-ciri JI, maka adalah hampir majoritilah penduduk Malaysia adalah JI.

Janganlah dengan isu-isu yang belum terjadi nanah dan kudis lagi ini digembar gemburkan kepada rakyat. Kita ada pihak keselamatan yang memantau siapakah sebenarnya terlibat dengan JI akan disoal siasat dan dipertuduhkan di mahkamah jika ada bukti kukuh. Jangan ulangi menangkap dan menginyayai golongan tidak bersalah sebagai "scapegoats" bertahun-tahun lamanya ditahan dengan tiada alasan penahanan juga ketandusan bukti-bukti yang releven. Negara tidak bertamamdun sahaja membuat kerja ini.

Jika universiti pula menjadi sasaran JI, apakah pulak ciri-ciri palsu JI bakal digunakan untuk ditakut-takutkan mahasiswa dengan gerakan Radikal Islam ini?. Adakah dengan mahasiswi bertudung labuh, mengadakan halaqat pengajian Islam tambahan, pengajian fardu ain dan kifayah, aktiviti out door meningkatkan motivasi Islam, mengadakan forum-forum Islam di kampus berlainan sedikit dengan forum Perdana TV kerajaan pemerintah, memenangkan pilihan raya kampus kepada kelompok pro-Islami dan mengalahkan pro-Aspirasi dan beberapa isu dinamika siswa lainnya itu sebagai JI, nescaya akan ramai juga persatuan Islam kampus akan diblacklist lagi dan bercanggahan lagi dengan pro-Aspirasi ini dianggap JI juga kah?. Umumnya jika mahasiswa ingin kembali kepada penghayatan Islam di kampus demi kesejahteraan budaya kecemerlangan mahasiswa di dalam dunia akademik dan kemasyarakatan..mengapakah harus dibataskan. Apakah kita lebih suka Mahasiswa kita melakukan aktiviti-aktiviti melalaikan dari tugas keintelektualan, menjauhkan dari pembangunan modal insan dan mengelakkan diri dari membentuk mahasiswa berakhlak dan berwibawa sebagai PELAPIS DAN PENGGANTI PEMIMPIN YANG ADA..? Berhentilah dari menzalimi anak bangsa dengan budaya Keterpelajaran yang mereka tidak perlukan seperti faham KELALAIAN, HIBURAN BERLEBIHAN, BUDAYA KEDANGKALAN HUJAH ILMIAH DAN SIKAP POLITIK TERKONGKONG. Hal ini akan membunuh Idealisma pelajar-pelajar hari ini dan masa depan. Siapakah lagi pemimpin berwibawa yang dapat kita lahirkan untuk menyambu8ng tugas pembagunan dan kemajuan selepas tahun 2020.

Musuh Islam dan musuh negara sedang membangun lebih seronok melihat kita menghayati budaya kuning, kelabu asap dan budaya tanpa warna yang telah sekian lama menghancurkan generasi muda di mana-mana belahan bumi ini sehingga tidak ada lagi penyelesaiannya kepada masalah umat kecuali mengakui KEBOBROKAN sebagai 'HALAL'. Inilah minda DAYUS, di dalam Islam tidak akan merasai bau syurga. Contoh bagaimanakah Amerika Syarikat pernah menghalalkan perkahwinan antara lelaki - Gay. Warga Malaysia memohon agar janganlah kita merasai takut kepada KEBANGKITAN kecenderungan ke arah cintakan ISLAM YANG MEMERINTAH. Semangat inilah yang akan membangkitkan daya juang generasi muda dan tua agar melakukan perubahan REVOLUSI MENTAL - yang al-marhum DATO' Senu Abdul Rahman pernah bangkitkan. Jika ISLAM tidak menjadi teras, rakyat Malaysia akan bangkit MEREBUT KEKAYAAN dan BERCAKARAN kerana kepentingan diri lebih diutamakan daripada kepentingan Negara dan Bangsa. Maka ISLAM UNTUK SEMUA ITU mengajar generasi muda dan tua agar perjuangan dilakukan untuk kepentingan BERSAMA; Negara dan Bangsa Malaysia berteraskan Syariat Islam dan kepatuhan keilmuan dan sains teknologi. Insya Allah swt Malaysia akan maju di masa akan datang. Jangan takut kepada JI, kerana rakyat Malaysia akan menolak dan memerangi JI yang merosakkan masa depan negara.

Abu Muhammad ADIS el-Merbawiy
Sura Hujung, DUNGUN Malaysia.

No comments: